Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara


Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

Wawancara ini antara Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life , Amerika dengan Anwar Ibrahim, pensyarah pelawat di Georgetown University’s School of Foreign Service semasa Sidang Meja Bulat Islam Di Asia Tenggara yang ditaja oleh the Council on Foreign Relations (CFR)pada Jumaat, 7 April 2006, di Washington, D.C.

Dalam wawancara ini, Anwar telah bercakap mengenai dunia Islam dan keganasan. Beliau bersetuju keganasan berpunca daripada dunia Islam yang kekurangan demokrasi. Menurutnya, apabila tiada demokrasi maka jurang dunia Islam dan barat semakin jauh. Oleh itu usaha-usaha menyebarkan demokrasi perlu dipergiatkan agar jurang dunia Islam dan barat dapat dirapatkan.

Beliau mengakui bahawa Turki dan Indonesia adalah sekutu Amerika yang boleh berperanan untuk membendung pihak Islam yang dianggap pelampau. Beliau menyokong langkah Erdogan menemui Hamas supaya Hamas lebih bertolenrasi dan menerima Amerika sebagai rakan kongsi. Beliau percaya melalui proses rundingan dengan pihak-pihak Islam yang dianggap pelampau sahaja jalan penyelesaian untuk meredakan keadaan. Anihnya beliau tidak pernah mempersalahkan kekejaman Israel tetapi lebih menekankan rundingan dengan pihak Hamas.

Beliau juga menyentuh mengenai kebebasan agama dan pluralisme di Malaysia. Beliau bersetuju perbahasan antara agama perlu diberi ruang yang lebih terbuka, kerana Malaysia adalah masyarakat majmuk. Dalam kes hubungan sejenis atau perkahwinan sejenis, walaupun pada dasarnya masyarakat menentang, tetapi hak kebebasan perlu diberikan kepada setiap individu. Beliau tidak bersetuju, hukuman kasar dikenakan ke atas mereka kerana bercanggah dengan prinsip hak asasi.

Dalam kes Moorty, beliau bertegas, mengatakan kerajaan Malaysia telah bertindak silap kerana mengenepikan hak keluarga Moorty semata-mata untuk menjaga hati majoriti umat Islam di Malaysia. Menurutnya, sepatutnya kes Moorty dibicarakan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah yang sudah tentu akan berat sebelah.

Apabila membaca keseluruhan wawancara Anwar ini, terasa beliau seolah-olah menjadi wakil Amerika yang bercakap mengikut kaca mata pihak barat dan bukannya mewakili kepentingan umat Islam.

Berikut merupakan transkrit wawancara yang telah diterjemahkan :

Soalan : Anda telah mengatakan bahawa anda telah menghabiskan masa selama 6 tahun menimbang kembali keretakan di antara dunia Islam dan Barat. Bagaimana anda menerangkan keretakan ini apabila anda dipenjarakan pada 1998 dan bagaimana anda menggambarkan keadaan tersebut sekarang? Sekiranya hubungan di antara Islam dan Barat berubah, adakah anda akan mengatakan bahawa perubahan tersebut adalah kecil atau adakah perkara asas hubungan itu telah berubah?

Apabila kita melihat kembali semenjak 1998, adalah sesuatu yang jelas bahawa situasi tersebut menjadi semakin buruk. Sesetengahnya disebabkan oleh sifat berat sebelah dasar luar negara AS terhadap konflik Arab-Israel dan, sudah tentu, pencerobohan dan penjajahan Iraq yang diketuai oleh AS.

Tetapi kita mesti menyedari bahawa pemimpin kuku besi dan diktator (Saddam Hussein ?) dalam dunia Islam mengeksploitasi situasi ini.

Saya kerap kali mengungkap satu contoh yang menarik di mana dalam negara-negara yang tidak membenarkan demokrasi, demonstrasi- demonstrasi terhadap Amerika Syarikat digalakkan dan dalan negara yang media tidak bebas untuk mengkritik dasar melampau kerajaan mereka sendiri, media digalakkan untuk mengkritik sikap melampau Amerika.

Satu contoh adalah Abu Gharib. Kita ada hak untuk mengkritik kuasa tentera Amerika yang terlibat dalam skandal penderaan banduan. Tetapi ini tidak terkecuali dengan kritikan kita terhadap sikap melampau kita.

Di Malaysia, saya diserang bukan oleh rakyat Amerika di Iraq ; Saya diserang dalam siasatan polis di Kuala Lumpur. Layanan teruk yang saya terima adalah kecil dibandingkan dengan beribu orang lagi yang yang dipenjarakan disebabkan oleh perkara biasa.

Jadi, saya mesti mengatakan bahawa Muslim juga digalakkan untuk menyatakan pandangan terhadap perkara ini sebagai satu isu moral yang secara terus menerus berlaku dan bukannya perlu dipinggirkan atau dipesongkan daripada ketidakadilan masyarakat mereka sendiri.

Soalan : Sebaik sahaja selepas peristiwa 9/11, anda menulis esei di penjara, “Who Hijacked Islam?” (Siapa yang merampas Islam?) mengkritik tindak balas Muslim terhadap serangan ke atas World Trade Center dan Pentagon. Apakah punca kekurangan tindak balas Muslim di dalam esei tersebut?

Saya nyatakan dalam artikel itu bahawa seseorang boleh memahami perasaan yang mendalam terhadap dasar luar AS terhadap dunia Islam, termasuk kesedihan Muslim terhadap nasib rakyat Palestin berhadapan dengan Israel, tetapi kesedihan ini bukan satu alasan untuk merasionalkan tindakan keganasan (muslim serang WTC ?)yang kejam.

Dalam pemahaman saya terhadap Islam dan kepentingan masyarakat Muslim, Muslim mesti jelas merujuk kepada kedudukan mereka menentang penjahat dan keganasan . Seperti yang kita semua tahu, keganasan hanya akan mencetuskan kekejaman, dan merasionalkan keganasan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Soalan : Anda mempertahankan bahawa pendemokrasian adalah kunci untuk menamatkan sikap pelampau agama dan keganasan. Dalam satu ucapan pada April 2005 di Asia Society, anda menyatakan dengan terperinci bahawa “melambat-lambatkan kebebasan dan demokrasi hanya akan membantu menghasilkan lagi pengganas.” Pada pandangan anda, bagaimana demokrasi akan meneutralkan keganasan pelampau agama dan sikap militan? Dan, seperti yang ditanyakan oleh golongan jahat, mengapa kita tidak melihat pengaruh kesederhanaan ini di tempat-tempat seperti Iraq, dimana beberapa siri kejayaan pilihanraya yang demokratik telah mengambil tempat?

Apabila kita merujuk kepada demokrasi, kita bercakap mengenai institusi masyarakat awam dan pentadbiran. Apabila kita bercakap mengenai kebebasan, kita bercakap mengenai kesemua yang berkaitan dengan perkara saling melengkapi- media yang bebas, sistem kehakiman yang bebas, pihak pembangkang yang boleh mendapatkan kejayaan, dan prosedur pilihanraya yang telus-yang membenarkan kepada debat terbuka dan perbincangan.

Dalam demokrasi, orang ramai tidak akan takut dengan tindakan balas pemerintah mengeluarkan arahan bahawa sesetengah isu tidak boleh dipersoalkan. Arahan yang melampau ini akan berhadapan dengan bantahan dan tindakan ganas yang kejam daripada masyarakat awam, dan mereka yang meminta perubahan dan rasa lebih bertanggungjawab tidak akan dipaksa berdiam diri, melarikan diri daripada ditahan dan ditindas, dan terdorong ke arah kedudukan ganas.

Regim yang mengamalkan fahaman dogma (kepercayaan yang dianggap benar dan diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian) tidak dapat bertahan apabila rakyat diperkukuhkan dengan maklumat dan dilindungi oleh jaminan perlembagaan dalam kebebasan bersuara.

Soalan : Jadi lebih dari pilihanraya.

Sudah tentu. Kita bercakap lebih daripada pilihanraya, walaupun ketelusan dan pilihanraya yang bebas adalah penting.

Sebagai contoh di Iran, adalah menggalakkan bahawa pilihanraya secara meluas diterima kerana bebas dan adil. Bagaimana pula, ketika keganasan, berang dan marah telah menghuru-harakan negara.

Rakyat Iraq mengambil berat untuk meneruskan hidup, melibatkan mata pencarian mereka. Oleh yang demikian, keputusan pilihanraya menggambarkan haluan mazhab dan puak bahawa rakyat mengalah kerana keselamatan.

Apabila kita membandingkan keperluan untuk mewujudkan sistem politik yang sah dengan kehadiran tentera Amerika dan penglibatan pegawai Amerika dalam setiap langkah untuk mewujudkan kerajaan Iraq, hanya pilihanraya tidak dapat memenuhi aspirasi demokratik rakyat.

Kita memerlukan suara yang bebas dan sah, mereka ini dapat mengutarakan isu-isu, dan juga berkeupayaan untuk bercakap mengenai idea demokratik sejagat, tentang idea Jefferson, tentang syarahan Tocqueville.

Sekarang, ianya merupakan satu cabaran yang besar kerana situasi sangat berbahaya.

Soalan : Jadi, apa yang anda katakan dalam situasi seperti pilihanraya Palestin yang terbaru, pilihanraya yang demokratik telah membawa kepada sebuah kerajaan pelampau kononnya ke tampuk kuasa?

Saya percaya bahawa sekiranya institusi kerajaan berada teguh di tempatnya, satu kemenangan oleh kononnya parti Islam atau parti pelampau tidak akan memberikan kuasa kepada kerajaan kebebasan untuk menggantung perlembagaan atau menggantung writ habeas corpus, kerana terdapat jaminan – jaminan perlembagaan melalui dan perlindungan ke atas institusi tersebut melalui media dan badan kehakiman yang bebas.

Sudah tentu, dalam situasi seperti ini, keseluruhan konteks ini mesti dipertimbangkan – ancaman serangan terhadap keselamatan, kegagalan PLO dan Fatah, rasuah yang menular dan salah tadbir Pihak Berkuasa Palestin.

Tetapi memandangkan ada yang komited kepada demokrasi, saya ingin menyatakan bahawa sekiranya anda membenarkan sebuah parti untuk bertanding, dan mereka akur kepada peraturan pilihanraya, anda tidak boleh melakukan sesuatu yang menyalahi keputusan pengundi.

Adakah saya bersetuju dengan pendirian Hamas dalam banyak isu terutamanya impian-impian yang tercatat di dalam dasar mereka? Sudah tentu, tidak.

Tetapi saya harus menghormati hak mereka memandangkan mereka telah dipilih secara demokratik, dan saya percaya bahawa melibatkan diri dengan mereka dan meyakinkan mereka untuk bersederhana dengan pendirian mereka-khususnya dalam mengkaji semula dasar mereka-merupakan satu langkah yang wajar.

Kita tidak boleh terus meminggirkan mereka dengan mengabaikan kedudukan mereka, menganggu mereka dan meletakkan keadaan yang mustahil ke atas mereka. Kenapa mengabaikan keperitan dan kesusahan mereka yang mereka hidup di dalam miskin hina, benar-benar diabaikan selepas berdekad-dekad hidup di dalam kemelaratan?

Banyak bahagian di dalam wilayah yang diduduki Palestin dan tanah rakyat Palestin secara ekonominya lebih teruk dari Sahara Afrika.

Adalah perlu untuk mengadakan hubungan dengan Hamas, untuk meyakinkan mereka mengkaji semula dasar mereka, tetapi Israel juga perlu dipujuk untuk memberikan pandangan mengenai penglibatan mereka dengan Palestin bukan di dengan tindakan satu pihak, tetapi dengan rasa hormat yang sepatutnya untuk kehidupan rakyat Palestin.

Strategi ini sangat penting bukan sahaja untuk keselamatan Palestin dan Israel, tetapi juga untuk keselamatan keseluruhan wilayah dan juga keseluruhan dunia Islam.

Soalan : Anda juga telah mencadangkan bahawa Amerika perlu memainkan peranan yang penting dalam pendemokrasian dunia Islam. Pada masa yang sama, anda mempersoalkan bahawa dunia Islam sendiri perlu mengetuai perubahan daripada autokrasi kepada demokrasi. Apakah peranan untuk AS membantu dan menggalakkan perubahan politik dalam dunia Islam?

Adalah penting bahawa negara Islam mengadakan perubahan politik dan kita lebih mahu untuk menyaksikan kejayaan sekiranya perubahan ini diberikan perhatian oleh penduduk negara itu sendiri dan merupakan usaha yang datang dari dalam negara.

Saya seringkali menyebut dengan mengambil contoh Indonesia- sebuah negara yang telah berjaya mengadakan perubahan dan demokrasi tanpa kehadiran satu pun pasukan tentera dari negara luar.

Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh dasar AS dalam situasi ini?

Masih terdapat banyak jalan untuk menyokong dan mengalakkan proses tanpa dilihat sebagai satu kuasa empayar. Selain dari tentera, AS boleh memberikan sumber-sumber.

Selain dari menggertak, AS boleh menyokong pengukuhan institusi- institusi yang akan membawa kepada pentadbiran yang lebih baik. Ia boleh menggalakkan media yang lebih bebas, dan penglibatannya dengan negara-negara mesti menyertakan bersama strategi yang akan menghapuskan rasuah dan menggalakkan ketelusan yang lebih baik, sebagai contoh dengan membantu dan melatih sistem kehakiman dalam usaha untuk membersihkan integriti dan kebebasannya.

Ada pihak yang perlu bekerja untuk memperkukuhkan masyarakat awam, bukan dengan tindakan yang kasar dengan megharapkan sokongan tanpa syarat daripada keseluruhan agenda yang pro-AS, tetapi lebih kepada tindakan berbeza yang sangat halus akan memberikan ruang kepada perbezaan pendapat yang berlarutan selagi nilai demokratik yang dihormati.

Pada fikiran saya, kesemua isu ini adalah lebih bermakna dan berkesan di dalam menjamin kejayaan eksperimen demokratik.

Soalan : Itulah yang anda cadangkan dalam pembentangan anda pada hari ini, bahawa negara seperti Indonesia, Turki dan India benar-benar perlu mengetuai dalam menggalakkan perubahan di dalam dunia Islam lebih daripada AS, lebih dapat diterima kerana datang daripada mereka sendiri

Tepat. Ini bermaksud bahawa apabila kita mahu menggalakkan kebebasan, demokrasi dan keadilan dalam dunia Islam dan dunia yang membangun, negara- negara seperti Indonesia dan Turki perlu mengetuai.

Tambahan pula, mereka mesti diberikan kebebasan. Ianya sesuatu yang tidak munasabah untuk mencadangkan bahawa sebuah kerajaan yang bebas, dipilih secara demokratik mesti dilihat mengambil dasar sepanjang masa dengan Amerika Syarikat.

Walaupun sesetengah pihak di Washington tidak kurang, pada fikiran saya, ini tidak dapat dipertahankan. Tetapi tiada kompromi di dalam isu asas, termasuk kebebasan media, peraturan berkaitan undang-undang, wakil kerajaan dan mewujudkan institusi masyarakat awam.

Sebagai contoh, keputusan Perdana Menteri, Erdogan [Turki] untuk bertemu Hamas adalah satu peristiwa penting, tetapi di AS ianya dilihat sebagai satu jenayah yang besar. Jenayah apa? Biarkan mereka bertemu dan berbincang dengan Hamas. Adakah kita tahu apakah yang berlaku dalam mesyuarat- mesyuarat tersebut?

Hakikatnya, Perdana Menteri Erdogan telah memberikan penerangan ringkas kepada saya tentang apa yang berlaku, dan pada fikiran saya beliau seorang yang berani dan bijak untuk mengambil peluang untuk menunjukkan kepada Hamas bahawa beliau menghormati keputusan rakyat Palestin, dan bahawa beliau bersedia untuk bekerja dengan mereka.

Tetapi ianya juga penting untuk meyakinkan Hamas, “Kami mahu anda menjadi peneraju dalam masyarakat antarabangsa, yang bermaksud bahawa terdapat sesetengah bahagian dalam dasar berpunca dari masa kemarahan, yang mesti dirasionalkan.”

Penglibatan bersama Turki memberikan satu peluang untuk menyampaikan kepada Hamas keperluan untuk bersederhana dalam kedudukan mereka, dan sebagai sekutu kepada AS, Turki secara sah boleh memaklumkan kepada Hamas bahawa, “Ya, kami akan mampu untuk bekerja bersama Amerika Syarikat untuk mencari persefahaman.”

Saya rasa apa yang dibuat oleh Erdogan patut dipuji, tetapi beliau telah dikutuk keras atas isu ini. Pada pandangan saya, merupakan satu sumbangan yang besar, bukan sahaja di dalam kepentingan Turki, tetapi juga dalam kepentingan konflik Arab-Israel dan dasar luar negara AS.

Soalan : Setakat ini, anda telah membincangkan tentang apakah peranan yang perlu dimainkan oleh AS dalam menumpukan perhatian di dalam perselisihan di antara Barat dan Islam. Apakah peranan, boleh dimainkan oleh Muslim AS dalam menumpukan perhatian terhadap perselisihan ini? Adakah sebarang perincian yang anda fikir mereka boleh membantu?

Ini adalah satu isu yang sensitif kerana Muslim di Amerika Syarikat telah dikenali sebagai satu ancaman dan mereka dilihat sebagai agen asing. Saya percaya mereka perlu diberikan kebebasan untuk meluahkan pandangan mereka secara terbuka, sama ada anda setuju atau tidak.

Dalam demokrasi, kita boleh memberikan harapan yang tidak kurang daripada apa yang diharapkan. Saya fikir anda akan bertemu, ada di antara mereka yang boleh dipercayai dan mempunyai suara yang adil, mereka ini boleh membantu menghubungkan jurang yang luas diantara Islam dan Barat.

Masyarakat Islam di Amerika Syarikat, dibandingkan dengan masyarakat minoriti lain di AS dan dibandingkan dengan umat Islam di seluruh dunia sebenarnya adalah luar biasa.

Pendidikan dan tahap pendapatan di antara Muslim Amerika secara umumnya lebih tinggi. Saya fikir mereka boleh menjadi sekutu secara semulajadi, tetapi rasa tidak percaya umat Islam akan membawa kepada persengketaan di antara mereka dan masyarakat Amerika yang ramai.

Saya tahu organisasi yang telah diganggu, dan masyarakat bimbang bahawa mereka dilabelkan sebagai satu ancaman secara ringkasnya disebabkan oleh kepercayaan agama dan latar belakang budaya mereka.

Kerajaan boleh memainkan peranan dalam membina kepercayaan dengan masyarakat. Saya telah menyebut organisasi-organisasi, seperti USAID, the National Endowment for Democracy(NED), the International Republican Institute(IRI), the National Democratic Institute(NDI), the Peace Corps dan kumpulan pemikir yang lain yang mengambil pendekatan lebih liberal, memberikan pandangan tanpa menimbulkan rasa curiga terhadap perkara asas.

Anda lihat, selalu terdapat kesukaran ini bahawa satu insiden sahaja mampu memusnahkan keseluruhan perjanjian kita, dan ini benar-benar satu kesukaran untuk kami menerima.

Soalan : Anda telah memberi beberapa penunjuk yang menarik mengenai jenis demokrasi yang anda fikir perlu diwujudkan dalam dunia Islam. Dalam buku anda pada 1996, The Asian Renaissance, anda menulis bahawa, “ Masyarakat Asia akan bertemu dengan tarikan terhadap kata-kata nasihat Bapa Pembentukan Amerika dalam menyatukan faham masyarakat republikan dengan warisan agama Puritan. Agama telah menjadi sumber kekuatan yang hebat kepada masyarakat Asia dan akan terus menjadi benteng menentang kerosakan moral dan sosial”.Apakah aplikasi dari model Amerika yang anda cadangkan, menyatukan republikanisma dengan agama, seperti yang dilihat dalam dunia Islam?

Saya telah membuat perbezaan di antara kesedaran yang merujuk kepada kesedaran moral atau pendidikan dan pengalaman Amerika, tiada corak pertentangan yang jelas terhadap agama dan amalan agama.

Ini telah dinyatakan secara jelas dalam Demokrasi Tocqueville di Amerika, beliau mempunyai pemikiran yang tajam dalam memahami tarikan keagamaan rakyat Amerika dan kemampuan untuk membuat satu arahan politik yang tidak menyukarkan kemahuan agama ke atas rakyat.

Perbahasan ini sedang berlaku dan kita lihat ianya muncul semula dalam isu Darwin dan pengajaran Creationism di sekolah awam. Saya jangka isu-isu ini juga telah tertanam dalam dunia Islam dan kita perlu mencari jalan yang membina untuk menyatakan kepada mereka yang mana konsisten dengan komitmen kita terhadap prinsip demokrasi.

Tetapi sekarang, ketika berlangsung satu perdebatan di Kuala Lumpur bahawa kita mesti mengajar mengenai Darwin di sekolah, ianya akan dilihat sebagai satu tindakan jenayah dan akan ditekan.

Soalan : Sama seperti di Amerika Syarikat, betul?

Kita perlu membenarkan perkara ini, dan kita perlu jangka bahawa dalam sebuah demokrasi, isu-isu berkaitan kepercayaan akan didebatkan.

Sama seperti Amerika, nilai etika yang diambil dari agama adalah satu aspek dasar awam.

Perkahwinan sama jantina secara umumnya tidak digalakkan dan saya pasti ianya akan kekal sebagai satu isu yang kontroversi yang akan mengundang perbalahan. Tetapi anda mesti memberikan kebebasan kepada orang ramai untuk memilih.

Anda akan bertemu dengan majoriti besar yang menentang perkara tersebut, tetapi anda mesti benarkan mereka untuk memilih. Kita perlu membenarkan demokrasi untuk muncul tanpa hukuman kasar undang-undang dan institusi.

Memang selalu ada, mereka yang cenderung untuk menjadi lebih toleran dan liberal, dan sistem mesti mampu untuk mengendalikan pandangan tersebut tanpa mengambil jalan keluar yang akan membawa kepada penindasan dan penapisan. Ini adalah realiti dalam era hidup kita sekarang.

Saya selalu memberitahu anak-anak saya bagaimana saya memberikan respons kepada ibu bapa saya – apa sahaja yang mereka katakan adalah peraturan. Anak saya, dalam sudut yang berbeza, mempersoalkan.

Soalan : demokrasi..

Adalah sesuatu yang normal untuk takut bahawa sekali kebebasan diberikan, kemudian pandangan anda tidak akan lagi dibawa. Ini adalah satu ramalan yang muncul yang mana demokrasi mesti hadapi. Mereka perlu memegang kepada kebarangkalian untuk mencapai kata sepakat.

Soalan : Kembali kepada kes Moorthy. Kontroversi terbaru yang menyelubungi pengkebumian Moorthy, seorang Hindu dan juga ahli pasukan Malaysia yang pertama mendaki Gunung Everest, menonjolkan perdebatan dalam masyarakat Malaysia mengenai peranan undang-undang Islam di dalam kerajaan. Apakah peranan agama yang anda lihat dalam masyarakat di Malaysia? Apakah norma demokratik, maksudnya seperti kebebasan beragama dan kebebasan bersuara dalam konteks ini?

Saya bersetuju bahawa terdapat peranan untuk agama dalam masyarakat, dan masyarakat perlu diberikan peluang untuk mengamalkan amalan agama mereka. Suasana dapat diwujudkan untuk menggalakkan toleransi dalam isu yang berkaitan dengan kepercayaan, spiritual dan nilai moral, dan saya tidak melihat perkara ini berada dalam keadaan yang sudah diatur selari atau dalam percanggahan pandangan kita terhadap pentadbiran, demokrasi dan kebebasan.

Tetapi dalam kes spesifik lelaki Hindu ini, Moorthy, kerajaan mendakwa bahawa dia bertukar agama kepada Islam sebelum meninggal, dan oleh yang demikian mengebumikannya mengikut upacara islam melalui Mahkamah Syariah.

Isteri Moorthy mencabar pemerintah dan mengatakan bahawa dia mempunyai bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa dia (Moorthy) tidak pernah menukar agama. Undang-undang, bagaimanapun, menentukan bahawa kes yang melibatkan seorang Muslim perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah.

Pada kepercayaan saya, rayuan isterinya perlu didengar di Mahkamah Sivil. Tidak kira apa pun, Mahkamah Syariah, dilihat sebagai berat sebelah.

Ini adalah rasa percaya peribadi saya bahawa perkara ini berada dalam hak isteri Moorthy untuk merujuk kes ini ke Mahkamah Sivil. Insiden ini menonjolkan kegagalan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepura-puraan mereka propaganda mereka mengenai Islam yang sederhana. Mereka dengan jelas melepaskan tanggungjawab mereka dengan menafikan hak penganut Hindu untuk didengar di Mahkamah Sivil.

Saya telah berunding dengan cendekiawan Islam, pemimpin agama dan organisasi dan saya percaya terdapat satu cara yang adil untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Kita tidak mempersoalkan hak seorang Muslim untuk dirujuk ke Mahkamah Syariah. Tetapi kita mesti jamin hak bukan Muslim untuk kes mereka didengar di arena yang tidak berat sebelah dengan meminda perlembagaan. Dan, malangnya, ini tidak dilakukan.

Ini adalah salah satu contoh yang menunjukkan bahawa, walaupun sesetengah peruntukan dalam perlembagaan agak jelas dan mempunyai sokongan ahli politik,
Masih terdapat banyak yang melibatkan perkara yang tidak toleran.

Isu seperti Moorthy telah menyebabkan rasa marah dan benci yang buruk, dan juga ketegangan di antara bukan Muslim, dan Hindu secara khususnya. Kepimpinan mesti mengendalikan situasi ini dengan lebih lembut. Saya telah berbincang perkara ini dengan Muslim, termasuk mereka yang kononnya merupakan kumpulan pelampau; tiada siapa yang mempersoalkan hak bukan Muslim untuk dirujuk ke Mahkamah Sivil.

Jadi, kenapa Malaysia menunggu? Kenapa kerajaan menafikan hak asas penganut Hindu?

Soalan : Banyak dalam tulisan anda , anda membincangkan tentang masa depan Islam di Asia Tenggara. Apakah peranan yang dimainkan oleh pembangunan di negara anda sendiri, Malaysia, dalam masa depan Islam sebagai satu di Asia Tenggara? Anda telah banyak kali merujuk kepada pengalaman Indonesia menjadi sebuah model untuk Asia Tenggara dan dunia Islam sebagai satu.

Indonesia dan Turki, seperti yang saya sebutkan, merupakan satu contoh yang menarik, kerana perubahan di kedua-dua tempat ini adalah luar biasa. Tetapi kedua-duanya mewakili budaya Muslim yang besar.

Malaysia agak unik dari segi mempunyai pelbagai budaya, bangsa-secara semulajadinya adalah bercampur. Saya membesar dalam kawasan Pulau Pinang, yang lebih mempunyai pelbagai bangsa dan agama dari kawasan-kawasan lain.

Majoriti jiran saya adalah bukan Islam, dan mereka merupakan pakcik dan makcik kepada kami, yang merupakan ganjil kepada sesetengah rakan saya. Kemudian, mereka bertanya kepada saya kenapa terlalu ramai pakcik Hindu dan China. Tetapi pengalaman itu membentuk pengetahuan kami terhadap toleransi dan pluralisma.

Malaysia kaya dengan warisan yang mengandungi pelbagai bangsa, masyarakat yang pelbagai dan pada masa yang sama telah menjadi toleran, walaupun terdapat tragedi dalam rusuhan kaum yang lepas. Kami kekal menunjukkan pembangunan ekonomi selama berdekad-dekad. Dibandingkan dengan kebanyakan negara Islam, Malaysia adalah satu kejayaan.

Kebimbangan saya adalah kami tidak bergerak ke hadapan; kami tidak matang secara budayanya. Kami tidak bersedia untuk mengubah falsafah politik dan dasar ekonomi. Sebagai contoh, lihat pada kebebasan media; kami antara yang terbawah di dunia. Lihat pada rasuah; ianya tidak diumumkan. Dan rasuah boleh menjadi penyakit dan barah.

Satu dasar ekonomi baru dan usaha-usaha untuk menolong Melayu diperlukan. Berbilion ringgit telah dihabiskan oleh pegawai yang korup untuk memperbaiki hidup mereka, anak-anak mereka dan kerjaya mereka. Dan itu adalah sebab mengapa berlakunya tentangan untuk mengubah kerajaan.

Sekiranya penentangan terhadap perubahan ini berterusan, kita akan hilang persaingan, dan kita tidak akan menarik pelabur luar dibandingkan dengan jiran-jiran yang aktif seperti China dan India.

Ini adalah kebimbangan saya, dan saya fikir saya terhutang budi kepada ramai rakan Malaysia saya yang lain yang telah menderita kerana dipenjarakan, serangan polis dan dipinggirkan daripada kerja mereka untuk terus memperjuangkan perubahan di Malaysia.

Nota : AIDC menterjemah artikel asal wawancara bertajuk ” Islam in Southeast Asia”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: