Membela Islam akan dikenakan tindakan tatatertib oleh PKR?

Berikut merupakan transkrip wawancara Stevan Gan (Malaysiakini) dengan Anwar Ibrahim yang disiarkan oleh Malaysiakini.com,14 Ogos 08.

Malaysiakini : Isu Majlis Peguam – adakah anda fikir ini telah menimbulkan masalah dalam Pakatan memandangkan sesetengah elemen di dalam PKR dan PAS lebih terbuka dalam menentang forum?

Anwar Ibrahim : Ya, saya fikir itu telah memberikan satu pengajaran kepada kami bahawa sesetengah keputusan kami perlu difahami dengan lebih baik oleh peringkat bawahan (di dalam parti).

Mungkin kami tidak menjelaskannya dengan baik. Tetapi kenyataan saya cukup jelas – sebelum itu – untuk mengatakan bahawa, sebagai satu prinsip, kita mesti benarkan (forum) ini. Kami telah memberikan pandangan kami kepada Majlis Peguam, dan PAS telah mengeluarkan kenyataan- (Pemimpin PAS) Hadi (Awang) telah menjelaskan-bahawa kita mesti benarkan, tetapi ianya harus dibuat secara tertutup.

Itu juga merupakan pandangan peribadi saya pada masa sekarang kerana sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah ini… Saya cuba meminta pemimpin Muslim untuk menghargai fakta bahawa kita mesti benarkan perbincangan.

Sekiranya kita tidak yakin, itu bermakna (terdapat) sesuatu yang salah dengan kepercayaan dan pegangan kita. Anda mesti yakin untuk menunjukkan dan, tentang dan menyatakan tidak setuju. Sekiranya anda tidak gembira bahawa wakil Islam (di dalam forum) tidak cukup, tidak mahir, kemudian anda harus menghantar mereka yang cukup, mahir ke sana.

Malahan, saya telah berbincang dengan (Pensyarah Undang-Undang) Mehrun (Siraj), yang berada di sana, dan dia menyatakan sesuatu yang mengejutkan – apabila perkara ini dibincangkan, wanita ini sedang memberikan pandangan, yang bukan sahaja bukan Muslim, tetapi Muslim, juga mendengarnya. Jadi kita telah hilang peluang itu.

Malaysiakini : Di manakah sebenarnya (Ahli Parlimen PKR dan ketua protes Majlis Peguam) Zulkifli Nordin?

Saya cuba berhubung dengannya.

Malaysiakini : Anda yakin anda tidak tahu di mana dia berada?

Saya telah diberitahu, (dan) dia telah berjanji untuk menghubungi saya jadi saya akan lihat samada dia berbuat demikian. Saya tidak berhubung dengan dia beberapa hari yang lepas. Tetapi kami mengatakan kami bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh (Timbalan Presiden PKR) Syed Husin (Ali).

Malaysiakini : Adakah tindakan akan dikenakan ke atas Zulkifli?

Syed Husin, telah mengeluarkan kenyataan yang mewakili kedudukan parti, dan saya telah bercakap dengannya (Zulkifli) untuk memaklumkannya dan beberapa soalan dan tindakan akan diambil. Saya fikir, untuk lebih adil, memandangkan kami tidak dapat menghubunginya secara terus, kami terpaksa tunggu sehingga kami mampu berbuat demikian.

Malaysiakini : Tetapi beberapa tindakan akan diambil?

Ya, secara jelasnya, dia perlu faham dasar parti, kedudukan parti juga mesti diberikan sokongan.

Malaysiakini : Apakah jenis tindakan?

Tepulang kepada Syed Husin yang mengetua Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin, yang lebih bebas daripada parti.

Malaysiakini : Jadi, dia akan dibawa menghadap Lembaga Disiplin?

Jadi, keputusannya, kami perlu bertanya kepadanya apakah yang telah berlaku.

Malaysiakini : Seperti tunjuk sebab?

Ya, kita bermula dari situ.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: