Rakan – rakan Pakatan usaha fahami Anwar baru – Muslim Moderate….

Rakan-rakan Pakatan usaha fahami Anwar Baru – Muslim Moderate…

Oleh: Abdar Rahman Koya

Sejak kepulangannya pada 31 Oktober selepas menjalani pembedahan tulang belakang di Jerman, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim telah memancing kumpulan besar ke mana sahaja dia pergi.

Dengan imej seorang Perdana Menteri dan kemahiran pidato Bahasa Melayu yang dieksploitasi oleh penyokong untuk menarik orang ramai. Anwar, yang dipecat secara dramatik ditahan 6 tahun lalu, mencetuskan krisis politik Malaysia paling buruk sejak kemerdekaan telah mengejar masanya yang telah hilang dengan menemui penyokong, peminatnya dan menemui semula popularitinya yang lalu.

Anwar menghabiskan masa hampir sebulan berada di Hospital Munich selepas tuduhannya digugurkan pada 2 September. Pembebasannya mencetuskan rasa bimbang terhadap arahan politik pada masa akan datang daripada parti UMNO, yang telah hampir dipimpinnya sebelum pemecatannya oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Permintaan dibuat mendesak Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk menyekatnya daripada menyertai UMNO walaupun tiada hasrat seperti itu dinyatakan oleh Anwar.

Kebimbangan yang dinyatakan oleh ahli politik yang memerintah berasas : laluan untuk menjadi Perdana Menteri sememangnya melalui UMNO, yang mempunyai pakatan dengan dua parti Cina dan India dan telah memerintah Malaysia selama berdekad-dekad.

Sama ada Anwar mempunyai keupayaan dalam mengubah tradisi masih dinantikan, tetapi sebarang cadangan untuk dia kembali kepada UMNO akan menjadi penghujung kepada karier politik beberapa pemimpin yang baru muncul.

Tiga daripada mereka merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, termasuk Mahathir, dan mungkin akan tewas sekiranya Anwar kembali kepada UMNO. Setakat ini, Anwar telah memilih untuk tidak menyertai UMNO dan bersama pembangkang.

Semasa kepulangannya daripada umrah di Mekah pada 31 Oktober, Anwar berjanji untuk bekerjasama dengan semua pihak, termasuk kerajaan sekarang.

Sementara dia masih belum mengumumkan secara terbuka seperti memutuskan hubungan dengan rakan-rakannya yang berada dalam kabinet, dia menghadapi kesukaran untuk menerangkan kepada penyokongnya dan media tentang pendiriannya, jaminan bekerja keras untuk ‘pembangkang yang boleh dipercayai’.

Sama ada betul atau tidak entiti seperti itu termasuk dalam parti-parti pembangkang pada masa ini tidak jelas. Tetapi untuk masa sekarang, Anwar menjadi topik utama perbualan di antara ahli politik kedua-dua belah pihak.

Sewaktu berada di Hospital Munich, pemerhati dan penyokongnya memberikan pandangan sepintas lalu terhadap Anwar ‘baru’ seperti yang dikatakan di mana dia baru sahaja menghabiskan masa selama 6 tahun di belakang tirai besi.

Personaliti yang melawatnya, daripada bekas presiden Indonesia seperti Abdurrahman Wahid, BJ Habibie, intelektual Islam seperti Yusuf Qaradawi dan sebagainya, kepada pembuat-keputusan politik kanan Eropah dan AS, dan juga temu ramahnya bersama media Barat, telah mendedahkan gambaran serupa Anwar sebagai seorang Muslim ‘Moderate’ yang telah dipelihara oleh inkubator media Barat.

Kenyataan ‘kritikan’ lembut terhadap perang Iraq, dipadankan dengan reaksi umum sekarang tersebar luas di kalangan sesetengah Muslim – seperti mendesak ‘perang ke atas keganasan’ Amerika untuk dilaksanakan di peringkat psikologi untuk tidak menggalakkan tindakan militan Muslim – telah membantunya untuk dilihat dengan lebih positif.

Layanan terhadapnya sebagai ‘tetamu diraja’ pemerintah Saudi juga telah menimbulkan persoalan tentang mereka yang menjadi kenalannya dan kesannya untuk satu perhubungan yang rapat dari perspektif gerakan Islam.

Pada masa gambaran terhadapnya sebagai seorang yang ‘Moderate’ dan seorang calon bagi ‘dialog menghubungkan Barat-Islam yang berpecah’ mungkin sesuatu yang amat tidak berkaitan, imej yang diberikan kepadanya tidak mengejutkan.

Media Barat telah mempunyai tabiat untuk membina imej mana-mana pemimpin Muslim yang mereka rasakan pada suatu ketika nanti akan memegang kuasa di negara Muslim.

Rasa sangsi ini ditambah lagi dengan pertemuan Anwar di Munich bersama Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz, seekor ‘pemangsa’ dalam pentadbiran Bush dan arkitek serangan AS ke atas Iraq tahun lepas.

Standard yang sama kritikan Muslim ‘Moderate’ dinyatakan oleh Anwar semasa pertemuan itu.

Pada masa yang sama, ramai penyokong dari pembangkang, Parti Islam (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), diketuai oleh isteri Anwar Dr Wan Azizah Ismail, telah memilih untuk menunjukkan populariti Anwar.

Pada peringkat ini, pembantu Anwar mempunyai masalah dalam memperbetulkan imej Anwar yang merupakan seorang yang terlalu rapat dengan pegawai-pegawai Barat dan juga tidak menghiraukan kepada ketidakadilan kritikan politik semasa 16 tahun berada dalam kabinet Mahathir.

Sumber yang rapat dengan Anwar telah memberitahu Crescent International bahawa Anwar telah dinasihatkan mengenai bahaya kerana telah dilihat sebagai seseorang yang disukai oleh Amerika, dalam pandangan Muslim secara umumnya benci kepada AS.

Satu pertemuan tertutup selepas iftar bersama pemimpin parti pada 7 November telah mendedahkan Anwar di ‘sebelah yang lain’, jauh dari paparan media Barat, dan dia jarang mengitik ‘keras’ terhadap dasar AS.

Beberapa pertemuan umum yang berikutnya dianjurkan dalam usaha untuk memahami lelaki yang telah mencipta gelombang dalam politik Malaysia walaupun tidak mempunyai kuasa politik – satu fenomena yang jarang berlaku di Malaysia.

Dalam satu majlis, apabila ditanyakan mengenai pandangannya terhadap PAS, Anwar mengatakan agenda ‘reformasinya’ tidak pernah dimasukkan tentang sebuah negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud, tetapi menambah : “Sebagai Muslim saya tidak boleh mempersoalkan hukum hudud yang telah ditentukan dalam Al-Quran yang suci. Anda tidak boleh meminta saya mempersoalkan hudud. Tetapi sama ada ianya boleh dilaksanakan di Malaysia adalah soalan yang lain sama sekali, ”

katanya, menambah : “Saya tidak berminat kepada sekularisme kerana ianya mengandungi kandungan sejarah Barat yang menentang nilai keagamaan. Saya boleh mengambil pendirian popular pada masa sekarang dan mengatakan bahawa saya bersetuju dengan sekularisme…..tetapi kemudiannya saya akan berbohong, di mana saya enggan untuk melakukannya.”

Pada masa parti pembangkang dan NGO dari kedua-dua pihak, sekular dan Islamik bersetuju bahawa Anwar adalah harapan terbaik untuk menyatukan pembangkang, ini juga bermaksud dia mempunyai terlalu ramai orang untuk dilayan dalam usaha untuk dilihat sebagai faktor penyatuan dalam Malaysia yang mempunyai politik Islam yang kompleks dan pelbagai agama.

Dilema seperti ini mungkin akan menjadi berita buruk kepada kredibiliti seorang ahli politik untuk jangka masa panjang.

Penjelasan yang diberikan dalam pelbagai topik, bermula dari agenda negara Islam PAS kepada sekularisme, telah membuatkan mereka yang tidak selesa dengan imej ‘Moderate’ (dalam istilah Barat) telah memberikan faedah kepada Anwar di atas kesangsian mereka itu.

Akan datang, karisma Anwar bersama orang ramai – satu aset yang diinginkan oleh kem pembangkang yang semakin ditinggalkan semenjak pemergian Mahathir dari dunia politik – akan digunakan sepenuhnya.

Sekarang Anwar dibebaskan, penyokong tidak lagi merahsiakan ‘eksploitasi’ seperti ini : “Kita mesti menggunakan sepenuhnya pembebasan Anwar dalam kempen kita untuk mempertahankan hak asasi manusia di negara ini,” kata Saari Sungib, bekas pembantu Anwar berkata pada 24 November, apabila dia mengumumkan permulaan kempen untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) : yang merupakan alat yang digunakan oleh Mahathir semasa dua dekad pemerintahannya untuk mengekang penentangan, dan penghapusannya merupakan satu galakan yang hebat untuk aktivis di semua peringkat di Malaysia. [nota sekarang Saari Sungip telah keluar PKR dan sertai PAS]

Nota : Artikel terjemahan AIDC daripada tulisan Abdar Rahman Koya, 2004. Tajuk asal artikel ini, ” Doubts over Anwar’s friends as he re-enters Malaysian politics”

Artikel lain berkaitan :

1. Masih berbisakah tangan Anwar dalam PAS ?

2. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

3. Rahsia tugasan Anwar – Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

4. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: