“Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim

“Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim

Dalam temu ramah ini, Aliran Monthly menemui Anwar Ibrahim untuk berbicara secara terus terang mengenai Islam dan badan kehakiman, termasuk hubungan antara agama dan kaum , di tengah- tengah kes penukaran agama baru- baru ini dan pameran seluruh negara Pakatan Artikel 11 yang telah dihentikan pada tahun lepas. Dia akan membincangkan tentang usahanya yang tersendiri dalam menggalakkan dialog antara Muslim.
AM : Anda telah bercakap mengenai Agenda Ekonomi Baru Malaysia. Selain itu, apakah visi alternatif yang dimiliki oleh Pembangkang untuk pilihan raya akan datang? Bolehkah anda menyatukan “pakatan pelangi” yang lain? Apakah visi yang boleh anda tawarkan kepada pengundi? Ramai pengundi tahu masalahnya. Tetapi, untuk mahukan satu alternatif, mereka tidak akan menyokong pakatan yang lain atau mereka juga secara aktif menyokong kewujudannya. Apakah dasar yang akan dimasukkan dalam agenda perubahan untuk pilihan raya akan datang?

Anwar : Kami telah tunjukkan cabaran ini : “Anda mahu satu perubahan atau anda mahu menerima status quo (kekal cara lama)– bukan sahaja dalam perkara dasar ekonomi tetapi isu rasuah, dan ketegangan antara agama, antara kaum? ”

Inilah pilihan yang kita ada. Jadi kita perlu mula merancang. Ini bermakna lebih banyak kejayaan dalam erti kata kesanggupan DAP untuk bekerjasama dengan Keadilan dan sekarang PAS pula bekerjasama dengan Keadilan.

Untuk ketiga-tiga ini bekerjasama adalah tugas yang lebih mencabar. (Terdapat) sesetengah perdebatan kontroversi mengenai Negara Islam dan undang- undang Islam – yang sedang dilaksanakan, saya perlu katakan, daripada masa yang lebih sukar atau pertukaran yang penuh rasa dendam dalam dua tahun lepas.

Tetapi dalam perkara asas saya rasa kejayaan besar kedudukan pembangkang adalah persetujuan ke atas rangka Perlembagaan, kebebasan bersuara, dan kedaulatan undang- undang.

AM : Ini adalah satu daripada kelemahan pembangkang pada pilihan raya 2004. Di antara 1999 dan 2004, kesilapan PAS adalah perjuangan untuk kerajaan berperlembagaan adalah kemenangan visi mereka untuk menghentikan kerajaan sekular. Pada masa ini, bagaimana Pembangkang berhadapan dengan perkara lain – masalah Artikel 11, isu murtad, untuk beberapa jenis penukaran agama. Perkara tersebut mengganggu hubungan antara agama tahun lepas. Adakah Pembangkang akan menawarkan sesuatu yang berbeza daripada apa yang ditawarkan oleh kerajaan?

Pertama, kita mesti menggalakkan debat terbuka dan penjelasan awam yang bertentangan dengan pendirian kerajaan untuk menyapunya di bawah permaidani atau menafikan hak rakyat Malaysia untuk terlibat.

Kedua, apabila kita mempunyai masalah – khususnya berkenaan sesetengah elemen dalam kumpulan Islam yang cenderung untuk mempertimbangkannya sebagai kufur dan tidak akan membenarkan debat terbuka; kami dengan keras menggalakkan mereka untuk menukar pendirian mereka.

Saya telah mengambil usaha untuk mengadakan dialog antara Muslim baru- baru ini. Selain dari Keadilan, PAS, JIM, ABIM, dan Muslim profesional juga terlibat.

Dan persetujuannya adalah kita mesti benarkan perbincangan secara terbuka ini. Saya beritahu mereka, “Dengar kepada mereka (kumpulan yang anda tidak bersetuju) ; anda boleh mengambil pendirian yang sangat keras dan mempertikaikan kes tersebut.”

Kami juga menjemput penganjur Artikel 11 (Pakatan), IFC (Suruhanjaya Antara Agama) untuk menyertainya, dan Sisters-in-Islam; tetapi mereka enggan hadir disebabkan beberapa faktor tertentu.

Tetapi satu kejayaan besar adalah terdapat kesanggupan dialog di antara mereka yang kononnya Islamik, yang telah menghentam pada masa yang lalu kerana tidak bersedia untuk terlibat dalam mana-mana dialog.

AM : Kami di aliran tidak terlalu suka mengkritik orang. Kami kekal sebagai bukan sahaja salah satu daripada beberapa pertubuhan pelbagai kaum masyarakat bertamadun, tetapi kami juga salah satu pertubuhan yang sangat jarang memantau tahanan ISA yang ditahan di atas tuduhan menjadi ahli kumpulan yang tidak dikenali seperti KMM. Kami ada prinsip, enggan untuk menerima pemenjaraan mereka yang tidak mempunyai asas kesalahan yang dibuktikan. Walau bagaimanapun, kami menyertai forum seperti Artikel 11. Kemudian kami mendapati sesetengah orang, yang agak gembira untuk bersama kami memprotes di luar Kem tahanan Kamunting, tiba-tiba mengganggu forum- forum lain yang kami mempunyai hak yang sah untuk menganjurkannya. Ketika senang untuk mendengar sesetengah kumpulan ini bersikap terbuka, idea dialog mereka agak pelik.

Kami tahu. Itu (gangguan terhadap Forum Artikel 11) merupakan insiden malang, tetapi ia telah diatasi oleh acara tersebut. Dalam perbincangan terdapat persetujuan ini. Saya tidak mahu mendapat pujian kerana terdapat persetujuan ini yang wujud dalam forum. Kita mesti benarkannya.

Tetapi sesetengah Muslim yang sebenar – sekurang-kurangnya melihat ancaman – kerana terdapat kumpulan kecil yang berasaskan elemen sekular – dibela oleh media nasional yang menyiarkan pendirian beberapa golongan elit ini, dibela oleh Sisters-in-Islam, dibela oleh kuasa pentadbiran kementerian.

Dan apabila terdapat cubaan oleh mana- mana cendekiawan Muslim ini untuk membidas, mereka diketepikan. Jadi, terdapat rasa geram. Ini adalah isu persepsi sekarang. Tiada cubaan untuk membawa mereka terlibat dalam satu pendirian yang Moderat (sederhana).

Saya mahu menasihati, saya telah katakan secara terbuka. Terima IFC. Saya tidak katakan saya menerima pendekatan yang dibawanya. Sudah tentu, sekiranya anda bertanya saya, ini adalah negara bebas.

Saya menggambarkan diri saya sebagai seorang yang liberal. Jika mereka mahu bercakap, walaupun saya tidak bersetuju dengan mereka, itu adalah hak mereka. Tetapi, dengan diberikan peluang, saya katakan bahawa mereka perlu cuba memahami dan terlibat, ambil pendirian yang sederhana, cuba faham pandangan dan ambil berat pihak lain.

Sekarang Muslim terasa diancam, manakala bukan Muslim pula terasa mereka dipaksa.

Saya ingat kes Moorthy. Ia klasik. Akhirnya, percaya atau tidak, terdapat satu persetujuan, di kalangan Muslim, yang saya bertemu dengannya mewakili kumpulan Muslim.

Saya berkata, “Lihat, tujuan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan adalah untuk membenarkan Muslim untuk mendapatkan pengadilan daripada Mahkamah Syariah.”

Tetapi masalah isteri Moorthy, Azizah sangat simpati, adalah berbeza. Azizah berjumpanya dan memberikan jaminan, “Anda ada hak untuk ke Mahkamah Sivil.”

Apabila saya berbincang tentang perkara ini dengan Persatuan Ulama, ABIM-JIM – pada mereka. “Orang ini bukan sahaja mahu hak isteri Moorthy, mereka juga mahu menghentikan pendekatan 121(1A) dalam mahkamah kita.” Tidakkah anda lihat masalah persepsi di sini?

Sesetengah elemen bukan Muslim, bagaimanapun mengatakan, “Pendirian kami dan kepercayaan kami, kebebasan kami, hak asasi kami telah diancam.”

Tiada sesiapa pun mengambil usaha untuk bertemu mereka. IFC tidak akan berfungsi; juga tidak boleh dipercayai kerana ia dilihat sebagai musuh menentang elemen keagamaan.

Saya telah mencadangkan, oleh yang demikian, sekiranya anda semua mahu bergerak ke hadapan, pendekatan perlu bersederhana dengan garis panduan yang lembut, kerana jika mengambil pendekatan agama boleh menjadi lebih emosional, dan bertukar menjadi rasa dendam.

Itulah mengapa ketika saya mencadangkan dialog di kalangan Muslim, sesetengah rakan bukan Muslim saya dalam Keadilan berkata, “Awak telah bercakap tentang dialog antara agama selama ini; tiba-tiba, anda mengatakan di kalangan Muslim.”

Ia sukar untuk mendapatkan persetujuan di kalangan Muslim; Kenapa kita tidak cuba untuk mendapatkan persetujuan yang minimum? Satu persetujuan yang minimum, pada fikiran saya, adalah objektif yang lebih tinggi walaupun untuk Muslim – ia bermaksud kebebasan suara hati, kebebasan bersuara, kesucian hidup dan harta benda dan maruah lelaki dan wanita.

AM : Masalah persepsi ini tidak timbul dalam realiti meningkatnya konfrontasi antara agama. Ini adalah kefahaman kita. Walaupun terdapat rasa tidak selamat di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia – tidak kira apa persepsi – kita tidak lihat bagaimana seseorang itu boleh mengatakan status Muslim sedang diancam.

Saya bersetuju dengan anda tetapi itu adalah persepsi mereka. Saya katakan kepada mereka, “Anda dalam majoriti yang besar. Anda mengetuai – Kepimpinan Melayu dalam pemerintah elit, Pemimpin Melayu dalam Pembangkang. ” Tetapi mereka katakan, “Bertentangan dengan semua ini, inilah sebenarnya yang berlaku. 100,00 [murtad].”

Saya katakan, “Kita boleh wujudkan fakta.” Bukan mempertahankan atau membiarkan. Saya hanya menyatakan, Kita perlu berunding dengan dalam banyak perkara. Saya mahu hasil. Hasilnya bagi saya adalah dilihat untuk bersedia bercakap untuk kiri dan kanan.

Sebenarnya, saya memberitahu kumpulan Muslim, “Saya menentang apabila setiap orang kritikal terhadap kononnya liberal. Sebab dalam banyak perkara saya seorang liberal. Dan saya fikir Muslim juga perlu liberal.”

Mereka kata, “Apa liberal?”

Saya menjawab, “Saya tidak bercakap tentang secara asasnya tentang sekular. Tetapi menjadi liberal bermaksud anda perlu bersedia untuk mendengar; anda perlu menerima bahawa sesetengah manusia berbeza, anda perlu belajar untuk bertoleransi dengan perbezaan. Bukan anda semstinya bersetuju ; anda boleh tidak bersetuju.”

Saya menghantar kepada beberapa rakan saya pagi ini satu artikel dalam New York Times tentang reaksi terbaru terhadap konotasi keagamaan daripada asasnya sekular. Terdapat perdebatan yang hebat. Mereka cuba untuk mengadakan perdebatan ini.

Tetapi apa yang kurang di negara ini adalah satu penjelasan ; satu penjelasan yang sihat dan tidak bersemangat.

AM : Muslim Progresif tidak dilihat untuk bersuara; ini adalah satu tragedi. Lihat Mufti Perak. Beliau berkata, 150,000 orang meninggalkan Islam; kedua, sambutan ‘ Deepa Raya’ tidak Islamik; ketiga, Datuk Azhar dituduh muncul dalam sebuah gereja untuk menukar agama kaum Melayu kepada Kristian. Kesemua ini telah dilaporkan. Tiada sesiapa menghentam kenyataannya (Mufti Perak). Kenapa dia masih berada dalam jawatannya? Orang yang menyebarkan fahaman tidak bersatu dan perbalahan tidak boleh berada dalam kedudukan mempengaruhi kedudukan kuasa.

Saya tidak mahu secara peribadi merujuk Mufti Perak, yang merupakan salah seorang rakan rapat saya dan dalam pelbagai perkara dia merupakan seorang liberal dan toleran.

Saya agak hairan bagaimana kekhuatiran ini timbul. Dia telah menerangkan melalui seorang kawan bahawa dia mempunyai bukti tentang gerakan besar- besaran untuk menukar agama Muslim secara kekerasan.

Saya katakan, “Oleh itu anda laporkan.” Terdapat jalan, terdapat prosedur.

Kesudahannya pada pandangan saya isu keagamaan adalah isu peribadi, satu pilihan peribadi. Ia terlalu sukar.

Saya tidak mengatakan ini untuk menenangkan bukan Muslim, tetapi saya percaya bahawa Islam mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan. Tetapi saya berada di sini bukan untuk memaksa. Saya tidak mempunyai kedudukan untuk melakukannya.

Saya bukan saja tidak ada kuasa dan juga tidak dapat mempengaruhi. Tiada sesiapa yang mempunyai kuasa di atas muka bumi ini untuk mempengaruhi, untuk memaksa dalam perkara bersabit keagamaan.

Dengan bercakap tentang isu ini secara terbuka, kita telah melakukannya. Saya telah lakukan dengan kes Moorthy, saya amat terbuka tentangnya.

Saya ingatkan anda, kebetulan dalam Muktamar PAS, di sana terdapat lebih kurang 4,000orang. Hadi berada di sebelah kanan saya dan Nik Aziz di sebelah kiri. Saya bercakap tentang kes Moorthy. Ia tidak mudah. Saya hanya menguji keadaan di permukaan.

Saya katakan, saya seorang Muslim. Saya seorang Muslim yang komited. Saya sembahyang, saya berpuasa, saya tidak minum arak. Ia satu fakta, bukan?”

Kemudian, saya katakan, “Dalam kes isteri Moorthy ini, Kaliammal, secara jelasnya dia bukan Muslim. Ok, anda boleh katakan status agama Moorthy satu tanda tanya. Tetapi bagaimana anda menafikan haknya untuk ke mahkamah sivil ? Dia secara sah berkahwin dengan Moorthy.”

Menurut Azizah yang telah bertemu dengannya, Kaliammal benar- benar emosional, Dia menjaga Moorthy selama berbulan-bulan. Azizah berkata, “Sekurang- sekurangnya berikan hak ini” Tetapi adakah itu dilaporkan? Tidak. Adakah kepimpinan PAS menolaknya? Tidak.

Jadi saya bersetuju dengan anda. Sesetengah daripada kita mesti mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan perkara tersebut secara bersemuka. Inilah mengapa saya sangat kecewa dengan kegagalan Malik Imtiaz dan Sister In Islam untuk muncul dalam dialog antara Muslim atas apa-apa alasan sekalipun.

Ia satu peluang yang baik ; Saya boleh meyakinkan PAS, ABIM, JIM, profesional Muslim untuk bersetuju dan mendengar apa yang akan dikatakan – satu perubahan yang besar, kerana mereka pada masa lepas dituduh sebagai pihak tidak membenarkan orang untuk bercakap dalam forum awam.

AM : Sekiranya bukan IFC, yang mempunyai agenda seperti ini, apakah jenis mekanisme atau pendekatan yang akan anda gunakan untuk menangani situasi seperti ini? Adakah keperluan untuk satu penginstitusian proses tersebut?

Kita mesti bergerak ke arah itu (IFC). Tiada pilihan. Bagaimana, dalam apa bentuk sekalipun, untuk mendapatkan kumpulan yang lebih mesra mestilah bermula daripada perbincangan – itulah yang telah saya usaha dengan dialog di kalangan Muslim. Saya tidak tahu sama ada anda melihat bahagian dalam resolusi di mana isu komitmen kepada demokrasi dan kebebasan bersuara dipersetujui oleh semua pihak. Atau isu toleransi dan bagaimana ia diikat dengan urus tadbir dan tanggungjawab.

Ini adalah isu-isu yang lebih luas, kita perlu mempunyai komitmen yang bersatu.

Pihak lain mungkin mengatakan, “Mereka mungkin bersetuju tetapi kemudiannya di atas keperluan retorik mereka tidak konsisten seperti itu.” Tetapi ia amat bermakna pada permulaan.

AM : Mungkin salah satu masalah dengan Islam di Malaysia adalah kaitan rapat di antara menjadi Melayu dan Muslim.

Ya…. ia realiti. Ia boleh menjadi punca kekuatan tetapi juga menjadi cacat sekiranya kita tidak berhati-hati.

Kita perlu mendidik Melayu. Isu Melayu-Islam adalah perlembagaan, bukan Islamik. Tetapi mereka perlu sedar terdapat perbezaan di antara kedudukan berperlembagaan dan kedudukan seorang Muslim. Terdapat lebih ramai Muslim di China berbanding Malaysia, lebih ramai Muslim di India berbanding Malaysia. Mereka mesti memahami perbezaan itu.

AM : Kebanyakan masalah anda pada tahun- tahun lepas secara kebetulan berlaku dengan sesetengah masalah besar kita ; kita telah muncul dalam satu jalan atau jalan lain sebelum badan kehakiman. Banyak seruan telah dibuat oleh pelbagai kumpulan – Majlis Peguam, Aliran, dan sebagainya – untuk mendapatkan pertanyaan kes krisis kehakiman 1998 yang menghakis Badan Kehakiman negara. Anda sendiri mempunyai beberapa hal di mahkamah yang tergantung….adakah anda berasa selesa..

Saya sangat selesa dengan badan kehakiman. Ianya sangat relevan berlainan dengan kenyataan Augustine Paul (ketawa). Saya muncul secara terbuka dan di dalam blog saya juga berkenaan laporan kedudukan Tun Salleh, mendesak suruhanjaya bebas merupakan sesuatu yang sangat mustahak. Bukan sebahagian daripada agenda menentang Mahathir, tetapi untuk menukarkan hakisan keyakinan.

Terdapat kelemahan sebelum 1998 kerana badan kehakiman cenderung untuk menjadi sedikit berat sebelah dengan mengikut kehendak kerajaan, juga sebelum kes Tun Salleh.

Tetapi gangguan datang di bawah Tun Hamid Omar. Hamid Omar merupakan penjenayah utama yang digunakan oleh Mahathir untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman. Hamid diikuti oleh Eusoff Chin. Ini berterusan ke pelbagai tahap ; ia belum diselesaikan.

Meletakkan satu suruhanjaya bebas untuk memeriksanya merupakan satu isu keadilan. Orang ramai akan berkata anda mampu untuk memaafkan. Ia benar. Tetapi di sini satu kes ketidakadilan yang jelas dilakukan terhadap Mahkamah Agung, Mahkamah Persekutuan, terhadap keadilan. Ini perlu diperbetulkan.

Tun Salleh sememangnya benar apabila dia berkata dia mahu namanya dibersihkan. Ia dikesali apabila Perdana Menteri Abdullah telah mengambil pendirian yang tidak bertanggungjawab dalam kes- kes tertentu.

Dia bercakap mengenai Hadhari. Apakah itu Hadhari apabila anda tidak menghormati prinsip asas kedaulatan undang- undang dan keadilan? Apabila ketidakadilan dilakukan terhadap orang ramai? Ia perlu diperbetulkan. Sama ada anda memulakan tindakan jenayah terhadap orang yang melakukan jenayah – ia terpulang kepada dia untuk menentukan – nama Tun Salleh mesti dibersihkan.

Ambil contoh Mandela, ANC [African National Congress]. Di sana terdapat tindakan kebenaran, perdamaian, satu proses. Di sini, perkara itu tiada. Orang ramai hanya keluar, memberikan pandangan mereka, dalam sesetengah laman web, dan berkata, “Oh, lupakan yang lalu dan kita bergerak ke hadapan.”

Dan mereka mula menyerlahkan peranan Mahathir dan melupakan jenayah yang dilakukan ke atas ramai orang di masa yang lalu. Bukan sahaja kes peribadi saya ; terdapat beratus-ratus kes yang lain…pengharaman majalah dan jurnal, beribu-ribu ditahan dan sebagainya.

Tetapi pembetulan mesti dimulakan dengan badan kehakiman, yang merupakan benteng terakhir.

AM : Ia sukar untuk mempercayai bahawa seorang lelaki dengan sewenang-wenangnya memperkuda, memusnahkan institusi, dan kemudiannya bertindak terhadap mereka yang tidak bersalah melalui penipuan dan pembohongan. Kemudian keseluruhan Kabinet berdiam diri.

Tidak, biar saya jelaskan. Ianya bermula pada 1998. Tiada persetujuan di antara kedua-dua serangan ke atas Badan Kehakiman dan penahanan di bawah Operasi Lalang. Saya membawa perkara tersebut kepada Mahathir – ia diketahui oleh Datuk Ahmad Sebi dan Chandra Muzaffar.

Apa yang telah saya kritik, dan saya tidak fikir saya boleh dibebaskan sepenuhnya daripada dipersalahkan, yang kemudiannya saya dibersarakan. Okey. Tetapi secara rasmi saya telah membawa isu ini ke atas. Tetapi itu adalah satu sistem yang Perdana Menteri susah untuk merujuk kepada Kabinet; Cuma perkara prosedur yang dibawa ke Kabinet. Tiada perbincangan mengenainya.

AIDC menterjemah wawancara Anwar Ibrahim dengan Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?

2. Dalang Sebenar Forum Peluk Islam

3. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama

4. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?

5. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

6. Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: