Demokrasi dan memerangi keganasan – Anwar Ibrahim

Oleh: Farish A. Noor

Farish A. Noor mengendalikan temuramah ini dengan pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim semasa lawatan Anwar ke Jerman baru-baru ini. Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Agung Malaysia pada 2 September 2004 selepas dipenjarakan semenjak 1998 di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan liwat yang didorong secara politik.

Farish A. Noor : Pada hari ini kita hidup pada dalam zaman Perang ke atas Keganasan. Kerajaan Amerika nampaknya kelihatan gentar terhadap raksasa yang telah dicipta dan dilepaskan olehnya, seperti Taliban yang mendapat sokongannya di Afghanistan tetapi sekarang ia tidak dapat mengawalnya. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh pemimpin Muslim seperti anda dalam berbicara mengenai realiti yang kompleks ini?

Anwar Ibrahim : Bukan sahaja Kerajaan Amerika yang perlu takut. Kita juga di dalam dunia Muslim perlu mengambil perhatian dengan serius. Kita perlu bimbang tentang bagaimana bentuk keganasan yang tidak berakal ini boleh muncul di tengah-tengah kita, berkembang di kalangan kita dan merekrut ahlinya di kalangan kita. Kemunculan kumpulan seperti Taliban menimbulkan banyak persoalan penting dan cabaran kepada kita dalam dunia Muslim. Bagaimana nilai dan kepercayaan yang kita pegang dengan perasaan sayang telah diputarbelitkan dan dipijak dengan sejahanamnya seperti ini, dan mengambil asas di tengah-tengah kita.

Terdapat perlunya desakan untuk kita dalam melihat dengan lebih dekat terhadap diri kita sendiri dan bertanya bagaimana dan kenapa sistem politik dan masyarakat kita membenarkan ini berlaku. Bagi saya ketiadaan demokrasi, ketelusan dan dialog dalam dunia Muslim adalah satu sebab utama, tetapi faktor luaran juga secara ketara bertanggungjawab : Secara jelas Amerika bermain dengan api, tidak ambil peduli tentang akibat bahaya yang terkena kepada diri sendiri yang berlaku secara mendadak dan apabila mereka (Amerika) cuba untuk memanipulasi dan menggunakan kumpulan Muslim dan menjadikan mereka berbalah sesama sendiri.

Ini juga sebab kenapa ia penting untuk Amerika dan Barat untuk terlibat secara berterusan, dialog terbuka dengan dunia Muslim : Manipulasi secara begini (sokongan Amerika terhadap Taliban) telah membawa keadaan huru-hara seperti yang kita lihat di Afghanistan pada hari ini. Saya bimbang dengan masa depan Afghanistan yang kelihatan tiada penyelesaian yang mudah kepada masalah di sana, yang telah menjadi semakin buruk dengan konflik, muslihat, rancangan jahat dan manipulasi selama berdekad-dekad.

Farish A. Noor : Asia Tenggara telah dilabelkan sebagai barisan kedua dalam apa yang dipanggil Perang ke atas Keganasan yang diimpikan oleh Washington. Indonesia khususnya diserang teruk, dengan pengeboman Bali, Marriot, dan sekarang Kedutaan Australia baru-baru ini. Susah untuk mempercayai segala yang kita dengar tentang Jemaah Islamiah kerana kita tahu bahawa kebanyakan maklumat ini datang daripada tentera dan polis rahsia ASEAN. Tetapi dalam kes tersebut ternyata JI benar-benar bertanggungjawab terhadap serangan tersebut, apa yang akan anda katakan kepada ahli kumpulan seperti ini? Bagaimana anda merayu kepada mereka? Apakah mesej anda kepada kumpulan seperti itu di ASEAN dan yang lain-lain dalam dunia Muslim?

Anwar Ibrahim : Saya juga, tiada jawapan kepada soalan setakat mana penglibatan Jemaah Islamiah, memandangkan terdapat banyak maklumat yang kita terima boleh dipersoalkan dan daripada sumber yang tidak telus. Tetapi mesej saya kepada mereka yang melakukan perbuatan jahat dan tindakan keji ini, tidak kira siapa mereka, adalah ini : Dengan nama Tuhan, pada fikiran anda, apa yang anda lawan dan apa yang anda perjuangkan?

Kerana apa yang anda lakukan itu bukanlah perang dan bukan juga jihad. Ia hanya pembunuhan kejam yang tidak berperasaan terhadap orang awam yang tidak berdosa dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tindakan seperti ini tidak ada tempat dalam Islam dan semua cendekiawan dari dunia Muslim telah menyatakan, secara mudahnya ia haram.

Jadi apa yang anda fikir anda lakukan? Bagaimana anda menolong Muslim dan imej dan nama Islam yang baik dengan tindakan seperti ini? Saya tujukan perkataan ini kepada mereka yang melakukan perbuatan jenayah seperti ini, seperti yang saya katakan, ia sedikit sebenarnya yang kita tahu tentang kumpulan ini dan kerajaan negara-negara ASEAN tidak mendedahkan penyiasatan mereka. Walau bagaimanapun, saya amat terkejut dan berasa pilu dengan kejadian yang menyakitkan ini.

Farish A. Noor : Berhubung dengan perkara tadi, perang ke atas keganasan di ASEAN telah menjadi punca yang dahsyat dalam perkara-perkara seperti hilangnya hak asasi manusia dan penghakisan nilai demokratik. Ini adalah bukti dalam undang- undang yang digunakan di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Apakah respon anda tentang perkembangan ini dan bagaimana anda berhadapan dengan situasi ini?

Perasaan ngeri yang kita lihat di dalam ASEAN beberapa tahun yang lepas benar-benar merupakan seruan kesedaran terhadap moral, majoritinya dalam masyarakat Islam. Seperti yang saya katakan, kita tidak boleh lagi mengabaikan soalan-soalan ini dan perkembangannya bersama-sama kita.

Tetapi kita tidak boleh menentang kumpulan anti-demokrasi ini serta yang cenderung ke arahnya dengan undang-undang yang menindas dan cara lain yang lebih keras.; Kerajaan ASEAN tidak boleh dan tidak sepatutnya menggunakan instrumen yang tidak demokratik, menindas atau huraian Perang ke atas Keganasan oleh Amerika Syarikat sebagai satu helah untuk pergi lebih jauh dengan keinginan mereka atau untuk menyekat pendapat yang bertentangan.

Kita perlu mencari asas punca masalah tersebut, dan pada saya, sekali lagi, ketiadaan budaya demokratik dan satu masyarakat bertamadun yang bersemangat serta bertoleransi yang menyumbang ke arah masalah ini. Apa yang kita perlukan adalah mewujudkan masyarakat yang dinamik, terbuka dan merangkumi semua yang mana boleh berunding dengan perbezaan dan pertentangan pendapat.

Ini adalah bagaimana seseorang memenangi perang untuk hati dan minda. Anda tidak boleh memenangi hati orang-orang seperti ini dengan menggunakan cara yang tanpa belas kasihan seperti penahanan rambang dan undang-undang yang menindas.


Dalam wawancara dengan Farish Noor (2004), Anwar menolak label Muslim Moderat kerana dibimbangi wujud perpecahan dalam klasifikasi Islam. Tetapi pada 2005, Anwar menerima pula label Muslim Moderat yang diiktiraf Amerika kepada dirinya. Foto di atas, Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrate of the Year Award 2005″ anjuran CSID (Center for the Study of Islam and Democracy) dan ditaja dana Amerika iaitu NED (National Endowment for Democracy). Foto ini menunjukkan anggota-anggota CSID, Amerika, dari kiri, Antony Sullivan, (Vice-Chair CSID/kristian), Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Chair CSID).Foto bawah, Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi) turut serta dalam perbincangan Islam dan Demokrasi yang dibentangkan Anwar. CSID atau Center for the Study of Islam and Democracy, Amerika pun boleh ditaja oleh dana yang didalangi Yahudi iaitu NED, NDI, IRI dan USAID, bermakna pengaruh Zionis mula menyusup ke dalam pertubuhan berlabel “Islam” tetapi disuntik dengan “Demokrasi”. Apakah seorang Yahudi seperti Carl Gershman benar-benar ingin mempelajari Islam atau memperalatkan Islam dan Anwar untuk memusnahkan Islam ?

Farish A. Noor : Memandangkan anda menyebut tentang keperluan demokrasi, masyarakat yang bertamadun dan perubahan beberapa kali, saya ingin bertanyakan ini kepada anda : Ramai di dunia yang melihat anda sebagai seorang pemimpin Muslim Moderat dan ia kekal sebagai aset anda yang hebat hingga kini. Boleh anda jelaskan impian anda terhadap Muslim yang progresif dan masa depannya? Apakah isu utama untuk projek Islamik yang progresif? Anti-perkauman? Anti-rasuah? Perjuangan untuk demokrasi?

Saya bimbang dengan label seperti Muslim Moderate, Muslim Progresif dan sebagainya kerana saya fikir label seperti itu disalahertikan dan kadangkala digunakan untuk menyamakan, mentakrifkan dan kemudiannya mengawal Muslim di atas sebab- sebab politik.

Label seperti itu mungkin sebenarnya akan membawa kepada perpecahan masyarakat Muslim yang lebih jauh, dan kita perlu berhati-hati dengan pengkategorian seperti itu. Tetapi seperti yang telah dikatakan, bagi saya model pemimpin Muslim yang terbaik adalah Sayidina Abu Bakar , yang diberikan tanggungjawab sebagai Khalifah pertama Islam, menyatakan secara berterusan bahawa kuasa sebenar masyarakat Muslim berada dalam masyarakat itu sendiri, dan bukan dalam dirinya.

Dia menegaskan bahawa dia cuma dilantik untuk menunaikan amanah orang ramai dan kuasa muktamad terletak pada orang ramai dan bukan pemimpin yang dilantik oleh mereka. Itulah bagaimana kita perlu melihat kepada soalan kuasa dari pandangan Islam. Sekarang untuk mengukur kejayaan sebarang bentuk kepimpinan Muslim, kita perlu melihat hasil dan apa yang mampu dilakukan olehnya. Kejayaan pemimpin Islam terletak kepada keupayaannya untuk secara positif mengubah keadaan hidup sebenar orang yang telah memilihnya.

Apa yang ini maksudkan pada hari ini, dalam konteks realiti sekarang? Jadi sebagai permulaan, ia bermaksud perlunya untuk mengubah keadaan sosioekonomi penduduk dan memperbaiki kebajikan dan keadaan hidup. Tambahan kepada ini adalah persekitaran sosial yang mereka diami dan ini pada akhirnya membawa persoalan lain seperti budaya toleransi, pluralisme dan masalah prejudis dan diskriminasi.

Saya bersetuju dengan anda bahawa fahaman perkauman telah menjadi isu yang diabaikan untuk beberapa ketika. Islamis banyak bercakap tentang persamaan dan kesejagatan dalam Islam, tetapi mereka perlu berpegang kepada huraian mereka secara realiti pada masa sekarang.

Apa yang semua ini maksudkan dalam erti kata perhubungan kaum sebagai contoh? Memandangkan terdapat fokus yang jelas dalam persamaan spiritual dalam Islam, tidak ada tempat untuk perkauman dalam masyarakat Islam.

Jadi, kumpulan Islamik perlu bekerja untuk isu ini juga. Mereka tidak boleh bersifat perkauman atau berfikiran sempit dalam pendekatan dan politik mereka.

AIDC menterjemah artikel theamericanmuslim.org yang disiarkan pada 30 September 2004. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Rahsia tugasan Anwar – Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

2. Dunia Muslim-Barat berpecah dalam fikiran Anwar

3. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama

4. Lelaki Muslim bernama Anwar Ibrahim dari kaca mata Barat..

5. Rakan-rakan Pakatan berusaha memahami Anwar Baru – Muslim Moderate..

6. Anwar Ibrahim : Masa Depan Demokrasi Muslim

7. Memahami makna ‘Muslim Moderat’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: