Lelaki Muslim bernama Anwar Ibrahim dari kaca mata Barat

Oleh: Philip Bowring

HONG KONG : Pada hari Anwar Ibrahim ditahan pada 1998, sebaik sahaja selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, dia telah menjadi simbol kezaliman politik dan penyalahgunaan kuasa eksekutif badan kehakiman. Namanya sinonim dengan fahaman liberalisme (fahaman yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi) dan pembaharuan, bukan sahaja di Malaysia.

Tetapi sekarang Anwar telah dibebaskan dan tuduhan liwat terhadapnya digugurkan, adakah dia kekal sebagai hero kepada sesiapa yang percaya kepada hak asasi manusia, persamaan kaum, kebebasan bersuara dan agama?

Adakah lelaki yang dipenjarakan selama 6 tahun akan menjadi fokus kempen masyarakat yang bertamadun, memperjuangkan hak-hak yang sama?

Atau, selepas satu jangka masa yang cepat, adakah ia akan menjadi urusan seperti biasa untuk seorang rakyat Malaysia yang terulung, ahli politik yang berkarisma?

Yang mana akan menang, sentimen idealistik Anwar atau sejarah peribadinya yang suka mengambil kesempatan?

Juga dalam rasa kegembiraan selepas pembebasan Anwar, soalan tersebut perlu ditanya, kerana Anwar sentiasa menjadi seorang lelaki yang lebih daripada satu personaliti.

Terutamanya di kalangan masyarakat minoriti, rasa simpati terhadap layanan yang diterimanya di tangan bekas pemimpin Malaysia, Mahathir bin Mohamad, digembar-gemburkan secara meluas dengan kebimbangan bahawa kepetahannya berbicara, pengetahuannya dan komitmen liberal – bukti utama apabila bercakap dengan wartawan asing – mengaburi sifatnya untuk menggunakan wajah alim yang lebih berkesan daripada mana-mana ahli politik Melayu.

Anwar menyertai politik melalui ABIM, satu gerakan belia Muslim yang bercampur di antara mereka yang warak dan berfikiran kolot dengan mereka yang mempunyai fahaman radikal sosial yang sederhana. Idealismenya yang kelihatan segar tidak lama kemudian dilembutkan dengan permintaan kemasukannya ke dalam politik kasar United Malays National Organization (UMNO), parti pemerintah Malaysia, tetapi latar belakang Anwar di dalam ABIM dan tingkah lakunya yang lembut memberikan kelebihan kepadanya dalam memperoleh pengundi Melayu yang tidak senang dengan Mahathir yang sekular dan agresif.

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar mengamalkan politik naungan dengan penuh minat yang hampir sama mereka yang terdahulu dalam tugas ini, mewujudkan kumpulan perniagaan baru yang berkaitan dengan penyokongnya dalam UMNO. Sepanjang memegang jawatan, dia seorang yang cekap tetapi secara keras berunsur perubahan.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri dia benar-benar mempertahankan penggunaan penahanan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penahanannya berpunca daripada kebimbangan Mahathir pada kemuncak krisis ekonomi Asia ketika penyokong Anwar sedang merancang satu rampasan kuasa politik terhadapnya.

Enam tahun telah mengubah Malaysia, dan barangkali mengubah Anwar. Tetapi ke arah mana?

Pembebasannya bukan sahaja mengakibatkan perubahan sikap pemimpin atasan. Perdana Menteri Abdullah Badawi, lebih bertolak ansur, seorang lelaki yang kurang berdendam berbanding Mahathir. Tetapi perlakuan terhadap Anwar dan tindak balas terhadap kroni perniagaan telah menggabungkan suasana pandangan baru dalam Malaysia, bahawa Abdullah, dan hakim-hakim, telah secara bijak menyedarinya. Sentimen yang sama membawa kejayaan Abdullah yang dramatik dalam pilihan raya baru-baru ini (2004).

Oleh yang demikian, Anwar telah menjadi pemangkin, tetapi apa yang akan dilakukannya dengan kebebasan barunya, terutamanya sekiranya tuduhan rasuahnya digugurkan dan dia boleh kembali ke Parlimen?

Sekiranya berlaku, adakah dia akan mendedikasikannya kepada agenda pelbagai bangsa yang mana mencabar budaya politik yang berasaskan kaum dan agama?

Atau adakah Anwar ditakdirkan untuk terperangkap dalam kumpulan minoriti, kembali kepada asas pertamanya, satu populisme berasaskan idealistik tetapi Islam yang sempit?

Kepimpinan Parti Islam (PAS) yang fundamentalis mungkin menarik perhatiannya. Sekiranya berlaku, hasil akhirnya mungkin polarisasi sosial akan semakin meningkat di Malaysia?

Atau adakah Anwar sekarang mengisytiharkan dirinya sebagai seorang yang benar-benar liberal, termasuk dalam versi Islam dan Malaysia?

Adakah dia akan memperjuangkan hak-hak Melayu atau bukan Muslim? Adakah dia akan menamatkan sistem naungan berdasarkan kaum yang mana telah meningkatkan kekayaan Melayu tetapi dibayar dengan mengakibatkan masyarakat tersebut terlalu bergantung pada tindakan bersungguh-sungguh untuk kebaikan jangka masa panjang?

Atau adakah Anwar akhirnya akan kembali ke pangkuan UMNO, satu-satunya laluan yang pasti untuk jawatan bertaraf menteri? Dan sekiranya dia berbuat demikian, adakah dia akan komited untuk membebaskan institusi- institusi di negara ini seperti badan kehakiman dan syarikat milik negara daripada campur tangan politik dan kronisme?

Ia tidak mungkin dilakukannya Anwar, sekurang-kurangnya pada masa akan datang, untuk menjadi ahli politik seperti sebelum ini. UMNO telah bergerak ke hadapan, dan sesetengah lumpur yang dilemparkan dalam dekad yang lepas – bukan hanya sejak 1998 – telah terpalit.

Tetapi dengan kebijakannya, kepetahan berbicara dan daya tarikan, Anwar mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi keadaan dan isi politik Malaysia.

Malaysia menunggu untuk mempelajari bagaimana hukuman penjara, dan respons masyarakat awam dan luar terhadapan layanan kepadanya, telah mengubah pemikirannya sendiri.

AIDC menterjemah artikel dari International Herald Tribune bertajuk “Euphoria in Malaysia : Which Anwar Ibrahim walks free?” tulisan Philip Bowring pada 4 September 2004

Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

2. Rahsia tugasan Anwar – Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

3. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: