Pengaruh ‘belajar Islam’ dari orientalis

Kaum Orientalis dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat : Bermula nombor dua dari kiri: Yvonne Haddad (Yahudi/pakar dalam sejarah Islam); Shireen Hunter (Kristian/pakar dalam reformis Islam/modenis/demokrasi/hak asasi); John Esposito (Kristian Katholik/pakar dalam perbandingan agama Islam & Kristian) dan John Voll (Kristian Katholik/pakar dalam sejarah Islam). John Esposito adalah Pengarah the Center for Muslim-Christian Understanding, Universiti Georgetown. Beliau juga penasihat kerajaan Amerika khusus mengenai dasar-dasar luar negara Islam. Kesemua mereka boleh menulis dan membaca dalam bahasa Arab dengan fasih.

Oleh: Adian Husaini

Kaum Orientalis dan mendirikan pusat-pusat studi Islam. Para ilmuwan Indonesia berguru ke sana. Pulangnya bukan semakin baik, tetapi memusuhi Islam…

Sejak Perang Salib, sebahagian tokoh Kristian telah menilai bahawa Perang Salib merupakan cara yang tidak tepat untuk menakluk kaum Muslim. Salah satu tokoh terkenal adalah Peter The Venerable atau Petrus Venerabilis (1094-1156M).

Peter adalah tokoh misionari Kristian pertama yang merancang bagaimana menakluk umat Islam dengan pemikirannya, bukan dengan senjata. Ketika itu, dia merupakan ketua Biara Cluny, Perancis – sebuah biara yang sangat berpengaruh di Eropah pada Abad Pertengahan.

Sekitar tahun 1141-1142, Peter mengunjungi Toledo, Spanyol. Di situ dia menghimpunkan sejumlah cendekiawan untuk menterjemahkan karya-karya kaum Muslim ke dalam bahasa Latin. Terjemahan itu akan digunakan sebagai bahan untuk misionari Kristian terhadap dunia Islam.

Salah satu usaha Peter yang berjaya adalah terjemahan Al-Qur’an dalam bahasa Latin oleh Robert of Ketton (selesai tahun 1143), yang diberi judul “Liber Legis Saracenorum quem Alcorant Vocant” (Kitab Hukum Islam yang disebut Al-Qur’an ).

Inilah terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Latin, yang selama beratus-ratus tahun menjadi rujukan kaum Kristian di Eropah dalam ‘melihat Islam’. Kemudian pada tahun 1698, Ludovico Maracci, melakukan kritik terhadap terjemahan Robert of Ketton dan menterjemahkan Al-Qur’an sekali lagi ke dalam bahasa Latin bertajuk “Alcorani Textus Receptus”.

Menurut Peter Venerabilis, pengkajian Islam (Islamic Studies) perlu dilakukan oleh kaum Kristian, agar mereka dapat “membaptis (mensuci) pemikiran kaum Muslimin”.

Jadi, kaum Muslim bukan saja perlu dikalahkan dengan kekuatan ketenteraan, tetapi juga harus dikalahkan dalam pemikiran. Di tengah berkecamuknya Perang Salib, Peter membuat pernyataan berikut : “… aku menyerangmu (umat Islam), bukan sebagaimana sebahagian dari kami [orang-orang Kristen] sering lakukan iaitu dengan senjata, tetapi dengan kata-kata, bukan dengan kekuatan, namun dengan fikiran; bukan dengan kebencian, namun dengan cinta…”

“But I attack you not, as some of us [Christians] often do, by arms, but by words; not by force, but by reason; not in hatred, but in love…”

Petrus Venerabilis mengajak orang Islam ke jalan keselamatan Kristian dengan cara mengalahkan pemikiran Islam. Ia bertitik tolak dari kepercayaan Kristian bahawa di luar Gereja tidak ada keselamatan (extra ecclesiam nulla salus).

Islam, menurutnya, adalah mazhab kafir terkutuk sekaligus merbahaya (execrable and noxious heresy), doktrin merbahaya (pestilential doctrine), ingkar (impious) dan mazhab terlaknat (a damnable sect); dan Muhammad adalah orang jahat (an evil man).

Selain menugaskan para sarjana Kristian menterjemahkan naskah-naskah bahasa Arab ke dalam bahasa Latin, Peter juga menulis dua buku yang menyerang pemikiran Islam. Tentang Al-Qur’an Peter menyatakan, “bahawa Al-Quran tidak terlepas dari para syaitan. Syaitan telah mempersiapkan Muhammad, orang yang paling nista, menjadi anti-Kristus. Syaitan telah mengirim maklumat kepada Muhammad, yang memiliki kitab syaitan (diabolical scripture)”. (Kajian serius tentang Peter Venerabilis ini boleh dibaca dalam buku Adnin Armas, “Metodologi Bibel dalam Studi Al-Qur’an”, Jakarta: GIP, 2005).

Strategi Peter Venerabilis ini kemudian menjadi rujukan kaum misionari Kristian terhadap kaum Muslimin. Henry Martyn, tokoh misionari berikutnya, juga telah membuat pernyataan, “Aku datang untuk menemui ummat Islam, tidak dengan senjata tapi dengan kata-kata, tidak dengan kekuatan tapi dengan logika, tidak dalam benci tapi dalam cinta.”

Hal ini senada dengan tokoh misionaris lain, Raymond Lull, “Saya melihat banyak pahlawan pergi ke Tanah Suci, dan berfikir bahawa mereka dapat menguasainya dengan kekuatan senjata, tetapi pada akhirnya semua hancur sebelum mereka mencapai apa yang mereka fikir boleh diperolehi.”

Lull menegaskan: “Islam tidak dapat ditaklukkan dengan darah dan air mata, tetapi dengan cinta kasih dan doa”

Ungkapan Lull dan Martyn itu ditulis oleh Samuel M Zwemmer, misionaris Kristen terkenal di Timur Tengah, dalam buku “Islam: A Challenge to Faith” (1907). Buku ini mengadungi rahsia untuk “menakluk” dunia Islam yang disebut Zwemmer sebagai “beberapa kajian tentang keperluan di dunia para pengikut Muhammad dari pandangan missi Kristian”.

Strategi penaklukan Islam melalui pemikiran ini kemudian dikembangkan oleh para orientalis Barat. Sebahagian dari mereka memang membawa semangat lama kaum misionaris, sebahagian lagi melakukannya untuk kepentingan penjajahan (kolonialisme) dan sebahagian yang lain hanya bermotifkan kajian ilmiah semata-mata.

Kini, setelah beratus-ratus tahun, kaum Orientalis telah berjaya mencapai kejayaan besar dalam bidang studi Islam. Bukan saja mereka berhasil mendirikan pusat-pusat studi Islam di Barat dan menerbitkan ribuan buku tentang Islam, tetapi mereka juga berhasil menghimpun literatur-literatur Islam dalam jumlah yang sangat besar.

Selain itu, kerja keras mereka kemudian membuahkan hasil yang lebih mengagumkan, iaitu terciptanya kader-kader cendekiawan dan pemikir dari kalangan Muslim, yang tekun sekali untuk membongkar semula serta menyerang bangunan pemikiran Islam dan umat Islam.

Apalagi, dengan cara itu, kader-kader Muslim itu juga mendapat berbagai-bagai keuntungan duniawai: populariti dan pelbagai kenikmatan hidup duniawi.

Dulu, pada zaman penjajahan perang, para orientalis pengkaji Islam dari kalangan misionaris menjadikan semangat penjajahan dengan semboyan ‘Gold, Gospel, dan Glory’. Mereka mengkaji masalah ketimuran, khususnya Islam, bukan dalam ruang yang kosong (ilmiah), tetapi menjadi sebahagian dari projek untuk menakluk Islam dan dunia Islam.

Kini, pada zaman moden, Orientalisme juga tidak terlepas dari kepentingan Barat dalam mengukuhkan hegemoninya. Para akademis muslim seharusnya sedar tentang hal ini. Jika mereka menerima “cinta kasih” dari Barat yang berupa bantuan biasiswa untuk meneliti Islam, mereka seharusnya sedar, siapakah mereka, dan siapakah yang membantu mereka. Untuk apakah semua bantuan itu diberikan? Sama seperti halnya dengan hutang luar negara yang dipinjamkan kepada negara-negara sedang membangun.

Apakah semua hutang itu diberikan secara murah hati dan merupakan program amal semata-mata? Sudah tentu tidak. Semua itu ada tujuannya. Ini bukan bersikap prejudis membabi buta dan menolak apa pun yang datang dari Barat.

Kerana harus diakui, banyak perkara ketika ini harus dipelajari dari Barat, termasuk beberapa bahagian dalam studi Islam. Tetapi, semua itu perlu dilakukan dengan hati-hati dan sikap kritis.

Para akademis Muslim yang tidak berhati-hati dan tidak memiliki ilmu yang mencukupi, akan terjerumus dalam perangkap untuk memecah belah umat Islam, mengkritik kelompok Islam tertentu yang tidak mahu mengikuti pola pemikiran sekular-liberal Barat.

Kelompok-kelompok yang ingin bertahan dengan identiti dan pandangan hidup Islam, dilabel dengan istilah-istilah yang negatif seperti “radikal”, “fundamentalis”, “militan”, “eksklusif”(hanya satu agama benar), “literalis”(makna selapis/berfikiran sempit), dan sebagainya.

Sebagai contoh, pada bulan Januari 2002, seorang guru Universitas Islam Negeri Yogyakarta (dulu: IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta), pernah mewawancara saya tentang hubungan Islam-Kristian di Indonesia. Namanya Fatimah Husein.

Wawancara itu dilakukan untuk melengkapkan bahan disertasi doktornya di Melbourne University, Australia. Dalam menyelesaikan studinya, dia dibiaya oleh pelbagai institusi Australia, antara lain adalah The Australian Agency for Intenational Development (AusAID).

Pada tahun 2004, Fatimah menyelesaikan gelaran doktornya. Baru-baru ini, dia menerbitkan disertasinya dengan judul “Muslim-Christian Relations in The New Order Indonesia: The Exclusivist and Inclusivist Muslims’ Perspectives”.

Ketika diwawancara, saya telah menolak penggunaan terma “Eksklusif” (satu agama sahaja benar) dan “Inklusif” (semua agama benar) untuk memetakan persepsi kaum Muslim terhadap masalah hubungan Islam-Kristian di Indonesia. Saya telah mengesyorkan istilah “Muslim Komprehensif” dan “Muslim Reduksionis”.

Tetapi, Fatimah menolak menggunakan sebutan itu. Dia tetap berpegang pada kategori yang diajukannya. Akhirnya, dia terjebak ke dalam kesalahan yang merosakkan dalam mengkategorikan kaum Muslim.

Sebagai contoh, dia menyebut organisasi-organisasi eksklusif di Indonesia adalah Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII), Komite Indonesia untuk Solidaritas Dunia Islam (KISDI), Front Pembela Islam (FPI), dan Laskar Jihad. Orang-orang yang dia senaraihitamkan di antaranya adalah Husein Umar, Ahmad Sumargono, Adian Husaini, Habib Rizieq Shihab, dan Ja’far Umar Thalib.

Sedangkan kesemua tokoh inklusif (pluralisme) seperti Nurcholish Madjid, Zainun Kamal, Azyumardi Azra, Budhy Munawar Rahman, dan sebagainya dilihat positif.

Menurutnya, di antara ciri-ciri kaum eksklusif, adalah;

(1) mereka menerapkan model penafsiran literal (selapis) terhadap Al-Qur’an dan Sunnah dan berorientasi sejarah lampau. Kerana menggunakan pendekatan literal, maka ijtihad (tafsiran baru) bukanlah perkara yang sentral(asas) dalam kerangka pemikiran mereka;

(2) mereka berpendapat bahawa keselamatan hanya boleh dicapai melalui agama Islam sahaja. Bagi mereka, Islam adalah agama sempurna yang datang untuk membaiki agama-agama lain. Kerana itu mereka mencabar otentisitas (falsafah) Kitab suci agama lain.

Manakala dia mencirikan kaum Inklusif seperti berikut:

(1) Kerana mereka memahami Islam sebagai agama yang berkembang, maka mereka menerapkan metode kontekstual (logik pemikiran) dalam memahami al-Quran dan Sunnah, melakukan reinterpretasi (penafsiran semula) teks-teks asas dalam Islam, dan ijtihad merupakan sentral(asas) dalam pemikiran mereka

(2) Kaum Inklusif mempercayai, Islam adalah agama terbaik; namun mereka juga berpendapat bahawa keselamatan di luar agama Islam adalah hal yang sama. (Islam adalah agama terbaik, tetapi menerima juga kebaikan agama-agama lain)

Kategori doktor Muslim dari Melbourne itu tentang “Islam Eksklusif” dan “Islam Inklusif” itu telah mengharubirukan Islam . Dia sudah terjebak dalam pola berfikir dikotomi (pembahagian) “literal-kontekstual” dalam metodologi (kaedah) penafsiran Bible. Padahal, tidak mungkin seorang Muslim dalam berijtihad terlepas dari teks dan sekaligus dari konteksnya.

Jika diteliti lanjut hasil tulisan Nurcholish Madjid dan Budhy Munawar Rahman, mereka sudah termasuk dalam kategori Pluralis (sama rata) – yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama – sama benar dan sebagai jalan yang sah menuju ketuhanan – dan bukannya inklusif lagi.

Menuduh kaum yang disebutnya sebagai ‘Islam eksklusif’ tidak menjadikan ijtihad sebagai sentral adalah tuduhan yang kurang ajar dan sama sekali tidak ilmiah.

Sebaliknya, menyebut pemikiran-pemikiran Nurcholish Madjid, Azyumardi Azra, Budhy Munawar Rahman sebagai bentuk ijtihad, juga merupakan sikap yang tidak teliti dan sembrono.

Hingga kini, orang-orang itu belum menulis satu buku pun tentang metodologi ijtihad, malah belum layak mendapat gelar “mujtahid”. Hanya kerana cara berfikir yang sesuai dengan selera ‘liberal-sekular’ lalu mereka disebut “berijtihad”.

Selain itu, jika si doktor itu membaca kembali perbincangan tentang “keselamatan” di kalangan para ulama usuluddin, maka dia tidak perlu menulis kriteria seperti itu.

“Kebenaran” Islam dan “keselamatan” pemeluk agama Islam atau non-Islam adalah dua masalah yang berbeza.

Dalam diskusi tentang “fathrah” (keselamatan), hal ini telah banyak dibahas. Tetapi, sejak dulu, para ulama Islam tidak pernah berbeza pendapat bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar. MUI (Majelis Ugama Indonesia) sendiri, dalam fatwanya tentang Pluralisme Agama, menegaskan, bahawa dalam masalah aqidah dan ibadah, umat Islam wajib bersifat eksklusif.

Secara ilmiah, kategori “Islam eksklusif-Islam Inklusif” model guru UIN Yogya itu kacau-balau. Kategori ini boleh difahami dalam konteks projek untuk melakukan stigmatisasi (perlabelan) terhadap kelompok Muslim tertentu yang tidak disukai oleh ‘sang penaja’, sehingga dilabelkan dengan sifat negatif kepada kaum Muslim tertentu yang tidak disukainya.

Kita faham pola kajian Orientalis memang bersifat begitu. Sayangnya, mengapa terdapat jua ilmuwan dari kalangan Muslim yang mahu melakukannya, dengan imbuhan duniawi yang sangat murah – sekadar beberapa keping dolar dan gelaran doktor.

Sewajarnya, para cendekiawan yang mendapat kesempatan studi Islam di Barat memanfaatkan kesempatan itu sebaik-baiknya untuk kepentingan Islam. Bukan sebaliknya, terjebak dalam kerangka pemikiran Orientalisme untuk menghancurkan Islam.

Na’udzubillah. (Jakarta, 11 November 2005/hidayatullah.com).

AIDC terjemah artikel Adian Husaini, dari laman web hidayatullah.com bertajuk “Studi Islam’ untuk Kepentingan Siapa ?” Ini merupakan Catatan Akhir Pekan (CAP) Adian Husaini dengan kerjasama Radio Dakta 107 FM dan http://www.hidayatullah.com. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

2. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

3. Anwar Ibrahim : Global Convivencia – John Esposito

4. Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia

5. Memahami makna ‘Muslim Moderat’

One Response to “Pengaruh ‘belajar Islam’ dari orientalis”

  1. geopractice :: Peter the Venerable dan Qur’an :: September :: 2009 Says:

    […] Baca catatan Adnin Armas mengenai Petrus Venerabilis dan sejarah studi Islam di Barat di sini – idrusali85. Baca pula catatan Adian Husaini "Pengaruh belajar Islam dari orientalis" yang memuat juga peranan Peter the Venerable di sini – aidstranslate. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: