Setelah “Reformasi” tumbangkan “diktator” : Berjayakah projek liberalisme di Indonesia?

*Liberalisasi menjadi jalan bagi penguasaan seluruh kekayaan alam Indonesia sekaligus menghadang politik Islam tampil memimpin negeri ini.*

Ada seorang perempuan muslimah taat beragama di Jakarta. Pakaiannya panjang sampai mata kaki dan longgar (jilbab). Tudungnya pun panjang ke bawah dan lebar. Ibadahnya rajin. Siapa yang bertemu dengannya pada saat itu tentu akan mencitrakan dirinya sebagai seorang muslimah yang taat.

Namun, siapa sangka dalam beberapa waktu kemudian dia berubah 360 darjat. Pada mulanya dia mengubah gaya pemakaian menjadi trend terkini. Memakai jeans dan baju ketat. Tudungnya pun tak lagi panjang dan lebar. Lama-kelamaan ditanggalkan tudungnya. Bajunya pun mulai memperlihatkan bahagian-bahagian tertentu tubuhnya. Siapapun yang melihat, pasti mencitrakannya bukan lagi sebagai muslimah yang taat.

Perubahan itu terjadi secara mendadak setelah dia menyertai NGO Hak Asasi Manusia (HAM) di Jakarta. Perempuan itu didoktrin (dibrainwash) dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia (HAM) ala Barat yang mengagungkan kebebasan serta membebaskan manusia dari aturan Ilahi. Sedikit demi sedikit pemahaman Islamnya luntur diganti dengan pemikiran sekular. Seperti aktivis-aktivis HAM lainnya, kini dia menjadi pejuang HAM yang mendewakan Barat dengan segala kebebasannya.

Kisah perempuan itu hanya satu contoh kecil dari proses serangan pemikiran kepada kaum Muslim. Liberalisasi dalam segala bidang berlangsung secara meluas pelbagai bidang; melalui pendidikan di sekolah formal, media massa, dan ceramah-ceramah oleh kalangan aktivis sekular-liberal di pelbagai tempat.

Liberalisasi Politik

Liberalisasi politik berlaku secara besar-besaran sejak reformasi pada tahun 1998. Pilihanraya umum yang biasanya hanya disertai oleh tiga parti sejak tahun 1971 telah berubah. Sekarang individu mudah menubuh parti politik. Parti politik yang dulu wujud pada era Orde Baru telah berpecah-belah. Parti-parti politik baru pun tumbuh bak cendawan di musim hujan. Mereka menikmati keseronokan reformasi. Pilihanraya pertama di era reformasi pada tahun 1999 disertai 48 parti politik. Pujian demi pujian pun datang dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Selepas zaman reformasi, Gus Dur dinaikkan oleh Amerika melalui proksinya Amin Rais menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999-2001. Foto di atas Gus Dur menghadiri World Economic Forum Annual Meeting Davos 2000.

Proses pilihanraya tersebut didahului dengan proses perubahan undang-undang politik. Di sinilah proses liberalisasi politik bermula. Barat mengawal proses ini dengan serius.

Menteri Luar Negara Australia, Alexander Downer, mengutarakan agenda tersebut dalam pernyataannya di depan World Economic Forum, di Davos, Swiss tahun 1999, “Hal ini (Pilihanraya akan datang), secara fundamental, merupakan suatu jangka waktu yang sangat penting untuk Indonesia. Pilihanraya mendatang di Indonesia harus berjaya. Pilihanraya itu selayaknya menjadi ‘alat keselamatan’ untuk meredakan gejolak dan tekanan dalam negara. Tetapi, apabila pilihanraya yang diyakini gagal diselenggarakan dengan baik, maka potensi ketidakstabilan akan bertambah besar dan integriti negara akan dipersoalkan.”

Di dalam negara mula ditubuhkan NGO CETRO (Centre for Electoral Reform) atau Pusat Reformasi Pilihanraya yang mendapat dana asing melalui pelbagai institusi penaja asing yang beroperasi di Indonesia seperti USAID (United States Agency for International Development) dan UNDP (United Nations Development Programme).

Keputusan pilihanraya ini kemudian mencetuskan rombakan politik secara besar-besaran. Ini dimulakan dengan amandemen (pindaan) Undang Undang Dasar 1945. Akhirnya, Indonesia berubah secara fundamental (dasar) menjadi sangat liberal dalam semua sektor.

Secara politik, Indonesia yang pada mulanya menjalankan sistem kesatuan, secara perlahan-lahan melaksanakan sistem yang mirip federasi (pembahagian kuasa). Kuasa Otonomi daerah dibuka. Ketua daerah menjadi raja-raja kecil di daerahnya. Hubungan dengan kekuasaan di pusat seolah-olah hanya sekadar hubungan pentadbiran. Akibatnya, birokrasi pemerintahan tidak dapat dilaksanakan harmoni.

Pilihanraya yang diikuti oleh banyak parti politik tidak mampu melahirkan kestabilan politik. Para perancang pembangunan pula beranggapan ini disebabkan presiden kurang mendapat sokongan rakyat. Keputusannya, presiden dan wakil presiden serta seluruh ketua daerah harus dipilih oleh rakyat. Akhirnya, Pilihanraya tak cukup hanya memilih wakil rakyat, tetapi juga presiden dan wakil presiden serta para ketua daerah.

Namun, hingga 10 tahun proses liberalisasi politik ini, rakyat belum mencapai impiannya, iaitu mahukan pemerintah yang mampu mensejahterakan mereka. Presiden sejak dari zaman “reformasi” hanya sekadar berganti orang, sementara wakil-wakil rakyat ramai yang mengkhianati rakyat. Mereka hanya memikirkan diri sendiri dan kelompoknya demi survival jawatan dan kekuasaan. Akibatnya, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan wakil rakyat kian hari kian menurun.

Liberalisasi Ekonomi

Yang paling menonjol dari perubahan tersebut adalah liberalisasi ekonomi. Undang-undang Dasar Indonesia 1945 yang baru membuka peluang seluas-luasnya kepada masuknya pelabur asing. Tak menghairankan jika kemudian lahir Undang-Undang Migas(minyak dan gas), Undang-undang Kelistrikan (eletrik), Undang-undang Sumber Daya Air, dan undang-undang Penanaman Modal sebagai kesan langsung daripada pindaan Undang-undang Dasar 1945. Pihak asing boleh menguasai sektor-sektor yang sebelum ini milik rakyat (bumiputera).

Liberalisasi ekonomi ini wujud atas kesepakatan kerajaan Soeharto­ dengan IMF (International Monetary Fund) sebagai jalan penyelesaian menangani krisis ekonomi Indonesia sejak 1997. Resepi IMF itu adalah: Menghentikan subsidi harga, subsidi kerajaan, dan dilucutnya segala halangan yang sebelum ini menyukarkan pelabur asing.

Jelas liberalisasi ekonomi yang paling ketara kepada rakyat adalah kenaikan harga bahan bakar minyak (BBM). Berdasarkan Undang-undang Migas No 22 Tahun 2001, harga BBM disesuaikan dengan harga pasar BBM dunia. Pertamina (Perusahaan Tambang Minyak Negara) tidak boleh lagi menjadi penentu tunggal di sektor hilir. Kesannya, perlahan-lahan kerajaan mencabut subsidi BBM.

Tahun 2005, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menaikkan harga BBM hingga 125 persen. Tahun ini kerajaan menaikkan lagi sekitar 30 persen. Rancangan kenaikan itu akan terus dilakukan hingga harga BBM dalam negera sama dengan harga BBM internasional.

Bahkan Bappenas (Badan Perencanaan dan Pembangunan Nasional) telah menyusun jadual untuk menaikkan harga BBM ini setiap bulan. Jika harga BBM sudah sesuai dengan harga pasaran internasional, pihak asing akan turut serta dalam perniagaan BBM.

Ini sesuai dengan kenyataan Menteri Energi Sumber Daya Mineral, Purnomo Yusgiantoro, “Liberalisasi sektor hilir migas membuka kesempatan kepada pelabur asing untuk terlibat dalam perniagaan migas…Namun, liberalisasi ini menaikkan harga BBM yang disubsidi kerajaan. Sebab, kalau harga BBM masih rendah kerana disubsidi, pelabur asing enggan terlibat”(Kompas, 14 Mei 2003).

Walaupun harga BBM masih belum selaras dengan pasaran antrabangsa, namun para pelabur asing telah meminta izin untuk membuka stesen pengisian bahan bakar untuk umum (SPBU).

Menurut Dirjen Migas Dept. ESDM, Iin Arifin Takhyan, terdapat 105 syarikat yang sudah mendapat keizinan untuk menjalankan perniagaan di sektor hilir migas, termasuk membuka stesen pengisian BBM untuk umum (SPBU) (Trust, edisi 11/2004). Di antaranya adalah perusahaan migas raksasa seperti British Petroleum (Amerika-Inggris), Shell (Belanda), Petro China (RRC), Petronas (Malaysia), dan Chevron-Texaco (Amerika).

Masuknya syarikat multinasional ke sektor hilir migas kian menambah cengkaman asing di sektor itu. Sebelum ini mereka hanya menguasai sektor hilir (eksplorasi dan penambangan). Hingga tahun 2008, berdasarkan data dari Syarikat Pekerja Pertamina, syarikat asing menguasai sekitar 90 persen migas Indonesia. Bahkan penguasa tambang emas terbesar di dunia di Timika, Papua, adalah Freeport Mcmoran (AS).

Di sektor lain, kerajaan melalui Undang-undang Sumber Daya Air memberikan kesempatan kepada pelabur asing masuk ke dalam penguasaan air di Indonesia. Privatisasi air ini dimulakan dengan wujudnya dua syarikat asing di Ibu kota negara, iaitu Thames (Inggeris) dan Lyonase (Prancis).

Beberapa syarikat asing lain telah menjalin kerjasama dengan PDAM (Perusahaan Daerah Air Minum) di daerah. Bahkan Perusahaan Air Kemasan terbesar di Indonesia kini telah jatuh ke tangan Danone dari Prancis.

Syarikat-syarikat asing telah berjaya menguasai Indosat iaitu perusahaan yang mengendalikan satelit dan seluruh bidang komunikasinya. Hutan-hutan Indonesia pun menjadi milik mereka, termasuk perkebunan kelapa sawit. Beberapa perusahaan simen milik kerajaan juga telah berpindah kepada asing.

Terakhir, syarikat asing mahu memiliki Krakatau Steel, salah satu perusahaan strategik dan syarikat baja terbesar di Indonesia.

Proses liberalisasi ekonomi ini menjadi semakin ketara dengan pindaan Undang-undang Penanaman Modal. Undang-undang itu tidak lagi menghalang siapa pun yang mahu menjalankan perniagaan di Indonesia, lokal mahupun antarabangsa. Malah, dengan Undang-undang itu, pihak asing boleh mendapatkan hak guna usaha (HGU) selama 95 tahun! Padahal pada zaman VOC (Vereenigde Oostindische Company)- zaman pemerintahan Belanda lagi hak guna usaha ini semaksima 75 tahun sahaja.

Liberalisasi Sosial

Tidak cukup hanya bidang politik dan ekonomi, liberalisasi pun menjalar di bidang sosial. Ini nampak jelas daripada penentangan terhadap Rancangan Undang-Undang Antipornografi dan Pornoaksi (RUUAPP). Lebih dari 7 tahun RUUAPP itu tidak berjaya disahkan menjadi undang-undang. Di kalangan liberal tidak mahu Indonesia menjadi lebih baik. Mereka berharap Indonesia bebas sehingga semua produk pornografi dan pornoaksi boleh masuk ke Indonesia dengan berleluasa.

Majalah Playboy Indonesia pernah ditentang hebat oleh Muslim Indonesia

Perlu diingat, produk ini merupakan salah satu barang yang paling besar keuntungannya di dunia. Bahkan survey yang dilakukan oleh pejabat berita Associate Press (AP) menunjukkan, Indonesia berada diurutan kedua setelah Rusia yang menjadi syurga untuk pornografi. (Republika, 17/7/03).

Beberapa waktu lalu, kalangan sekular telah menggugat undang-undang Perfileman. Mereka mahu lembaga penapisan filem dihapuskan kerana dianggap menghina kreativiti insan perfileman. Para pendokong kebebasan itu menginginkan filem Indonesia seperti filem di Amerika, tidak ada tapisan. Selama ini mereka kesal kerana adegan-adegan lucah dipotong oleh lembaga penapis filem.

kebelakangan ini muncul pula kempen penggunaan kondom. Bahkan beberapa mesin ATM kondom didirikan di pusat membeli belah di kota-kota besar. Sesetengah pihak berpendapat ini bukan sekadar kempen penggunaan kondom semata-mata, tetapi lebih dari itu, merupakan kempen seks bebas di kalangan remaja.

Menurut budayawan Taufik Ismail, semua itu terjadi kerana Indonesia sedang dikepung apa yang disebutnya sebagai Gerakan Syahwat Merdeka (GSM). Gerakan ini menyebabkan hilangnya rasa malu rakyat Indonesia. Dia khuatir hilangnya rasa malu ini lambat laun meruntuhkan bangunan bangsa.

Gerakan Syahwat Merdeka ini tak berupa organisasi rasmi dan jelas tidak berdiri sendiri, tetapi bekerjasama, bahu-membahu melalui jaringan dunia, dengan kapital raksasa yang menajanya. Ideologi gabungan yang menyokongnya, dan banyak media massa sama ada cetak dan eletronik menjadi lidah suaranya,” kata Taufiq.

Taufik menyebut sekurang-kurangnya terdapat 13 pihak yang menjadi pendukung fanatik gerakan ini. Pertama, amalan seharian kehidupan peribadi dan kelompok seks bebas hetero dan homoseksual, sama ada secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Kedua, para penerbit majalah dan tabloid lucah secara haram dan tidak perlunya SIUPP (permit penerbitan). Ketiga, produser, penulis skrip, dan pengiklan televisyen.

“Semua pihak tahu betapa kuatnya pengaruh televisyen. Setiap tayangan televisyen ditonton kira-kira 170 juta orang. Untuk website porno kini mencecah pelawat 4.2 juta di dunia dan 100 ribu di Indonesia. Untuk mengaksesnya tidak perlu dibayar, sama mudahnya dilakukan baik dari San Fransisco, mahupun Klaten,” tegasnya.

Pendukung keempat adalah penulis, penerbit, dan propagandis buku-buku sastera dan bukan sastera. Di Malaysia, penulis buku-buku lucah adalah lelaki. Di Indonesia sebaliknya. Penulis yang asyik menulis wilayah ’kangkang dan sekitarnya’ majoriti adalah perempuan. Ini membuat para penulis di negera jiran itu heran.

Kelima, penerbit dan pengedar komik lucah. Keenam, produser VCD/DVD porno. Ketujuh, syarikat kilang alkohol. Kelapan, produser, pengedar, dan pengguna dadah. Kesembilan, Kilang, pengiklan, dan penghisap rokok. Hal ini berlatarbelakang kenyataan dalam masyarakat tolenransi, interaksi antara seks, dadah, dan nikotin akrab sekali; sukar dipisahkan.

Selanjutnya, komponen ke-10 adalah para pelacur perempuan dan lelaki panggilan. Ke-11, ibu ayam dan pelanggan pelacur. Ke-12 adalah bomoh dan doktor menjalankan aktiviti penggugguran anak secara haram.

“Bayangkan data menunjukan angka penggugguran anak di Indonesia mencapai 2.2 juta setahun. Maknanya, setiap 15 detik seorang calon bayi di suatu tempat di negeri kita meninggal di suatu tempat akibat dari salah satu atau gabungan faktor-faktor di atas,” tandas Taufik.

Bahkan bahana liberalisasi sosial ini melebihi negara penaja idea itu sendiri iaitu, Amerika. Will Tuchrello, Direktor Perpustakaan Kongres AS Perwakilan Indonesia, menyatakan di Amerika tidak ada tayangan seperti yang ada di televisyen Indonesia ketika ini. Tayangan berbau pornografi dan pornoaksi ditayangkan pada waktu pagi jam 03.00. Di Indonesia tayangan ini mendapatkan tempat di prime time/jam tayangan utama (pukul 19.00-21.00). Tak mengherankan jika generasi muda rosak kerananya.

Liberalisasi Agama

Satu perkara lagi yang menjadi serangan kaum liberal, adalah liberalisasi agama, khususnya Islam. Pelbagai usaha dilakukan agar Islam boleh menerima penafsiran baru yang datang dari luar Islam. Mereka membawa Islam ke arah ‘Islam moderat’, yakni Islam yang lebih pro-Barat dan tercabut dari akar pemahaman Islam yang sebenarnya.

Buku perancangan membina rangkaian Muslim Moderat yang diterbitkan Rand Corporation. Menurut strategi Rand Corporation sekiranya lebih ramai rangkaian Muslim Moderat berjaya dibina, dengan sendirinya Muslim Fundamentalis yang dilabel Muslim Radikal berjaya ditumpaskan. Di dalam kata pengantar, Rand Corporation mengucapkan terima kasih kerana semua pendokong Islam Liberal Indonesia dan Malaysia yang telah menyumbangkan pemikiran untuk menjayakan penerbitan buku itu.. Nama wakil Malaysia yang disebut dalam buku itu ialah Anwar Ibrahim. klik di sini

Munculnya Ahmadiyah merupakan salah satu jalan untuk menggugat pemahaman Islam. Dengan pelbagai cara, kaum liberal mendukung kewujudan aliran sesat ini, termasuk aliran sesat lainnya seperti Salamullah (Lia Eden), Bahai, dan Al-Qiyadah (Mosadeq). Ini adalah projek besar. Jika Ahmadiyah diakui sebagai sebahagian dari Islam, maka ini menjadi pintu masuk untuk merosak bahagian-bahagian Islam lainnya.

Projek liberalisasi agama ini muncul dari cendekiawan yang telah dididik di Amerika dan Barat. Pemahaman menyimpang itu masuk melalui beberapa perguruan tinggi Islam dan program biasiswa kepada anak bangsa yang belajar ke Amerika dan Barat. Aktiviti mereka didukung sepenuhnya oleh media massa.

Akhirnya, kesan dari projek liberalisasi di segala bidang itu, maka berjayalah penjajahan Barat di negeri-negeri Muslim. Mereka menciptakan situasi yang kondusif agar mereka boleh berleluasa mengaut sumberdaya alam Indonesia tanpa dihalang.

Selain itu, Amerika dan Barat berusaha mencegah Islam politik tampil ke permukaan sebagaimana jatidiri Islam yang sebenarnya. Dokumen Rand Corporation makin memperjelaskan tujuan itu.

Pemerhati intelijen Wawan Purwanto, menegaskan, Barat tak ingin Islam wujud di Indonesia secara kaffah, kerana kalau itu terjadi, kekuatannya tidak dapat dihalang. Inilah yang sangat ditakuti oleh Barat. [Mujiyanto]

AIDC menterjemah artikel dari website musliminsuffer.wordpress.com. Artikel asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: