Delegasi Muslim Indonesia naungan Gus Dur berkunjung ke Israel

Mesyuarat Bersejarah Delegasi Muslim Indonesia bersama Presiden Shimon Peres di Kediaman Presiden, Israel.

Oleh : Greer Fay Cashman , THE JERUSALEM POST,

Meskipun kurangnya hubungan rasmi di antara Israel dan Indonesia, delegasi keamanan Indonesia seramai 5 orang telah bertemu Presiden Shimon Peres pada Jumaat. Delegasi tersebut menghabiskan masa selama seminggu di negara ini di bawah naungan Simon Wiesenthal Center (Pusat Wiesenthal Center) dan LibForAll Foundation (Yayasan LibForAll) untuk mempromosikan budaya kebebasan dan toleransi.

Lima rakyat Indonesia mewakili dua kumpulan utama gerakan Muslim. Nahdatul Ulama, secara umumnya dikenali sebagai NU, diketuai oleh bekas Presiden Indonesia, presiden Abdurrahman Wahid, yang merupakan seorang pengasas bersama LibForAll dan Muhammadiah. Bersama-sama, dua gerakan tersebut termasuk 70 juta daripada 195 juta Muslim di Indonesia, daripada jumlah populasi 240 million orang.

Abdurrahman Wahid adalah Ahli Lembaga Gabenor Antarabangsa Pusat Keamanan Simon Peres dan ketika memegang jawatan tersebut, dia telah melawat Israel pada masa yang lalu. Peres juga mengunjungi Wahid di Indonesia, tetapi di atas sebab keselamatan dia tidak boleh berada di sana lebih daripada satu hari.

Walaupun ketiadaan hubungan diplomatik, namun terdapat sesetengah ahli perniagaan Indonesia terlibat dalam usaha sama dengan Israel. Apabila Peres menyebut mengenai perkara ini, ahli delegasi menyatakan mereka sedar tentang aktiviti ini.

Pada 2005, Indonesia menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk mangsa-mangsa gempa bumi yang besar, menggegarkan rantau tersebut dari Indonesia, Sri Lanka dan Thailand.

C. Holland Taylor (CEO LibForAll Foundation) telah memberitahu Peres bahawa Abdurrahman Wahid telah mengeluarkan satu kenyataan tentang HAMAS, dengan menyatakan bahawa Indonesia adalah satu-satunya organisasi Muslim yang besar di dunia yang menolak HAMAS.

Syfiq Mugni, wakil Muhammadiah, Indonesia menghadiahkan kippa ‘Indonesia’kepada Peres ditulis “Shalom” bermakna “Aman-Kedamaian”. Turut memerhati Tylor, CEO LibForAll Foundation yang dinaungi Gus Dur

Syfiq Mugni, mewakili Muhammadiah, menghadiahkan Peres satu kippa (topi) yang dikait sulaman tulisan perkataan “shalom” (bahasa Ibrani bermaksud sejahtera) dalam huruf Hebrew dan Latin, termasuk perkataan Indonesia iaitu “Kedamaian”. Peres terus mengenakan kippa tersebut ke kepalanya untuk menggembirakan tetamunya.

Perbualan yang merangkumi semua perkara meliputi ekonomi, politik, agama dan sambutan ulang tahun ke 60 Israel.

Peres dapat menjangkakan, disebabkan Indonesia sebuah republik pulau yang dikelilingi air, pada suatu hari nanti ia akan menjadi salah satu negara yang paling makmur di dunia. Ini kerana, tidak seperti negara lain, ia tidak perlu mengimport air, hanya menyahgaramkannya. Tambahan pula, disebabkan ia mendapat pancaran cahaya matahari hampir sepanjang tahun, ia dapat beroperasi menggunakan tenaga solar, selain daripada mengurangkan kos tenaga yang dapat mengurangkan pencemaran.

Peres menyatakan bahawa Israel gembira untuk menjalinkan hubungan dengan Indonesia dan untuk menjemput kepimpinan Indonesia, bersama pemimpin negara- negara lain di seluruh dunia, untuk menyertai sembahyang untuk keamanan sempena ulang tahun Israel ke-60.

Dialog bersama bekas Ketua Rabbi Israel Lau di pejabatnya di Tel Aviv

Peres dijangka mengeluarkan satu seruan kepada kaum Yahudi di seluruh dunia untuk menyertai khidmat saumaah (tempat kaum Yahudi bertemu untuk acara agama dan arahan) di Shabbat, pada hari yang paling hampir dengan Hari Kemerdekaan Israel dan doa untuk keamanan. Dia mahu menjadikan hari sembahyang tersebut kepada satu dimensi yang berterusan.

“Kami akan memanggil semua anak-anak Abraham untuk datang dan berdoa untuk keamanan,” katanya, “Ia akan menjadi demonstrasi senyap untuk penyatuan.”

Dalam konteks ini, dia sedang merujuk secara spesifik untuk menjemput tiga agama monoteistik (agama yang percaya Allah hanya satu) – tetapi dalam perbualan seterusnya dia meluaskan skop untuk menyertakan orang ramai dari semua agama.

Mugni bercakap mengenai usaha Indonesia untuk membangunkan ekonominya, demokrasi dan yang paling peting, sistem pendidikannya. “Kami berharap laluan ini akan pantas,” katanya dalam mengaitkannya dengan perkara pendidikan, “Kami mempunyai masalah ekonomi, tetapi kami [juga] mempunyai masalah mentaliti. Kami cuba untuk menggalakkan satu sikap Muslim yang lebih toleran, lebih aman. Sesetengahnya menolak demokrasi.”

Tanda bersatu Muslim Indonesia dan Israel

Wakil Nahdatul Ulama, Abdul A’la, bersetuju dengan pendapat Mugni, menyatakan terdapat kumpulan kecil pelampau, tetapi ditekankan melalui nilai Islam “Keamanan mesti ada. Kita tidak dapat hidup tanpa keamanan.”

Delegasi Muslim Indonesia berbaris bersama pelajar agama Yahudi dalam sambutan Chanukah (Pesta lampu meraikan keajaiban Maccabees)- Qiryat Shemona Yeshivat Hesder

Pesta lampu Chanukah

Kumpulan tersebut berkongsi pengalaman mereka dalam berbicara bersama rakyat Palestin yang moderat yang telah bersetuju bahawa terdapat manfaat bagi kedua-dua pihak, rakyat Palestin dan Israel sekiranya tidak berlaku konflik dan keganasan fizikal.

“Kami berdoa untuk ini,” kata Mugni.

Peres memberitahu delegasi tersebut bahawa pada 1947 resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pembahagian Palestin tidak merujuk kepada sebuah negara Palestin, tetapi kepada negara Arab.

“Rakyat Palestin tidak diiktiraf sebagai mana-mana warganegara atau sebuah negara, ”katanya. “Negara Arab tidak pernah mengiktiraf rakyat Palestin. Israel adalah negara pertama yang mengiktiraf rakyat Palestin sebagai rakyat dengan hak untuk memiliki negara mereka sendiri.”

Pada Jun tahun ini, dua organisasi telah menaja satu persidangan di Bali mengenai “Toleransi di antara agama,” yang disertai penganut Hindu, Muslim dan Yahudi yang terselamat dalam pengeboman berani mati, dan juga Holocaust (Pembunuhan beramai-ramai). Persidangan tersebut dianjurkan di bawah naungan Abdurrahman Wahid.

Oktober lepas, delegasi wartawan Indonesia seramai tujuh orang bertemu dengan Peres, yang memberitahu mereka bahawa Indonesia mempunyai peranan yang penting untuk bersama-sama di dalam proses keamanan rakyat Israel-Palestin. Sebab utama adalah Indonesia telah memperkenalkan satu era baru dalam persepsi masyarakat antarabangsa mengenai Islam, dengan membuktikan bahawa pemikiran cara moden dan agama dapat bergerak bersama-sama.

Peres memberikan pandangan yang sama mengenai Turki, dan sekali lagi menyatakannya apabila berbicara bersama tetamu Indonesianya.

Delegasi keamanan melawat Israel secara tidak rasmi itu juga bertemu dengan rakyat Palestin moderat di Ramallah.

Bersama Ketua Rabbi Tzefania Drori

Ditemani oleh Dekan Bersekutu Wiesenthal Center, Rabbi Abraham Cooper dan CEO LibForAll Foundation C. Holland Taylor, delegasi tersebut menikmati pengalaman keagamaan daripada kedua-dua penganut agama Yahudi dan Muslim, menyertai upacara menyalakan lilin Hanukka diikuti tarian di Hesder Yeshiva di Kiryat Shmona.

Mereka juga melawat murid- murid sekolah di Sderot dan tempat pemantauan yang dapat menyaksikan Semenanjung Gaza.

AIDC menterjemah artikel THE JERUSALEM POST bertarikh 8 Disember 2007 yang melaporkan aktiviti kunjungan delegasi Indonesia itu. Artikel asal klik di sini

Artikel berkaitan :

1. Gus Dur perintis jambatan diplomatik Indonesia – Israel ?

2. Gus Dur Benar-benar Agen Yahudi?

3. Perjalanan Seorang Missionari Amerika ke Dunia Islam

4. Gus Dur kata Al-Qur’an sama kitab porno ?

5. Badan pemikir Gus Dur- The Wahid Institute- Kembangkan Pluralisme

6. Gus Dur Tetap Mahu Jadi Calon Presiden Indonesia 2009

7. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?

8. Konflik Palestin : Anwar Ibrahim kata HAMAS tidak demokrasi – Israel insider

9. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? – The Jerusalem Post

10. Rahsia tugasan Anwar – Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

11. Hati-hati dengan Anwar, pesan Dr Yusof Qardawi..

12. Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: