Adakah Obama akan menyokong Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh?

Oleh: Kazi Mahmood

Kerajaan Malaysia merupakan negara asing pertama yang pantas mengucapkan tahniah kepada Barack Husein Obama dalam kemenangannya secara besar-besaran dalam pilihan raya Presiden tetapi mesej mereka (Kerajaan Malaysia) kepada Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih tidak seperti yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

Telah bertindak keras terhadap George W. Bush dalam komennya ke atas kes liwat Anwar Ibrahim tahun ini, Kerajaan Malaysia menjangkakan satu dasar tidak campur tangan daripada pentadbiran Obama dalam urusan dalamannya.

Malaysia mempunyai Menteri Luar yang berhaluan kiri yang mana dikenali sebagai ahli pembangkang yang tegas semasa kewujudan parti Semangat 46 (S-46) . Menteri Rais Yatim dihormati dalam gelanggang politik tempatan kerana konsisten dalam kritikannya terhadap campur tangan Amerika dalam urusan negara lain.

Mendapat sokongan padu daripada kakitangan perkhidmatan awam yang berorientasikan ke arah perlindungan integriti negara – wilayah dan moral – Menteri tersebut tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam menunjukkan secara tepat kepada pentadbiran Obama bahawa sebarang campur tangan dalam urusan Malaysia hanya akan memburukkan lagi hubungan Malaysia-A.S.

Anwar Ibrahim disokong baik oleh Parti Demokratik di mana pimpinan tertinggi parti berada di sebelahnya. Mereka termasuk bekas Naib Presiden Al-Gore dan beberapa ahli berpengaruh dalam lingkungan diplomatik negara luar Amerika dan tidak dilupakan Clinton dan rakan rapat Barack Obama.

Ianya tidak sukar untuk Anwar Ibrahim bagi menjalinkan hubungan yang baik dan kukuh dengan Obama pada masa akan datang. Parti Demokratik mempunyai hubungan rapat dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) manakala sokongannya terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak diragukan.

Presiden Obama sendiri diketahui tertarik kepada pemimpin ideal seperti Anwar Ibrahim dan Raja Abdullah Arab Saudi di mana mereka ingin menjadi jambatan di antara dunia Barat dan Muslim. Anwar Ibrahim juga seorang ahli yayasan antarabangsa yang mana kedua-dua Republikan and Demokrat daripada spektrum politik AS terlibat.

Kepopularitiannya di kalangan pentadbiran AS sekarang juga amat diketahui dan inilah yang membawa kepada ‘pembekuan’ baru-baru ini di antara Malaysia dan A.S. selepas meletusnya kes liwat di mana Anwar telah dibela oleh Jabatan Negara A.S.

Terdapat respons yang berterusan dan kuat oleh Menteri Rais Yatim dan ahli lain Kerajaan Malaysia kebanyakannya ahli UMNO memainkan peranan utama.

Anwar Ibrahim mendapat sokongan penuh daripada bekas Presiden Indonesia, Burhanuddin J. Habibie. Yang kedua disebutkan memang merupakan rakan rapat Raja Abdullah dan Anwar Ibrahim dan baru-baru ini, peranan yang dimainkan oleh bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid di sebelah Anwar Ibrahim semasa pilihan raya kecil di negeri Pulau Pinang, dimenangi oleh Anwar adalah amat signifikan di sini.

Abdurrahman Wahid amat pro-Amerika dan merupakan penghubung kuat di antara Washington, Obama dan Anwar Ibrahim di Malaysia. Dia dipercayai oleh pentadbiran Bush yang ada sekarang dan ketika Obama telah diberikan taklimat oleh ketua perisikan Amerika selepas kemenangannya dalam pilihan raya,nama Abdurrahman akan muncul sebagai sekutu rapat AS.

Jadi pasti nama Anwar Ibrahim dan sudah tentu B.J Habibie walaupun yang kedua disebut itu tidak lagi secara aktif terlibat dalam politik.

Dengan asas sokongan yang besar ini, Anwar Ibrahim akan muncul sebagai tokoh politik utama dalam dunia Muslim bersama-sama Raja Abdullah dan Abdurrahman Wahid. Wahid mempunyai peluang yang tidak seberapa untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden Indonesia yang akan datang tetapi meskipun demikian, dia akan menjadi pengaruh yang kuat dalam pilihan raya presiden Indonesia pada tahun depan.

Hakikat bahawa sekarang Indonesia merupakan sekutu rapat AS dan Turki telah menunjukkan minat yang kuat dalam ‘menghubungkan’ jurang antara Islam dan Kristian sebagai contoh, pentadbiran Obama akan melakukan segala-galanya untuk bergandingan dengan 2 negara Muslim.

Malaysia tidak dilihat sebagai sekutu dalam pelaksanaan ‘menghubungkan jurang’ dan ‘pembangunan ketamadunan’, kumpulan yang diwakili oleh Anwar Ibrahim, Tayyeb Erdogan- Perdana Menteri Turki- dan Abdurrahman Wahid.

Erdogan adalah rakan dan sekutu rapat Anwar Ibrahim dalam gerakan untuk membawa Islam ke arah moderat dan untuk menjalinkan ikatan dengan dunia Kristian dengan Amerika sebagai negara yang mengetuainya.

Barrack Obama menjelaskan dalam ucapan kemenangannya pada majlis sambutan Parti Demokratik di Chicago bahawa ‘sesiapa yang cuba memusnahkan dinding perpaduan akan ditangani dengan keras.’

Dalam perkataan lain, ianya seperti ‘sama ada anda bersama kami atau anda menentang kami’ sekali lagi. Ianya dipraktikkan dengan baik oleh pentadbiran Bush dalam merujuk kepada Kuala Lumpur yang terpaksa tunduk kepada pimpinan AS dalam perang ke atas keganasan.

Tetapi pimpinan Kuala Lumpur hari ini tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan yang datang dari As atau Barrack Obama atau PKR dan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Jadi apakah yang Malaysia harap daripada rejim Obama? Seperti yang diperkatakan pada mula-mula sekali, Putrajaya selain daripada Kuala Lumpur, tidak akan mengalah kepada ancaman, campur tangan terlebih dahulu dalam urusan kerajaan dan pelaksanaan taktik pro-AS dalam perang menentang keganasan dan sebagainya.

Rejim Obama akan melalui satu masa yang sukar bersama kerajaan Malaysia sekarang dan ini akan berlaku kerana perubahan di AS dilihat sebagai satu elemen yang baik oleh UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan merujuk bahawa ia telah berbicara dengan bakal rejim Obama.

Mesej kepada kem Obama adalah tulen dan mudah : Tiada campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia meskipun yang mana Amerika Syarikat berisiko mendapat kritikan keras daripada Kerajaan Malaysia pada persidangan antarabangsa.

Sekarang terpulang kepada rejim Obama sama ada akan membenarkan Kerajaan Malaysia untuk dibiarkan bersendirian dengan undang-undang negara tersebut, yang ianya tidak dijangkakan oleh penyokong pembangkang dengan apa-apa cara sekalipun.

Bagaimanapun, Obama tidak mempunyai apa-apa komitmen dengan pembangkang Malaysia memandangkan dia menjanjikan satu bentuk baru pentadbiran di Washington dan ini termasuk penyelesaian isu dan kes yang telah ‘dirundingkan’ yang mana kerajaan-kerajaan di dunia tidak akan menghentikan kekalahan manakala US akan dilihat sebagai ‘polis dunia yang abadi.’

Obama perlu mendengar Putrajaya walaupun faktor pelobian di Capital Hill tidak akan membenarkan kerajaannya menghentikan bantuan dan sokongan yang dimatlamatkan ke arah pelaksanaan ‘demokrasi’ di seluruh dunia, yang mana meneruskan dasar luar Bush yang paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Sehingga sekarang jangan mengharapkan sebarang arahan daripada Washington kepada BN di Malaysia atau dasar Amerika yang pantas secara besar-besaran terhadap Kuala Lumpur.

Amerika lebih berminat dalam perdagangan, pelaburan dan perniagaan pada masa ini dan Obama menawarkan dahan yang penuh dengan hasil buah-buahan kepada banyak negara Muslim, ia tidak akan menjadi bom atau operasi ‘rahsia’ terhadap BN, ianya lebih kepada menjadi buah-buahan yang cukup masak kepada pentadbiran Obama ke arah menerima BN, Arab Saudi, Turki dan juga Taliban sekiranya diperlukan dalam usaha mencapai keamanan.

AIDC menterjemah arikel WorldFutures.info. 2008, ditulis oleh Kazi Mahmood, pada 06 November 2008. Artikel asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: