“Erdogan Model Pemimpin Islam : Berani ke atas Hamas tetapi berbaik dengan Israel” kata Anwar Ibrahim

Dari kiri Anwar Ibrahim, Recep Tayyip Erdoğan (Perdana Menteri Turki) dan Abdullah Gul (Presiden Turki). Anwar memuji Erdogan sebagai model pemimpin Islam. . Anwar tidak memilih parti Saadet pimpinan Necmettin Erbakan. Menurut Erbakan mereka menubuhkan Saadet sebagai warisan Parti Refah dan menentang polisi Erdogan dan parti AKP yang memperjuangkan Muslim Moderat yang pro Amerika – Israel. Bacaan lanjut klik di sini

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, seorang tokoh antarabangsa yang memberikan inspirasi kepada ramai Muslim di Asia Tenggara, mengatakan kemungkinan penolakan permintaan Turki untuk menyertai European Union (EU) atau Kesatuan Eropah akan dilihat oleh kesemua Muslim di seluruh dunia sebagai sikap “tidak” toleran Eropah kepada Islam.

Selepas perbalahan politik yang sengit dengan mentornya, Mahathir Muhammad pada 1998,Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara dalam kurungan seorang diri selama 6 tahun dan hanya dibebaskan pada 2004.

Semasa Anwar Ibrahim menghadiri satu persidangan bertajuk “Islam dan demokrasi : adakah ia berkesan? Perspektif di Asia Tenggara” sebagai penceramah utama di Brussels, beliau dalam temu bual eksklusif bersama Today’s Zaman, telah memberi amaran kepada EU tentang kemungkinan wujud kesan sampingan daripada dunia Muslim akibat penolakan permintaan Turki itu.

Anwar Ibrahim dikenali sebagai tokoh penting dalam dunia Muslim dan merupakan seorang penyokong kuat Turki dalam proses perubahannya. Beliau amat marah dengan pengundian EU tersebut apabila Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, ketika itu cuba menghalang kemasukan Turki sebagai salah satu anggota EU.

“Sarkozy merupakan seorang yang angkuh dan jahil. Dia ternyata memainkan sentimen populis dengan menjadi juara anti-Muslim dan anti-imigran, merupakan sentimen yang agak kuat di Perancis,” katanya.

Pemimpin Malaysia, yang telah dipilih sebagai “Asian of the Year” oleh Newsweek International pada 1998 itu, menjelaskan kemungkinan penolakan Turki oleh EU akan dilihat oleh Muslim di seluruh dunia sebagai satu penolakan terhadap Islam, dan memberi amaran kepada Brussels untuk bersikap jujur terhadap Ankara.

“EU mendakwa mereka bukan menentang Islam. Tetapi Muslim secara jelas melihatnya sebagai satu penolakan terhadap negara Islam. Ini akan dilihat sangat negatif oleh dunia Muslim, ” kata Anwar Ibrahim, dan menekankan bahawa Muslim akan melihat bahawa orang Eropah tidak jujur serta “anda tidak boleh mempercayai mereka.”

Recep Tayyip Erdoğan (kiri), Perdana Menteri Turki mewakili parti Muslim Moderat, AKP dan Necmettin Erbakan (kanan) mewakili Parti Muslim, Saadet. Erbakan merupakan bekas pemimpin parti Refah dan Perdana Menteri Turki pada tahun 1996. Erbakan digulingkan daripada Perdana Menteri oleh pihak tentera pada tahun 1998 dan parti Refah diharamkan. Selepas itu Erbakan menubuhkan parti Fazilet dan Saadet, manakala Erdogan menubuhkan parti AKP.

Kita tidak bercakap tentang al-Qaeda

Anwar memuji parti yang memerintah Turki sekarang, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan mengenai kepimpinannya, Anwar menghuraikan lebih lanjut kenapa dunia Muslim akan mengambil pengajaran yang sangat negatif dengan penolakan Turki oleh EU itu.

“Mesejnya jelas walaupun Muslim yang paling moderat tetapi mereka tetap tidak dialu-alukan. Kita tidak bercakap tentang al-Qaeda; kita bercakap tentang Parti AKP. Kumpulan Muslim yang paling toleran; namun mereka tetap tidak mendapat toleransi daripada Eropah. Mesejnya akan terus membara, selagi anda mempunyai identiti Muslim, mereka ditanyakan dengan banyak soalan. Orang Eropah akan mempunyai banyak kesulitan dengannya. “

Anwar Ibrahim percaya penolakan Turki akan menjadi masalah kepada EU apabila semakin banyak negara Eropah Timur pada masa ini akan menjadi ahli.

“Pertamanya, secara geopolitik adalah benar [untuk dilakukan]. Apakah penjelasan yang boleh anda berikan untuk membawa kesemua negara Eropah Timur, tetapi tidak Turki?….[Penerimaan Turki] adalah jalan terbaik untuk memastikan kejayaan sebuah negara Muslim yang boleh dijadikan model,” katanya.

Beliau secara dekat mengikuti hubungan antara Turki-EU dan berpendapat bahawa Muslim di seluruh dunia mempunyai minat mendalam, melihat apa yang berlaku di antara Ankara dan Brussels di atas dua sebab.

“Pertama, Turki sangat penting, salah sebuah daripada negara Muslim yang memainkan peranan utama. Turki negara yang berjaya. Kedua, untuk melihat sikap orang Eropah. Mereka bercakap tentang kebebasan dan maruah lelaki – wanita, kemudian kita juga perlu untuk melihat sama ada mereka akan membenarkan sebuah negara majoriti penduduk Muslim akan menjadi ahli EU. Mereka kata mereka tidak mengamalkan diskriminasi berdasarkan warna, bangsa atau kepercayaan. Mari kita lihat,” katanya lagi.

Turki menjadi model dunia Muslim

Menyentuh sama ada Turki boleh dijadikan sebagai satu model kepada dunia Muslim, Anwar Ibrahim mengesahkannya bahawa Turki merupakan model yang terbaik dalam kes ini.

Menurutnya, Turki merupakan negara moden, demokratik dengan ekonomi pasaran yang berfungsi dan telah menjuarai banyak isu yang menarik perhatian dunia Islam.

“Lihat apa yang dilakukan oleh Turki di Darfur, apa yang mereka lakukan di Aceh. Saya telah bertemu dengan gabenor Aceh. Dia memilih bantuan Turki dengan menyatakan bahawa bantuan itu salah satu yang terbaik. Bersih, tiada rasuah. Anda tahu kenapa? Kerana orang Turki hidup di dalam suasana yang demokratik dan mereka cuba untuk menjadi Muslim yang baik,” katanya.

Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan Turki tidak sesuai digambarkan sebagai satu model terbaik dunia Islam apabila wujudnya tentangan kumpulan militan sekularisme Turki yang menjadi satu ancaman kepada ramai Muslim yang warak. Khususnya, berkenaan kes pengharaman terhadap wanita bertudung yang mempunyai kesan negatif terhadap keseluruhan dunia Muslim, khasnya dunia Arab.

Anwar menjelaskan bahawa isu itu berpunca daripada tentera, bukannya kemahuan rakyat Turki. Dalam kes pengharaman wanita bertudung , katanya : “Seseorang perlu membezakan antara suara rakyat Turki yang bebas dan suara muncung senjata. Orang Arab lebih tahu tentang perkara ini,” memetik kata-kata Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan, salah seorang pemimpin paling berani dalam dunia Islam, Anwar Ibrahim berpendapat Muslim memerlukan pemimpin sepertinya (Erdoğan).


Foto atas, Recep Tayyip Erdoğan melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Bush, Amerika Syarikat. Foto di bawah, Erdoğan turut melakukan kunjungan hormat kepada Ehud Olmert di Israel. Ketika itu Olmert merupakan Perdana Menteri Israel.

“Kita memerlukan pemimpin seperti Erdoğan. Dunia Islam perlu pemimpin seperti itu, kita mempunyai asas Islam yang kuat tetapi kita tidak pernah mendakwa mewakili Muslim atau mendakwa untuk menjadi parti agama – seorang pemimpin yang mempunyai keberanian hebat terhadap Iraq, Iran, Hamas dan pada masa yang sama mempunyai hubungan baik dengan Israel ” kata Anwar Ibrahim.

[Nota AIDC : Menurut laporan Julia Kirby (Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life , Amerika) yang mewawancara Anwar Ibrahim, di Amerika Syarikat pada Jumaat, 7 April 2006, Anwar secara tegas menjelaskan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan HAMAS di Palestin, tetapi tetap menerimanya kerana telah dipilih oleh rakyat mereka. Oleh itu peranan pemimpin dunia Islam lain khususnya Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan diperlukan untuk menuetralkan pegangan pemimpin HAMAS. Anwar juga turut melahirkan kemarahan kepada pentadbiran Washington kerana mencurigai kehadiran Erdogan menemui HAMAS. Kata Anwar, Perdana Menteri Erdogan telah memberikan taklimat ringkas kepadanya tentang apa yang berlaku semasa lawatan ke Palestin itu, dan pada fikirannya Erdogan seorang yang berani untuk menunjukkan kepada HAMAS bahawa beliau menghormati keputusan rakyat Palestin, dan dalam masa sama meyakinkan HAMAS supaya lebih bersederhana, serta mempelawa menjadi sekutu kepada Amerika. Kata Anwar lagi, Turki telah memaklumkan kepada HAMAS; “Ya, kami mampu untuk bekerja bersama dengan Amerika Syarikat untuk mencari persefahaman.” Rujuk laporan Pew Forum on Religion & Public Life tentang sikap Anwar dan Erdogan terhadap isu HAMAS, klik di sini ]

Mengulas mengenai isu pengasingan di antara tentera dengan Parti AKP untuk pilihan raya presiden yang akan datang, Anwar Ibrahim memuji tentera Turki tetapi menyeru mereka untuk menjauhkan diri daripada politik.

Mereka boleh menjadi benteng keselamatan. Semasa saya berada dalam kerajaan dan menangani isu Bosnia, saya telah mendapat keistimewaan daripada tentera Turki secara dekat dan saya berasa amat kagum terhadap mereka, [untuk] disiplin dan keazaman mereka. Mereka perlu menjadi askar yang profesional tetapi hal politik perlu diuruskan oleh ahli politik, bukan oleh rasa hati tentera,” katanya.

Anwar Ibrahim merupakan penceramah antarabangsa yang terkenal dalam topik “Islam dan demokrasi, kebebasan, pengurusan dan keperluan sikap kebertanggungjawaban”. Beliau secara konsisten menegaskan Islam dan demokrasi adalah serasi.

Apabila ditanya mengapa terlalu sedikit demokrasi dalam dunia Muslim, beliau berkata sikap kebertanggungjawaban yang lemah seperti kepimpinan politik yang tidak munasabah adalah puncanya.

“Kepimpinan dalam dunia Islam tidak mewakili orang ramai. Mereka kebanyakannya rejim tentera. Negara Muslim yang paling popular mengamalkan demokrasi adalah Indonesia. Muslim di India juga menyertai proses demokratik dan mempunyai populasi Muslim yang kedua paling besar di dunia. Turki pula dianggap salah sebuah negara yang amat penting dan menjadi juara dalam demokrasi walaupun negara itu berada dalam ancaman. Di Timur Tengah, Iran adalah negara demokrasi semasa berada di bawah pemerintahan Musaddak (1). Dia (Musaddak) telah digulingkan oleh CIA dan perisikan British. Iraq semakin hampir kepada demokrasi sehingga Saddam. Juga Mesir, di bawah Raja Farouk, menuju ke arah pilihan raya yang demokratik sebelum rampasan kuasa dilakukan ke atasnya . Ianya hanya pemimpin tentera yang dilatih oleh Barat – dilatih oleh British atau Amerika – yang akhirnya melancarkan satu rampasan kuasa,” katanya.

Dua kerajaan Iran berbeza; Musaddak (kiri) Perdana Menteri Iran semasa rejim Dinasti Pahlavi dan Mahmoud Ahmadinejab (kanan), Presiden Iran warisan Revolusi Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini. Anwar memilih zaman Musaddak sebagai zaman demokrasi berbanding dengan zaman Ahmadinejab

Sokongan demokrasi Barat bercanggah ke atas dunia Muslim

Anwar Ibrahim mengutuk Barat yang kononnya mendesak demokrasi dalam dunia Muslim dan meminta Muslim untuk menyokong kebebasan serta mengutamakannya.

“Sebagai Muslim adalah tugas saya untuk menyokong dengan kuat kebebasan individu. Kebebasan hak individu termaktub dengan jelas dalam Syariah. Kenapa Nabi Muhammad berjuang menentang Jahiliah Quraisy. Dia (Nabi Muhammad)berjuang untuk kebebasan. Bukan untuk menjadi hamba kepada manusia, wang atau kuasa tetapi hamba kepada Tuhan,” katanya.

AIDC menterjemah artikel Today’s Zaman, Selçuk Gültaşli, 2007. Artikel asal klik di sini

Nota :

(1) Mussadak atau Mossadegh adalah nama gelaran kepada Mohammad Mosaddeq, Perdana Menteri Iran (1951 – 1953). Beliau dipilih menjadi Perdana Menteri (PM) semasa pemerintahan Dinasti Pahlavi, di bawah Raja Mohammad Reza Pahlavi atau Raja Shah Mohamad. Raja Shah Mohammad adalah putera kepada Shah Reza Pahlavi (Raja Pertama Dinasti Pahlavi) yang telah diangkat oleh pakatan Barat diketuai Amerika Syarikat setelah ayahnya (Shah Reza) dibuang negara oleh kuasa-kuasa Barat itu.

Semasa pemerintahan Raja Shah Mohamad, beliau bertelagah kuasa dengan Mussadak yang juga diangkat oleh Amerika. Pertelagahan berpunca daripada usaha Mussadak yang mahu memiliknegara industri minyak, sedangkan Raja Shah Mohamad mahu mewarisi sistem ayahnya, industri minyak dikekalkan kepada pihak British. Syarikat minyak British yang telah bertapak di Iran adalah AIOC (Anglo-Iranian Oil Company) atau British Petroleum dan sekarang dikenali BP.

Akibat kemelut itu, Raja Shah Mohammad kemudiannya melarikan diri keluar negara. Musaddak pula telah disingkirkan melalui rampasan kuasa oleh Jeneral Fazlollah Zahedi (proksi Raja Shah Mohammad) pada 19 Ogos 1953. Di belakang Jeneral Fazlollah dibiayai oleh Pihak British dan kerajaan Amerika melalui operasi CIA yang kenali sebagai “28 MORDAD 1332”. Musaddak telah ditahan dan dipenjara selama tiga tahun. Selepas itu Raja Shah Mohammmad kembali semula ke Iran dan Musaddak pula diletakkan di bawah tahanan dalam rumah sehingga dia meninggal dunia.

Raja Shah Mohammad mengukuhkan pentadbirannya dengan melantik Perdana Menteri boneka dan menubuhkan badan perisikan Iran, yang dikenali sebagai SAVAK untuk menghancurkan kumpulan-kumpulan yang menentangnya.

Pada pertengahan tahun 1970, muncullah sebuah gerakan Islam yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini menggulingkan Raja Shah Mohammad yang disokong oleh British dan Amerika. Kemenangan Revolusi Islam pimpinan Ayatollah Ruhollah Khomeini itu telah menamatkan pemerintahan kuku besi Dinasti Pahlavi dan berakhirnya cengkaman kuasa Barat khususnya Amerika di Iran.

Bacaan lanjut klik di sini dan di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..

2. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Parti Islam Turki?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: