Penganalisa Barat ragui Anwar Ibrahim dapat satukan pembangkang

KUALA LUMPUR : Kekuatan yang ditunjukkan dalam pilihan raya kecil Malaysia telah membantu memudahkan laluannya untuk jawatan utama, walaupun ketegangan dalam pakatan 3 partinya – Pakatan Rakyat – menimbulkan soalan utama sama ada Anwar Ibrahim boleh menyelesaikannya.

Tokoh pembangkang Malaysia yang amat dikenali telah memenangi kawasan pilihan raya yang dikosongkan oleh isterinya dalam satu pilihan raya pada hari Selasa dengan majoriti besar melebihi apa yang dijangkakan dan diramalkan akan mengambil tempatnya di parlimen pada hari Khamis.

Anwar, pernah sekali menjadi bintang kerajaan yang memerintah Malaysia selama 5 tahun dan telah jatuh dari kehebatannya selepas disabitkan dengan rasuah dan liwat pada 1999 dan 2000, telah memenanginya walaupun menghadapi tuduhan seks baru.

“Saya tidak yakin sama ada PAS diyakinkan bahawa dia mendapat 30 Ahli Parlimen Kerajaan untuk menyeberang,”
kata Terence Gomez, profesor di fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya.

Pakatan Rakyat yang mengandungi PKR, DAP dan PAS pada masa ini memiliki 82 kerusi daripada 222 ahli parlimen.

Dia telah berjanji untuk mengumpan 30 Ahli Parlimen daripada parti memerintah Kerajaan Barisan Nasional untuk memaksa melalui undi percaya parlimen pada 16 Sept. untuk mengambil alih kuasa.

PAS, yang mahukan sebuah negara Islam dalam negara Asia Tenggara yang mengandungi 27 juta penduduk, secara tidak rasmi menyokongnya sebagai pemimpin gabungan pembangkang, yang secara kejutan menunjukkan pilihan raya pada Mac menyebabkan kerajaan hilang majoriti parlimen dua-pertiga.

Ketidakstabilan politik di Malaysia telah menakutkan pelabur- pelabur dan memaksa pasaran sahan dan mata wang ringgit rendah pada 2008.

Perbicaraan yang berpanjangan dalam kes liwat yang terbaru yang mana bermula pada 10 September bermaksud bahawa tidak jelas bahawa Anwar sebenarnya akan bebas untuk mengetuai pakatan.

Tambahan pula, harapan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang hilang arah dan terdesak akan cuba untuk menggunakan caranya untuk populariti merupakan sebab lain untuk mengelakkan aset rakyat Malaysia, kata penganalisis.

Anwar telah berjanji untuk mengembalikan persaingan Malaysia secara berperingkat dengan menamatkan satu sistem tindakan yang ketara untuk etnik Melayu, yang mana dikatakan oleh pengkritik sebagai telah memusnahkan prospek ekonomi negara.

“Saya fikir kandungan utama dasarnya (Anwar) boleh dipertimbangkan, dan secara ekonominya mereka memahaminya dalam jangka masa panjang kerana perlu ada kesan positif dalam persaingan Malaysia, ” kata Alvin Pontoh, seorang ahli ekonomi di Capital Economics di London.

“Tetapi saya mempersoalkan kebolehannya untuk melaksanakannya apabila dan sekiranya dia menjadi perdana menteri, dengan keadaan pakatan pembangkang yang diketuainya mengandungi 3 parti yang mempunyai agenda dan ideologi yang amat berbeza,” tambah Pontoh – REUTERS

AIDC menterjemah artikel The Sun. Artikel asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: