Kumpulan badan pemikir Amerika ‘mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim’

Satu kumpulan pemikir yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah mengambil bahagian dalam perbincangan ke atas Malaysia semalam, dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil Kongres (United States Congressional Sub-Committee) di Washington DC sememangnya diketahui mempunyai hubungan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa perbincangan tersebut selama satu setengah jam bertemakan “Malaysia: Assessing the Mahathir Agenda” (Malaysia : Menilai Agenda Mahathir), Douglas Paal, Presiden Asia Pacific Policy Centre – APPC -(Pusat Dasar Asia Pasifik), mencadangkan kepada ahli Kongres supaya AS kekal dengan hubungan satu hala dan dingin dengan Kerajaan Malaysia, pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Pusat tersebut diwujudkan pada 1993 dan berusaha mengadakan hubungan rapat di antara perniagaan AS dengan rakan sejawat di Asia pasifik.

Dialog tersebut juga ditaja dengan gabungan bersama di antara Institut Kajian Dasar -IKD (Institute of Policy Research ), sebuah kumpulan pemikir yang diketahui milik Anwar Ibrahim, dan Institute of Strategic and International Studies (ISIS) atau Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa.

Dua tokoh pengerak Anwar di dalam dan luar negara. Kamaruddin Jaafar (kiri) pengerusi IKD dan Douglas Paal (kanan), Pengarah APPC. Mereka bekerjasama menandatangani perjanjian usahasama antara IKD – APPC untuk menganjurkan Dialog Pasifik sebagai pelobi imej Anwar di Amerika. Paal ketika itu berpengaruh di Amerika kerana dia adalah bekas pengalisis kanan CIA di Jabatan Negara Amerika. Sekarang Kamaruddin Jaafar adalah Setiausaha Agung PAS, manakala Douglas Paal adalah Naib Presiden kepada Carnegie Endowment for International Peace, sebuah yayasan yang sering menaja Anwar di luar negara.

Semasa dialog ke-4, yang dianjurkan dari 11 hingga 13 Januari 1998, Anwar dan Setiausaha Pertahanan AS, William S. Cohen, seorang Yahudi yang terkenal, telah menjadi pengerusi bersama untuk sesi pertama, sementara Anwar dan bekas Setiausaha Pertahanan AS, Dr Henry Kissinger, mempengerusikan untuk sesi kedua.

Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika. William Cohen hadir ke Malaysia atas jemputan IKD yang bekerjasama dengan APPC dalam menganjurkan Dailog Pasifik, 1998.

Douglas Paal pula merupakan bekas pengarah kanan National Security Council’s Asian Affairs (Majlis Keselamatan Negara Amerika Hal Ehwal Asian), juga merupakan bekas pembantu khas Majlis Keselamatan Negara di bawah pentadbiran Bush dan Reagan.

Paal merupakan salah seorang yang daripada 3 saksi yang menjawab soalan berkenaan Malaysia daripada ahli-ahli jawatankuasa kecil tersebut. Yang lain adalah Ralph Boyce, Deputy Assistant Secretary of State for East Asia and Pacific (Timbalan Setiausaha Negara untuk Asia Timur dan Pasifik), dan Dr. Linda Lim, seorang rakyat Singapura yang mengajar di University of Michigan Business School.

Berita Nasional Malaysia (Bernama) melaporkan Lim memiliki ijazah sarjana muda daripada University of Cambridge, Yale dan Michigan, berulang kali cuba mengelak daripada menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh kawalan mata wang dan modal dalam pemulihan ekonomi Malaysia.

Lim yang juga pengasas dan editor Journal of Asian Business (Jurnal Perniagaan Asia), dan juga telah menjadi perunding untuk syarikat AS, kumpulan pemikir persendirian, dan Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) atau Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Ghazzali Sheikh Khalid telah menyatakan pakar tersebut sebagai “secara nyata berat sebelah dan tidak menerima maklumat yang betul.”

Seperti Lim, Ghazali menyatakan “Dia tidak dilihat menghargai kawalan modal yang diletakkan di Malaysia dan kesan positifnya ke atas pemulihan ekonomi.”

Dalam ucapan presiden semasa perasmian perhimpunan agung UMNO, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad membacakan laporan dan menyesali Malaysia tidak diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya daripada kempen luar negara yang bertujuan untuk memburuk-burukkannya.

Komen :

Mungkin anda akan tertanya-tanya mengenai hubungan rapat di antara Anwar Ibrahim dengan William Cohen dan Henry Kissinger. Kedua-duanya merupakan tokoh Yahudi yang terkenal dan berkemungkinan akan membawa pengaruh Yahudi Antarabangsa ke dalam arena politik Malaysia.

Seperti yang pernah dilakukan oleh Israel dalam membantu kempen pilihan raya Parti Demokratik Indonesia Pembaharuan (PDIP), mungkin tidak dapat disangkal kemungkinan hubungan Israel di dalam senario politik Malaysia.

Seperti yang dilaporkan, Israel telah memberikan sumbangan sebanyak USD 100 juta sebagai bayaran pendahuluan kepada Megawati Sukarnoputri di dalam tabung kempen pilihan rayanya. Sebagai balasannya, kerajaan Israel menuntut agar diwujudkan hubungan diplomatik dengan Indonesia, sekiranya Megawati memenangi pilihan raya dan menjadi Presiden.

Sekiranya rancangan ini berjaya, Israel akan terus memberikan geran kepada Indonesia dalam hubungan diplomatiknya secara formal, untuk membantu pemulihan ekonomi Indonesia.

Seseorang mungkin akan tertanya-tanya sama ada Yahudi juga mempunyai pengaruh ke atas parti keADILan yang dipimpin oleh Wan Azizah Ismail. Sekiranya benar, Israel memberikan bantuan kewangan untuk membantu Wan Azizah untuk memenangi pilihan raya dan kemudiannya menjadi Perdana menteri, secara lazimnya dia sanggup untuk mewujudkan hubungan dengan Kerajaan Israel.

Ianya akan membawa kepada keutamaan yang tidak pernah didengari di mana kerajaan Islam bekerjasama dengan Israel. Akhirnya, rakyat Malaysia akan berhadapan dengan masa depan yang suram.

AIDC menterjemah artikel bertajuk “US THINK TANK. US THINK TANK ‘HAD TIES WITH ANWAR'”. Artikel asal klik di sini

Artikel lain yang berkaitan :

1. Yahudi di belakang Anwar

2. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? – The Jerusalem Post

3. Betulkah Anwar agen Yahudi ?

4. Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel

5. Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007

6. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

7. Rahsia tugasan Anwar – Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

8. “Erdogan Model Pemimpin Islam : Berani ke atas Hamas tetapi berbaik dengan Israel” kata Anwar Ibrahim

9. Biodata Anwar Ibrahim versi Amerika Syarikat

One Response to “Kumpulan badan pemikir Amerika ‘mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim’”

  1. Masrule Hamid Says:

    Good information & keep ur good works!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: