Negara – negara Muslim kekurangan demokrasi – Anwar

Oleh: LOIS E. BECKETT
Staf Penulis Crimson

Seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang menjadi tahanan politik memberitahu Forum John F. Kennedy Jr. yang penuh sesak semalam bahawa Islam dan demokrasi adalah ideologi yang bersesuaian.

Anwar Ibrahim yang berkarisma telah mengkritik “kekurangan demokrasi di kebanyakan negara Muslim, juga mempersoalkan kebijaksanaan (negara Islam ) menyebarkan demokrasi “di muncung senjata M-16 ”.

Dia menyatakan demokrasi yang sederhana diamalkan di Indonesia yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, dia memberikan amaran Islam tidak hanya merujuk kepada rejim autokratik (kuasa penuh pemerintahan) seperti Arab Saudi.

Anwar Ibrahim, yang sekarang merupakan profesor pelawat di Georgetown University, dipecat daripada Kerajaan Malaysia selepas krisis ekonomi Asia pada 1997. Menurut dokumen Amnesty International, pihak berkuasa memukulnya dan memenjarakannya atas tuduhan liwat dan rasuah yang direka-reka.

Tuduhan tersebut meluas sebagai impak pertarungan politik dengan Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad. Anwar berjaya dalam rayuannya terhadap tuduhan liwat dan telah dibebaskan pada 2004 selepas 6 tahun dipenjarakan.

Pada malam semalam, Anwar berkata dia percaya bahawa matlamat undang-undang syariah Islam mempunyai fokus yang terhadap berbeza dengan fokus “Jeffersonian” tentang kebebasan bersuara dan harta benda.

Tetapi tentang kebebasan bersuara, Anwar kecewa dengan kebanyakan negara yang mempunyai majoriti Muslim. Dia berkata cabaran mewujudkan kebebasan bersuara dan kedaulatan undang-undang tidak terbatas kepada negara-negara Muslim, tetapi masalah itu menjadi wabak di dalam dunia Muslim.

“Isu urus tadbir masih belum lagi diselesaikan,” katanya.

Di negara-negara Asia, Anwar Ibrahim berkata, ini berlaku mungkin disebabkan oleh ketegangan “di antara nilai-nilai Asia dan demokrasi dan kebebasan.” Dia menyatakan bahawa kekerasan secara tradisional iaitu “pemimpin mengetahui apa yang terbaik” mungkin menyumbang kepada tersebarnya undang-undang autokratik di negara-negara ini.

Dalam perkara lain, Anwar memberitahu bahawa perlembagaan Iraq pada bulan lepas gagal mewujudkan sempadan yang sepatutnya negara dan agama. Dia berkata bahawa ramai Muslim menterjemahkan “sekular” sebagai “anti-agama”, yang membawa mereka menentang Barat kerana Barat menganjurkan kerajaan sekular.

Anwar menekankan bahawa keganasan “mesti dikutuk secara universal”, dengan menyatakan bahawa tafsiran pengganas Islam menunjukkan “satu kegagalan untuk memahami agama, satu pemahaman yang lapuk, satu pandangan yang terbatas.”

Ramai pelajar Malaysia menghadiri ceramah tersebut mengajukan soalan kepada Anwar selepas itu – satu perbezaan yang nyata dengan pengalamannya yang lepas.

Di Malaysia, media masih lagi tidak menyiarkan ucapan Anwar Ibrahim, dia tidak dibenarkan untuk berada di kampus universiti, dan dia tidak dibenarkan untuk memegang jawatan politik sehingga 2008, kata Aasil Ahmad, ketua staf Anwar.

Anwar berkata pelajar-pelajar Malaysia telah diberikan amaran oleh pegawai-pegawai kerajaan, “tidak dibenarkan bercakap dengan Anwar.”

Aida Rahim, seorang pelajar siswazah Malaysia di Massachusetts Institute of Technology (MIT), memberitahu Crimson selepas ceramah bahawa dia menerima e-mail amaran pada akhir 1990-an, sewaktu dia merupakan seorang pelajar di England.

AIDC menterjemah artikel The Harvard Crimson, bertajuk “Ibrahim Talks Islam, Politics”. Artikel asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: