Steven Clemons bongkar bagaimana Anwar Ibrahim merasuah kumpulan pelobi Amerika

Dua tokoh pelobi Anwar di dalam dan luar negara. Kamaruddin Jaafar (kiri) pengerusi badan pemikir Anwar Institut Kajian Dasar (IKD) dan Douglas Paal (kanan), Pengarah Asia Pacific Policy Center (APPC). Mereka bekerjasama menandatangani perjanjian usahasama antara IKD – APPC untuk menganjurkan Dialog Pasifik sebagai pelobi imej Anwar di Amerika. Paal ketika itu berpengaruh di Amerika kerana dia adalah bekas pengalisis kanan CIA di Jabatan Negara Amerika. Sekarang Kamaruddin Jaafar adalah Setiausaha Agung PAS, manakala Douglas Paal adalah Naib Presiden kepada Carnegie Endowment for International Peace, sebuah yayasan yang sering menaja Anwar di luar negara.

Melobi mungkin tidak disenaraikan sebagai salah satu kerjaya yang tertua di dunia, tetapi sudah hampir ke arah itu. Di mana-mana dan bila-bila masa, mereka yang menguasai politik akan merenung dasar-dasar yang akan mewujudkan mereka yang menang dan kalah, mereka yang disukai atau mereka yang menentang secara umumnya akan mengatur untuk mengejar apa yang terbaik untuk kepentingan mereka.

Pertarungan ini di kalangan kumpulan berkepentingan dan lawan politik berlaku dalam kebanyakan sistem politik, demokrasi, di semua peringkat dalam kerajaan, sama hebatnya di peringkat tempatan atau negara.

Gelanggang yang paling hebat di dalam dunia pada hari ini – dan mungkin di dalam sejarah – untuk mereka yang cuba untuk menentukan arah keputusan dasar-dasar yang besar adalah Washington, D.C. Mereka yang membentuk Perlembagaan A.S. tidak menyediakan ruang untuk pelobi dalam teori kerajaan mereka, tetapi pelobi telah menjadi sebahagian daripada darah kerajaan Amerika daripada awal lagi.

Melobi secara meluasnya didefinisikan merujuk kepada sesiapa atau mana-mana kumpulan yang cuba untuk mempengaruhi dasar. Mengikut masa, istilah pelobi telah bermaksud agen pengaruh yang dibayar, agen penyokong, selalunya seorang peguam, wakil perhubungan awam, atau bekas pegawai kerajaan, yang mengetahui orang-orang yang penting dan jalan belakang kerajaan yang boleh memberikan sesetengah kepentingan peribadi, satu sudut dalam mempengaruhi keputusan politik.

Melobi telah menjadi sangat penting dalam sesetengah penerbitan di Amerika yang terkenal, termasuk Washington Post, the National Journal, dan Roll Call yang mempunyai bahagian-bahagian di dalam akhbar-akhbar mereka yang didedikasikan kepada industri itu.

Mengikut masa, hubungan kewangan di antara pegawai awam dan pelobi telah ditentukan dengan ketat – pembelian hidangan, perjalanan yang ditaja, atau hadiah yang disediakan melalui kepentingan khas melalui pelobi untuk pegawai kerajaan, sama ada telah dilarang atau diawasi oleh beberapa pusat kawalan etika di dalam Kongres dan cawangan eksekutif kerajaan AS.

Kesan daripada Peraturan

Tanpa menulis lebih terperinci tentang peraturan yang menguasai pelobi melawan kumpulan orang hubungan Kongres dan pentadbiran, apa yang berlaku adalah perkembangan ekonomi pengaruh politik secara bawah tanah, atau gerakan “kedua”.

Selain bergantung kepada hubungan eksklusif dan kerajaan, pelobi secara meningkat menggunakan forum “pendidikan awam” dan ‘kumpulan pemikir’ untuk memikat dan memancing staf serta ahli Kongres.

Peraturan etika membenarkan staf untuk menghadiri dan menikmati makanan dan lain-lain manfaat dengan menghadiri mesyuarat “yang dihadiri oleh ramai orang”, secara praktikalnya perhimpunan yang melebihi daripada 10 orang.

Peraturan tersebut membenarkan staf dan ahli untuk membuat perjalanan domestik dan antarabangsa, di atas perbelanjaan pihak lain, sekiranya tujuannya adalah sama dengan tugas-tugas rasmi awam dan sekiranya ditaja oleh entiti tidak berkepentingan yang telah ditapis terlebih dahulu.

Salah satu daripada strategi yang paling menarik dilakukan oleh pihak korporat dan mereka yang berkepentingan adalah menggunakan ‘kumpulan pemikir’ sebagai penyokong kepada cadangan dasar mereka.

Kebanyakan kumpulan pemikir yang ditadbir oleh undang- undang korporat Amerika, diistilahkan sama degan organisasi kebajikan dan pendidikan – yang dipanggil organisasi 501(c)3. Sebagai organisasi dasar awam 501(c)3, kumpulan pemikir di bawah undang-undang dibenarkan untuk membelanjakan tidak lebih daripada 5% daripada sumber keseluruhan mereka untuk sokongan dan lobi politik.

Walau bagaimanapun, sekiranya DaimlerChrysler mahu memberikan pengetahuan kepada staf atau ahli Kongres tentang bagaimanapun Korea gagal mencapai terma-terma di dalam perjanjian kereta bilateral Korea-Amerika Syarikat atau sekiranya Persatuan Industri Bioteknologi mahu mengemukakan punca kenapa “prinsip langkah amaran” Eropah terhadap makanan dan produk yang diubahsuai secara genetik merupakan satu pencabulan terhadap sains, perdagangan bebas, dan kemodenan, kemudian kepentingan ini cuba untuk meyakinkan organisasi seperti New America Foundation (Yayasan Amerika Baru), atau Heritage Foundation (Yayasan Warisan), Brookings Institution (Institusi Brookings), Center for Strategic and International Studies (Pusat untuk Kajian Antarabangsa dan Strategik), Cato Institute (Institut Kato), Carnegie Endowment for International Peace (Pembiayaan Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa), atau American Enterprise Institute (Institut Usahawan Amerika), dengan menganjurkan persidangan atau majlis jamuan untuk memberikan “pendidikan” kepada pegawai kerajaan tentang isu tersebut.

Kepentingan khas seperti ini juga boleh meminta entiti yang tidak berkepentingan untuk menganjurkan lawatan bagi mengkaji isu bioteknologi di Sydney, Australia atau ke Seoul atau Brussel bagi membandingkan garis panduan perdagangan kereta.

Rasuah Kumpulan Pemikir

Dalam tradisi Eropah, individu dan institusi yang kaya selalunya akan mewujudkan badan kebajikan untuk membantu keperluan dan hal ehwal mereka yang tidak berkemampuan.

Di Amerika, individu yang terkaya daripada Andrew Carnegie hingga Bill Gates telah memenuhi tanggungjawab mereka dengan mewujudkan yayasan peribadi.

Henry Ford Foundation (Yayasan Henry Ford) telah menjadi salah satu daripada institusi utama yang terlibat dalam hal ehwal global, keadilan sosial, dan memperkukuhkan masyarakat awam. Pihak liberal sosial seperti Norman Lear dan konservatif politik seperti John Olin telah menubuhkan yayasan dan tabung amanah untuk membantu dalam membiayai projek dan mereka akan mengejar agenda politik masing-masing.

Firma-firma juga melakukan perkara yang sama. DaimlerChrysler, AT&T, Federal Express, Phillip Morris, Toyota, AIG, Citigroup – firma-firma di seluruh dunia telah memberikan wang daripada tabung korporat mereka dan daripada yayasan korporat untuk memfokuskan kepada isu yang melibatkan firma tersebut, yang boleh membawa maksud, membiayai segala-galanya, daripada orkestra filharmonik,kepada membiayai majlis makan malam rasmi selepas pilihan raya presiden, kepada membiayai lawatan yang berkaitan dengan dasar dan program untuk pegawai kerajaan.

Salah satu punca organisasi dasar awam menjadi tarikan kepada individu, firma, kesatuan, dan lain-lain untuk membuat sumbangan, adalah sumbangan tersebut untuk menggelak daripada bayaran cukai. Dalam kata lain, satu kumpulan individu yang kaya bimbang tentang kesan negatif terhadap perniagaan mereka dengan China, boleh memberikan wang kepada ahli Kongres atau kepada parti politik – yang tidak ditolak daripada cukai – atau mereka boleh membuat sumbangan yang besar, tidak terbatas kepada pelbagai kumpulan pemikir untuk menganjurkan majlis makan malam, persidangan, dan lawatan serta lain-lain lagi untuk staf Kongres, dan sekiranya tidak menyokong rangka kerja dasar awam oleh kumpulan pemikir untuk mengadakan “kesan sokongan.”

Amalan ini meningkat apabila dirujuk sebagai “lobi yang mendalam”, dan salah seorang pengamal yang terhebat selama bertahun-tahun adalah Roger Milliken, usahawan tekstil terulung daripada selatan yang secara diam-diam telah menentang North America Free Trade Area (NAFTA), Caribbean Basin Initiative (Inisiatif Lembangan Caribbean), Trade Promotion Authority (Pihak Berkuasa Promosi Perdagangan), dan lain-lain penggubalan undang-undang yang direka bagi menarik balik perlindungan tekstil di Amerika.

Ketika usaha Miliken sering kali sia-sia, wangnya dihabiskan bagaimanapun memberikannya masa, dan dia merupakan pemain yang menggerunkan di belakang tabir. Sokongannya terhadap Ross Perot pada 1992 dan sekali lagi pada 1996 berkemungkinan mengorbankan jawatan bekas Presiden Presiden Bush dan Senator Robert Dole.

Bagaimana proses lobi ?

Sektor kumpulan pemikir, merupakan kawasan yang paling banyak dipenuhi di Washington. Terima kasih kepada berbilion dolar yang ditaburkan ke dalamnya. Walaupun muncul drama-drama di dalam kebanyakan pertarungan dasar, walaupun kumpulan pemikir kurang komited dengan persoalan sebenar yang direka untuk menggalakkan pencerahan dalam menentukan dasar dan lebih berorientasikan kepada membiarkan kelaziman yang sudah basi seperti melumpuhkan perdebatan, membekukannya melalui pertarungan kuasa di antara pemenang yang berpotensi dan mereka yang kalah, dengan puak-puak yang melobi di tumit mereka.

Kenapa semua kumpulan pemikir semakin mudah terdedah kepada kehendak hati dan yang menjadi kepentingan pelobi adalah sebagai satu industri, kumpulan pemikir berkembang pada kadar tertentu, kebanyakan wang masuk ke dalam sektor awam dibahagikan di antara pemain yang semakin meningkat bilangannya.

Untuk berkembang sebagai satu institusi yang bekerja keras dengan tawaran Faustian – mengambil wang daripada penderma dan mengekalkan kepura-puraan terhadap keseriusan objektiviti dasar, mereka melakukan bidaan untuk pelobi. Kekurangan sumber Internal Revenue Service (IRS) atau Perkhidmatan Hasil Dalaman untuk menyiasat sektor-sektor tanpa keuntungan melalui mana-mana cara yang serius, digabungkan dengan kekaburan yang wujud dalam membezakan di antara “pendidikan awam” dan melobi juga menyumbang kepada rasuah kumpulan pemikir.

Jenis sokongan dasar awam yang paling penting adalah pelobi telah meyakinkan kumpulan pemikir dan menggunakan skala yang lebih sofistikated, bukan sekadar jemputan rasmi atau lawatan ke Bali atau Singapura.

Kumpulan pemikir berada di dalam perniagaan analisis dasar, tetapi mereka juga memasarkan analisis tersebut dan cuba untuk menjual pandangan mereka kepada awam dan kepada kerajaan.

Sebagai contoh, felo kanan di Institut Brookings mengekalkan reputasi untuk menjadi lebih akademik daripada kebanyakan dasar yang goyah di Washington dan sering kali menyiarkan kerja mereka melalui buku-buku berbanding penyelidik-penyelidik lain.

Secara perbandingan, felo di Heritage Foundation kerap kali beroperasi melalui ringkasan dasar yang difakskan atau di Washington Times dan lain-lain akhbar dan majalah.

Dalam dekad yang terakhir, fenomena yang sama telah berlaku dalam penyelidikan saintifik dan perkembangan pembiayaan telah berlaku dalam perniagaan analisis dasar awam.

Daripada membiayai penyelidikan asas dalam sains, penaja semakin meminta dalam penyelidikan gunaan. Sama dengan kumpulan pemikir, penaja semakin menjangkakan pencapaian dasar yang menyumbang kepada akar umbi mereka. Banyak contoh yang telah ditunjukkan.

Salah satu kes yang paling menarik baru-baru ini adalah yang melibatkan Pengarah American Institute in Taiwan (AIT) atau Institut Amerika di Taiwan, yang seperti dicatat, merupakan sebuah organisasi tanpa keuntungan A.S., tetapi sebenarnya melaksanakan kebanyakan tugas seperti sebuah kedutaan di Taiwan.

Sekarang A.S. tidak lagi mengiktiraf status kedaulatan Taiwan sebagai sebuah negara. Pengarah AIT, Douglas Paal merupakan Penasihat Keselamatan Negara untuk Asia Timur kepada Presiden George H.W. Bush.

Apabila Presiden George H.W. Bush bersara, Douglas Paul mengasaskan kumpulan pemikirnya sendiri, yang dinamakan Asia Pacific Policy Center (APPC) atau Pusat Dasar Asia Pasifik.

Menurut pendedahan Joshua Micah Marshall dalam The New Republic ( 4 Mac 2002), majoriti staf Doug Paal sendiri beranggapan bahawa APPC merupakan sebuah syarikat perundingan/melobi. APPC menyediakan buletin, langganan tahunan yang menelan kos beribu-ribu dolar, dan menjadi penting kepada organisasi kerajaan Asia yang mungkin berminat dengan buletin tersebut, tetapi mereka mungkin lebih berminat dalam menguatkan karier mereka melalui seseorang yang amat rapat dengan bekas Presiden Bush.

APPC tidak menganjurkan program dasar kepada awam, juga tidak menyediakan mana-mana bahan berkaitan dasar miliknya melalui Internet atau cara-cara lain. Beberapa orang daripada ahli lembaganya, termasuk bekas Penasihat Keselamatan Negara, Brent Scowcroft, bekas Ahli Kongres, Dave McCurdy, dan bekas ketua Pentagon, Frank Carlucci kehairanan apabila mengetahui mereka disenaraikan sebagai ahli lembaga APPC di dalam borang IRS 990 yang difailkan oleh organisasi Paal.

Tahun lepas, kertas tersebut difailkan, empat penyumbang terbesar kumpulan pemikir tanpa keuntungan ini adalah Kerajaan Singapura, JETRO (bahagian di dalam Kementerian Perdagangan, Ekonomi dan Industri Jepun), Itochu (sebuah syarikat perdagangan Jepun) dan Mitsui Marine & Fire Insurance (sebuah firma insurans Jepun).

Asia Pacific Policy Center juga menganjurkan beberapa lawatan peringkat atasan ke Malaysia untuk beberapa ahli Kongres, khususnya Senat. Sesetengah mendakwa bahawa dana pemberian ini datang daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pada ketika itu adalah Anwar Ibrahim, yang dianggap sebagai pengganti kepada Perdana Menteri Mahathir.

Penemuan Joshua Marshall, yang membawa kepada artikel di dalam New Republic, tidak menghalang Doug Paal daripada menerima pelantikannya ke Taipei, walaupun artikel tersebut melambatkan pemergiannya selama beberapa bulan.

Pemulihan semula pelobi korup

Pada 1997, saya membantu dalam merangka undang-undang yang diluluskan di dalam Senat di mana ia memaksa organisasi hal ehwal awam tanpa keuntungan, sekiranya mereka menerima lebih daripada USD 10,000 secara terus atau tidak terus daripada sumber-sumber kerajaan asing.

Apabila peruntukan ini diperdebatkan, American Civil Liberties Union (Kesatuan Kebebasan Awam Amerika) menolak dengan alasan bahawa Persatuan Pengakap dan organisasi seperti itu perlu mendaftar di bawah rancangan ini sekiranya mereka menerima wang daripada kerajaan asing, dan cara ini dianggap teruk kerana ianya menjadikan entiti seperti itu sebagai agen asing.

Oleh itu, undang-undang tersebut gagal melepasi jawatankuasa persidangan. Tiada tindakan yang diambil untuk mengumumkan masalah sebenar yang dihadapi di mana Kongres telah mengenal pasti masalah tersebut ; bilangan organisasi 501(c)3, tanpa keuntungan semakin meningkat dengan pembiayaan yang disangsikan yang “melobi” Kongres dalam isu-isu seperti yang disebutkan seperti hubungan perdagangan tetap yang normal untuk China sementara dalam masa yang sama ia dijadikan seperti “pendidikan umum”.

Ketelusan adalah penyelesaian, tetapi hanya sedikit yang telah mencapai tahap ketelusan yang munasabah di dalam pembiayaan dan niat institusi tanpa keuntungan, yang telah dicipta atau dikawal oleh kepentingan pelobi.

Malangnya, saya percaya bahawa rasuah di dalam lapangan kumpulan pemikir adalah sistemik dan tidak dapat dipulihkan dengan mudah. Pola “lobi yang keterlaluan” yang bermasalah ini dan pengaruh yang dijaja melalui institusi penyelidikan perlu disiasat secara serius dan meluas.

Internal Revenue Service (IRS) atau Perkhidmatan Hasil Dalaman perlu lebih banyak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap firma tanpa keuntungan yang gagal untuk memberikan perkhidmatan yang kredibel kepada awam dan cenderung untuk bertindak lebih sebagai mesin pendapatan yang melindungi cukai mereka dalam organisasi.

Tambahan pula, lebih ketelusan terhadap pemberian atau hadiah yang tinggi nilainya kepada organisasi tanpa keuntungan supaya jasa-jasa yang dilakukan oleh institusi boleh dinilai melalui wang yang diterima daripada penderma, atau “pelanggan” seperti yang dicatatkan oleh kes yang berkaitan.

Saya fikir, institusi saya sendiri, New America Foundation, melakukan kerja yang mengagumkan dengan menyeimbangkan penaja yang sekiranya tidak, penaja tersebut cenderung untuk menumpukan aktivitinya di dalam satu arah atau ke arah yang lain. Tetapi kita tidak kebal terhadap cubaan-cubaan oleh firma- firma atau yayasan- yayasan untuk menggunakan jentera kami dalam usaha sokongan dasar.

STEVEN C. CLEMONS telah bersama dengan beberapa kumpulan pemikir, termasuk Nixon Center (Pusat Nixon), Economic Strategy Institute (Institut Strategi Ekonomi), New America Foundation, dan Japan Policy Research Institute (Institut Kajian Dasar Jepun).

Versi yang lebih panjang untuk kertas ini telah dibentangkan di dalam satu persidangn, “Lobbying and Foreign Policy,” atau “Lobi dan Dasar Luar”, diadakan di Paris pada 14-16 November 2002, dan ditaja bersama oleh French Institute for International Relations (IFRI) atau Institut Perancis untuk Hubungan Antarabangsa dan German Marshall Fund (Tabung Marsyal Jerman).

AIDC menterjemah artikel Steven C. Clemons Japan Policy Research Institute, bertajuk ” The Corruption of Think Tanks “. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Kumpulan badan pemikir Amerika ‘mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim’

2. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika .

3. Konspirasi Anwar Terdedah

4. Skandal foto bogel : Memahami lingkaran gelap Elizabeth Wong

5. Anwar Ibrahim dilantik panel NED agen Amerika di dunia Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: