Carl Gershman taja Anwar Ibrahim promosi Demokrasi dalam Dunia Muslim

Dari kiri Dr. Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Carl Gershman (Presiden NED, berbangsa Yahudi) dan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sedang membentangkan ideanya dalam Siri Syarahan Bulanan CSID di Washington DC pada 2 Mac 2006, bertajuk “Democracy in the Muslim World – Priorities and Strategies”. Dalam ucapannya, Anwar mengkritik reaksi umat Islam yang emosional dan keterlaluan dalam memprotes isu Kartun Menghina Nabi Muhamad SAW.

Oleh Carl Gershman dan Anwar Ibrahim

Center for the Study of Islam & Democracy (CSID) atau Pusat Kajian Islam dan Demokrasi telah menganjurkan perbincangan menarik secara berkala mengenai “Demokrasi dalam Dunia Muslim – Keutamaan dan Strategi” dengan pembentangan dua orang penceramah yang terkenal, iaitu Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED) dan Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kedua ahli panel tersebut hadir sempena dengan perasmian pejabat baru CSID, dan serentak dilancarkan semula Siri Syarahan bulanan pusat tersebut.

Presiden CSID, Dr. Radwan Masmoudi, merasmikan perbincangan tersebut dengan memperkenalkan dua orang penceramah dan memberikan latar belakang ringkas sejarah dan pencapaian CSID.

Dia menyatakan bahawa aktiviti-aktivti CSID telah berkembang sejak badan itu diasaskan pada tahun 1999. CSID dikembangkan kepada program penyelidikan dan pendidikan (persidangan, seminar, bengkel di seluruh A.S. & dunia Muslim) yang meluas, melibatkan sarjana terkenal, aktivis, penggubal dasar kerajaan, dan baru-baru ini, telah melancarkan satu strategi baru untuk mendekati Muslim, penduduk Arab secara besar-besaran di rantau yang berbeza.

Untuk melaksanakan strategi seperti itu, CSID telah melancarkan Network of Democrats in the Arab World (NDAW) atau Rangkaian Demokrat Dunia Arab dengan kerjasama 64 ahli pengasas yang mewakili aktivis dan pertubuhan masyarakat awam daripada 14 negara Arab.

Sejak November 2005, CSID telah menganjurkan beberapa bengkel latihan menggunakan buku pendidikannya “Islam and Democracy: toward Effective Citizenship” atau “Islam dan Demokrasi : ke arah Kerakyatan Berkesan” di Morocco, Mesir, Algeria dan Jordan.

Fasa pertama latihan melibatkan 400 aktivis, pemimpin politik dan agama, di setiap empat negara Arab dan latihan tambahan akan dianjurkan melalui rakan NGO tempatan di setiap negara.

Bagi memastikan kejayaan dan kesinambungan kedua-dua usaha ini, baru-baru ini, CSID telah membuka dua pejabat cawangan di Morocco dan Jordan.

Carl Gershman memulakan ceramah dengan memuji usaha-usaha aktiviti CSID. Dia menyatakan organisasi seperti ini bekerja seperti duta yang mewakili dan membina jambatan untuk menyokong nilai Amerika/universal.

Gershman berkata, walaupun terdapat cabaran dalam mengkaji “Islam dan Demokrasi” serta perdebatan mengenai kesesuaian antara Islam dan demokrasi, namun ia telah menarik perhatian sarjana dan penggubal dasar kerajaan.

CSID dan dunia Muslim pada hari ini berhadapan dengan tiga cabaran utama yang boleh menyatukan perubahan demokrasi sebenar di negara-negara Muslim. Cabaran pertama adalah bergerak dengan lebih dalam melalui perdebatan yang menjurus ke arah kesesuaian Islam dan kebebasan serta hak kebebasan.

Peristiwa terbaru telah menunjukkan bahawa sesetengah kumpulan Muslim telah mampu untuk bertindak secara demokratik seperti parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya. Cabaran dan soalan, masih menjadi tanda tanya, sama ada kumpulan ini mampu mempraktikkan nilai-nilai kebebasan dan perlembagaan demokratik berkaitan dengan kebebasan, persamaan hak, pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang.

Gershman menyatakan bahawa negara-negara Muslim sangat berbeza dari segi latar belakang, pengalaman dan pemahaman demokrasi dan kebebasan asas mereka.

Cabaran kedua adalah untuk masyarakat dan negara Muslim yang mempunyai hubungan komunikasi antara satu sama lain, bertujuan utntuk memindahkan pengalaman dan pengetahuan di kalangan mereka. Masyarakat seperti Arab Saudi dan Iran boleh belajar daripada pengalaman demokratik Turki dan Indonesia.

Cabaran ketiga, Gershman menyatakan untuk menyelesaikan pertembungan ideologi, bukan pertembungan peradaban seperti yang dikatakan Samuel Huntington, tetapi pertembungan di kalangan Muslim sendiri iaitu di antara Muslim Demokrat dan Muslim Radikal serta Muslim Ekstremis.

Membincangkan dengan lebih lanjut isu ini, Gershman menekankan kepentingan untuk menyokong usaha kumpulan demokratik tempatan dan pada masa yang sama, membuka saluran berdialog dengan kumpulan anti-demokratik dalam usaha untuk mengurangkan kefanatikan mereka. Kerana pada akhirnya, ianya merupakan satu “pergelutan nilai ideologikal” yang hanya boleh diselesaikan melalui dialog dan perbincangan.

Anwar Ibrahim, kemudiannya, menekankan kepentingan menyebarkan demokrasi melalui perbincangan ilmiah seperti buku, jurnal, dan majalah dalam usaha untuk dunia Muslim berbincang cabaran sebenar seperti rasuah, urus tadbir yang lemah, ketidaksamaan hak, dan pendidikan.

Selain Carl Gershman yang berbangsa Yahudi mendengar ‘strategi’ Anwar, pemikir-pemikir Amerika lain turut sama mendengarnya. Mereka terdiri daripada individu yang berpengaruh di Amerika yang terlibat dengan projek Demokrasi seperti USAID (United States Agency for International Development), NED (National Endowment for Democracy), NDI ( National Democratic Institute for International Affairs), IRI (International Republican Institute)dan lain-lain. Anwar menekankan strategi paling utama yang perlu Amerika lakukan untuk menyebarkan fahaman demokrasi di dunia Islam adalah melalui penajaan perbincangan ilmiah dan penerbitan bahan bacaan

Anwar menyatakan bahawa nilai Islam asas adalah kesucian hidup dan harta benda yang termasuk dalam intipati nilai kebebasan dan keadilan Amerika/manusia moden untuk semua.

Anwar juga mengkritik reaksi orang ramai di sesetengah negara Muslim, terhadap insiden kartun menghina Nabi Muhamad SAW baru-baru ini. “Walaupun secara umumnya saya menentangnya” kata Anwar, “namun saya boleh memprotesnya dengan aman tanpa memilih kaedah keganasan, mencabuli kesucian nilai Islam serta kesucian hidup dan harta benda”.

Semasa sesi soal jawab, Gershman menjawab satu soalan daripada peserta berkaitan dengan kemenangan Hamas di dalam pilihan raya Palestin. Dia menekankan fakta bahawa “Demokrasi tidak membawa masyarakat yang sempurna dengan cepat, untuk terbuka kepada perubahan, ianya merupakan proses yang panjang, dan mungkin berhadapan dengan rintangan, dan memerlukan pengikut sebenar yang bersedia untuk berjuang untuknya.”

Gershman menegaskan kepentingan kumpulan Islam, seperti Hamas, supaya lebih terbuka kepada perubahan dan lebih bertimbang rasa dalam menumpukan perhatian terhadap cabaran dalam usaha memenuhi keperluan rakyat. Jika tidak, mereka akan kehilangan kedua-dua hak kekuasaan dan kepercayaan.

Akhir sekali, Dr. Masmoudi membuat ulasan terhadap isu pendemokrasian dunia Muslim dengan membentangkan fakta bahawa secara kasarnya terdapat 1.4 bilion Muslim di dunia yang tinggal di beberapa negara.

Setiap satu di antara mereka akan membangunkan model mereka sendiri dalam memahami demokrasi. Tiada jalan untuk rakyat Amerika dan orang asing,menggerakkan model demokrasi.

Apa yang terbaik yang boleh kita (Amerika) lakukan adalah mempermudahkan perbincangan yang bermakna di antara sarjana Muslim, pemimpin, dan aktivis supaya mereka dapat bekerjasama untuk membina satu persetujuan dalam melaksanakan pemahaman mereka sendiri terhadap demokrasi, walaupun tidak sempurna, tetapi secara konsisten akan bertambah baik dan dikaji semula.

Alternatif untuk menyokong pemimpin dan rejim yang menindas (diragui), akan membawa kepada kemusnahan yang lebih teruk, termasuk ekstrimisme, keganasan dan kehilangan harapan.

AIDC menterjemah artikel The Center for the Study of Islam & Democracy (CSID),2006. Democracy in the Muslim World – Priorities and Strategies. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Betulkah Anugerah Muslim Moderat, Anwar Ibrahim, kaedah Yahudi meliberalkan Islam ?

2. Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat

3. Anwar beritahu Amerika Osama Laden pengganas Islam

4. Agenda ‘Muslim Moderate’ Anwar dan kesannya kepada PAS

5. Anwar Ibrahim dilantik panel NED agen Amerika di dunia Islam

6. Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September ?

7. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

8. Obama harapan baru dunia Islam – Ucapan Anwar di Doha, Qatar

9. Anwar di Doha : Ucapan memperkasa misi Obama – bau racun demokrasi, liberalisme & pluralisme..

10. Anwar Ibrahim dakwa Malaysia halang pluralisme agama

11. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

12. Steven Clemons bongkar bagaimana Anwar Ibrahim merasuah kumpulan pelobi Amerika

13. Anwar Ibrahim bergabung Jaringan Islam Liberal memoderatkan Malaysia dan Indonesia

14. Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan ?

15. Anwar Ibrahim, Recep Tayyed Erdogan, Paul Wolfowitz dan Presiden Bush

16. Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..

17. Kumpulan badan pemikir Amerika ‘mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim’

18. Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang Malaysia

19. Rahsia tugasan Anwar – Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

20. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

21. Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy ?

22. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

23. Biodata Anwar Ibrahim versi Amerika Syarikat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: