Anwar Ibrahim dedah strategi perangi pengganas Islam

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya perlu menyimpang sedikit untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden Václav Havel, bukan sahaja untuk undangan ini, tetapi kepada sokongan dan simpatinya selama 6 tahun saya berada di penjara.

Dan terdapat ramai rakan-rakan yang lain daripada Republik Czech. Saya tidak perlu mengulas panjang keadaan tersebut ,juga maksud kebebasan dan kedaulatan undang-undang memandangkan anda semua biasa dengan Kafka. [Kafka atau Franz Kafka adalah seorang ahli falsafah demokrasi berbangsa Yahudi abad ke 20, di Republik Czech]

Tetapi, perkara yang tragik adalah ianya diwar-warkan dengan amat baik di kebanyakan negara, yang akan memandu kita dengan rasa yakin dan ghairah terhadap demokrasi dan kebebasan, khususnya juga di dalam dunia Muslim.

Sekarang, kita bercakap tentang dialog. Saya fikir Ghassan [Ghassan Salamé, bekas Menteri Kebudayaan Lebanon] telah membuat satu perkara yang munasabah.

Ianya bukan persoalan tentang monopoli orang-orang agama, atau negara atau kerajaan kerana selagi anda menunjukkan bahawa ulama Islam, atau lama (sami Buddha di Tibet dan Mongolia) tidak semestinya mewakili suara majoriti Muslim, ramai yang kononnya pemimpin Muslim, juga kononnya pemimpin yang dipilih secara demokratik, tidak semestinya mewakili rasa hati majoriti tersebut.

Jadi, untuk sesuatu dialog menjadi efektif, ianya perlu dilakukan di pelbagai peringkat. ianya perlu dicari daripada pemahaman sebenar dan rasa rendah hati untuk belajar. Kita telah mendengar dari satu sesi dialog ke sesi yang lain, dan apa yang kita hadapi adalah lebih kepada monolog.

Orang ramai menganggap mereka memahami, menghargai dan bertoleransi, tetapi mereka sebenarnya tidak. Jadi, saya fikir, kita mesti menerima tanggapan ini.

Sebagai seorang Muslim, sekarang tinggal di Washington, mengajar di Georgetown, sudah tentu saya perlu melalui kesukaran dalam proses ini, khususnya selepas peristiwa 11 September, secara umumnya masalah dan prejudis terhadap Muslim.

Tetapi masih diberikan pilihan, saya masih seorang yang bebas di Amerika dan bukan di sebuah negara Muslim. Dan ini merupakan satu percanggahan yang Muslim perlu mengetahuinya.

Ini adalah sebab kenapa pada fikiran saya, ketika kita menerima Islamophobia (ketakutan kepada Islam), secara umumnya merupakan prejudis terhadap Islam, saya fikir kita perlu dan mungkin Yang Mulia Putera Hussan boleh mengambil kepimpinan dalam menggalakkan Muslim untuk bertemu dan menyatakan sebarang isu urus tadbir dan tanggungjawab, kerana kegagalan kita berbuat demikian, akan dilihat dan kemudiannya Barat terus menerus takut kepada Islam.

Kenapa kita sebagai Muslim perlu menunggu arahan Washington untuk menyokong agenda ini, sedangkan kita mengetahui dan kita mempunyai sebab secara khusus mempersoalkan sesetengah keputusan dasar luar di Iraq atau isu-isu berkaitan hak milik rakyat Palestin yang dirampas? [Hamas rampas hak demokrasi?]

Tetapi yang paling utama adalah kita mesti mengambil inisiatif. Kerana demokrasi tidak semestinya dibina oleh Barat. Kenapa kita mesti memilih untuk menjadi terlalu bersikap mempertahankan diri dan memaafkan apabila datang keperluan perubahan, keperluan untuk memastikan kita mematuhi kedaulatan undang-undang, serta terdapat satu cubaan serius untuk mengelakkan kebanyakan daripada masyarakat kita daripada rasuah yang telah menjadi wabak, kemiskinan yang menghina dan penafian terhadap hak yang sama kepada kaum wanita kita?

Sekarang, kita perlu, sudah tentu, kesemua jenis dialog yang lebih bermakna dan saya fikir bahawa sejarah adalah satu pengajaran yang amat hebat, di mana kita boleh memilih untuk menggambarkan perkara yang berlebihan ini (rasuah yang telah menjadi wabak, kemiskinan yang menghina dan penafian terhadap hak yang sama kepada kaum wanita), dan Gareth Evans, sudah tentu telah mengenalpasti beberapa cara untuk memahami dan meringkaskan isu tersebut dan saya tidak berniat untuk mencabarnya dalam perkara tersebut, kerana dia mempunyai satu kelebihan – saya berada di dalam penjara selama 6 tahun dan dalam tempoh tersebut apabila dia telah bekerja untuk perkara tersebut, jadi pemahaman saya, sudah tentu, jauh lebih terbatas.

Tetapi kita mempunyai sejarah-sejarah yang hebat. Dalam pengalaman saya yang terbatas, bercakap mengenai idea Jeffersonian atau memetik Tocqueville, ramai Muslim kemudiannya bertanya, “Kenapa saya mesti memilih untuk belajar daripada Barat dan peradaban mereka?”

Saya sentiasa menyatakan bahawa sesebuah peradaban dibina, seperti yang telah dikatakan oleh Ghassan, ia tidak semestinya untuk dijelaskan secara terperinci dengan tidak memasukkan perkara lain. Saya fikir, kita matang kerana kita belajar, menghormati dan memahami.

Dan walau apa pun pandangan atau nilai yang berguna di sini, perlu diambil. Masalah kita adalah apabila berhadapan dan melihat kepada senario antarabangsa dan pendirian terhadap Perang Ke Atas Keganasan – Saya tidak mempunyai sebarang rasa sangsi tentang menggunakan perkataan Perang Ke Atas Keganasan.

Saya fikir, sebagai seorang Muslim, saya perlu menerima hakikat bahawa walaupun terdapat beberapa cubaan untuk memaparkan perkara sebenar tentang keseluruhan isu yang tidak semestinya isu-isu yang terbatas kepada Muslim sahaja.

Ya. Ia tidak semestinya datang daripada masyarakat autoritarian (kuku besi). Ya. Tetapi saya ingin memetik satu contoh di India yang sangat tidak betul, terutamanya di India yang demokratik, anda tidak menghadapi masalah ini. Ia merupakan masalah kebanyakan aktiviti pengganas yang berlegar di sekitar isu yang lebih sensitif, di Kashmir, dan yang tidak boleh digunakan untuk menentang pertikaian bahawa kita perlu lebih keras dalam agenda kita mempromosikan demokrasi.

Masalah keganasan dan membiaknya sarang pengganas kebanyakannya berpunca daripada dasar-dasar yang zalim, ketiadaan ruang demokrasi. Anda memberikan ruang demokrasi – ini tidak semestinya satu jaminan keseluruhan atau jawapan menentang keganasan.

Saya fikir Gareth telah menunjukkan perkara tersebut dengan jelas walaupun ianya lebih rumit. Ia memerlukan kesemua kemungkinan penyelesaian, mekanisme yang perlu diletakkan pada tempatnya, tetapi ianya merupakan pertaruhan yang paling selamat untuk menentang pembiakan sarang pengganas.

Saya datang dari rantau – dari Asia Tenggara – yang tidak mempunyai kehebatan yang sama dengan dunia Arab dan saya menemui banyak kesukaran apabila orang ramai bercakap mengenai Islam, yang ianya terbatas kepada pengalaman dunia Arab.

Kami adalah Muslim, tetapi kami sangat berbilang kaum, berbilang agama. Kebanyakan parti Islam di Malaysia atau Indonesia sentiasa bercakap tentang demokrasi dan sentiasa mengamalkan proses demokratik.

Jadi, anda tidak boleh membandingkannya dengan pengalaman di sesetengah tempat di dalam dunia Muslim yang lain. Tetapi apa yang kita perlukan adalah usaha yang dipergiatkan dalam membataskan isu keganasan, bukan seperti pengganas Islam atau pejuang Jihad kerana istilah yang digunakan di sini dilihat dari sudut yang berbeza.

Muslim di Malaysia atau Indonesia yang secara umumnya berada dalam keamanan tidak mempunyai sebarang bantahan yang serius terhadap istilah tersebut.

Kami bercakap tentang jihad dalam pendidikan, jihad dalam ekonomi, pembangunan dan juga terdapat satu masalah untuk mentakrifkan semula , membina semula naratif dan istilah yang digunakan, kerana jika tidak, kita akan dipinggirkan serta ditentang oleh orang ramai dalam proses tersebut.

Itulah sebab kenapa saya percaya, untuk memastikan satu pertarungan yang berkesan terhadap keganasan, kita perlu membataskan sahaja kepada sarang pengganas dan bertindak ke atas mereka, dan tidak membiarkan isu atau kawasan baru – ketika menyelesaikan konflik di Aceh, sebagai contoh – tidak membiarkan konflik di Selatan Thailand dan membiarkannya ia menjadi satu perjuangan masyarakat.

Ketika ini, ianya merupakan satu kumpulan penjenayah atau pengganas yang kecil, tetapi anda membenarkan pemimpin berkuku besi atau satu penyelesaian yang tulen kepada masalah tersebut, kemudian anda mengembangkannya menjadi satu perjuangan masyarakat.

Dan sekali ia berlaku, seperti di Iraq, saya tidak percaya anda mampu untuk mengekangnya walaupun dengan kuasa ketenteraan terhebat di muka bumi ini.

Terima kasih.

Latar belakang forum :

Anwar Ibrahim berucap dalam Persidangan Tahunan ke-9 Forum 2000 dengan tema ” Our Global Co-Existence: Challenges and Hopes for the 21st Century” pada 9-10 Oktober di Prague, Republik Czech. Ucap utama topik itu diberikan oleh dua orang iaitu :
Ghassan Salamé, former Minister of Culture of Lebanon, Professor at Sorbonne University dan Gareth Evans, former Foreign Minister of Australia, President of the International Crisis Group

Manakala Anwar Ibrahim pula salah seorang daripada 8 orang ahli panel yang membahaskan ucap utama daripada penceramah utama di atas. Berada sebaris dengan Anwar sebagai ahli panel adalah dua tokoh Yahudi iaitu Michael Melchior, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Israel dan James Woolsey, bekas Pengarah CIA dan Naib Presiden Booz Allen Hamilton, USA.

Program ini anjuran Forum 2000 Foundation, the Czech Republic dan Nippon Foundation, Japan.

AIDC menterjemah ucapan Anwar Ibrahim bertajuk “Conflict or Co-Existence? Where do we go?”. Ucapan asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: