Surat terbuka Anwar Ibrahim, CSID, Sister In Islam kepada Presiden Obama tumpu demokrasi dunia Islam

10 Mac 2009

Presiden Barack Hussein Obama
The White House
1600 Pennsylvania Avenue, NW
Washington, DC 20500

Kepada Tuan Presiden,

Pertama sekali, tahniah di atas kemenangan Tuan pada November. Seperti mereka yang lain di seluruh dunia, kami mendapati diri kami juga mempunyai harapan yang penuh inspirasi. Pemilihan Tuan membuktikan janji Amerika yang berterusan sebagai negara yang memberi peluang, kesamaan dan kebebasan.

Pemilihan Tuan sebagai Presiden memperlihatkan satu peluang bersejarah untuk menentukan hala baru hubungan luar negara, khususnya hubungan yang bermasalah di antara Amerika Syarikat dan dunia Muslim.

Kami menjadi lebih bersemangat dengan janji Tuan untuk mendengar dan memahami harapan serta aspirasi bangsa Arab dan Muslim.

Dengan penutupan Guantanamo Bay (Teluk Guantanamo) dan melarang penyeksaan, pentadbiran Tuan akan memberikan lebih inspirasi keyakinan di antara Amerika Syarikat dan dunia Muslim.

Pada bulan lepas, dalam satu temu bual utama Tuan, dalam saluran televisyen utama yang ditonton berjuta-juta penduduk Arab di Timur Tengah telah mendengar seruan Tuan untuk saling menghormati antara satu sama lain.

Mereka bersemangat apabila mendapati Tuan berminat ke arah penyelesaian konflik Israel-Palestin sebagai satu keutamaan, dengan bukti pelantikan Senator George Mitchell sebagai utusan Tuan.

Usaha awal menghampiri dunia Islam yang berada di rantau tersebut semasa Tuan memegang jawatan Presiden, merupakan satu langkah yang tidak kurang pentingnya. Tetapi mesti disusuli dengan perubahan dasar yang konkrit.

Memperbaiki hubungan di antara Amerika Syarikat dan negara-negara Timur Tengah bukan semudah mengubah sesetengah dasar seperti yang disangka. Untuk masa yang terlalu lama, dasar Amerika terhadap Timur Tengah pada umumnya telah salah.

Amerika Syarikat, untuk setengah abad, kerap kali menyokong rejim yang menindas, yang telah mencabuli hak asasi manusia, penyeksaan dan hukuman penjara ke atas mereka yang berani mengkritik, serta menghalang rakyat daripada turut serta di dalam aktiviti kemasyarakatan dan politik yang aman.

Sokongan Amerika terhadap autokrat Arab sepatutnya digunakan untuk kepentingan negara Amerika dan kestabilan serantau. Tetapi hakikatnya, ia mewujudkan rantau yang mempunyai rasuah, keganasan dan ketidakstabilan yang semakin meningkat.

Dalam ucaptama kedua, Presiden Bush telah memberikan jaminan bahawa Amerika Syarikat tidak lagi menyokong pemerintahan yang zalim dan akan bersama-sama aktivis yang berjuang untuk perubahan demokratik.

Pentadbiran Bush, bagaimanapun, mengabaikan demokrasi di Timur Tengah selepas parti-parti Islam menunjukkan prestasi yang baik di dalam pilihan raya di seluruh rantau tersebut.

Ini bukan sahaja melukakan kredibiliti Amerika Syarikat, mengecewakan demokrat dan memberikan keberanian kepada ekstremis di rantau tersebut, tetapi juga telah memberikan mesej yang kuat kepada autokrat bahawa mereka boleh memperlihatkan kuasa mereka dan memusnahkan pembangkang tanpa sebarang hukuman.

Dalam usaha untuk membina semula hubungan dengan saling menghormati, ia penting untuk Amerika Syarikat berada di pihak yang betul dalam yang merujuk kepada hak asasi manusia, awam dan politik penduduk Timur Tengah.

Tiada keraguan bahawa penduduk Timur Tengah merindukan demokrasi dan kebebasan yang lebih ; mereka telah membuktikan bahawa mereka sanggup berjuang untuk perkara tersebut.

Apa yang mereka perlukan daripada pemerintahan anda adalah satu komitmen untuk menggalakkan perubahan politik yang bukan melalui perang, ancaman atau hukuman, tetapi melalui dasar aman untuk memberikan ganjaran kepada mana-mana kerajaan mengambil langkah aktif ke arah perubahan demokrasi yang tulen.

Tambahan pula, Amerika tidak seharusnya teragak-agak untuk melakukan kritikan apabila aktivis pembangkang secara tidak adil dipenjarakan di Mesir, Jordan, Arab Saudi, Tunisia atau lain-lain tempat.

Apabila perlu, Amerika Syarikat perlu mempertimbangkan untuk menggunakan pengaruh ekonomi dan politik untuk memberi tekanan ke atas sekutunya di rantau tersebut apabila mereka gagal untuk mencapai standard asas hak asasi manusia.

Kami sedar bahawa mengambil langkah-langkah tersebut akan mengundang kesulitan dan dilema. Oleh itu, langkah keras lebih diperlukan pada hari ini.

Untuk tempoh yang lama, dasar Amerika di Timur Tengah telah dilumpuhkan dengan ketakutan terhadap parti-parti Islam yang akan mengambil alih kuasa. Sesetengah ketakutan ini munasabah dan difahami ; ramai pejuang Islam menyokong dasar- dasar yang tidak liberal.

Mereka perlu lebih berusaha untuk menunjukkan komitmen mereka kepada hak-hak wanita dan minoriti agama, serta kesanggupan mereka untuk bertoleransi terhadap perselisihan pendapat.

Bagaimanapun, kebanyakan kumpulan pejuang Islam aliran utama di rantau tersebut tidak ganas dan menghormati proses demokrasi.

Dalam kebanyakan negara, termasuk Turki, Indonesia dan Maghribi, hak untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya agak kredibel dan terbuka, juga mempunyai parti Islam yang moderat serta mempertingkatkan komitmen mereka kepada norma-norma demokratik.

Kita mungkin tidak bersetuju dengan apa yang mereka katakan, tetapi jika kita ingin menyampaikan dan mengamalkan demokrasi, secara mudah ianya mustahil untuk mengecualikan kumpulan pembangkang yang paling besar di rantau tersebut daripada proses demokratik.

Pada masa yang sama, untuk mengurangkan kebarangkalian rantau tersebut berhadapan dengan pertandingan di antara pejuang Islam dan pemerintahan kuku besi pada masa hadapan, adalah sesuatu yang salah.

Mempromosikan demokrasi di rantau tersebut akan memberikan peluang kepada parti liberal dan sekular untuk memantapkan diri mereka serta menghubungkan idea mereka kepada orang ramai, selepas penindasan selama berdekad-dekad yang menyebabkan mereka lemah dan dipinggirkan.

Lebih banyak persaingan di antara parti yang mempunyai latar belakang ideologi yang berbeza, sebenarnya lebih sihat untuk pembangunan politik di rantau tersebut.

Secara ringkasnya, kami mempunyai peluang yang tidak pernah dimiliki sebelum ini, untuk memberikan mesej kepada bangsa Arab dan dunia Muslim bahawa Amerika Syarikat akan menyokong semua pejuang kebebasan, demokrasi, dan hak asasi manusia.

Anda, Tuan Presiden, baru-baru ini telah menyampaikan mesej seperti itu di dalam ucapan perasmian Tuan dengan berkata :

“Kepada mereka yang memegang kuasa melalui rasuah dan penipuan, serta mendiamkan pertentangan pendapat, ketahuilah bahawa anda berada di pihak yang salah di dalam sejarah, tetapi kami akan menghulurkan tangan sekiranya anda sanggup untuk membuka genggaman tangan anda.”

Kita sememangnya sedar bahawa, dengan krisis ekonomi global yang semakin buruk, cabaran yang berterusan di Iraq, Iran, Pakistan dan Afghanistan, perubahan politik ke arah perubahan demokratik di Timur Tengah perlu bersaing dengan keseluruhan keutamaan dalam agenda Tuan. Dasar selalunya berkaitan dengan membuat keputusan yang sukar.

Walau bagaimanapun, memandangkan Tuan turut berusaha memberikan keutamaan di Timur Tengah, kami menyeru Tuan untuk memartabatkan perubahan demokratik dan menghormati hak asasi sebagai satu pertimbangan keutamaan Tuan dengan rejim Arab dan masyarakat Arab.

Sebagai penutup, kami menulis surat ini untuk meningkatkan kepercayaan kami yang mendalam bahawa sokongan terhadap demokrat dan demokrasi di Timur Tengah bukan untuk kepentingan di dalam rantau tersebut, tetapi juga kepada Amerika syarikat.

Mungkin yang lebih penting, apa yang kami lakukan terhadap isu kritikal ini akan mendedahkan tentang betapa hebatnya kekuatan idea demokratik Amerika di dalam era ini – kita akan menentukan untuk menghormati dan mengamalkannya (demokrasi) di Timur Tengah.

Tandatangan : 163(107 dari AS, 56 daripada luar negara)

Jawatankuasa Penyelaras :

1. Radwan A. Masmoudi, Center for the Study of Islam & Democracy [CSID] (Pusat Pengajian Islam dan demokrasi)

2. Shadi Hamid, Project on Middle East Democracy (Projek Demokrasi Timur Tengah)

3. Geneive Abdo, The Century Foundation (Yayasan Abad)

4. Michele Dunne, Carnegie Endowment for Int. Peace (Pembiayaan Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa)

5. Larry Diamond, Ctr. on Democracy, Dev. & Rule Stanford University (Pusat untuk Demokrasi, Pembangunan & Kedaulatan Undang-Undang, Universiti Stanford)

6. Jennifer Windsor Freedom House (Rumah Kebebasan)

Sarjana, Pakar & Organisasi dari Amerika :

1. Tamara Cofman Wittes, Saban Center, Brookings Institution (Pusat Saban, Institusi Brookings)

2. Jack DuVall, Int. Center on Nonviolent Conflict (Pusat Antarabangsa untuk Konflik Bukan Keganasan)

3. Francis Fukuyama, The Johns Hopkins School of Advanced International Studies [SAIS] (Sekolah Pengajian Antarabangsa Lanjutan John Hopkins)

4. Robert A. Pastor, Center for Democracy and Election Management, American University (Pusat Pengurusan Demokrasi dan Pilihan raya, Universiti Amerika)

5. Matt Yglesias, Center for American Progress (Pusat Kemajuan Amerika)

6. Jean Bethke Elshtain, University of Chicago (University Chicago)

7. Mona Yacoubian, U.S. Institute of Peace (Institut A.S. untuk Keamanan)

8. Peter Beinart, Council on Foreign Relations (Majlis Hubungan Luar)

9. John L. Esposito, Georgetown University

10. Bob Edgar, Common Cause

11. Reza Aslan, UC Riverside

12. Rachel Kleinfeld, Truman National Security Project (Projek Keselamatan Negara Truman)

13. Morton H. Halperin, Formerly Office of Policy Planning, Department of Stat (Bekas Staf Pejabat Perancangan Dasar, Jabatan Negara)

14. Robert Kagan, Carnegie Endowment for Int. Peace

15. Will Marshall, Progressive Policy Institute (Institut Dasar Progresif)

16. Dokhi Fassihian, Democracy Coalition Project (Projek Pakatan Demokrasi)

17. Randa Slim, Rockefeller Brothers Fund (Tabung Adik-Beradik Rockfeller)

18. Dina Guirguis, Voices for a Democratic Egypt (Suara Demokrasi Mesir)

19. Neil Hicks, Human Rights First

20. Andrew Albertson, Project on Middle East Democracy

21. Robert R. LaGamma, Council for a Community of Democracies (Majlis Masyarakat Demokrasi)

22. Nathan J. Brown, George Washington University

23. Marc Gopin, Ctr for World Religions, Diplomacy, & Conflict Resolution, GMU (Pusat untuk Agama Dunia, Diplomasi & Penyelesaian Konflik)

24. Asma Afsaruddin, University of Notre Dame

25. Graham E. Fuller, Simon Fraser University, Vancouver BC.

26. Joe Stork, Human Rights Watch

27. Rabbi Michael Lerner, Network of Spiritual Progressives (Rangkaian Pembangunan Kerohanian )

28. Will Dobson, Carnegie Endowment for Int. Peace

29. Farid Senzai, Institute for Social Policy and Understanding (Institut Dasar Sosial dan Kefahaman )

30. Anisa Mehdi, Arab-American Journalist (Wartawan Arab-Amerika)

31. Frank Kaufmann, Inter Religious Federation for World
Peace (Persekutuan Antara Agama untuk Keamanan Dunia)

32. Mohammed Ayoob, Michigan State University

33. Peter Mandaville, Center for Global Studies, GMU (Pusat Pengajian Global, GMU)

34. Ammar Abdulhamid, Tharwa Foundation (Yayasan Tharwa)

35. Omid Safi, University of North Carolina

36. Arsalan Iftikhar, Islamica Magazine (Majalah Islamica)

37. Sulayman S. Nyang, Howard University

38. Richard Bulliet, Columbia University

39. Naiem A. Sherbiny, Ibn Khaldun Ctr. for Development (Pusat Ibnu Khaldun untuk Pembangunan)

40. Seth Green, Americans for Informed Democracy (Rakyat Amerika untuk Demokrasi Yang Dimaklumkan)

41. Louay Safi, ISNA Leadership Development Ctr. (Pusat Pembangunan Kepimpinan ISNA)

42. Joseph Montville, Toward the Abrahamic Family Reunion (Ke Arah Penyatuan Semula Keluarga Abraham)

43. Najib Ghadbian University of Arkansas

44. Joseph K. Grieboski, Institute on Religion and Public Policy (Institut Dasar Awam dan Agama)

45. Aly R. Abuzaakouk, Libya Human and Political Dev. Forum (Forum Kemanusiaan dan Pembangunan Politik Libya)

46. Jim Arkedis, Progressive Policy Institute (Institut Dasar Progresif)

47. Robert D. Crane, The Abraham Federation (Persekutuan Abraham)

48. Sally Painter, Global Fairness Initiative (Inisiatif Keadilan Global)

49. John P. Entelis, Fordham University

50. Steven Brooke, Independent Academic (Ahli Akademik Bebas)

51. Nahyan Fancy, DePauw University

52. Sheila Musaji, The American Muslim(TAM)

53. Jeffrey T. Kenney, DePauw University

54. Hashim El-Tinay, International Peace Quest Inst. (Institut Keamanan Antarabangsa Quest)

55. Imad-ad-Dean Ahmad, Minaret of Freedom Institute (Institut Kebebasan Menara)

56. Antony T. Sullivan, Near East Support Services (Perkhidmatan Sokongan Timur Dekat)

57. Jamal Barzinji, International Institute of Islamic Thought (Institut Antarabangsa Pemikiran Islam)

58. Clement Moore Henry, Dept. of Government, U of Texas at Austin (Jabatan Kerajaan, University Texas di Austin)

59. H. Ali Yurtsever, Rumi Forum

60. Ahmed Subhy Mansour, The International Quranic Center (Pusat Quran Antarabangsa)

61. Abubaker al Shingieti, American Muslims for Constructive Engagement (Penglibatan Membina Muslim Amerika)

62. Yvonne Haddad, Georgetown University

63. Nayereh Tohidi, California State University, Northridge

64. Shahed Amanullah, altmuslim.com

65. Nancy Gallagher, University of California, Santa Barbara

66. Hakan Yavuz, The University of Utah

67. Safei Hamed, Alliance of Egyptian Americans(Perikatan Rakyat Mesir – Amerika)

68. Ibrahim Kalin, Georgetown University

69. Ali Akbar Mahdi, Ohio Wesleyan University

70. Mumtaz Ahmad, Hampton University

71. Nader Hashemi, University of Denver

72. Charles Butterworth, University of Maryland

73. Timothy Samuel Shah, Council on Foreign Relations

74. Sondra Hale, Islamic Studies, UCLA

75. Samer Libdeh, Center for Liberty in the Middle East (Pusat Kebebasan Timur Tengah)

76. Lester Kurtz, George Mason University

77. Javed Ali, Illume Magazine (Majalah Illume)

78. Mehrdad Mashayekhi, Georgetown University

79. Selahattin Oz, Georgetown University

80. Fatemeh Haghighatjoo, University of Massachusetts, Boston

81. Amin Mahmoud, The Alliance of Egyptian Americans

82. Salah Aziz, American Society for Kurds (Persatuan Amerika untuk Orang Kurdistan)

83. Maher Kharma, Islamic Society of Annapolis (Persatuan Islam Annapolis)

84. Ali Banuazizi, Boston College

85. Marah Bukai, Al Waref Institute, Washington DC

86. Mehrangiz Kar Harvard University Human Rights Program

87. Sameh Hasan Yale University

88. Tamara Sonn, College of William & Mary

89. Maria Dayton, Voices for a Democratic Egypt

90. Salam Al-Marayati, Muslim Public Affairs Council (Majlis Hubungan Awam Muslim)

91. Rabbi Arthur Waskow, The Shalom Center (Pusat Shalom)

92. Stephen Zunes, University of San Francisco

93. Samer Shehata Woodrow Wilson International Center for Scholars (Pusat Sarjana Antarabangsa Woodrow Wilson)

94. Mike Ghouse World Muslim Congress (Kongres Muslim Dunia)

95. M. Cherif Bassiouni International Human Rights Law Institute, DePaul Universit (Institut Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa, University DePaul)

96. David A. Smith, University of California, Irvine

97. John R. Van Eenwyk, The International Trauma Treatment Program, Olympia, WA(Program Rawatan Trauma Antarabangsa, Olympia, Washington)

98. Ziad K. Abdelnour, US Committee for a Free Lebanon (Jawatankuasa A.S. untuk Lubnan Yang Bebas)

99. Kathryn Cameron Porter, Leadership Council for Human Rights (Majlis Kepimpinan untuk Hak Asasi Manusia)

100. Jacob Bender, “Out of Cordoba” Film Project (Projek Filem “Out of Cordoba”)

101. Jeffrey Boutwell, Pugwash Conferences on Science and World Affairs

Sarjana & Organisasi Antarabangsa :

1. Saad Eddin Ibrahim, Ibn Khaldoun Center (Pusat Ibnu Khaldun)

2. Anwar Ibrahim, People’s Justice Party, Malaysia (Parti Keadilan Rakyat, Malaysia)

3. Radwan Ziadeh, Carr Center for Human Rights Policy, Harvard Univ. (Pusat Carr untuk Dasar Hak Asasi Manusia, Universiti Harvard )

4. Mohammad Fadel, University of Toronto Faculty of Law (Fakulti Undang- Undang, Universiti Toronto)

5. Atef Saadawy, Al-Ahram Democracy Review (Kajian Demokrasi Al-Ahram)

6. Jamal Eddine Ryane, Global Migration and Gender Network, Amsterdam (Rangkaian Migrasi dan Gender Global, Amsterdam)

7. Obaida Fares, Arab Foundation for Development and Citizenship (Yayasan Arab untuk Pembangunan dan Kerakyatan)

8. Najah Kadhim, International Forum for Islamic Dialogue-London-UK (Forum Antarabangsa untuk dialog Islam –London-UK)

9. Mona Eltahawy, Commentator and public speaker, Egypt (Pengulas dan Penceramah Umum, Mesir)

10. Emad El-Din Shahin, Dept. of Government, Harvard University (Jabatan Kerajaan, Universiti Harvard)

11. Usman Bugaje, Action Congress, Abuja, Nigeria (Kongres Tindakan, Abuja, Nigeria)

12. Maajid Nawaz, The Quilliam Foundation, London, UK (Yayasan Quilliam, London, UK)

13.Dogu Ergil, Ankara University, Turkey

14. Sameer Jarrah, Arab World Center for Democratic Development, Jordan (Pusat Dunia Arab untuk Pembangunan Demokrasi, Jordan)

15. Mohamed Elshinnawi, Journalist/Consultant(Wartawan/Perunding)

16. Ihsan Dagi, Insight Turkey (Wawasan Turki)

17. Santanina T. Rasul, Former Senator, The Philippines (Bekas Senator, Filiipina)

18. Anwar N. Haddam, Mvt. for Liberty & Social Justice, Algeria (Pergerakan untuk Keamanan & Keadilan Sosial, Algeria)

19. Can Kurd, Kurdish PEN Club / Germany (Kelab PEN Kurdistan / Jerman )

20. Ashur Shamis, Libya Human and Political Dev. Forum

21. Saoud El Mawla, The Islamic Council for Dialogue, Justice and Democracy, Lebanon(Majlis Islam untuk Dialog, Keamanan dan Demokrasi, Lubnan)

22. Hamdi Abdelaziz, Journalist & Human Rights Activist, Egypt (Wartawan & Aktivis Hak Asasi Manusia, Mesir)

23. Amina Rasul-Bernardo, The Philippines Council on Islam & Democracy (Majlis Filipina Mengernai Islam & Demokrasi)

24. Dalia Ziada, The American Islamic Congress, Cairo, Egypt (Kongres Islam Amerika, Kaherah, Mesir)

25. Sayyed Nadeem Kazmi, The britslampartnership Ltd, UK

26. Abdulkhaleq Abdulla, Dept. of Political Science, United Arab Emirates (Jabatan Sains Politik, Emiriyah Arab Bersatu)

27. Muhammad Habash, Islamic Studies Center, Damascus, Syria (Pusat Pengajian Islam, Damascus, Syria)

28. Wajeeha S. Al- Baharna, Bahrain Women Association for Human Development (Persatuan Wanita Bahrain untuk Pembangunan Manusia)

29. Boudjema Ghechir, Algerian League for Human Rights (Liga Algeria untuk Hak Asasi Manusia)

30. Kais Jawad al-Azzawi, Al-Jareeda Newspaper, Baghdad, Iraq (Akhbar Al-Jareeda, Baghdad, Iraq)

31. Abdullahi Mohamoud Nur, Community Empowerment for Peace and Integrated Development, Somalia (Pemerkasaan Masyarakat untuk Keamanan dan Pembangunan Berintegrasi, Somalia)

32. Rola Dashti, Kuwait Economic Society (Persatuan Ekonomi Kuwait)

33. Brendan Simms, The Henry Jackson Society: Project for Democratic Geopolitics, London, UK (Persatuan Henry Jackson : Projek untuk Geopolitik Demokratik, London, UK)

34. Zainah Anwar, Sisters in Islam, Malaysia

35. Alan Mendoza, The Henry Jackson Society: Project for Democratic Geopolitics, London, UK

36. Jafar M. Alshayeb, Writer and Advocate, Saudi Arabia (Penulis dan Peguam bela, Arab Saudi)

37. Daoud Casewit, American Islamic Scholar, Morocco (Sarjana Islam Amerika, Maghribi)

38. Ashraf Tulty, Justice & democracy for Libya (Keadilan dan demokrasi untuk Libya)

39. Hadi Shalluf, International Criminal Court, Paris (Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Paris)

40. Aref Abu-Rabia, Fulbright Scholar

41. Munira Shahidi, Z. Shahidi International Foundation, Tajikistan (Yayasan Antarabangsa Z. Shahidi, Tajikistan)

42. Omar Affifi, Hukuk Elnas

43. Abbes Karim Asal, Human Rights for the New Iraq (Hak Asasi Manusia untuk Iraq Baru)

44. Jacqueline Armijo, Zayed University, United Arab Emirates

45. Osama Kadi, Syrian Centre for Political and Strategic Studies (Pusat Syria untuk Pengajian Politik dan Strategik)

46. Sliman Bouchuiguir, Libyan League for Human Rights

47. Mahmoud Aldebe, Muslim Swedish Federation (Persekutuan Muslim Sweden)

48. Mohammed Mahfud, Al-Kalima Magazine, Saudi Arabia (Majalah Al-Kalima, Arab Saudi)

49. Abdeslam Ballaji, Moroccan thinker and writer (Penulis dan Pemikir Maghribi)

50. Walid Salem, Center For Democracy and Community Development, East Jerusalem (Pusat untuk Demokrasi dan Pembangunan Masyarakat, Baitulmuqaddis Timur)

51. Hafez Albukari, Yemen Polling Center, Yemen (Pusat Pengundian Yaman, Yaman)

52. Lise Garon, Université Laval, Québec, Canada

53. Tarek Heggy, Author on Egypt’s politics & culture (Pengarang mengenai budaya dan politik Mesir)

54. Abdel Salam Sidahmed, University of Windsor, Canada

(Nama-nama yang disenaraikan berdasarkan kepada apa yang diterima. Organisasi yang disenaraikan adalah untuk kegunaan maklumat sahaja.)

AIDC menterjemah artikel Center for the Study of Islam & Democracy (CSID). 2008. Letter to President Obama about Democracy. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat desak Presiden Obama laksana demokrasi di dunia Islam

2. Negara Islam mesti ikut polisi Presiden Obama kata Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Malaysia

3. Obama harapan baru dunia Islam – Ucapan Anwar di Doha, Qatar

4. Anwar di Doha : Ucapan memperkasa misi Obama – bau racun demokrasi, liberalisme & pluralisme..

5. Presiden Obama : Perbandingan ucapan Anwar Ibrahim dan Sayyid Ali Khamenei(Iran) – Faisal Tehrani

6. Fail Khas dari Jabatan Negara Amerika : Amerika perlu bantu Anwar Ibrahim ‘hero’ demokrasi

7. Anwar Ibrahim hantar email melobi Presiden Barack Obama

8. Adakah Obama akan menyokong Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh ?

9. Video NED : Anwar Ibrahim pro – Israel ?

10. Carl Gershman taja Anwar Ibrahim promosi Demokrasi dalam Dunia Muslim

11. AIDC Fotopages : Anwar Ibrahim ejen Amerika Syarikat

12. Kenapa Anwar tidak hantar surat desakan undur tentera Amerika di Afganistan ?

13. Kenapa dunia muslim keberatan belajar agama Kristian & Yahudi ? – Ucapan Anwar di Doha 2005

14. AIDC fotopages : Bagaimana Muslim Moderat tajaan Amerika berperanan meliberalkan Islam ?

15. Anwar Ibrahim : Renaisance, Reformasi dan Pencerahan

16. Ucapan Anwar di Doha 2009 sokong Israel ?

17. Anwar Ibrahim bergabung Jaringan Islam Liberal memoderatkan Malaysia dan Indonesia

18. Demokrasi Anwar tajaan Amerika

19. Anwar Ibrahim bapa pendokong Pluralisme Asia Tenggara

20. Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy ?

21. Anwar Ibrahim dilantik panel NED agen Amerika di dunia Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: