Anwar Ibrahim tolak Negara Islam dan Syariah?

Oleh: Anwar Iqbal, UPI South Asian Affairs Analyst

Washington, DC, 6 April (UPI) – Umat Islam tidak akan dihormati melainkan mereka memperolehi keamanan dan keadilan dalam kesatuan mereka sendiri, kata Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketika dtemu bual oleh United Press International (UPI) di Washington.

Anwar Ibrahim adalah bakal pengganti Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad yang lama berkhidmat (22 tahun) yang bersara pada Oktober 2003. Tetapi Anwar tidak sempat mengambil alih jawatan PM. Mahathir telah menyingkirkannya pada tahun 1998 dan menghantarnya ke penjara selepas mensabitkannya melakukan salah laku liwat.

Sabitan kesalahan itu akibat cabaran kepimpinan yang tersirat dalam perhimpunan agung UMNO, ketika Mahathir mempersalahkan Anwar Ibrahim dan pengikutnya.

Pada 9 Feb 2004, Mahkamah Tertinggi Malaysia membebaskan Anwar Ibrahim dan menggugurkan tuduhan-tuduhan liwat terhadapnya.

Kumpulan-kumpulan hak manusia antarabangsa telah menolak tuduhan-tuduhan ini kerana motivasi dari segi politik dan sokongan antarabangsa telah mengisytiharkan Anwar Ibrahim seorang banduan yang teraniaya.

Anwar Ibrahim kini di Washington, dikaitkan dengan Johns Hopkins University School Advanced International Studies (SAIS) sebagai seorang “felo pelawat senior kehormat “ dan dia berharap dapat membawa isterinya dan keluarganya sekali ke Amerika.

Anwar memberitahu UPI bahawa negara-negara Islam terus mengalami krisis kepimpinan kerana mereka tidak mempunyai institusi-institusi (kebebasan?). Dia tidak bersetuju dengan pendapat bahawa Islam itu mencegah umat Islam daripada membangunkan institusi-institusi (kebebasan?).

“Umat Islam akan membina institusi-institusi (kebebasan?) jika diberi kebebasan berbuat demikian,” katanya.

“Media bebas dan badan kehakiman bebas,” jawab Anwar ketika ditanyakan apa yang dimaksudkan kebebasan yang diperlukan untuk membina institusi-institusi.

“Apakah makna kepimpinan jika ia tidak mewakili suara hati majoriti?” dia bertanya kembali.

Dia tidak bersetuju dengan hujah mengatakan negara-negara Islam gagal untuk membina institusi-institusi.

“Zimbabwe bukan salah sebuah negara Islam,” dia menambah lagi. Zimbabwe adalah lebih kepada Negara Dunia Ketiga berbanding fenomena Islam.

UPI : Tetapi terdapat kegagalan umat Islam dalam kumpulan ini mengiktiraf pengikut agama – agama lain.

Anwar: Ya, dan umat Islam perlu memahami bahawa mereka tidak boleh mendapatkan kehormatan hanya melalui dakwah Islam sahaja. Selagi mereka tidak mempunyai keamanan dan keadilan, mesej mereka tidak akan bergema. Rakyat tidak akan dapat melihatnya.

UPI : Adakah terdapat negara-negara Islam bergerak ke arah matlamat-matlamat (kebebasan?) ini?

Anwar : Satu transformasi aman terhadap kebebasan dan demokrasi telah berlaku di Indonesia. Pihak media di sana mendedahkan rasuah dan menyokong satu badan kehakiman ditubuhkan. Terdapat juga perkembangan positif di Turki. Walaupun di Turki, mereka perlu memastikan kebebasan itu selari dengan kerangka perlembagaan mereka serta tidak mengancam tentera.

UPI : Adakah media bebas sahaja cukup untuk membawa umat Islam keluar dari masalah (kebebasan) itu ?

Anwar : Media yang bebas adalah satu perkara. Pilihan raya yang adil dan bebas amat diperlukan. Kita wajib mempunyai kedaulatan undang-undang (sekular?), satu badan kehakiman bebas, digandingkan dengan pentadbiran yang baik.

UPI : Berkaitan dengan dakwah Islamiah apabila dilaksanakan ianya berpandukan sudut pandangan mereka, dan mereka mewujudkan sebuah kerajaan seperti Taliban.

Anwar : Saya tidak pernah menyatakan bahawa pandangan Taliban mewakili sentimen-sentimen orang Islam atau Islam itu sendiri. Ia isu kontroversi bagaimana Taliban telah ditubuhkan dan disokong. Taliban gagal mengendalikan negara, ekonomi dan institusi-institusi itu dengan baik. Taliban tidak mewakili konsep pentadbiran Islam.

UPI : Tetapi perkara sama juga berlaku di Iran?

Anwar : Iran adalah berbeza. Di Iran, terdapat satu keghairahan (dari kalangan intelektual) dan euforia untuk perubahan semasa rejim Shah. Tetapi revolusi telah berhenti (kerana golongan ulama lebih berpengaruh) dan didapati terdapat banyak percanggahan dalaman.

Saya percaya rakyat Iran itu mempunyai peranan besar jika mereka mengambil langkah memperbaikinya ke arah yang betul. Saya memilih untuk melihat secara dalaman dan menyelesaikan masalah-masalah itu.

UPI : Tetapi adalah sukar untuk menafikan bahawa pihak-pihak Islam tidak berkelayakan untuk mentadbir sebuah kerajaan?

A. Saya tidak bersetuju dengan penyataan itu. Bagaimana boleh kita mendakwa Taliban mempunyai satu ideologi Islam? Ideologi mereka adalah berlainan daripada kepercayaan dan ideologi orang-orang Mesir, Malaysia dan masyarakat Islam lain.

Q. Dalam tahun 1980-an, dunia Islam kelihatan tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan keghairahan pihak agama hendak menubuhkan negara-negara Islam. Tetapi pada tahun 2005, dunia Islam kelihatan kembali liberal seperti yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin Islam sekular pada 1950-an dan 60-an.

A. Saya rasa saya telah mendapat manfaat daripada kesusasteraan yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan tersebut dan daripada pendedahan idea-idea daripada pemimpin-pemimpin dunia Islam, menjadikan Ikhwan di dunia Arab atau Jamaat-e-Islami di Pakistan. Tetapi saya percaya tuntutan-tuntutan pada masa itu telah berubah. Mereka mesti teruskan dan melakukan pembaharuan. Saya tidak percaya anda harus membuat penilaian mengenai peranan-peranan mereka berdasarkan sekatan tertentu. Saya tidak percaya orang Islam telah meninggalkan Islam, walaupun mereka mungkin tidak menyokong beberapa pihak berkenaan dalam satu-satu perkara.

Dunia Islam telah ditadbir oleh pihak-pihak sekular, dan mereka telah mengamalkan rasuah dan penindasan keterlaluan. Kita harus mara dengan idea-idea Islam, menerima nilai-nilai daripada timur dan barat.

UPI. Jadi anda percaya bahawa “Negara Islam” masih wujud?

Anwar : Bergantung kepada apa yang anda maksudkan dengan sebuah Negara Islam. Sebuah Negara Islam mesti bebas. Ia harus menghormati kemuliaan manusia(hak asasi manusia). Ia perlu membersihkan kotoran umat Islam itu dan membiarkan mereka mencari diri mereka.

Sebuah negara Islam itu perlu memperjuangkan orang miskin dan menyediakan mereka dengan perumahan yang sesuai, pendidikan bermutu dan baik, berdasarkan prinsip-prinsip bagi hukum syarak.

UPI. Jadi anda mengatakan bahawa Sharia (hukum-hukum syarak itu) masih boleh diamalkan?

Anwar : Sekali lagi, ia bergantung kepada bagaimana anda mentakrifkan Sharia. Apa tujuan Sharia? Bagi membawa kestabilan dan pentadbiran yang baik.

UPI. Ya, tetapi bagaimana dengan tudung dan hukuman berat?

Anwar : Saya tidak percaya umat Islam harus menitikberatkan pada isu-isu ini, dan melupakan jenayah-jenayah berat seperti rasuah dan penindasan.

Pada saya, tujuan Sharia adalah bagi membawa perintah dan keadilan. Anda tidak sepatutnya mengambil pendapat-pendapat dan tafsiran-tafsiran agama yang ketat.

UPI : Berdasarkan kepada pengalaman anda sendiri di Malaysia, boleh anda jelaskan mengapa pemimpin-pemimpin Islam berasa sangat tidak selamat?

A. Para pemimpin adalah tidak selamat, mengambil kesempatan dan rasuah. Sistem itu tidak cukup demokratik. Jika anda ada kuasa, tiada sesiapa akan menyoal anda. Saya sebahagian daripada sistem tersebut, kerana saya adalah Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 hingga 1998 dan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1990 hingga 1998.

Jika anda hidup di dalam satu rumah kaca, anda akan merasa tidak selamat. Anda mula menahan rakyat daripada bertindak. Tidak terdapat undang-undang dan ketenteraman. Bagaimanakah anda boleh menjangka di Zimbabwe bahawa Robert Mugabe akan meletakkan jawatan atau diktator Filipina, bekas Ferdinand Marcos akan menyerahkan kuasa?

Itulah sebab mengapa satu sistem yang baik perlu untuk para pemimpin juga, mereka akan dapat bersara dan tinggal dengan aman.

UPI : Adakah anda akan kembali ke Malaysia?

Anwar : Saya tidak boleh hidup di Malaysia. Kerajaan bertindak menindas. Pihak media adalah seratus peratus diawasi oleh kerajaan dan mereka masih mendakwa mewakili Islam sederhana (moderat).

UPI : Adakah rakyat negara anda percaya tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada anda?

Anwar : Saya harus mengatakan bahawa walaupun bertahun-tahun mereka berkempen menentang saya, kebanyakan orang tidak percaya dengan tuduhan-tuduhan itu. Saya pergi ke masjid dan kampung-kampung dan beribu-ribu orang datang untuk mendengarkan ucapan saya. Mahkamah juga menggugurkan tuduhan-tuduhan saya.

UPI : Adakah menjejaskan keluarga anda?

Anwar : Anak-anak saya kuat. Saya telah memberikan amaran kepada mereka , menjelaskan bahawa tuduhan-tuduhan itu adalah kempen-kempen politik kotor. Isteri saya betul-betul menolong, menjelaskan kes ini ke seluruh dunia.

UPI : Adakah anda percaya terdapat kepimpinan demokratik akan muncul dalam dunia Islam?

Anwar : Jika anda membenarkan sedikit kebebasan dan pilihan raya yang adil, rakyat akan bergerak dan memilih untuk memperbaiki pemimpin-pemimpin yang ada. Perbuatan melampau pemimpin-pemimpin semasa itu akan didedahkan kepada umum.

UPI : Mengapa umat Islam tidak mempunyai pemimpin seperti pemimpin India iaitu Mahatma Gandhi?

Anwar : Ini kerana mereka tidak pernah diberi peluang. Saya menilai penyair Asia Selatan, Mohammed Iqbal seperti seorang ahli falsafah agung dan pengasas Pakistan, Mohammed Ali Jinnah seperti seorang pemimpin besar.

Kita punya pemimpin yang telah terbunuh atau dipenjarakan. Ingat, Gandhi muncul dalam zaman penjajahan. Ia akan lebih sukar untuk mempunyai satu pemimpin sepertinya kini, walaupun kini India adalah lebih demokratik.

UPI : India mungkin masih merupakan salah satu Negara Dunia Ketiga yang miskin dan mereka ada demokrasi dan undang-undang. Mengapa tidak di negara – negara Islam?

Anwar : Tidak ada pernyataan dalam Islam yang mencegah demokrasi. Apa yang berlaku adalah pembersihan penyalahgunaan agama.

AIDC menterjemah artikel yang disiarkan dalam forum kebebasan beragama (Forum FaithFreedom.org) bertajuk Q&A: Former Malay deputy PM Anwar Ibrahim. Artikel asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: