Mazhab Islam Anwar : Versi Al Quran & Shakespeare

Dialog antara agama di Itali : Dari kiri: Amartya Sen (Aties), Anwar Ibrahim, Emma Rothschild (Yahudi), Michel Camdessus(Kristian) dan Professor Harold James (Kristian). Sumber foto klik di sini

Oleh: Irfan Yusuf

Anwar (cahaya majmuk atau meramalkan cahaya) adalah satu nama Islam yang popular di Malaysia. Tetapi selepas melawat Malaysia bulan lepas, saya telah meninggalkan Malaysia dengan tanggapan bahawa hanya sedikit rakyat Malaysia tertarik dengan tawaran yang dibuat oleh Anwar.

Negara itu telah bergerak sejak hari yang penuh tergesa-gesa pada akhir 1990an, apabila penyokong-penyokong Reformasi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim digulingkan baru-baru ini menjadikan seolah-olah Kuala Lumpur terhenti.

Semasa satu lawatan ke ibu pejabat ABIM (Malaysia Islam Youth Movement yang diasaskan dan dipimpin selama bertahun-tahun oleh Anwar), tidak seorang pun aktivis yang menyebut nama Anwar.

Kini dia menghabiskan kebanyakan masanya bersyarah di Oxford atau Universiti Georgetown di Washington dan dia baru sahaja menyelesaikan satu lawatan ke Australia, lawatan keduanya sejak pembebasannya dari penjara.

Lawatan pertamanya, pada awal 2005, apabila dia masih menderita kesan bagi kerumitan kesihatan berkaitan penjara dan kebanyakan ucapannya untuk para hadirin Islam.

Pada lawatan baru-baru ini, Anwar menyampaikan ceramah untuk para hadirin yang lebih luas dengan pelbagai topik seperti drama Shakespearean, politik demokratik, demokrasi liberal dan hak-hak manusia.

Shakespeare tidak mungkin menjadi inspirasi untuk aktivis politik Islam. Tetapi Anwar telah diketahui oleh umat Islam bahawa kehidupan enam tahun di penjara, dia menghafaz Al-Quran dalam bahasa Arab dan dia juga menghabiskan empat kali hasil kerja Shakespeare.

Dia kerap menggunakan baris-baris kata daripada Shakespeare dalam ucapan-ucapannya, mempersoal mesej Shakespeare yang mengandungi nilai-nilai fundamental untuk dikongsi oleh umum sama ada yang beragama atau tidak.

Semasa ucapannya di Canberra Islam Centre, Anwar berjaya memasukkan imejnya sebagai Raja Lear iaitu pemerintah saksama dengan keunggulan Islam.

Anwar merasa selesa dikelilingi oleh umat Islam yang pelbagai etnik di Canberra, seronok dengan kumpulan etnik Islam yang berbeza. Tetapi dia mempunyai mesej-mesej yang serius, mengingatkan para hadirinnya keperluan untuk melibatkan diri bersama masyarakat Australia dengan pelbagai budaya yang lebih luas.

Dia berkata negara-negara seperti Australia dan New Zealand menyedarkan semula tradisi klasik pelbagai kaum Islam di Sepanyol dan persatuan pelbagai agama yang dikenali sebagai convivencia.

“Saya menggunakan contoh Malaysia. Ia satu kesatuan pelbagai kaum dan masyarakat berbilang agama. Islam hanya relevan untuk Malaysia jika ia difahami dalam sebahagian hal yang mengukuhkan ciri-ciri pelbagai bangsa kita.”

Anwar memerli masyarakat Islam yang hanya memilih untuk tinggal di dalam kepompong kebudayaan, menolak untuk berinteraksi dengan komuniti-komuniti lain.

Di Istanbul bulan lepas, dalam satu persidangan pemimpin-pemimpin Islam Eropah, Anwar menyeru umat Islam EU untuk melihat diri mereka pertama sekali sebagai orang Eropah, bukan mengongkong kegiatan politik mereka tetapi untuk melaksanakan dan menyelesaikan lebih banyak isu-isu Islam.

Dia mengkritik umat Islam yang hanya prihatin apabila pencabulan hak asasi manusia dilakukan melibatkan umat Islam yang lain.

“Dimanakah keprihatinan umat Islam berkempen untuk membebaskan ketua pembangkang Burma, kakak kita Aung San Suu Kyi? Atau kita perlu menunggu supaya dia memeluk Islam terlebih dahulu sebelum kita membantu dia?”

Dalam perjalanannya ke Australia Anwar telah diiringi oleh isterinya, Dr Wan Azizah Ismail, seorang pengamal perubatan yang kini telah menjadi keluarga paling aktif dalam politik.

Semasa pidato awam terakhir, sebelum dipenjarakan, Anwar mengejutkan isterinya dengan memberitahu penyokong pergerakan Reformasinya: “Jika apa sahaja yang berlaku kepada saya, saya mahu Azizah mengambil-alih.”

Sebelum penahanannya akibat kes-kes termasuk liwat – satu dakwaan, kata Azizah, direka untuk menghakis tauliah Anwar berkaitan Islam – Dia telah dipilih ke Parlimen pada tahun 1999, dan terus mempertahankan kerusinya.

Anwar didapati mengalami parut fizikal dan psikologikal kesan daripada penjara. Pada Julai 2004, pada malam pembebasannya, wartawan Malaysia MG Pillai melaporkan para doktor Anwar berkata : “(Anwar akan mengalami) kelumpuhan tidak lama lagi, kegagalan neurologi, kegagalan buah pinggang dan kegagalan urinari”.

Dia telah memulakan dengan satu tindakan sivil bernilai berjuta-juta ringgit terhadap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed tetapi masih berjenaka tentang pengalamannya di penjara.

Anwar kini melihat dirinya seperti satu jambatan menghubungkan Islam dan dunia barat dan teruja mengenai apa dia panggil sebagai “gelora Islam demokratik” dengan merujuk kepada negara-negara seperti Indonesia dan Turki.

Matlamat Anwar untuk membina jambatan di luar negera adalah terpuji. Tetapi mungkin keperluan yang lebih mendesak adalah dia perlu membina jambatan antara kepercayaan, agama dan etnik di dalam Malaysia sendiri.

AIDC menterjemah artikel Shakespeare and Islam shape life for roving Anwar oleh Irfan Yusuf. Artikel asal klik di sini dan di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: