Sekularisme: Zaid Ibrahim pilihan terbaik sokong Anwar

Oleh: Proarte, Malaysiakini

Saya merujuk Laporan Malaysiakini iaitu “Keluarkan Zaid dari Pakatan”

Walaupun saya merasakan falsafah Zaid Ibrahim menjadi satu semangat berkeluarga DAP, dan DAP akan memperoleh manfaat yang terlalu besar apabila dia menyertai mereka, saya rasakan bangsa Melayu memerlukan pihak yang gagah untuk bangkit serta bersuara lantang berkaitan sekularisme.

Oleh itu, saya rasa peranannya lebih berfungsi dalam PKR. PKR adalah satu parti berasakan melayu dan ahli-ahlinya telah menolak Ketuanan Melayu dan Ketuanan Islam di mana aspek-aspek keduniaan perlembagaan kita telah dengan sengaja diketepikan atau ditindas demi kepentingan kuasa politik.

Bukan Islam dalam PKR tidak bersedia untuk bersuara lantang dalam isu ini kerana bimbang akan kehilangan jawatan-jawatan mereka. Kita mempunyai satu mekanisme ‘MIC’ dan ‘MCA’ dalam PKR di mana orang India mengambil kesempatan untuk politik mereka manakala pemimpin-pemimpin Cina mengikut rentak Anwar Ibrahim.

Anwar, seperti yang kita tahu, adalah ‘semua perkara untuk semua manusia dan mengenai sekularisme yang hanya tidak akan melakukan apa-apa. Dia tidak mempunyai keberanian dari segi moral’

Anwar mempunyai satu kecenderungan mempertahankan beliau tidak terikat dengan ‘cauvinisme Islam’ apabila kondisinya tidak begitu baik dalam propaganda politik dan kemudian membuat ucapan-ucapan mengenai kesungguhannya terhadap Thomas Jefferson, bapa sekularisme Amerika ketika beliau berada di luar negara di hadapan orang bukan Islam.

Anwar sebenarnya perlu memberitahu perkara yang sebenar. Zaid Ibrahim akan memainkan peranan yang lebih hebat. Dia akan memberikan keyakinan kepada Anwar untuk mengambil sekularisme sebagai senjata dalam pertempuran politik di negara ini.

Saya percaya bahawa dengan membuang sekularisme di Malaysia, pasti akan menjurus kepada sebuah masyarakat yang rapuh dan tidak stabil.

Malaysia adalah salah satu daripada negara yang mempunyai msyarakat berbilang kaum dalam dunia di mana terdapat pelbagai kaum, budaya-budaya, agama-agama serta makmur.

Malangnya, sejarah telah membuktikan bahawa faktor agama telah memecahbelahkan manusia dan telah menyebabkan perperangan dan kematian.

Tiada ruang untuk perbahasan apabila ia sedar “Hukum tuhan” sebagaimana setiap agama yang mempercayai kewujudan Tuhan.

Menjelaskan Islam kepada individu yang tidak menghormati atau meyakini nilai-nilainya adalah satu cara membersihkan identiti Islam yang suci dan merupakan resipi kesepaduan untuk mengelakkan perselisihan. Ini merupakan sebab mengapa perlembagaan Malaysia mewujudkan satu dokumen sekular

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kita pernah melihat desakan-desakan yang tidak mampu menyekat hak-hak kita kerana dijamin oleh perlembagaan.

Pemahaman yang salah mengenai Islam agama individu yang tidak mahu memahami adalah satu kebimbangan besar dan telah merebak serta memberikan implikasi-implikasi buruk kepada hak-hak manusia dan perpaduan di Malaysia.

Puncanya adalah tidak memahami dengan jelas isi perlembagaan dan sifat pengecut atau prasangka sebahagian hakim-hakim mahkamah awam Islam.

Jika kita tidak boleh bergantung kepada hakim-hakim bagi memohon pengadilan yang sepatutnya dalam konteks perlembagaan, maka tak hairanlah kita diperkecilkan.

Kes-kes ‘murtad’ Revathi, Sharmila, Lina Joy dan banyak lagi yang belum selesai merujuk kepada kebebasan, keadilan, kebebasan maruah dan kebenaran apa ?

Jika kita tidak menyelesaikan isu-isu ini, kita akan terus menjadi sebuah masyarakat yang lumpuh serta diperintah oleh penjenayah di sebalik kewarakan Islam yang penuh kepuraan.

Zaid Ibrahim akan menjadi yang pertama untuk mengatakan ‘Saya Melayu Dan Islam Walaupun Sekular’ dan mungkin ini sepatutnya lebih sesuai dijadikan tajuk untuk buku barunya.

AIDC menterjemah artikel “Secularism: Zaid a good choice to back up Anwar” oleh Proarte dari Malaysiakini. Artikel asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: