Sister In Islam berjuang mentafsir semula Al Quran dan undang-undang Islam

Zainah Anwar (kiri) dalam program Dialogue Project di Johns Hopkins University’s School of Advanced International Studies (SAIS)

Di Malaysia, menjadi liberal sentiasa menjadi acuh tak acuh. Dan apabila sesuatu perkara diterangkan sebagai “Islam liberal”, pasti anda akan dikritik sebagai istilah yang kasar.

Ini merupakan perkara yang terdapat di dalam perhimpunan lima hari yang melibatkan 250 sarjana Islam lebih daripada 40 buah negara di Kuala Lumpur berakhir semalam.

Ini adalah kemuncak usaha selama dua tahun untuk mencari jalan membawa ke hadapan isu kesamaan dan keadilan di dalam keluarga Muslim.

Belia PAS yang konservatif telah melabelkan majlis tersebut sebagai mempromosikan “Islam liberal” untuk mengelirukan Muslim.

“saya menyeru orang ramai untuk menentang program ini kerana mempromosikan Islam Liberal, merupakan agenda untuk memusnahkan maruah Melayu,” memetik kata-kata Riduan Mohd Nor, Ketua bahagian dakwah di dalam akhbar PAS, Harakah.

Persatuan Ulama Pulau Pinang juga turut mengkritik terhadap program “Islam liberal” ini.

Kata-kata mereka yang keras ini menjelaskan tentang batasan wanita Muslim, dan lelaki yang berfikiran wanita, cuba menterbalikkan sistem keluarga yang memberikan hak yang lebih kepada kaum bapa yang dikatakan berakar umbi di dalam rukun agama.

Sistem keluarga yang memberikan hak yang lebih kepada kaum bapa baru-baru ini diperkukuhkan oleh dua fatwa di Malaysia yang mengundang kontroversi dan fatwa tersebut juga kelihatan mensasarkan kepada wanita.

Fatwa tersebut berkenaan tomboy (perempuan menyerupai lelaki) dan yoga (senaman yang berasaskan kepada ajaran Hindu).

Yang lebih serius adalah pertikaian undang-undang keluarga yang kadang-kadang menjadi tajuk utama akhbar. Masalah wanita Muslim dalam kes penceraian, mendapatkan nafkah dan penjagaan anak-anak telah didokumentasikan dengan baik.

“Musawah wujud kerana rasa kecewa yang dialami oleh kumpulan wanita apabila mendesak pembaharuan kepada undang- undang keluarga yang mendiskriminasikan wanita,” kata Zainah Anwar, pengasas Sisters In Islam (SIS) yang merupakan kumpulan hak asasi wanita, kepada akhbar New Straits Times.

SIS adalah kumpulan utama di belakang Musawah, sebuah pergerakan global yang dilancarkan pada persidangan tersebut untuk menggerakkan kesamaan dan keadilan di dalam keluarga. Musawah adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud kesamaan.

Zainah menjelaskan bahawa undang¬ undang sivil di Malaysia telah berkembang di dalam perkara-perkara seperti penjagaan kanak-kanak, perkahwinan dan penceraian.

“Jadi, dunia Muslim mesti bergerak ke hadapan untuk keadilan dan kesamaan. Ia mesti menyedari bahawa agama tidak lagi boleh digunakan untuk menafikan wanita, ” katanya.

Wanita Muslim tidak berpaling tadah daripada agama. Sebenarnya, mereka kembali kepada teks asas Islam yang meyakinkan orang ramai bahawa Islam tidak mendiskriminasikan wanita.

Mereka mengatakan disebabkan oleh terjemahan undang- undang Islam menyebabkan wanita tidak mendapat sebarang manfaat.

“Apabila kita berkata, ‘Islam menyatakan lelaki dan wanita tidak sama,’ Islam tidak menyatakan, ‘saya’ – dan individu yang menyatakan demikian,” kata Zainah.

Strategi Musawah adalah untuk membina satu pusat simpanan data pengetahuan undang- undang Islam dan memformulakan kempen untuk pembaharuan.

Nik Noraini Nik Badlishah, penasihat undang – undang SIS, menyatakan bahawa peserta pada perhimpunan tersebut memberikan buah fikiran terhadap pertikaian agama, aspek sosial, undang – undang antarabangsa dan dokumen hak asasi manusia.

“Kami menyatakan bahawa keadilan dan kesamaan kedua-duanya adalah penting, dan tidak terdapat keadilan tanpa kesamaan,” katanya.

Musawah diwujudkan di atas usaha kumpulan wanita dan aktivis.

Ia merupakan usaha yang dikoordinasi pada waktu ini, tetapi mesej tersebut bukan baru. Sudah tentu, ia merupakan mesej yang sama dibawakan oleh SIS sejak ditubuhkan 20 tahun lepas.

Masih lagi hingga ke hari ini, SIS memberikan perhatian serius kepada kebimbangan sesetengah Muslim di Malaysia, dan ini termasuk juga wanita.

Pensyarah undang – undang dan penulis, Azmi Shahrom, menyatakan bahawa kumpulan tersebut masih dianggap radikal, walaupun di kalangan pengundi.

“Konsep Islam di Malaysia adalah keanak-anakan. Hanya mereka yang mempunyai kuasa boleh bercakap, dan ini telah berakar umbi di dalam jiwa rakyat Malaysia. Apabila kumpulan seperti Sisters In Islam membuat terjemahan sendiri Al-Quran, ia tidak mudah diterima,” katanya.

SIS menggoncangkan seluruh sistem longgar dari pegangannya.

Oleh itu, Azmi menyatakan akan terdapat tentangan yang kuat bukan sahaja daripada mereka yang tidak bersetuju dengan pandangannya (SIS), tetapi juga daripada mereka yang berfikiran kuno bahawa haya pemimpin agama yang boleh menterjemahkan undang- undang Islam.

Untuk perkara ini, dia percaya, sama seperti kes-kes di negara – negara yang mempunyai ortodoks Islam yang kuat. Azmi menyatakan bahawa terdapat persetujuan bahawa ayat-ayat Quran adalah tulen, tetapi ia perlu dilaksanakan di dalam konteksnya.

Seorang peserta dari Nigeria, Asma’ U Joda, dipetik oleh akhbar The Star, menyatakan bahawa ia bukan satu isu untuk meyakinkan lelaki untuk membenarkan hak- hak wanita. “Ia adalah isu masyarakat, dan lelaki adalah sebahagian daripada masyarakat,” katanya.

Nik Noraini mengakui bahawa perjalanan yang jauh baru sahaja bermula. Dia menunjukkan bahawa penyusunan sistematik undang- undang keluarga Islam merupakan satu permulaan yang baik. Tetapi banyak daripada undang – undang ini memilih bahagian yang selektif daripada ayat-ayat klasik, dan memerlukan pembaharuan.

Tetapi ia masih mengundang kontroversi. Walaupun di Malaysia,yang terdapat campuran di antara Islam progresif dan konservatif di mana suka mengambil tahu tentang sesuatu, dengan kuat menentang usaha-usaha seperti ini.

“Kami perlu bekerja keras kerana ramai yang tidak faham,” kata Nik Noraini.

AIDC menterjemah artikel dari AnwarIbrahimClub 2009 bertajuk “Muslim women fight for equal rights”. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan:

1. Anwar Ibrahim dan Projek Islam Liberal Malaysia ?

2. Anwar Ibrahim dan Zainah Anwar pelopor Islam Liberal Malaysia

3. Surat terbuka Anwar Ibrahim, CSID, Sister In Islam kepada Presiden Obama tumpu demokrasi dunia Islam

4. Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia

5. FNF memperkasakan Demokrasi Liberal di negara – negara Islam

One Response to “Sister In Islam berjuang mentafsir semula Al Quran dan undang-undang Islam”

  1. Sira Says:

    Assalamu’alaikum Saudara Dalan SIS

    Saya bukan menafikan peranan SIS dalam membantu memartabatkan Islam, tetapi pada pandangan saya SIS terlalu terlebih dalam memperkatakan ISLAM. Aqidah yang kita pegang bukan suatu perkara gurau atau cakap-cakap kosong. SIS dalam menterjemahkan ayat Al Quran hanya bersandarkan akal fikiran. Ingatlah banyak perkara di atas muka bumi tidak masuk akal tetapi kita menyakininya.

    Saya akur tentang perjuangan SIS bahawa hak beragama adalah hak individu. Saya pun berfikir demikian biarlah..lantaklah kalau mereka tidak mahu menerima agama Islam yang syumul. Tetapi tindakan SIS di Malaysia memberi ruang kepada orang bukan Islam memperlekeh agama kita, itu kesan amat besar..suka SIS melihat berbondong orang Islam keluar agamanya macam keluar pasaraya. Atas alasan itu Islam sangat bertegas dengan golongan murtad..fikir-fikirlah sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: