Ucapan terbaru Anwar di Paris : Islam dan barat selepas era Bush

Oleh: Anwar Ibrahim

Ucapan pembukaan oleh Anwar Ibrahim di L’Institut français Des mengenai Debat – Pesidangan Hubungan Antarabangsa bertajuk “Islam dan Barat Selepas Era George Bush”, di Paris, yang dipengerusikan oleh Michel Camdessus.

IFRI (Institut français des relations internationales) adalah satu badan pemikir yang berpestij di Perancis dan di antara institusi penyelidikan hubungan antarabangsa terulung di dunia. Acara itu telah dihadiri oleh orang-orang kenamaan seperti wakil dari Kementerian Luar Perancis , Ahli parlimen, ahli perniagaan, dan mendapat liputan meluas dari pihak akbar Perancis termasuk France 24, Liberation, dan lain-lain.

Tontonilah BBC WORLD INTERVIEW yang memaparkan ulasan Anwar Ibrahim mengenai ucapan Obama.

Wacana antara Islam dan Barat sebagaimana kita tahu telah dibaluti dengan pelbagai isu bersejarah yang dianggap besar. Ia kekal sehingga ke hari ini. Apa yang kami fahami adalah terdapat banyak tafsiran tentang sejarah yang mencapah dan lahirlah pelbagai persepsi tentang Islam dan Barat. Hari ini, tanpa mengambil kira George Bush, salah faham berterusan yang membawa kepada pertembungan mengenai isu tersebut.

Ironinya, pertembungan itu bukan berkaitan aspek ketuhanan. Bukan juga pertembungan antara Gereja dan Negara seperti yang digambarkan dalam salah satu konsep sejarah di Barat sepertimana yang kita ketahui. Menyelar gereja bukan lagi dianggap satu tindakan intelektual yang sihat dan konsep sekularisme sendiri dianggap passé (ketinggalan zaman) dalam banyak perbincangan.

Sebenarnya, jika kita memandang lebih jauh, kita sepatutnya melihat kuasa memusat kepada kerja. Doktrin John Locke (Tokoh Falsafah Barat-tokoh rujukan Islam Liberal) tidak mencemarkan kehidupan dan kekayaan manusia, dalam Tradisi Prophetic (kenabian/ramalan) seperti yang diketahui oleh para cendekiawan Islam: “ Oh Manusia , darah anda, harta anda dan penghormatan anda adalah suci seperti Tanah Suci ini.

Prinsip-perinsip “Lockean” (John Locke) menyebabkan Perancis membangun ke zaman pencerahan dan dijadikan sebagai asas perlembagaan Amerika dan mempunyai persamaan jelas dengan ‘maqasid al syariah’, satu perinsip tertinggi dalam Undang-undang Islam, seperti yang terdapat dalam kurun kelapan, yang menjaga kesucian agama, kehidupan, intelek, keluarga, dan kekayaan.

Masih belum sampai perbincangan lanjut, menyedarkan kita supaya lebih berani dan meningkatkan pengertian yang kini telah disempitkan dalam satu percanggahan peradaban. Selepas tiga dekad, Revolusi Islam Iran, bayangan fundamentalisme Islam menunggu forum-forum kita, kerana negara itu masih berpegang kepada pemikiran pengertian Islam sebagai agama keganasan, ekstremisme dan keganasan serta penolakan demokrasi dan hak-hak manusia.

Keraguan ini terhenti apabila melihat apa yang telah berlaku di Indonesia, yang merupakan sebuah Negara Islam berkonsepkan demokrasi terbesar, dan tidak kurang juga di Turki. Ini merupakan kepercayaan asas yang menyemai kelompok perselisihan faham antara Islam dan barat, sama ada sebelum era George Bush atau selepasnya.

Maka hari ini, walaupun kepercayaan perkongsian dalam nilai-nilai sejagat adalah sangat penting kepada Enlightenment (pencerahan) di Eropah sebagai pelopor sejarah Islam, Islam dan barat masih lagi saling bercanggah.

Sangat penting disebut mengenai pemerhatian oleh sarjana Azhar, Rifa’a al-Tahtawi,(tokoh rujukan Islam Liberal) yang melawat bandar raya ini (Peranchis) dalam abad ke-19 dan memberi perhatian mengenai kepada moto revolusi Peranchis, ‘liberté’/ Liberty (kebebasan), ‘egalité’/equality (kesamaan) , ‘fraternité’/fraternity (persaudaraan) .

Pada mulanya agak sukar difahami terjemahan langsung bagi perkataan “kebebasan” , dalam konteks Arab amnya merujuk untuk keadaan ‘pembebasan hamba’, kemudiannya menyedari maksud yang lebih tepat dengan mendasari moto dalam bahasa ibundanya adalah konsep ‘adl’ – keadilan, yang tidak ada kekurangan satu daripada ‘Divine Attributes’ dalam Islam dan satu kebimbangan cendekiawan-cendekiawan Islam serta para ulama sejak azali lagi.

Pada prinsipnya, dari aspek globalisasi sekurang-kurangnya kita memerlukan langkah penyelesaian yang memecah-belahkan kita. Dalam aspek kemanusiaan, dekad yang akan datang, kita mesti mencari cara-cara untuk mengatasi cabaran-cabaran besar perubahan iklim, kemiskinan dan kekurangan sumber tenaga.

Pembangunan yang sesuai bagi majoriti penduduk dunia merupakan satu cabaran penting, terutama dalam saat kemelesetan ekonomi. Sekaligus wujud masalah berkadar besar dan paling baik diselesaikan sebagai satu komuniti negara yang bekerjasama.

Percubaan ini memerlukan rakyat berpandukan bukan sahaja kepentingan diri atau kepentingan negara tetapi individu-individu yang cemerlang dengan asas etika dan susila keadilan, kemuliaan manusia serta saling memahami.

Barack Obama telah menganggap peranan Presiden Amerika Syarikat dalam merujuk hubungan antara Islam dan Barat adalah antara perkara paling penting dalam politik serta isu-isu sosial dunia.

Kita melihat beliau merupakan seorang pemimpin yang berkesanggupan untuk memberikan nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan seorang Presiden Amerika yang percaya bahawa isu-isu kritikal yang memecah-belahkan Amerika Syarikat dan dunia Islam boleh diselesaikan bukan sahaja secara retorik tetapi melalui hubungan positif dalam hubungan saling menghormati.

Pentadbiran Barack Obama telah melakukan beberapa langkah-langkah positif berbanding dengan era dahulu. Satu isu ketara berkenaan konflik Arab-Israel, belum lagi dapat dilihat; walau bagaimanapun, pelantikan George Mitchell sebagai duta Timur Tengah adalah satu langkah yang membawa kepada keadilan dan kini boleh diterima berbanding pemimpin terdahulu.

Pengunduran tentera Amerika dari Iraq, walaupun tertangguh, adalah dianggap baik, seperti langkah memikirkan semula pendekatannya di Afghanistan. Obama membuka lembaran baru, dengan penganiayaan dan penyalahgunaan tahanan adalah satu proses yang tidak berperikemanusiaan. Obama menyedari penyalahgunaan itu, dan beliau mengambil langkah menutup Teluk Guantanamo, akan membantu Amerika untuk mendapatkan semula kredibiliti di peringkat antarabangsa.

Ketika Presiden Obama telah menyokong aspek keamanan, dalam masa sama dia perlu menghadapi isu-isu penjanaan nuklear dan keganasan. Mesejnya jelas, hubungan dan dialog berkaitan dengan pendudukan luas umat Islam yang kini hidup di Eropah dan Amerika Syarikat. Tetapi integrasi itu membangkitkan suasana beremosi.

Terima kasih kepada Obama kerana tidak menyimpan syak wasangka dengan kisah-kisah bersejarah dan beban berat prasangka yang telah melanda, Turki berasa negaranya sukar untuk menyertai Kesatuan Eropah.

Perancis dan England pernah menghadapi rusuhan kejam yang dilakukan oleh ‘ghettoized’ (merujuk tempat kediaman Yahudi) umat Islam yang kini dikenali populasi utama di Eropah yang ditempatkan di kediaman mereka sendiri.

Keganasan yang meletus berkaitan dengan isu kartunis di Denmark, mencerminkan keadaan melarat mengenai hubungan Islam dan Barat dan cabaran yang kita hadapi untuk membentuk hubungan saling menghormati untuk merapatkan hubungan kedua-dua pihak.

Barack Obama akan berucap di Kaherah esok menyampaikan saranan yang penting buat dunia Islam. Nadanya dan tingkah laku sangat jauh daripada bertempur dan pendirian agresif dibawa oleh pentadbiran terdahulu. Sepertimana ketika dia berkata dalam ucapan sulungnya:

“Untuk mereka yang berharap kepada kuasa rasuah dan penipuan serta berdiam diri untuk menentang, anda berada di pihak yang salah , tetapi kita akan menerima dengan hati terbuka jika anda bersedia untuk membuka genggaman penumbuk anda.”

Pada fikiran saya, kata-kata ini menunjukkan satu pemulihan hubungan baik daripada Amerika Syarikat, Amerika mesti mencari rakan-rakan yang boleh dipercayai untuk berurusan.

Manakala bagi pihak saya tidak akan syak wasangka untuk membela Eropah dan kerajaan Amerika Syarikat berdasarkan dasar pintu terbuka dalam mempromosikan kebebasan dan demokrasi, saya sekali lagi perlu mengatakan bahawa keyakinan untuk bergerak daripada autokrasi kepada demokrasi perlu datang dari negara Islam itu sendiri.

Memang benar, kewujudan pelampau-pelampau di negara-negara Islam adalah bukanlah khayalan imaginasi, tetapi mereka adalah produk sebuah masyarakat yang tidak bertanggungjawab, kebebasan atau demokrasi.

Ini adalah negara yang dipimpin oleh autokrat yang pernah menerima sokongan kewangan dan ketenteraan dari Barat yang demokratik, terutama Amerika.

Usaha-usaha Obama dalam perkara ini, sepatutnya diarahkan kepada merumuskan dasar-dasar yang mencapai objektif strategik Amerika tanpa menimbulkan rasa curiga mengenai kuasa demokratik dalam dunia Islam.

Sokongan Amerika untuk rejim yang tidak bertanggungjawab untuk rakyat mereka sendiri adalah balasan kepada kegagalan jangka panjang walaupun kemungkinan keuntungan jangka pendek.

Sepatutnya tidak ada tindakan seperti itu dan menamatkan dasar luar yang ‘ambivalen'(terpilih)

Sangat disesali, di bawah pemerintahan George Bush, masyarakat Islam di Barat telah diberi sedikit peranan dalam institusi demokratik dengan serangan besar-besaran atas nama perang melawan keganasan. Jadi amat penting kepada Presiden Obama untuk menghapuskan frasa ini daripada dasar luar Amerika. Hakisan kebebasan asasi tidak patut dibiarkan di mana-mana sahaja.

Dan ini bukan perkara remeh. Kita tahu bahawa isu-isu penyalahgunaan kuasa eksekutif dan pencabulan kebebasan asasi, pentadbiran serta tanggungjawab badan kehakiman , berlanjutan kerana keegoan gologan elit pemerintah.

Hak-hak jantina, undang-undang buruh, rawatan orang-orang tahanan dan penindasan parti politik adalah fakta kehidupan dalam kebanyakan negara Islam.

Pembaharuan bukan lagi satu pilihan. Di sana mesti dikuatkan azam untuk menzahirkan usaha bagi pemimpin-pemimpin dan dengan sokongan institusi-institusi masyarakat awam yang menjana perubahan dengan betul.

Walaupun kita bersetuju umat Islam mesti komited untuk berubah, persoalannya bagaimana kita boleh meneruskannya. Hubungan sebenar mestilah dipelihara. Kita tidak harus bermula dengan membina tembok pemisah antara kita dengan masyarakat , persekitaran , syarat, dan membuat pranilaian mengenai kumpulan-kumpulan dan pihak-pihak tertentu.

Halangan-halngan ini bukan sahaja untuk menguatkan prasangka lama dan terus menerus menyemai syak wasangka dan keraguan. Jika hal ini berlaku, maka pengertian ‘universalisme Islam’ tidak bermakna apa-apa, ia memerlukan nilai-nilainya keadilan, belas kasihan dan toleransi dipraktikkan di mana-mana.

Bolehkah kita terus menerus membuta mata untuk ketidakadilan yang dilakukan dalam negara-negara bukan Islam? Tidakkah kita juga harus merasa penderitaan minoriti lain di negara-negara Islam?

Dan kutukan kita menentang pencabulan hak-hak manusia perlu menjangkaui bangsa, warna kulit atau kepercayaan. Tetapi kita harus melakukan dengan baik untuk mengingat yang tiada negara, tiada rantau, dan tiada budaya atau agama mempunyai monopoli terhadap nilai-nilai kebebasan, keadilan dan kemuliaan manusia.

Jika kita menceburi dialog antara Islam dan barat , maka biarlah ia berdasarkan prinsip universal yang kita kongsi bersama.

Terima kasih.


AIDC menterjemah artikel ucapan Anwar Ibrahim bertajuk “Islam and the West after George Bush” yang disirakan di anwaribrahimblog pada 3 Jun 2009. Ucapan asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: