Homoseksual virus Barat lumpuhkan Islam

Arif Munandar Riswanto
* Penulis adalah sarjana Fikih Islam dan Hukum Universiti Al-Azhar Mesir

Sejak akhir-akhir ini, kempen tentang homoseksual, lesbian, biseksual, dan transeksual semakin aktif diperbesar-besarkan ke negara-negara Muslim. Kempen tersebut seolah-olah ingin membina keyakinan bahawa orientasi seksual tersebut adalah normal dan kerana itu harus diterima oleh umat Islam.

Hak Asasi Manusia (HAM), kebebasan berekspresi (bersuara), dan perlindungan hak adalah premis-premis klasik yang menjadi alasan kempen tersebut.

Pada 17 Mei 2008, sekumpulan homo dan lesbi berdemo di sekitar Hotel Indonesia (HI), Jakarta, menuntut hak-hak mereka dan menghapuskan pandangan jijik masyarakat terhadap kecenderungan seksual tersebut (homophobia).

Sebuah filem berjudul ‘A Jihad for Love’ yang menceritakan kisah-kisah kumpulan homo di negara-negara Islam telah meraih penghargaan di Festival Internasional Toronto, Kanada pada akhir 2007.

Pada 2005, para mahasiswa Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Semarang pernah menulis buku berjudul “Indahnya Kawin Sesama Jenis”

Bahkan, pada 28 Mac 2008, akhbar harian berbahasa asing di Jakarta telah membuat kenyataan bahawa Pengetua Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta, Prof Dr Musdah Mulia, secara terang-terangan mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa homoseksual adalah halal menurut Islam.

Kempen ini diperhebatkan lagi dengan pemberitaan media massa pada 10 tahun kebelakangan ini saling bersaing untuk memberitakan tentang hubungan sesama jenis itu.

Permasalahan homoseksual sebenarnya permasalahan yang telah selesai (qath’i). Teks-teks Alquran, Sunah, dan konsensus (kesepakatan) universal (ijma) umat Islam dari pelbagai mazhab dan firqah (kumpulan) telah sepakat bahawa hubungan sesama jenis adalah haram.

Selama empat belas abad tidak ada seorang ulama pun yang berani memperkotak-katikkan hukum tersebut. Sesuai dengan keterangan Rasulullah, jika umat Islam telah membuat konsensus universal seperti itu, bererti umat Islam sedang tersesat dan membuat kesesatan universal.

Memang benar, ulama berbeza pendapat tentang hukuman yang harus dikenakan kepada pelaku sesama jenis. Namun, perbezaan itu tidak keluar daripada bingkai bahawa hubungan seksual sesama jenis adalah haram.

Umat Islam meyakini bahawa Allah adalah pembuat hukum (Al-Musyarri’). Pandangan ini secara automatik menerangkan bahawa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah mutlak dan menjadi hak prerogatif (istimewa) Allah.

Bahkan, dengan sangat keras Allah mengancam orang-orang yang menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara dengan hawa nafsunya.

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ini halal dan ini haram untuk mengada-adakan pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah tidaklah beruntung” (QS An-Nahl [16]: 116).

Dengan demikian, walau siapa pun yang mengaku Islam, dia berhak tunduk kepada hukum Islam tentang haramnya hubungan seksual sesama jenis. Namun, perkara tersebut tidak secara automatik mengekang akal umat Islam.

Umat Islam boleh berijtihad (membuat tafsiran baru) dengan menggunakan akal pemikiran, tetapi hanya terbatas dalam dua hal, iaitu; pertama, permasalahan yang tidak ada di dalam teks dan kedua, teks zhanni(keraguan).

Ini bermakna umat Islam tidak diperkenankan untuk berijtihad dalam permasalahan-permasalahan qath’i (hukum disepakati bersama) seperti hukum homoseksual. Kerana teks qath’i adalah mutlak menjadi hak prerogatif Allah.

Tidak boleh ada seorang mujtahid (orang berijtihad), ulama, ahli fikih, pemikir, cendekiawan, guru besar, ustaz, seminar, demonstrasi, buku, undang-undang, dan jawatankuasa fatwa yang mengubah teks jenis ini.

Bahkan, menurut saya, permasalahan moden yang harus dijawab oleh akal umat Islam dalam dua bentuk ijtihad tersebut lebih banyak memperkotak-katikkan permasalahan qath’i, dan tidak akan membawa kemajuan sedikit pun kepada umat Islam.

Hegemoni Barat

Salah satu perkara yang menjadi dasar hubungan Islam dengan agama atau falsafah yang lain adalah Islam tidak akan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh agama lain dan tidak akan memerintahkan perkara yang dilarang oleh agama lain. Begitulah sebaliknya.

Jika ada agama dan falsafah lain yang ‘memfatwakan’ babi, khamr(arak), pernikahan antara agama, dan homoseksual sebagai perkara yang dihalalkan, Islam tidak akan melarangnya.

Menurut Islam, setiap agama dan falsafah yang ada di dunia ini, bebas untuk mengamalkan nilai-nilai yang dianutnya.

Satu peradaban yang menganut cara berfikir sekularisme liberal, bebas untuk mengamalkan nilai-nilai yang dianutinya selagi mana amalan tersebut tidak mengganggu atau dipaksakan kepada pemikiran peradaban lain.

Begitu juga dengan peradaban yang berfikiran komunisme, Kristian, kapitalisme, konfucianisme, dan lain-lain.

Dengan demikian, Islam menolak tesis pertembungan peradaban (clash of civilization) oleh Samuel Huntington dan ‘The End of History’ oleh Francis Fukuyama.

Menurut Muhammad Imarah dalam kitabnya “Min Fiqh Al-Muwajahah baina Al-Gharb wa Al-Islam” (Cairo: 2003), untuk menggantikan falsafah pertembungan dan hegemoni(kekuasan tunggal) tersebut, Islam menawarkan konsep pertandingan (Musabaqah).

Konsep tersebut akan menganjurkan perlumbaan, kerja sama, dan saling hormat menghormati, bukannya hegemoni, pertembungan, dan peperangan.

Allah SWT berfirman: ā€œDan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) tempat dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (untuk berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Seungguhnya Allah Maha kuasa atas segala sesuatu.ā€ (QS Al-Baqarah: 148).

Islam mengajak setiap peradaban yang memiliki cara pemikiran berbeza untuk membuktikan bahawa cara pemikiran yang dianutinya adalah terbaik. Pertembungan biasanya akan melenyapkan kemajmukan. Dalam pertembungan selalu ada hegemoni. Hegemoni selalu mengarah kepada penjajahan.

Segala perkara harus melebur, menyatu, mengikuti, dan menyerah kepada yang kuat. Tentu sahaja perkara ini bertentangan dengan demokrasi, Hak Asasi Manusia (HAM), kemajmukan, dan kebebasan yang selama ini sering dipromosi oleh orang-orang yang menganut nilai-nilai liberal.

Bahkan, menurut Imarah, Islam menginginkan agar dunia ini menjadi forum peradaban (al-muntada al-hadhari) yang terdiri daripada pelbagai agama, falsafah, dan kebudayaan. Islam tidak menginginkan hegemoni tetapi menginginkan pluralitis.

Cara pemikiran Islam terhadap peradaban tersebut akan membentuk pluralitis peradaban. Dalam keadaan tersebut tidak akan ada lagi hegemoni, penjajahan, pertembungan, dan peperangan.

Kes penghalalan homoseksual di negara-negara Muslim bukan hanya merupakan kes membongkar dasar-dasar hukum Islam yang qath’i, tetapi juga merupakan kes penjajahan, peperangan, pertembungan, dan hegemoni pemikiran peradaban kuat terhadap peradaban yang lemah.

Ia adalah salah satu contoh daripada banyak contoh kekalahan peradaban lemah di hadapan peradaban kuat, dalam hal ini menunjukkan kekalahan peradaban Islam di hadapan peradaban Barat.

Perkara ini juga menjadi contoh kepada orang-orang yang tidak berbangga dengan cara pemikiran sendiri dan menggadaikan diri mereka di hadapan cara pemikiran orang lain.

Sejak dahulu, Ibnu Khaldun pernah mewartakan bahawa, orang yang kalah lebih cenderung tersilau dengan orang yang kuat. Lebih jauh lagi, pada empat belas abad yang lalu, Rasulullah SAW telah mengingatkan bahawa umat Islam akan mengikuti cara pemikiran orang Yahudi dan Nasrani sejengkal demi sejengkal serta sedepa demi sedepa. Bahkan, jika mereka masuk ke dalam lubang biawak sekali pun, umat Islam pasti akan mengikuti mereka.

Tentu sahaja, sesiapa pun akan bersetuju bahawa penjajahan dan hegemoni pemikiran jauh lebih berbahaya daripada penjajahan fizikal. Atau mungkin tesis Huntington menjadi kenyataan bahawa pertembungan antara peradaban dan orang-orang yang merasa rendah diri di hadapan peradaban Barat?

AIDC menterjemah artikel swaramuslim. Artikel asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: