Rusuhan di Iran, Mir Hussein Mousavi pro Barat & Operasi Ajax

Situasi di negara Iran pasca pemilihan presiden yang dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad memprihatinkan. Rusuhan bermula dari aksi protes para penyokong Mir Hussein Mousavi yang menyatakan rasa tidak puas dengan keputusan pilihanraya dan mendakwa pelaksanaan pilihanraya diwarnai penyelewengan.

Perbahasan wujudnya penyelewengan pilihanraya di Iran semakin panas setelah negara-negara yang selama ini dikenali sebagai memusuhi Iran turut serta memberi komen negatif dengan keputusan pemilihan itu. Ditambah lagi, dengan pemberitaan media massa Barat yang menyisihkan kemenangan Ahmadinejad dan memfokuskan Iran dengan rusuhan yang terjadi di negaranya.

Melihat apa yang terjadi di Iran hari ini dan bagaimana peranan media Barat mempublisiti pemberitaan Iran, mirip seperti apa yang terjadi di Iran ketika peristiwa penggulingan pemerintahan Perdana Menteri, Mohammad Mossadegh yang dipilih setelah dipraktikkan proses demokrasi di Negara Para Mullah itu. Dan dalang penggulingan itu adalah agen perisikan Amerika (CIA) yang bekerjasama dengan agen perisikan Inggeris (MI6)

MI6 yang berjaya memperalatkan Shah Iran, Reza Pahlevi dan kelompoknya telah menggulingkan pemerintahan Mossadegh yang sah. CIA dan MI6 melakukan operasi khas memanfaatkan kekuatan media massa dengan menghasut rakyat Iran agar tidak mempercayai lagi kepemimpinan Mossadegh.

Inggeris mempunyai alasan tersendiri untuk merancang konspirasi “kudeta” (rampasan kuasa) terhadap pemerintahan Mossadegh dengan melibatkan AS. Sesungguhnya Inggeris tidak menyenangi dengan dasar Mossadegh yang melaksanakan nasionalisasi (hak milik negara) industri minyak di Iran, kerana dasar itu menyebabkan kerugian besar kepada syarikat minyak Anglo Iranian Oil Company (AIOC)-sekarang lebih dikenali sebagai British Petroleum (BP)-yang sejak dari tahun 1931 telah diberi hak monopoli dan konsesi sepenuhnya untuk mengelolakan sumber minyak Iran itu.

Dasar Mossadegh

Sementara itu, Mossadegh adalah seorang doktor yang menganut prinsip anti-kapitalisme. Oleh itu, sejak dia berkuasa pada tahun 1951, dia melaksanakan dasar nasionalisasi minyak Iran untuk meningkatkan pendapatan negara. Sedangkan selama ini, AIOC merupakan syarikat yang paling banyak menerima keuntungan hasil penjualan minyak Iran.

Iran seharusnya menerima akibat di atas dasar Mossadegh itu. Operasi minyak Iran menjadi semakin menurun kerana AIOC telah menghentikan operasinya dan ini bermakna, pendapatan Iran dari hasil ekspor minyak juga terganggu. Krisis minyak di Iran telah menyebabkan krisis minyak dunia.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap Inggeris yang “sakit hati” dengan polisi Mossadegh. Untuk membalas dendam, Inggeris telah bersekutu dengan Amerika mengepung Teluk Parsi hingga ke Selat Hormuz yang menjadi laluan utama lalu lintas minyak dunia dan lalu lintas perdagangan ekonomi Iran.

Kesanggupan Amerika membantu Inggeris juga berdasarkan kepentingannya yang tersendiri di Iran. AS tidak suka melihat hubungan Iran dengan musuh ketat AS ketika itu, Soviet Union dan berhasrat untuk mengakhiri hubungan mesra antara Iran dengan blok Timur. Tetapi tidak mudah untuk Inggeris memujuk AS menjadi sekutunya untuk menjatuhkan Mossadegh. Pujukan Inggeris itu telah ditolak AS pada masa pemerintahan Presiden Harry S. Truman. Konspirasi “kudeta” hanya berhasil ketika AS dipimpin oleh Presiden Eisenhower, pengganti Truman.

Operasi Ajax

Setelah terjalinnya kesepakatan antara Inggeris-AS, CIA telah menugaskan seorang agennya bernama Kermit Roosevelt Jr-cucu mantan presiden AS, Theodore Roosevelt untuk merancang operasi perisikan menggulingkan Mossadegh yang diberi nama “Operasi Ajax”. Operasi itu diketuai oleh Donald Wilber.

CIA memulakan operasi dengan menghasut rakyat Iran agar pro-Barat, menyebarkan berbagai-bagai isu untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap Mossadegh dan mempengaruhi sesetengah tentera dalam angkatan bersenjata Iran. Tetapi usaha kudeta CIA yang dilakukan pada 15 Ogos 1953 menemui kegagalan, kerana operasi itu dapat dihidu oleh para tentera Iran yang masih setia dengan Mossadegh.

Mossadegh kemudiannya memerintahkan Ketua Staff Keamanan Kabinet, Jeneral Taghi Riahi untuk menyiasat perancangan kudeta itu, yang kemudiannya telah mengirim utusan untuk melaporkan konspirasi kudeta itu kepada pasukan pengawal kerajaan. Tetapi CIA berjaya membendungnya dengan merasuah Jeneral Fazlollah Zahedi – pimpinan kelompok yang pro-Shah Iran – agar menangkap utusan Jeneral Riahi.

Pro-monarchy, anti-Mosaddeq demonstrators, Tehran, 19 August 1953.

Perancangan kudeta pertama berjaya digagalkan kerana terjadi pertembungan di antara pasukan pemerintah Iran. Kermit Roosevelt dan Jeneral Zahedi melarikan diri ke wilayah utara Iran. Setelah kegagalan itu, CIA merancang perancangan kudeta teknik lain dengan memanfaatkan media massa. CIA sengaja menyebarkan surat palsu ke pelbagai pejabat berita yang isi kandungan menyebut bahwa Shah Iran telah mengeluarkan perintah untuk memecat Perdana Menteri Mossadegh serta mencalonkan Jeneral Zahedi sebagai penggantinya. Tetapi usaha ini juga tidak membuahkan hasil kerana sokongan dan kepecayaan massa di Iran terhadap Mossadegh masih kuat.

CIA hampir putus asa melihat pemerintahan Mossadegh berjaya menangkap agen-agen mereka yang direkrut di Iran serta melaksankan dasar ketat terhadap media massa. Shah Iran yang awalnya menyokong perancangan kudeta CIA, turut melarikan diri ke Baghdad.

Tapi CIA tidak mahu Operasi Ajax itu gagal. Di Baghdad, CIA berjaya memujuk Shah Iran untuk mengeluarkan dekrit (surat kuasa) untuk membubarkan pemerintahan Mossadegh. Dekrit yang disiarkan pada 19 Ogos oleh seluruh media massa itu menyemarakkan rusuhan massa di Iran yang memaksa Mossadegh melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Jenderal Zahedi.

Untuk CIA, Operasi Ajax adalah untuk menggulingkan Mossadegh yang menjadi salah satu operasi perisikan terbesar AS, yang dinilai berjaya. Shah Reza Pahlevi yang pro Barat kembali ke Iran dan sebagai ucapan terima kasih, Shah mengizinkan kembali AIOC mengelolakan minyak Iran, bersama lima syarikat minyak AS, satu syarikat minyak Perancis dan syarikat minyak Dutch Royal Shell.

Operasi Ajax yang dilakukan CIA untuk menggulingkan pemerintahan di Iran itu dirancang dengan cara menimbulkan kerusuhan massa yang berjaya menimbulkan perasaan tidak percaya terhadap pemerintahan Mossadegh.

Melihat situasi Iran sekarang ini dan melihat sejarah Iran semasa Mossadegh, terbetik kepada kita untuk melontarkan pertanyaan, apakah punca sebenar tercetusnya situasi ini; kerana ketidakpuasan hati sebahagian rakyat Iran terhadap keputusan pilihanraya atau terdapat tangan-tangan asing, yang memang ingin menciptakan situasi kecoh untuk mengurangkan kewibawaan pemerintah Iran. Apatah lagi kebelakangan ini hubungan antara Barat dan Iran kelihatan tegang dan Barat tidak menyukai perwatakan Ahmadinejad yang memenangi kembali pilihanraya di Iran.

Berkaitan dengan situasi terakhir di Iran, pernyataan penulis dan wartawan, Robert Fisk perlu diteliti. Fisk dalam liputan langsung terhadap aksi demonstrasi di Iran dalam website Al Jazeera mengatakan; tidak semua penunjuk perasaan di Iran menyokong Mousavi. Sebahagian besar dari mereka, kata mereka, hanya orang-orang yang sekadar mempersoalkan keputusan pilihanraya.

“Saya fikir tidak semua penunjuk perasaan adalah pendokong Mir Hussein Mousavi, tetapi mereka adalah orang-orang yang tidak percaya bahawa Ahmadinejad boleh memenangi pilihanraya,” kata Fisk.

Aksi tunjuk perasaan di kota Teheran hari ini masih berlaku dan dikhabarkan sudah, tujuh orang telah terkorban.

Patut diteliti, sikap dunia yang menutup mulut dan tidak menunjukkan peranan aktif dan kritiknya dalam situasi terakhir di Iran menjadi tanda tanya. Mereka lebih memilih untuk berdiam diri dan mengamini tuduhan-tuduhan Barat terhadap Iran.

AIDC menterjemah artikel swaramuslim, Indonesia. Artikel asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: