Iblis bernama ‘homoseksual’

Kerana mempromosikan homoseksual, media liberal Iran, ‘Shargh’ telah ditutup oleh kerajaan. Di Indonesia, promosi seperti itu masih mudah ditemui, malah ditemui juga dalam media kampus IAIN (Institut Agama Islam Negeri).

Baru tiga bulan beroperasi, surat khabar liberal Iran, ‘Shargh’ ditutup kembali. [ Akhbar berbahasa Parsi yang memperjuangkan ‘reformis’. ‘Shargh’ bermaksud ‘Timur. Ketua Editornya bernama Mohammad Ghouchani]

Isnin, 6/8/2007, akhbar harian yang terkenal mempromosikan liberalisme, diberhentikan kerana isu homoseksual.

Pada tahun lalu, akhbar ‘Shargh’ pernah diberhentikan kerana menyiarkan secara berterusan isu kartun sindiran Ahmadinejad.

Pada Mei lalu, media tersebut dibenarkan mengembalikan penerbitannya. Namun akhirnya, ditutup sekali lagi kerana menulis masalah homoseksual.

“Saya sudah diberi amaran bahawa badan pengawas media telah mengarahkan penutupan itu. Tetapi, hingga saat ini, kami belum menerima surat rasmi,” kata Mehdi Rahmanian, pemilik permit akhbar itu merangkap Lembaga Pengarah Shargh.

Menurut Mehdi Rahmanian, arahan penutupan untuk kali kedua ini, diakibatkan oleh siaran wawancara dengan seorang aktivis homoseksual Iran.

“Kami menyiarkan artikel wawancara dengan seorang penulis ekspatriat (orang yang dibuang negara). Menurut badan pengawas media, orang yang memberi maklumat (narasumber) kepada kami itu mempunyai masalah moral kerana secara terang-terangan dalam weblognya mempromosikan lesbian,” jelas Rahmanian.

Dia menyatakan, alasan itu tidak munasabah. Kerana, akhbar ‘Shargh’ mewawancara individu yang bernama Saghi Ghahreman, yang merupakan seorang penyair.

Saghi Ghahreman, penyair dan ketua organisasi homoseksual Iran. Melarikan diri dari Iran dan menetap di Kanada kerana negara itu mengamalkan demokrasi, hak asasi dan kebebasan individu

“Mewawancara seseorang itu, tidak boleh dijadikan alasan untuk penutupan, kecuali terdapat pelanggaran syarat selama sesi wawancara itu,” tegas penguam bela akhbar Shargh, Mahmoud Alizadeh Tabatabai.

Wawancara itu berjudul ‘Feminine Languange’ bersama dengan Ghahreman itu diterbitkan pada Sabtu (4/8/2007).

Ketika penerbitan artikel tersebut, akhbar harian ‘Kayhan’ mengkritik akhbar ‘Shargh’ dengan mengatakan Ghahreman adalah ketua organisasi homoseksual Iran.

Akhbar harian Kayhan juga menyatakan bahawa perempuan (Ghahreman) yang kini tinggal di Kanada itu adalah pelarian anti-revolusi Iran.

Berkaitan dengan krisis itu, akhbar ‘Shargh’ terus meminta maaf secara terbuka kepada umum dalam edisinya.

Negara Iran bertindak tegas terhadap gaya hidup liberal. Tetapi di Indonesia, kes seperti ini mudah ditemui, sama ada di dalam filem, televisyen, buku dan majalah. Bahkan, majalah kampus IAIN Semarang juga turut berkempen perkahwinan antara sesama jenis.

AIDC menterjemah artikel swaramuslim. Artikel asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: