Ucapan terbaru Anwar kepada Amerika Syarikat : Mahkamah Malaysia, Polisi Obama & Hubungan peniaga Muslim-Yahudi

Artikel terjemahan : AIDC Translater

UCAPAN OLEH ANWAR IBRAHIM DI ‘PELUANG PERNIAGAAN DALAM DUNIA ISLAM’ SEMINAR DI WASHINGTON DC, 26 JUN 2009, LINTAS LANGSUNG MELALUI TV ANTARA.

Tuan – tuan dan puan-puan, tetamu – tetamu yang dihormati, kawan – kawan dan teman – teman dari Amerika Syarikat dan seluruh dunia Islam.

Saya harus minta maaf kepada penganjur, Dewan Perniagaan Amerika, CIPE, Projek Penyatuan Dunia Islam – Amerika dan kepada tetamu – tetamu hadiri hari ini kerana saya tidak dapat bersama secara peribadi.

Saya teringat kenangan manis sewaktu di Washington DC. Lawatan ini menawarkan satu peluang untuk melawat kawan – kawan dan teman – teman. Bagaimanapun, seperti yang anda tahu, saya mempunyai masa yang agak susah berurusan dengan Mahkamah Malaysia.

Tidak kira, bagaimana kami berjaya menunjukkan kekurangan mereka dalam percubaan mendakwa terhadap saya, mereka kekal tanpa belas kasihan dengan azam mereka untuk menyusahkan saya. Akibatnya, saya terpaksa membuat satu siri kemunculan yang dahulunya tidak di jadual di Mahkamah.

Pancang – pancang tinggi, kita sekali lagi menyaksikan penyalahgunaan badan kehakiman di tangan – tangan eksekutif. Begitu jelas strategi mereka adalah untuk memenjarakan saya dengan tujuan untuk mengikat arus kebebasan dan demokrasi tetapi saya boleh katakan dengan yakin bahawa mereka silap.

Saya mulakan dengan berkata perdagangan dan perusahaan adalah salah satu daripada mekanisme utama di mana dunia Islam melibatkan jiran – jirannya, Timur dan Barat. Pedagang – pedagang Islam dan ahli perniagaan adalah antara agen utama yang paling tepat kita gambarkan sebagai globalisasi dalam abad – abad awal kemunculan Islam.

Semasa umat Islam terdahulu pastinya mempunyai semangat untuk menyebarkan kepercayaan penemuan baru, satu perkara yang tidak boleh menidakkan adalah kemahiran dengan laluan – laluan perdagangan baru yang didirikan untuk menghubung empayar berkembang dengan pesat.

Ibnu Saghir memerhatikan seawal pertengahan abad ke 8, dari kejauhan kota – kota pinggir Sahara, berdagang dengan saudagar dari Basra, Kufa dan Khorasan – pada masa itu jarak bukan penghalang. Selain Ibnu Saghir saya juga sentuh berkenaan perasan perhubungan biasa antara pedagang- pedagang Islam dan Yahudi pada waktu itu.

Asia Tenggara adalah satu contoh tanah jauh yang dihuni dengan pelbagai agama kemudian berubah menjadi cabang utama tamadun Islam, bukan oleh konfrontasi ketenteraan tetapi melalui perdagangan, perniagaan dan keberkatan ahli sufi keramat.

Bandar – bandar perniagaan agung Eropah seperti Venice sering mengelarkan pelabuhan – pelabuhan perniagaan dari dunia Islam dan bandar agung seperti Cairo dan Istanbul sebagai tempat – tempat yang selalu bercampur gaul dan pertukaran.

Mekah, tumpuan utama dunia Islam dan pusat ibadah, adalah sebagai satu tempat yang digunakan untuk merehatkan kerohanian dan tempat mencari ketenangan serta sebagai tempat perjumpaan kafilah – kafilah dari Timur dan Barat. Sekali dalam setahun perhimpunan ini akan menjadi pusat bagi pertukaran barang – barang dan idea – idea serta berita – berita, maklumat dari semua tempat dalam dunia Islam.

Di tengah – tengah aktiviti komersial itu terdapat pertukaran pemikiran secara mendalam dari segi falsafah, metafizik dan debat yang melintasi serta menyilangi bahagian – bahagian keagamaan.

Presiden Obama, dalam ucapan bersejarah di Cairo pada awal bulan ini, menyentuh tentang keberhutangan para intelektual Eropah kepada dunia Islam. Tidak dinafikan bahawa Pencerahan Eropah sebelum ini, banyak terhutang budi daripada transformasi pengetahuan Islam Sepanyol dan bandar – bandar Toledo, Granada dan Fes di Afrika Utara – di mana mereka mewakili satu masyarakat ekonomi yang berkembang maju sebagai satu pre-Columbian untuk penerokaan kepada Dunia Baru.

Warisan bersejarah ini menggariskan keperluan untuk perbincangan seperti ini, di mana pendapat – pendapat boleh diluahkan dengan berdepan secara ikhlas. Matlamat kita sangat jelas. Objektif kita pada hari ini adalah untuk mencipta detik sejarah di mana kita hidup – kemelesetan global membentuk satu epik; dunia Islam dalam perubahan dan sentiasa dalam keadaan berubah – ubah, serta pentadbiran Amerika yang benar -benar memahami dan komited dalam perhubungan.

Penghargaan wajar diberikan kepada Presiden Obama dalam usahanya untuk memulakan pemulihan hubungan baik dengan dunia Islam. Bermula dengan pengumuman – pengumumannya untuk menutup Teluk Guatanamo, menamatkan perang di Iraq dan menegaskan kesungguhan pentadbirannya dalam menyelesaikan konflik Palestin – Israel telah diterima dengan optimistik.

Kenyataan di Cairo bersama dengan lawatan beliau ke Turki pada April lalu menyatakan kepercayaannya bahawa Amerika dan dunia Islam boleh menjadi rakan bukan sahaja dalam memastikan keselamatan bersama tetapi juga dalam menjalankan agenda bersama.

Kita tidak bercakap hanya tentang toleransi, perbezaan dalam budaya dan agama atau hanya menghormati pandangan bercapah dari pelbagai perspektif tetapi bersama-sama menjayakan agenda bersama yang ditakrifkan oleh umum dan berkongsi nilai kebebasan, hak-hak asasi dan mengejar kehidupan bermakna serta pencarian dengan penuh azam.

Dalam agenda ini, seharusnya tiada perbezaan warna, tiada sempadan – sempadan geografi dan tiada jurang bahasa dan agama.

Bagaimanapun, realitinya menjadikan ia sukar direalisasikan – dan pentadbiran meenghadapi halangan – halangan dalam menjayakan usaha besar ini. Pengkritik akan cepat menuduh semua ini lebih kepada retorik. Mereka berkata pentadbiran Obama ini tiada banyak bezanya daripada sebelum ini (Bush). Bagaimanapun, kita akan menjawab bahawa terlalu awal untuk membuat kesimpulan hasilnya.

Sebenarnya, saya masih optimistik bahawa jika Amerika dapat menemui rakan – rakan yang boleh dipercayai dalam dunia Muslim yang dapat meneruskan agenda ini, kemungkinan untuk menjayakan satu haluan baru adalah berhasil.

Kemelesetan yang telah merebak ke seluruh dunia telah melemahkan asas – asas yang sedia ada dalam sistem – sistem kewangan tradisional. Akibat kejatuhan Wall Street secara berterusan dengan ekonomi – ekonomi seluruh dunia turut meletakkan pertahanan melindungi kawasan tertentu.

Cara berfikir amat pantas menjadi mantera baru kemajuan terutama untuk pasaran – pasaran baru muncul sehingga pelaburan kewangan kembali menggegar deria semua orang.

Tetapi kita sepatutnya tidak melihat krisis kewangan ini hanya dari sudut negatif. Sebaliknya, jelas membuktikan yang ikatan antara rakyat di seluruh dunia adalah kuat dan boleh dimanfaatkan semasa penguncupan ini.

Meningkatkan hubungan komersial antara kedua – dua dunia hendaklah ditambah dengan tanda baca serta komitmen yang berterusan untuk pentadbiran baik dan jujur. Ia bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk mencapai objektif ini.

Sebenarnya, tidak kira berapa banyak kerajaan melaksanakan peraturan – peraturan ke atas amalan – amalan, peraturan – peraturan ini hanya berkesan kepada cara perniagaan dilaksanakan jika terdapat peluang kompetitif untuk diperolehi.

Tentulah ia sebahagian peningkatan kuasa kompetitif memacu pelaburan dan menguatkan nilai pemegang saham untuk bersama -sama dalam amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Arab Saudi dan Jordan telah mengetuai penghormatan ini, mentauliahkan penyelidikan intensif terhadap daya saing kebertanggungjawaban kepada negara mereka sendiri. Negara Islam lain sepatutnya menimbangkan strategi – strategi yang sama dalam usaha mereka untuk menarik pelaburan luar yang semakin meningkat keprihatinan dengan isu – isu lain seperti perubahan iklim, pertahanan dan amalan – amalan buruh yang adil.

Menjadikan amalan – amalan kebertanggungjawab ini sebagai institusi – institusi yang boleh dipercayai dalam melaksanakan arahan undang-undang ke arah memupuk pembangunan sihat dan persatuan – persatuan awam bersemangat waja.

Untuk perniagaan – perniagaan beroperasi secara efisien, mahkamah – mahkamah haruslah adil dan saksama tetapi mesti juga dilihat berjaya dalam memutuskan pertikaian. Untuk rasuah dan salah guna kuasa, sama ada dalam korporat atau kerajaan, media hendaklah bebas melaporkan dan menganalisis tindakan mereka – mereka yang mengacu – acukan kuasa.

Pilihan raya bebas dan adil adalah hanya permulaan ke arah demokrasi; sebagai asas, hanya kepingan kecil dalam teka teki yang besar. Ini bermaksud pihak kerajaan pada akhirnya harus mencerminkan harapan dan aspirasi rakyat mereka.

Terima kasih.

AIDC menterjemah artikel ucapan Anwar Ibrahim yang disiarkan diblognya, anwaribrahimblog.com. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Lintas langsung ucapan Anwar ke Amerika Syarikat melalui TV Antara

2. Arahan mahkamah, Anwar batalkan ke Amerika Syarikat

3. Kes liwat : Aduan Anwar kepada Amerika Syarikat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: