Mala petaka besar, jika Anwar jadi PM – Dr Chandra

Forum The Star : Dari kiri, Karim Raslan, Prof Syed Arabi Idid (UIA), Dr Dennison Jayasooria (Pengarah Eksekutif Social Strategik Foundation), Wong, Dr Chandra Muzafar (JUST) dan Rita Sim(Insap) berdiskusi isu pilihanraya umum, di Menara The Star di Petaling Jaya, pada 3 Mac 2008.

PETALING JAYA: Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ia akan menjadi satu “bencana mala petaka besar” untuk Malaysia, kata bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (nama sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia menjadi PKR) , di Forum The Star, semalam.

Dr Chandra Muzaffar berkata walaupun bekas Timbalan Perdana Menteri seorang pemidato yang hebat, tetapi beliau bukanlah jenis pemimpin yang sesuai untuk negara ini, kerana beliau sekarang memperjuangkan prinsip yang berbeza dengan prinsipnya ketika berada di dalam kerajaan.

Dr Chandra yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional selama dua tahun setengah, berkata adalah malang kepada bukan Melayu di negara ini yang telah ditipu oleh pendirian Anwar berkenaan prinsip kepelbagaian etnik.

“Hari ini, beliau menggambarkan dirinya membawa satu imej yang berbeza sepenuhnya daripada imej sebelumnya dan adalah menyedihkan kerana agak ramai masyarakat bukan Melayu mempercayai lelaki ini (Anwar). Beliau mengatakan hari ini, beliau mahu memansuhkan DEB (Dasar Ekonomi Baru) dan itu adalah alunan muzik untuk telinga mereka.

“Kita begitu bersifat perkauman kerana itu kita tidak boleh menilai seseorang itu secara objektif,” kata Dr Chandra yang merupakan salah seorang daripada lima orang panel di The Star-Asian Centre untuk Forum Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Media Studies Public di Menara Star semalam.

Dr Chandra mengimbas kembali sejarah apabila Anwar menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah memaksa sekolah-sekolah untuk menukar daripada menggunakan Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu.

“Tunku Abdul Rahman mahu menggunakan Bahasa Malaysia untuk membawa semua kaum-kaum bersama dan beliau (Anwar) memaksa pengunaan Bahasa Melayu ke atas sistem persekolahan. Beliau juga bertanggungjawab meletakkan pentadbir-pentadbir berpendidikan bukan Cina di sekolah-sekolah Cina.”

Dr Chandra berkata berkata ketika Anwar berurusan dengan kes Kampung Jawa iaitu pertembungan antara Hindu dan India Muslim di Pulau Pinang, Anwar telah berkata bahawa “beliau akan memastikan loceng-loceng kuil tidak akan berbunyi di negara lagi”.

Dr Chandra berkata kualiti seorang pemimpin paling penting dalam sebuah negara yang pelbagai etnik adalah kejujuran dan apabila seorang pemimpin bercakap tentang isu-isu sensitif, dia harus bercakap perkara yang sama kepada orang bukan Melayu seperti dia bercakap kepada orang Melayu.

“Anda tidak boleh bermain wayang kerana ia sangat berbahaya,” katanya.

Dr Chandra juga berkata bahawa walaupun Barisan Nasional mempunyai kecacatannya, tetapi tidak ada campuran lain lagi di negara ini.

Menyentuh berkenaan “pengalaman pahit” beliau semasa terlibat dalam parti, katanya pembangkang telah mencuba untuk membentuk satu perikatan yang dipanggil Barisan Alternatif (BA), yang mengandungi PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia, dan beliau telah ditugaskan untuk membuat satu manifesto Keadilan Malaysia untuk pilihan raya umum 1999.

“BA telah melakukan dengan baik dan ia merupakan salah satu prestasi unggul pembangkang tetapi selepas pilihan raya umum itu, PAS telah memutuskan untuk meneruskan satu pemerintahan sangat konservatif Islam di Terengganu dan ini menyukarkan kita.

DAP menekankan satu jenis sekularisme yang agresif, yang tidak faham peranan keagamaan dalam Negara ini. Satu jurang dalam telah terbina dan pembangkang itu tidak dapat bertolak ansur dan saya tidak fikir mereka boleh bertahan untuk selamanya,” katanya.

Pada hari Ahad, bekas presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik juga mengecam Anwar dan menggambarkanbeliau sebagai “sumpah-sumpah” (chameleon) yang boleh bertukar warna bergantung kepada jenis penonton yang dihadapinya.

Berkaitan pengalamannya dengan Anwar, Dr Lim berkata: “Saya dengannya sebagai seorang ahli Jawatankuasa Kabinet Pendidikan dari tahun 1987 hingga 1990 apabila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan beliau memberi kami sebuah neraka”

“Pernah satu hari, saya bertanya kepadanya jika beliau mahu membuang sekolah-sekolah Cina. Saya beritahunya, jika itu yang beliau mahu, beliau harus mengatakannya,” katanya ketika mengambil usaha komuniti masyarakat Cina untuk memansuhkan Seksyen 21 dalam Akta Pelajaran1961, yang memberi kuasa-kuasa untuk menutup sekolah-sekolah dan mengubah sekolah-sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah-sekolah kebangsaan.

“Kami mendesak pemansuhan itu selama lima tahun tetapi beliau tidak pernah memindanya,” Dr Lim menambah bahawa semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah membatalkan seksyen itu.

AIDC menterjemah artikel The Star, bertajuk ‘Disaster if Anwar is PM’. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Kenyataan media Dr Chandra Muzaffar : Anwar Ibrahim , Aliran dan kebenaran

2. Jika Anwar Ibrahim jadi PM, malapetaka besar kepada rakyat Malaysia – Dr Chandra

One Response to “Mala petaka besar, jika Anwar jadi PM – Dr Chandra”

  1. Siapa Anwar Ibrahim 5: Wajah sebenar Anwar « http://rmf7.wordpress.com Says:

    […] Penglibatan Anwar Ibrahim dan Dr Chandra Muzafar tentunya amat menarik kerana Dr Chandra sebelum ini pernah mendakwa Anwar tidak sesuai menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerana beliau tahu siapakah Anwar dan tahu ‘permainan’ di sebalik tabir Anwar khususnya dengan Amerika Syarikat. Ekoran kenyataan itu Dr Chandra telah disaman oleh Anwar dan kesnya masih dalam proses mahkamah Malaysia.Klik di sini […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: