TUJUH SOALAN FOREIGN POLICY KEPADA ANWAR IBRAHIM

Bill Clinton pernah sekali gambarkan dirinya “budak bermasalah,” tetapi ia tidak apa-apa ke atas Anwar Ibrahim (AI). 2 minggu lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah bersih daripada sekatan penjara politik untuk sertai semula politik, dan ramai anggap beliau bakal menjadi Perdana Menteri untuk negaranya. Beliau berkata kepada FP (Foreign Policy) tentang beliau kembali untuk berkuasa dan bagaimana bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad anggap beliau boleh memecahbelahkannya.

FP: Bila anda akan mencari pejabat politik?

AI: Saya boleh sekarang. Isu sekarang ialah bila saya mahu lakukan. [Pakatan Pembangkang] punyai 5 kerajaan negeri dengan satu Wilayah Persekutuan, 6 kawasan tersebut adalah kawasan utama. Kita harus pastikan mereka urus dengan baik dan jujur. Banyak benda perlu dilakukan kerana kita bukan sahaja perlu prestasi lebih baik daripada kerajaan sebelum ini. Saya mahu pastikan pakatan ini akan bersama, dan ada tanggungjawab mengurus kerajaan. Ini lebih susah daripada saya merebut kerusi ke Parlimen, kerana ia akan pesongkan perhatian. Tetapi saya bukan tidak ambil kira [perebutan kepada pejabat].  Kami masih mencarinya dan ia boleh jadi tidak lama lagi.

FP: Apa penjelasan anda tentang prestasi kuat Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya lepas?

AI: Ia adalah formula kekuatan lebih kepelbagaian kaum, kepelbagaian agama. Kami bersatu di atas asas kepercayaan kami dalam perubahan demokrasi. Selepas semuanya, ini bukan sesuatu asing. Ini apa yang telah dijanjikan kepada kami bila kami capai kemerdekaan dalam 1957. Bersama dengan agenda kepelbagaian kaum, kepelbagaian agama, kami bercakap tentang agenda baru ekonomi Malaysia. Negara telah hilang daya saing. Tiada badan kehakiman bebas. Rakyat lebih untuk tidak peduli fakta pentadbiran demokrasi sebenar sepatutnya beri rakyat lebih keyakinan.

Plihan raya di sini tidak pernah adil dan bebas. Kami tiada kebebasan media. Saya tiada diberi masa 10 minit untuk muncul di televisyen tempatan. Walaupun proses pemilihan jelas palsu. Tetapi dengan semua itu, kita masih dapat buat persembahan cukup bagus. Mereka gelarnya sekarang tsunami politik.

FP: Jadi apakah bahagian paling susah mengetuai parti pembangkang seperti ini?

AI: Anda perlu luangkan lebih masa untuk menyatukan mereka. Buatkan mereka untuk setuju bukan hanya perkara kepentingan politik. Ia adalah perkara untuk buat polisi khusus dan agenda perubahan sementara melindungi kepentingan elemen parti masing-masing. Penyatuan ialah beberapa siri perbincangan. Ia memenatkan.

FP: Adakah anda peka tentang mereka berpaling tadah? Bagaimana anda mahu mengekalkan mereka bersama?

AI: Masa sekarang kami sangat kukuh dan komited terhadap program. Sebenarnya, parti pemerintah sekarang risau tentang mereka berpaling tadah. Kami ada nombor. Kami ada 30 [ahli dari parti pemerintah yang nyatakan untuk paling tadah]. Soalan seterusnya ialah, kenapa kita tidak bertindak sekarang? Kami tidak bertindak sekarang kerana beberapa sebab. Pertama, Parlimen masih belum bersidang. Kedua, kami mahu majoriti selesa. Ketiga, kepada mereka yang telah nyatakan persetujuan mesti diuji dimana mereka komited terhadap agenda perubahan. Jika tidak pakatan boleh jadi tidak stabil.

FP: Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun sebelum bersara 2003. Apakah pendapat anda legasi beliau akan jadi?

AI: Pendapat saya [beliau akan diingati] sebagai seorang nasionalis muda dalam cuba untuk menjadi lebih berdikari, tetapi membesar menjadi terlebih yakin, terlebih positif, dan bertukar ke arah gila kuasa. Negara adalah beliau. Ini adalah masalah kerap berlaku dengan ramai pemimpin negara-negara baru. Anda dapat rasakan juga sekarang yang beliau percaya beliau tidak boleh pergi kerana apa [beliau fikir] akan jadi musnah. Apa akan musnah? Media dan badan kehakiman telah musnah di bawah beliau.

FP: Anda terlibat dalam masalah dalam lewat 1990 apabila anda mula kritik Mahathir, bekas mentor politik anda. Adakah anda memandang rendah beliau sebagai lawan politik?

AI: Tidak, saya tidak pernah. Tetapi pada masa itu saya ada pendapat yang kuat. Dia marah idea dan hubungan baik saya dengan barat, terutama Amerika Syarikat. Saya berkata, saya tahu saya tidak berada dalam senarai gaji CIA. Saya ada pandangan kuat terhadap isu Iraq. Saya ada pendapat tersendiri. Apa masalah saya melayan Amerika sebagai kawan? Beliau jangka semua orang lain menjadi anti-Amerika kepada perkara-perkara tidak betul.

FP: Adakah anda berpendapat Mahathir tidak sengaja jadikan anda lawan yang kuat?

AI: Mahathir sebenarnya pandang rendah saya. Beliau selalu percaya orang akan musnah di bawah penderaan atau tahanan. Beliau ada beritahu saya, semasa kami rapat, apa beliau paling takut ialah ditahan tanpa ketahui bila akan dikeluarkan. Jadi itu apa beliau lakukan pada saya. Beliau memandang rendah saya. Beliau fikir saya akan musnah.

Anwar Ibrahim ialah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau telah dipenjara 6 tahun atas salah guna kuasa pada 1999, dijatuhi 9 tahun penjara di atas meliwat pada 2000, dan dibebaskan pada 2004. Beliau sekarang mengetuai Pakatan Parti Pembangkang di negaranya.

Sumber: http://www.foreignpolicy.com/story/cms.php?story_id=4300

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: