CNN — Tiga buah gereja di Asia Tenggara [Malaysia] di serang oleh penyerang menggunakan bom api tengah malam semalam, serangan datang di tengah-tengah kemarahan umat Islam terhadap keputusan mahkamah benarkan Kristian gunakan perkataan Allah sebagai terma untuk God.
Laporan berita Malaysia melaporkan tiada mangsa cedera dilaporkan, dan polis telah berjanji untuk tingkatkan keselamatan di gereja-gereja dan rumah ibadat lain.
Tetapi tindakan ini menimbulkan kerisauan dalam pelbagai masyarakat – di mana 60 peratus adalah Islam, 19 peratus Buddha, 9 peratus Kristian dan 6 peratus Hindu.
“Kami dukacita tindakan melampau pihak-pihak tidak bertanggungjawab membaling bom api ke dalam gereja. Tindakan ini mengambarkan ketidakmatangan dan tidak bertolak ansur mereka terhadap orang lain dalam masyarakat pelbagai kaum,” kata National Evagelical Christian Fellowship Malaysia dalam satu kenyataan.
Keganasan muncul apabila umat Islam bantah keputusan sebelum ini membenarkan suratkhabar Katalolik gunakan perkataan ‘Allah’ untuk God. Umat Islam percaya Allah, perkataan Arab, sepatutnya hanya digunakan oleh umat Islam. Penangguhan penggunaan telah dibuat atas alas an kepentingan negara.
Hari Jumaat umat Islam berdemonstrasi di jalanan untuk membantah penggunaan perkataan tersebut oleh bukan Islam, dan pihak berkuasa seperti Perdana Menteri Malaysia Najib Razak minta perkara diselesaikan di mahkamah dengan tenang dan berharap demontrasi dilakukan tidak melampau.
“Kita tidak patut semarakan tahap ketegangan dalam negara ini,” kata beliau Khamis lalu, seperti dipetik oleh Bernama, Agensi Berita Kebangsaan Malaysia.
Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ketua Negara Malaysia, Jumaat lalu menyeru supaya bertenang dan berpegang kepada semangat perpaduan, menurut laporan Bernama.
Tiga gereja yang diserang adalah berada di kawasan Kuala Lumpur. Ia adalah Gereja Metro Tabernacle, Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel. Serangan berlaku lewat malam Khamis dan awal pagi Jumaat.
“Wajib kerajaan Malaysia menyiasat pengeboman gereja dan untuk mendakwa pesalah ini sebagai pengajaran kepada keganasan beragama,” kata Leornado Leo, Pengerusi Antarabangsa Suruhanjaya Amerika Syarikat bagi Kebebasan Beragama, iaitu sebuah badan bebas peringkat persekutuan yang buat cadangan kepada Kongres dan Presiden terhadap bagaimana untuk menangani pencabulan terhadap kebebasan beragama seluruh dunia.
“Terdapat banyak bahagian dalam dunia di mana Kristian guna perkataan ‘Allah’ dalam terjemahan Bible,” beliau beritahu CNN dalam wawancara telefon. “Jadi Mahkamah Tinggi Malaysia mengubah larangan kerajaan penggunaan perkataan tersebut tidak sekata dengan amalan tempat lain di seluruh dunia. Larangan kerajaan Malaysia itu adalah luar biasa, bukan arahan mahkamah.”
sumber: http://www.cnn.com/2010/WORLD/asiapcf/01/08/malaysia.churches.attacked/index.html
8 January 2010
Leave a Reply