POLITIK ‘ALLAH’

Malaysia masih lagi berhempas untuk mengesahkan kebebasan asasi

Tuhan bermaksud sayang di kebanyakan tempat, tapi di Malaysia ia juga bermaksud politik. Itu adalah tindakan daripada kerajaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) – yang cuba membatalkan penggunaan perkataan ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam.

Isunya adalah Katolik Herald berjuang dua tahun di mahkamah untuk penggunaan perkataan di dalam Bahasa Melayu – di mana ia mendakwa ia perlu dilakukan kerana tiada perkataan sesuai untuk ‘God’ dalam Bahasa Melayu. Minggu lepas, Mahkamah Tinggi menterbalikkan larangan kerajaan. Semalam, bagaimanapun, gereja bersetuju untuk menangguhkan keputusan – atas permintaan kerajaan – sehingga kerajaan boleh merayu. Jadi sekali lagi Herald terkongkong.

Peguam Negara Abdul Gani Patail menyatakan keputusan tersebut sebagai ‘satu kepentingan negara’ di mana umat Islam di seluruh Malaysia akan memberontak jika Herald dibenar merujuk God kepada bahasa lain. Usah risau rakyat Malaysia telah lama yakin terhadap keamanan wujud selama ini.

Sebab sebenar UMNO mempolitik isu dan kembali pada asas konservatif boleh jadi untuk memesongkan perhatian daripada kelemahan – kelemahan politiknya. Pakatan pembangkang, diketuai oleh Anwar Ibrahim, telah peroleh populariti dengan perjuangkan satu wawasan sebuah negara sekular di mana semua agama punyai hak sama rata. Walaupun, pakatan pembangkang Islam, Parti Islam Semalaysia – di mana tidak sentiasa menyokong idea liberal – keluarkan kenyataan Isnin lalu menyatakan penggunaan Herald untuk ‘Allah’ adalah hak perlembagaanya.

Perdana Menteri Najib Razak berkata isu ‘Allah’ adalah satu ‘isu sensitif’ Ahad lalu. Tetapi membenarkan partinya untuk teruskan pengurangan hak bersuara, beliau hanya menyemarakkan ketegangan. Adalah mendukacitakan terhadap lelaki yang berjanji untuk wujudkan ‘Satu Malaysia’.

sumber:
http://anwaribrahimblog.com/2010/01/07/the-politics-of-allah/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: