IIIT: Joseph Louis Young menikam Ismail Faruqi

Oleh: Amy S.Rosenberg, Staf Penulis Inquirer

Joseph Louis Young menikam pemikir Islam Ismail dan Lois al-Faruqi hingga mati dengan pisau 15 inci di rumah kediaman mereka di bandar Cheltenham kerana mensyaki mereka punyai hubungan homoseksual dengan pelajar – pelajar Malaysia, berdasar kepada bacaan pengakuan di perbicaraan Young semalam.

Pada hari pertama testimoni di Mahkamah Daerah Montgomery, Carol Keenan Detektif Polis Philadelphia membaca lapan muka surat, pengakuan bertaip ditandatangani oleh Young bila beliau di tangkap pada 16 Jan.

Berdasar kepada pengakuan beliau, Young, juga dikenali sebagai Yusuf Ali, bunuh kedua mereka kerana beliau “mengetahui bahawa Dr.Faruqi dan isterinya punyai hubungan homoseksual dengan pelajar – pelajar Malaysia.”

Peguam bela Stephen G. Heckman berkata bahawa sebagai budak, Young, 40 tahun, dari Utara Philadelphia, telah diserang secara seksual oleh seorang lelaki. Homoseksual ialah “satu perbuatan memalukan untuk umat Islam,” Young berkata dalam pengakuannya.

Kenyataan Young menyatakan beliau telah digalakan untuk lakukan pembunuhan oleh Ghulam Nabi Fai, Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Islam, sebuah organisasi antarabangsa. Berdasar kepada kenyataan, Young menyatakan beliau dan Nabi Fei adalah “kawan karib…Beliau tidak pernah zahirkan secara terus dan meyatakan, tetapi saya tahu beliau berharap Dr.Faruqi dan isterinya akan mati dengan cara beliau nyatakan secara berlawak tentangnya (Ismail Al Faruqi) dan mengelarnya Bubba Besar.”

Sumber: Philadelphia Inquirer, The (PA); Published: 1987-02-21

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: