ORANG ISLAM TIDAK PUNYAI MONOPOLI KE ATAS ‘ALLAH’

Malaysia berada dalam kebimbangan kerana isu – isu minoriti telah dikendalikan dengan teruk

Oleh Anwar Ibrahim

Malaysia sekali lagi muncul dalam tajuk – tajuk utama antarabangsa disebabkan alasan – alasan salah. Dua minggu lepas, vandalisme dan pembakar – pembakar bangunan telah serang 10 tempat penyembahan, termasuk gereja Kristian dan kuil – kuil Sikh.  Walaupun tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta telah dibaiki, ia tidak boleh sama berkenaan parut emosi dan psikologi yang tinggal. Selepas kenyataan – kenyataan bertentangan oleh pegawai kerajaan, penyebab kepada keganasan tersebut masih belum diketahui. Reputasi Malaysia sebagai sebuah negara aman dengan kepelbagaian etnik dan agamanya berada dalam bahaya.

Pengendalian Malaysia dalam tangani isu-isu keagamaan dan keganasan agama bukan suatu luar biasa. Penganiyaan terhadap kumpulan minoriti di negara-negara Islam lebih buruk berbanding tindakan umat Islam mengutuk Barat. Saya telah menarik perhatian kepada keperluan lebih luas dalam dunia Islam untuk kepimpinan menunjukkan konsisten dan kredibiliti dalam apa kita panggil kehakiman, keadilan dan kemajmukan (pluralisme). Nilai-nilai ini tertanam dalam tradisi Islam sebagai objektif – objektif lebih tinggi Syariah dijelaskan oleh pakar undang-undang Al – Shatibi dalam abad ke 12.

Kita pernah lihat bantahan umat Islam seluruh dunia terhadap diskriminasi undang-undang yang sepatutnya dilepaskan di negara-negara dikatakan liberal dan progresif di Barat. Sebaik sahaja France (Perancis) dan Jerman punyai isu-isu tersendiri dengan burqa dan Switzerland dengan isu menara masjid, jadi begitu juga Malaysia seringkali gagal untuk tawarkan persekitaran selamat dan terjamin menempatkan komuniti minoritinya.

Serangan-serangan pembakaran bangunan baru-baru ini contoh kepada cara Malaysia memandang rakyatnya yang bukan Islam. Serangan-serangan telah diprovokasi oleh kontroversi penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh komuniti Kristian Malaysia, di mana ia berjumlah melebihi 2 juta, atau 10% daripada penduduk.

Akhir 2007, Kementerian Dalam Negeri menghalang penggunaan perkataan oleh Herald, suratkhabar Katholik, kemudian merampas 15 000 naskah Bahasa Melayu Bible yang diimport dari Indonesia di mana perkataan Tuhan [God] diterjemah sebagai ‘Allah’. 31 Dis 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah menolak larangan terdahulu, menegaskan jaminan-jaminan perlembagaan mengenai kebebasan beragama di Malaysia. Semenjak itu, satu keadaan tegang meletus, sebahagian besar disebabkan oleh hasutan beberapa ahli politik melulu, media utama dan gerombolan organisasi-organisasi bukan kerajaan disambung oleh ahli-ahli dan kepimpinan kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, parti pemerintah.

Sebagai contoh, Utusan Malaysia, akhbar Bahasa Melayu terbesar negara – di mana dimiliki oleh UMNO – telah menaikkan sentimen-sentimen agama Islam dengan menuduh bukan Islam mencabul nama Tuhan ‘Islam’ dan menuduh konspirasi Kristian untuk penuhi lebih banyak orang Islam menukar agama melalui murtad. Saya pernah lihat teknik-teknik propaganda pembakar diguna sebelum ini, apabila orang-orang politik dan pemimpin tamak eksploitasi sentimen untuk dapat sokongan ramai dengan bangkitkan ketakutan. Taktik sedemikian adalah berguna mengalih perhatian daripada skandal memalukan meliputi keputusan-keputusan mahkamah, untuk tuduhan-tuduhan daripada suruhanjaya-suruhanjaya tinggi hasil daripada pemerolehan tentera, untuk kecurian dua enjin jet daripada inventori Tentera Udara Diraja Malaysia.

Sesetengah umat Islam seluruh dunia akan sokong tuntutan bahawa kita punyai hak monopoli ke atas perkataan ‘Allah’. Ia telah diterima bahawa perkataan tersebut telah digunakan dalam kamus orang-orang Arab pra-Islam. Bahasa Arab tua bahasa Semitic juga merujuk Tuhan [God] sebagai ‘Allah’: iaitu ‘Elaha’ dalam Aramaic dan ‘Elohim’ dalam bahasa Hebrew. Manuskrip-manuskrip sejarah buktikan bahawa percakapan orang-orang Arab – Islam, Kristian dan Yahudi telah secara kolektif berdoa kepada Tuhan, Pencipta dan Pentadbir Semesta, sebagai ‘Allah’ lebih daripada 1 400 tahun. Sejarah Islam di Asia Tenggara pula telah dikenali dengan tradisi kemajmukan yang merangkumi semua, manakala hubungan persahabatan antara orang Islam dan bukan Islam telah menjadi satu norma sejak beberapa generasi.

Sehubungan itu cendekiawan Islam di luar Malaysia melihat isu penggunaan kalimah ‘Allah’ sebagai tidak masuk akal dan tidak dapat menduga ia mencetuskan bantahan dan kemarahan. Penduduk minoriti Islam hidup di Barat, terutama selepas 9/11, telah dengan berterusan cuba ingatkan ramai orang-orang Islam, Kristian dan Yahudi berkongsi asal usul dan akhirnya sembah Tuhan sama.

Sensitiviti-sensitiviti tempatan telah dibangkitkan ke atas isu-isu ini. Mereka patut tangani melalui dialog dan persefahaman. Daripada membenarkan perasaan takut dan minda terkepung merebak, umat Islam harus digalakkan terlibat untuk berhubung dan tunjuk keprihatinan mereka kepada orang-orang Kristian dalam cara membina. Contoh orang Islam Sepanyol suatu ketika dahulu dalam sejarah harus dijadikan cita-cita oleh rakyat Islam Malaysia. Tetapi usaha-usaha untuk memelihara ikatan tidak hanya ditemui pada masa lampau.  Inisiatif ‘Common Word’ yang sedang berlangsung, adalah usaha global yang dilancarkan dalam 2007 yang menerima 130 sokongan daripada sarjana Islam terkemuka dunia, telah cipta sejarah ke arah membina niat baik antara Islam dan Kristian untuk mencari jalan hidup dalam aman dan harmoni. Bahawa ia sungguh ironis apabila usaha-usaha mulia seperti ini tidak dibatalkan oleh tindakan umat Islam sendiri.

Reputasi Malaysia peringkat antarabangsa tercalar semenjak Perdana Menteri Najib Razak angkat sumpah tahun lepas. Walaupun berjaya promosi perpaduan nasional, berita berkenaan merotan perempuan muda Islam didakwa minum arak,  penggunaan kepala lembu protes terhadap pembinaan sebuah kuil Hindu, layanan buruk terhadap Mualaf yang kembali kepada agama asal mereka dan juga pengharaman amalan yoga kepada orang-orang Islam menyebabkan ramai dalam dan luar negara tertanya-tanya arah tuju Malaysia di bawah kepimpinan Najib.

Sudah sedia ada keraguan terhadap kerajaan, hak asasi manusia, penguatkuasaan undang-undang dan rasuah berleluasa; kedudukan Malaysia dalam Trasperancy International jatuh ke tempat 10 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2009, ia adalah terburuk dalam masa 15 tahun. Visi Malaysia sebagai lokasi stabil dan aman untuk pelaburan, pelancongan dan penghijrahan sekarang berada dalam bahaya.

Ini paling penting bagi rakyat Malaysia harus bersaing dengan lankskap sosial dan politik yang semakin membesar. Malaysia tidak boleh dijadikan gadaian oleh kepentingan segelintir orang memanipulasi kepercayaan dan identiti untuk timbulkan ketakutan bagi kepentingan politik dan ekonomi. Ia adalah politik lama, dan telah jelas bahawa mereka mengetuai kebencian hanya untuk memanjangkan kuasa mereka. Majoriti rakyat Malaysia menolak pendekatan ini. Mereka sedari cabaran mendatang – ekonomi tidak stabil, taraf pendidikan menurun dan peningkatan jenayah – bergantung kepada kekuatan kita sebagai bangsa untuk lakukan dan menjadikan prinsip kesaksamaan dan keadilan kepada semua dibuat benar.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ahli Parlimen Parti Keadilan dan Ketua Pembangkang.

sumber: The Wall Street Journal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: