Anwar Ibrahim bahas perbicaraan, isu – isu umat Islam

(CNN) – Anwar Ibrahim pemimpin pembangkang Malaysia, yang sedang diadili di Kuala Lumpur bagi tuduhan liwat kali kedua, bercakap kepada wartawan Wajahat Ali berkenaan kontroversi dan berbahas mengenai konflik etnik dan agama serta masalah yang dihadapi di dunia Islam.

Wajahat Ali: Dr. Ibrahim, sekarang ini anda hadapi kontoversi, tuduhan jenayah liwat di Kuala Lumpur oleh bekas pembantu anda. Perbicaraan itu sedang berjalan ketika kita berbicara sekarang dan akhbar Malaysia mengelar peristiwa ini ‘Liwat 2’ kerana anda telah dihukum atas tuduhan sama pada 1998 (kemudian di mana telah digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004). Anda juga telah jalani penjara selama 6 tahun setelah dinyatakan bersalah pada 1998 kerana korup. Pertama, jika tiada kebenaran atas tuduhan ini jadi mengapa pembantu di bawah sumpah kebenaran dan beri keterangan amat terperinci untuk acara kotor seperti itu dan juga boleh dikatakan penghinaan seperti itu,memandangkan liwat adalah haram dan sangat tidak diterima di Malaysia? Kedua, jika tuduhan ini ‘direka-reka’ (oleh parti pemerintah) dan satu kepura – puraan, seperti anda dan penyokong telah katakan, mengapa?

Anwar Ibrahim: Kerajaan ketika ini berada dalam suasana ikhtiar hidup. Merasakan kematian sendiri berlarutan, dan kehilangan idea-idea yang bolehkan kembali sokongan rakyat, strateginya adalah merobohkan pembangkang dengan apa jua kos.  Sejak kemenangan tidak disangka pada Mac 2008, berbagai serangan telah muncul untuk meruntuhkan kerajaan negeri di bawah pemerintahan kami, mengancam dan  mengugut para pegawai lantikan kita dan untuk melemahkan kepercayaan awam terhadap keupayaan kita untuk memerintah.  Anda namakan dan ia sudah kepada kami……Tuduhan yang dilontarkan terhadap saya harus dilihat dalam konteks lebih luas. Faktanya ialah plot sama seperti 1998 berulang kembali di mana mencerminkan kemiskinan tertentu dan kurangnya kreativiti di pihak mereka. Mereka masih percaya beberapa bahagian pemilih Melayu-Islam, kemungkinan akan tentukan keputusan Pilihan Raya Umum berikutnya, akan diasingkan oleh tuduhan-tuduhan ini.  Saya musyki ini berlaku. Ada undian untuk buktikannya dan ketika kita pergi ke seluruh negara sekarang bilangan orang kadang-kadang dalam puluhan ribu. Rakyat Malaysia lebih bijak dan lebih berhati-hati hari ini dan tidak mudah ditipu.

Adapun sumpah di mahkamah dan di masjid – ini adalah lakonan yang abaikan proses dan prinsip undang-undang. Dalam mahkamah undang-undang sebenar, satu keputusan akan bersandar pada bukti objektif, tidak dapat dipertikaikan. Tapi di Malaysia, menunjukan perbicaraan telah biasa digunakan untuk memalukan dan menfitnah mereka yang bukan lagi menyokong mereka. Ini memberi kita lebih semangat untuk berjuang untuk pembaharuan.

(Kerajaan Malaysia telah tolak tuduhan dan tuntutan yang nyatakan untuk mengenakan Anwar dan parti politik beliau. Kerajaan juga bantah tuduhan terlibat dalam kes liwat Anwar.)

Wajahat Ali: Malaysia promosi dirinya sebagai aman, demokrasi, pelbagai etnik, negara Islam. Pada 31 Dis, mahkamah putuskan bahawa bukan Islam, iaitu Kristian, akhirnya dibenar untuk guna perkataan ‘Allah’ sebagai ganti nama untuk Tuhan, di mana kerajaan pantas merayu. Setelah berkuasa, hampir 11 gereja-gereja telah diserang, orang Kristian telah diganggu, dan juga sebuah kuil Sikh dan beberapa masjid telah dirosakkan. Kedua-dua rayuan kerajaan dan cara beberapa Melayu dilihat ke cadangan diskriminasi terhadap tetangga bukan Islam. Kebanyakan di Amerika menganggap perkara berlaku disebabkan antagonisme dan elitisme semula jadi Islam terhadap ‘lain’. Bagaimana anda menerangkan fenomena ini, dan mengapa istilah ‘Allah’ hanya dikhaskan bagi orang Islam?

Anwar Ibrahim: Cara menangani isu Allah hantar mesej salah kepada seluruh dunia mengenai Islam. Dalam keadaan semasa xenophobia di Eropah dan Amerika Syarikat, bagaimana kita boleh sebagai orang Islam berkata kita lebih baik bila melayan warganegara kita bukan Islam dengan penghinaan dan tidak hormat? Adalah aneh masalah ini hanya berlaku di Malaysia dan bukan di Timur Tengah atau bahkan Indonesia.

Dialog dan persefahaman sangat penting. Media utama semuanya dikawal oleh pemerintah sepatutnya meyediakan sudut pandangan semua dan bukan hanya pandangan paling extream yang menyokong kerajaan. Isu-isu sensitif yang sentuh sentimen agama dan etnik harus ditangani dengan hati-hati. Sebaliknya kerajaan biarkan kes ini melalui mahkamah, dibenarkan demonstrasi pembakaran awam dan selepas situasi meletup dalam keganasan para pemimpin mula buat kenyataan untuk lebih mengukur dan memanggil supaya bertenang. Saya temukan ini menyedihkan.

Di Malaysia bergaya seperti para pemimpin Muslim lebih banyak kaitan dengan politik daripada agama dan ideologi. Kerajaan pemerintah berharap dengan mengambil langkah keras ia akan dapat beberapa sokongan daripada sayap kanan di mana partinya berasas.  Baru-baru ini merotan individu lakukan hubungan seksual tidak sah adalah juga sebahagian usaha kerajaan untuk tingkatkan kepercayaan Islam terhadap kerajaan dan gambarkan pembangkang adalah lemah dan tunduk kepada tekanan antarabangsa.

Saya memahami ada kebimbangan besar terhadap kemampuan masyarakat Islam kontemporari untuk tangani isu-isu pluralisme dan kepelbagaian. Malaysia tidak membantu tangani isu untuk mereda rasa takut ini.  Tetapi terdapat sinar harapan. Kami telah gunakan insiden ini sebagai peluang untuk lancarkan siri dialog antara agama di seluruh negara. Dan saya didorong oleh kenyataan daripada Parti Islam SeMalaysia, PAS, di mana telah keluar sokongan kuat terhadap hak-hak seluruh rakyat Malaysia di bawah perlembagaan, yang jamin kebebasan bersuara dan agama.

Wajahat Ali: Berkait pada soalan tadi, apakah ada ruang bagi orang Islam dan bukan Islam untuk hidup harmoni di Malaysia? Jika parti anda punyai kuasa, bagaimana menangani situasi saat ini dan kemudian menerapkan perubahan yang akan meminumkan konflik etnik dan agama di masa depan?

Anwar Ibrahim: Islam Asia Tenggara dikenali dengan pendekatan inclusivistic. Agama datang ke kawasan ini melalui pedagang dari Arab dan oleh guru Sufi yang terintegrasi dengan budaya dan landskap sosial. Sementara Islam secara berperingkat menjadi tamadun dominan ini tidak dilakukan dengan korbankan kumpulan lain. Bahkan saya teringat kembali pada tahun 90an kita berkumpul untuk pertama kalinya persidangan tentang Islam dan Confucianism yang membuatkan penubuhan sebuah jabatan di Universiti Malaya di atas topik ini. Ini dalam fikiran saya menunjukan potensi besar kita masyarakat multi etnik.

Ketegangan agama sekarang  adalah fenomena baru bahawa sebahagian besar mereka merupakan hasil daripada konflik politik berbanding antagonisme keagamaan. Ini bukan untuk abaikan cabaran Malaysia berwajah sebagai multi-etnik, masyarakat multi-agama.

Ketegangan keagamaan sekarang yang dipamerkan baru-baru ini adalah fenomena bahawa mereka adalah sebahagian besar akibat konflik politik berbanding penentangan mendalam keagamaan. Ini bukan untuk abaikan cabaran Malaysia hadapi sebagai multi-etnik, masyarakat multi-agama. Tapi bagi sebahagian besar ketegangan tersebut dapat diatasi melalui usaha untuk promosi integrasi dan interaksi lebih besar dalam masyarakat. Ahli politik malangnya telah temui untuk burukkan ketegangan etnik dan agama sebagai satu alat untuk satu sistem politik yang menguntungkan segelintir dengan mengorbankan banyak. Kita lihat usaha-usaha yang disengajakan untuk pancing ketegangan keagamaan untuk dijadikan alasan untuk tekan kebebasan sivil dan justifikasi kesinambungan polisi lepas berdasar bangsa.

Penawar untuk perilaku ini adalah kembalikan kredibeliti institusi-institusi masyarakat sivil. Media harus bebas, ahli politik harus bertanggungjawab melalui pilihan raya adil dan bebas dan kehakiman harus berupaya berfungsi tanpa campur tangan dari ahli politik. Ekonomi juga faktor penting dalam kesamarataan. Ketidaksamarataan pendapatan di Malaysia merupakan salah satu yang terburuk di dunia. Meskipun puluhan tahun dasar tindakan afirmatif  direka untuk mengangkat kaum miskin dan Melayu terpinggir, di Malaysia yang kaya semakin kaya sedangkan yang miskin tetap miskin dan itu termasuk Melayu, Cina, dan India miskin.

Kita perlu mengkaji semula dasar rancangan ekonomi dan bagaimana negara membahagikan kesejanteraan dan sumber. Tindakan afirmatif kekal penting untuk pastikan bahawa masyarakat miskin terpinggir tidak dilupakan.  Tetapi tiada alasan untuk kecualikan miskin Cina dan India dari dasar, sebagaimana telah begitu lama berlaku. Endemik rasuah telah menyebabkan pengkayaan beberapa ahli perniagaan dan ahli politik tetapi majoriti besar kekayaan mereka tidak pernah menitis ke bawah.

Jika kita dapat atasi beberapa kelemahan yang paling asas dalam pengurusan dan akauntabiliti saya cukup yakin Malaysia akan berada di kedudukan lebih baik untuk bina masyarakat damai.

Wajahat Ali: Presiden Barrack Obama diberi tepukan gemuruh dan standing ovations dan undian menakjubkan daripada masyarakat Islam di seluruh dunia tahun lalu semasa beliau sampaikan pidato bersejarah di Kaherah. Setahun kemudian, terdapat penurunan signifikan dalam undian baik dalam dan luar negeri. Bagaimana kepercayaan orang Islam terhadap beliau dan Amerika sebagai ‘rakan sejati’ dalam 2010 banding dengan pemerintahan Bush? Apa yang Obama harus lakukan untuk dapatkan kembali kepercayaan orang Islam dan capai pakatan sejati antara Amerika dan orang Islam di seluruh dunia?

Anwar Ibrahim: Ketika beliau menang saya berkongsi kepercayaan tinggi seperti orang lain bahawa pemerintahan beliau akan wujudkan episod baru dalam hubungan antara Amerika dan dunia Islam. Saya tidak berharap beliau berseorangan untuk selesai semua masalah. Lagipun beliau bukan khalifah. Beliau ialah Presiden Amerika, dan terikat dengan peraturan penting. Tapi beliau jelas lebih baik daripada kepimpinan terdahulu dan kami hargai pidato Kaherah, di mana merupakan kenyataan bersejarah dan kukuh persahabatan antara dua tamadun.

Kenyataan beliau – seperti menutup Guantanamo, tamatkan aktiviti penempatan di Tebing Barat dan galakkan persetujuan dua negara, tarik diri dari Iraq dan cari penyelesaian diplomatic untuk berurusan dengan Iran – ialah kenyataan yang tepat. Malangnya beliau belum penuhi inisiatif utama. Ketika saat ini, beberapa perbezaan dapat dilihat antara dasar luar negeri beliau dan bawah pemerintahan Bush. Saya tetap optimis hingga sekarang – terlalu awal untuk beri keputusan akhir.

Saya percaya umat Islam bersedia beri peluang kepada sesiapa pun yang menduduki Rumah Putih. Umat Islam menghormati Amerika sebagai negara demokrasi dan ingin lihat dasar yang adil dan konsisten. Kerana ia menjadi bukti nyata dalam pendekatan pentadbiran Obama ia dilihat dalam tangani secara adil dalam selesaikan konflik Arab – Israel dan tunjukkan lebih belas ihsan (ketika) bila berurusan dengan Afghanistan, di mana ribuan orang tidak berdosa masih dibunuh. Jika tidak saya takut perkara baik beliau bina akan dilupakan.

Wajahat Ali: Mengapa pendudukan Israel di Palestin begitu banyak pengaruhi emosi dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sedangkan umat Islam juga sangat menderita di Iraq, Afrika, Russia, Afghanistan dan sebagainya? Bolehkah umat Islam bergerak ‘melampaui’ masalah Palestin?

Anwar Ibrahim: Hal ini sering dilupakan bahawan Baitulmuqaddis memegang keistimewaan, simbol bermakna bagi umat Islam sebagai tempat Nabi Muhammad naik ke Syurga. Malah, umat Islam yang hidup zaman nabi bersolat menghadap arah Bailtumuqaddis sehingga kemudian diberikan arahan untuk beralih menghadap Kaabah ketika bersolat. Ini membuatkan Baitulmuqaddis dan semua laluan masuk ke tempat-tempat suci sangat relevan kepada umat Islam di seluruh dunia.

Tentu sahaja ada kemarahan mendalam ke atas pencerobohan Iraq dan Afghanistan. Konflik berpanjangan di negara-negara lain, pengenaan rejim-rejim bersifat diktator dan warisan kolonialisme dan kemiskinan berleluasa merupakan faktor-faktor yang pengaruhi hubungan. Tapi konflik Arab-Israel telah tiba untuk lambangkan rungutan keseluruhan dunia Islam dengan campurtangan kuasa-kuasa asing dalam urusan kita.

Kekecewaan kami dengan Amerika Syarikat bermula dari ketidakcekapan menangani konflik. Mempertimbangkan keputusan pilihan raya Palestin yang diadakan secara demokratik dan bawa Hamas terajui kuasa. Amerika hukum warganegara Palestin untuk pengundian (dengan) suara hati mereka. Atau pertimbangkan (Israel) kepungan terhadap Gaza – contoh lain daripada hukuman kolektif yang digunakan untuk paksa keputusan politik berbeza. Jika Amerika dianggap tidak konsisten dalam terapkan prinsip-prinsip kebebasan, keadilan dan penentuan nasib sendiri di Palestin maka umat Islam di tempat lain akan punyai waktu sukar untuk percaya retorik yang nyata.

Dan kegagalan untuk capai perdamaian yang bermakna beri kerajaan Islam autorotarian kesempatan yang mudah untuk capai sokongan politik daripada penderitaan rakyat-rakyat Palestin. Menyalakan api anti-Amerika dan anti-Semitisme adalah pengalih perhatian bijak daripada bau busuk di belakang mereka sendiri, iaitu rasuah berleluasa, pengingkaran terhadap hak asasi manusia, penyalahgunaan kuasa dan penindasan masyarakat awam.

Wajahat Ali: Adakah anda berpendapat inilah masa untuk umat Islam menyesuaikan rungutan-rungutan mereka dan sumber-sumber mangsa?

Anwar Ibrahim: Apabila Abu Gharib benar belaku dikutuk sebagai ketidakadilan yang mengerikan dan datang untuk lambangkan kesalahan tentang pecerobohan Amerika dan penaklukan Iraq. Tetapi umat Islam harus konsisten. Kekurangan proses wajar, keadaan-keadaan penjara mengerikan dan rasuah dalam agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang adalah masalah sangat serius dalam negara-negara orang Islam yang mana harus juga dikutuk. Jadi, ketika banyak kerajaan Islam serang Amerika mereka adalah hipokrit.

Orang Islam telah nyatakan pandangan jelas mengenai hal ini. (Gallup) Tinjauan Dunia Islam tunjukkan bahawa majoriti orang Islam lebih memilih kerajaan yang lebih demokratik, lebih telus dan lebih berperikemanusian daripada apa ada sekarang ini. Di mana bermaksud ramai sangat menyokong perubahan dalam kerajaan yang korup dan autoritarian yang ada di seluruh Timur Tengah. Kehampaan yang ramai orang Islam dengan Barat adalah Amerika sering nyatakan perkara tentang demokrasi, tetapi menutup mata terhadap beberapa diktator terburuk. Jadi mereka tersepit di kedua belah pihak – kerajaan dan mereka sendiri yang disebut penyelamat dari Barat.

Pendapat saya penindasan dan ketidakadilan harus dikutuk di mana dan macam mana pun dan umat Islam harus berada di depan dalam perjuangan untuk keadilan. Kalau tiada apa apa yang kami berharap untuk katakan kepada dunia tentang nilai-nilai dan etika?

Wajahat Ali: Adakah anda percaya bahawa demokrasi dan Islam mampu hidup beriringan, terutama sebagai fungsi sistem kerajaan di era moden? Dilihat daripada sejarah lampau, nampaknya Islam dan politik tidak dapat dipisahkan.

Anwar Ibrahim: Pengalaman demokrasi di dunia Islam tidak seluruhnya negatif seperti soalan yang diajukan. Gerakan kemerdekaan sering berdasarkan parti politik yang menyeluruh di sekitar prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan. Pejuang kemerdekaan tidak mengusir penjajah mereka hanya ingin gantikan dengan diktator kejam. Sebaliknya – ada demokrasi wujud di tempat-tempat seperti Indonesia, bahkan Iran dan Iraq pada tahun 1950. Pengkhinatan besar terjadi kemudian, ketika pemimpin atasan secular, atas nama nasionalisme, sosialisme atau modernisme, merampas kerajaan dan kekejaman dikenakan lebih buruk daripada apa yang ada di bawah kolonialisme.  Tapi mari kita lebih jelas – ini adalah gerakan sekular yang gunakan agama hanya untuk beli kuasa daripada rakyat.

Oleh itu sangat bersejarah melihat demokrasi kembali muncul di tempat-tempat seperti Indonesia dan Turki. Transformasi aman di Indonesia kepada demokrasi Islam terbesar di dunia merupakan satu perkembangan paling penting di dunia. Begitu juga, Turki telah mengambil tempatnya sebagai satu demokrasi bersemangat. Dan apa lebih menarik ialah di Indonesia dalam pilihan raya umum baru-baru ini parti Islam lebih konservatif dibenar untuk berkempen secara terbuka – dan mereka telah diberi kekalahan. Ini tidak perlukan mereka dikunci dalam penjara. Sebaliknya rakyat sendiri memilih untuk sebuah sistem yang inklusif, demokratik dan masa sama sedar keagamaan negara dan warisan kebudayaan.

Wajahat Ali: Anda sangat aktif dalam media baru dengan profil Facebook popular dan aliran berterusan tweets daripada akaun Tweeter anda. Bahkan, anda dan ramai penyokong anda telah tweeting sepanjang perbicaraan. Tahun lalu, rakyat Iran berjaya mengunakan Twitter untuk mengajar dunia tentang bantahan harian terhadap tindakan kerajaan seterusnya keputusan pilihan raya yang kontroversial. Pertama, apa anda ingin capai oleh tweeting sepanjang perbicaraan anda? Kedua, adakah anda percaya media baru dan internet adalah kenderaan tranformasi bagi umat Islam di abad ke 21 untuk rebut kembali suara politik dan keagamaan mereka, yang telah didiamkan atau dirampas oleh orang-orang mendakwa benar dan berkuasa.

Anwar Ibrahim: Media baru telah jadi batu penjuru kepada pembangkang untuk berkomunikasi. Akhbar perdana di Malaysia telah dikawal sepenuhnya oleh kerajaan tetapi Internet tetap percuma. Usaha tahun lalu untuk perkenalkan penapisan Internet telah cepat dibantah, tidak hairanlah, dengan respons yang sangat besar pengguna Internet di Malaysia.

Liputan perbicaraan saya telah cukup baik di media antarabangsa, tetapi di tempatan anda akan terkejut betapa kejam dan hina fakta menjadi manipulasi. Kami harus aktif ke udara dan bina cara-cara inovatif untuk capai konstitusi online dan offline untuk imbangi defisit maklumat.

Dan kami juga sedara ada generasi baru Malaysia yang masih terlalu muda untuk ingati gerakan Reformasi yang bermula satu dekad lalu. Mengapai kepada mereka akan berlaku sebahagian besar daripada teknologi.

Saya tidak pernah percaya teknologi adalah ubat mujarab. Tetapi ia jelas menukar arah politk dan dasar di seluruh dunia. Presiden Amerika Syarikat bertungkus lumus kempen secara talian dan bersambung sementara di pejabat, tapi punyai kumpulan ekstremis. Parti-parti pembangkang di Malaysia aktif tarik pengundi di atas talian. Yang pada akhirnya keuntungan daripada teknologi bergantung kepada dua sebab – strategi pelaksanaan dan kualiti mesej. Maklumat cenderung untuk pergi dengan pantas dengan apa cara pun jika ada permintaan untuk kandungan.

Wajahat Ali ialah penulis drama, wartawan, peguam, pelawak dan perunding. Beliau ialah seorang peyumbang untuk The Washington Post, The Guardian, Huffington Post, McSweeney’s Quarterly Journal, Counterpunch dan Chowk. Beliau adalah Editor Bersama dari majalah atas talian Muslim Amerika Altmuslim.com dan editor majalah Illume. Beliau juga hasilkan sebuah blog: “Goatmilk: An Intellectual Playground”

sumber: http://www.cnn.com/2010/WORLD/asiapcf/03/04/malaysia.anwar.interview/index.html?iref=allsearch

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: