Archive for the ‘Terjemahan Artikel B.Indonesia’ Category

Islam Liberal bertopeng nama Hassan Al Banna

10/16/2009

Dari kiri, Hassan Al Banna, Jamal Al Banna dan Tariq Ramadhan

Oleh Adian Husaini

assalaamu’alaikum wr. wb.

Beberapa waktu lalu, ketika saya menghadiri satu majlis di Kota Semarang, Jawa Tengah, seorang pensyarah Universiti Diponegoro Semarang, menghadiahkan kepada saya satu “buletin dakwah” bernama AL-WAASIT”. Menurutnya, buletin itu diberi secara percuma di masjid-masjid di Semarang. Melihat isinya, pensyarah itu khuatir buletin dakwah tersebut merupakan salah satu jurus liberalisasi Islam di Indonesia. (more…)

Media Asing Terlibat Kekacaun di Iran – Ayatollah Khamenei

06/24/2009

Hidayatullah.com – Khamenei mendakwa media asing dan negara-negara Barat berusaha mencipta kacau bilau politik dan menyalakan rusuhan di Iran.

Dalam khutbah solat Jumaat (19/6), di Universiti Tehran yang dihadiri oleh puluhan ribu orang, Khamenei dengan keras mengingatkan para penyokong penentang kerajaan agar menghentikan protes mereka akibat keputusan pemilihan presiden minggu lalu yang menyatakan Ahmadinejad sebagai pemenangnya. (more…)

Iblis bernama ‘homoseksual’

06/24/2009

Kerana mempromosikan homoseksual, media liberal Iran, ‘Shargh’ telah ditutup oleh kerajaan. Di Indonesia, promosi seperti itu masih mudah ditemui, malah ditemui juga dalam media kampus IAIN (Institut Agama Islam Negeri).

Baru tiga bulan beroperasi, surat khabar liberal Iran, ‘Shargh’ ditutup kembali. [ Akhbar berbahasa Parsi yang memperjuangkan ‘reformis’. ‘Shargh’ bermaksud ‘Timur. Ketua Editornya bernama Mohammad Ghouchani] (more…)

Rusuhan di Iran, Mir Hussein Mousavi pro Barat & Operasi Ajax

06/22/2009

Situasi di negara Iran pasca pemilihan presiden yang dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad memprihatinkan. Rusuhan bermula dari aksi protes para penyokong Mir Hussein Mousavi yang menyatakan rasa tidak puas dengan keputusan pilihanraya dan mendakwa pelaksanaan pilihanraya diwarnai penyelewengan. (more…)

Homoseksual virus Barat lumpuhkan Islam

06/22/2009

Arif Munandar Riswanto
* Penulis adalah sarjana Fikih Islam dan Hukum Universiti Al-Azhar Mesir

Sejak akhir-akhir ini, kempen tentang homoseksual, lesbian, biseksual, dan transeksual semakin aktif diperbesar-besarkan ke negara-negara Muslim. Kempen tersebut seolah-olah ingin membina keyakinan bahawa orientasi seksual tersebut adalah normal dan kerana itu harus diterima oleh umat Islam. (more…)