Anwar Ibrahim aktif dialog antara agama

Dr Ibrahim bersama the Rev Dr Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches (Majlis Gereja-gereja Victorian), Mr Malcolm Thomas, Presiden the Islamic Council of Victoria, Professor Camilleri, dan Dr Michális Michael,dari Centre for Dialogue Research Fellow. Sumber foto klik di sini.

Oleh: Duncan Reid, The Vic Unity Newsletter

Dato Seri Dr Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia menyatakan dengan ironi bahawa ‘globalisasi yang menjurus kepada penyatuan sedang berlaku di era pemulihan agama dan pembangunan identiti budaya. Lebih daripada lain-lain desakan budaya, agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman.

Pada hari Jumaat, 21 Julai, Dr. Anwar Ibrahim memberi ucapan di hadapan 100 tetamu yang terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam di dalam sebuah forum yang ditaja bersama oleh Victorian Council of Churches, The Islamic Concil of Victoria, The Centre for Dialogue di La Trobe University dan juga Bandar Darebin, mengenai “Dialog Peradaban”.

Beliau amat berkelayakan untuk menghuraikan theori ‘Pergeseran Antara Tamadun-Tamadun’ oleh Samuel Huntingdon.

Di dalam forum tersebut, beliau menceritakan mengenai didikan Islam yang ketat oleh masyarakat Melayu yang membentuk kepercayaan dan identiti agamanya (“Saya tidak minum arak walaupun semasa berada di Melbourne”), dan juga mengenai minatnya terhadap sastera barat.

Beliau baru saja kembali dari Persidangan Shakespeare sebagai penceramah dasar dan sudah mampu untuk memetik kata-kata Daante, Akhmatova dan Tagore dengan fasih.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca korpus Shakespere sebanyak empat setengah kali, “dan jika Perdana Mentri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali”.

“Saya bertanya kepada Brutus mengapa beliau membiarkan Mark Antony berkata-kata? Sebelum ini, saya tertanya-tanya mengapa Hamlet bertafakur sekian lama tanpa apa-apa tindakan, namun apabila berada dipenjara, saya memahami keadaan tersebut,” kata beliau.

Mesej yang cuba disampaikan oleh Dr. Ibrahim adalah ringkas: idenditi kita sebagai manusia tidak boleh diasing-asingkan. Kita memerlukan rasa rendah hati untuk mengakui bahawa diri kita adalah sebahagian dari tradisi budaya yang hebat, lebih hebat daripada tradisi yang tertentu dan kita memainkan peranan dalam proses pembinaan kematangan insan.

“ Mengapa tidak kita – Muslim, Kristian, Hindu, Budha- menjadi matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan yang merangkumi nilai, budaya-mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukanlah tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing.”

Anwar, dalam menenalpasti apa yang beliau lihat sebagai kegagalan pemerintahan dalam kebanyakan negara-negara Islam juga menyamakan situasi kritikal tersebut dengan keengganan neo-con untuk mempercayai keserasian Islam dan demokrasi.

“Anda tidak boleh memaksa demokrasi ke atas rakyat, tetapi keangkuhan kuasa telah menyebabkan berlakunya penolakan terhadap suara hati yang mempunyai dimensi spiritual dan laungan untuk keadilan dan hak samataraf bagi kedua-dua jantina, walaupun kadang kala ia muncul dalam panggilan yang asing seperti rundingan dan kerjasama”

Memetik kata-kata mendiang Herb Feith, Dr. Ibrahim berkata bahawa demokrasi berpelembagaan telah diterima sebagai sesuatu yang tulen kepada Negara-negara Islam.

Apa yang diperlukan sekarang ialah galakkan yang berterusan dengan kesabaran untuk menuju kearah undang-undang dan kebebasan badan kehakiman bagi Negara-negara Islam.

Apabila ditanya mengenai penggunaan kuasa secara beretika, Dr. Ibrahim menjawab bahawa itu adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk menerapkan pengaruh yang baik semasa berada didalm kerajaan.

“Semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri, isteri saya selalu memberitahu yang saya tidak perlu mengingatkan rakyat bahawa saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih.”

Dr. Ibrahim juga memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir di atas kedudukan Australia dalam Asia, dan mengalu-alukan rakyat Autralia untuk melihat kita sebagai sebahagian dari Asia dan dalam masa yang sama, tidak menafikan warisan kebudayaan Kristian dan Eropah.

“Australia dan New Zealand harus menjadi sebahagian dari kumpulan itu”, bukan sebagai entity yang berasingan, tetapi sebagai komuniti antarabangsa dalam era kebangkita Asia”

Anwar Ibrahim bukanlah seorang secularist. Dia adalah pembela kepada kepercayaan dan nilai agama di dalam dunia yang menuju kea rah globalisasi.

Hanya dengan cara ini, sebagai jawapan kepada persoalan, bolehkah trend kehidupan kini yang menitikberatkan wang dari kualiti kehidupan diubah sebaliknya.

Dia berkata “Saya seorang yang optimis. Saya percaya pada kekuatan, kebijaksanaan dan kebaikan rakyat”

Nota : AIDC menterjemah artikel tulisan Rev Dr Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches (Majlis Gereja-gereja Victorian), terbitan The Victorian Unity Newsletter (Council of Churches). Artikel asal bertajuk, “Current Issues : Dialogue of Civilisations…”

Artikel berkaitan :

1. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

2. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?

3. Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?

4. Dalang Sebenar Forum Peluk Islam

5. Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK

6. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

7. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

8. Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?

9. Anwar telah khianat Islam ?

10. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: