Anwar Ibrahim: Masa Depan Demokrasi Muslim

Anwar Ibrahim : Masa Depan Demokrasi Muslim

Pandangan oleh Anwar Ibrahim, Profesor Pelawat di Georgetown University,Bekas Timbalan Perdana Menteri, Malaysia pada 1 Disember 2005 di New York yang dianjurkan oleh the National Endowment for Democracy (NED) dengan kerjasama the Foreign Policy Association (FPA). Teks ucapan asal klik di sini.

Terima kasih, Carl (Gershman). Saya berasa senang dan saya amat beruntung kerana mempunyai Carl sebagai rakan saya dan NED (National Endowment for Democracy) sebagai sebuah institusi yang menggalakkan idea demokrasi di seluruh dunia.

Dan isu yang kita perlu renungkan adalah satu isu yang mana tidak terbatas kepada analisis teoritikal atau gambaran. Ia amat rapat dan bererti kepada hati saya dan sesuatu yang saya yang mana saya mempercayai secara mendalam.

Apabila ditanya selepas 6 tahun berada dipenjarakan di penjara Malaysia, apa yang telah saya belajar, dengan merenung, bertafakur dan menghayati buku dalam 6 tahun, ia merupakan satu keghairahan saya yang kuat untuk kebebasan dan saya tidak berada dalam apa-apa kedudukan sama untuk berkompromi atau mengalah kepada kepentingan demokrasi, di Malaysia, di dunia Muslim atau di seluruh dunia.

Gelombang Demokrasi Islam di Tokyo

Lebih kurang 4 bulan yang lepas, dalam satu ucapan di Universiti Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, Tokyo, saya secara tidak langsung menyentuh kepada kekuatan dan semangat gerakan intelektual dan budaya, politik dan sosial dalam masyarakat Muslim.

Saya menamakannya “Gelombang Hebat Islam Demokratik.” Sekarang, usaha pencarian kepada demokrasi di kalangan Muslim pada hari ini, merupakan salah satu ciri-ciri utama yang penting dan berubah pada masa ini .

Dunia Muslim ketinggalan dalam gelombang demokratik yang terawal yang membawa keruntuhan Tembok Berlin, pembebasan Eropah Timur dari komunisme dan kejatuhan Empayar Soviet. Kita perlu menunggu hampir sedekad kemudian dengan tercetusnya krisis kewangan Asia yang mana Indonesia, negara Muslim terbesar di dunia, akhirnya membebaskan dirinya daripada inti pati pemerintahan kuku besi berasaskan ketenteraan.

Apa yang berlaku di Indonesia pada 1997 adalah merupakan salah satu detik-detik muktamad dalam sejarah Islam moden. Apa yang berlaku di Turki tidak kurang luar biasanya. Sekiranya Indonesia mempunyai prestij sebagai negara Muslim terbesar, Turki diingati di kalangan Muslim sebagai tempat terakhir empayar terakhir mereka, seperti juga pemerintahan Khalifah.

Walau bagaimanapun, ia merupakan percanggahan asas Turki yang mana sehingga baru-baru ini, ciri-ciri sekularnya tidak dipelihara dengan persetujuan orang ramai, tetapi oleh kuasa ketenteraan. Tetapi kerajaan sekarang, dengan satu mandat demokratik yang jelas, Turki tanpa ragu-ragu, merupakan salah satu demokrasi Muslim yang bertenaga dan matang. Ianya dalam suasana demokratik ini yang mana negara mahu menyegarkan semula koleksi memori identiti budayanya. Untuk matang sebagai satu demokrasi, tetapi mengekalkan identiti Muslimnya.

Arah aliran dunia Muslim sekarang mempunyai sejarahnya tersendiri sebelum itu. Seorang ahli sejarah, Eric Hochbaum, telah menamakan abad ke 20, “Zaman Ekstrem.” Walaupun banyak kebimbangan dan prejudis terhadap pelampau dari semua kepercayaan agama, jenayah terburuk terhadap kemanusiaan kesemuanya dilakukan oleh fanatik yang tidak mempercayai Tuhan : Hitler, Stalin, Mao Zedong dan Pol Pot.

Tetapi abad ke-20, bagi Muslim, merupakan abad yang mempunyai harapan yang besar. Malangnya, ia juga merupakan abad yang penuh dengan pengkhianatan besar. Jangkaan hebat abad yang lepas hasil daripada pencapaian pembebasan nasional. Negara Muslim, satu demi satu, membebaskan diri mereka dari naungan kolonial. Algeria dari Perancis, Indonesia dari Belanda, Libya dari Itali dan lain-lain daripada British. Terlalu banyak untuk disebutkan.

Demokrasi Islam di Indonesia dan Pakistan

Mungkin, ia mungkin lebih daripada kebetulan yang mana Indonesia menganjurkan Persidangan Bandung pada 1955. Perhimpunan pemimpin gerakan Pembebasan Dunia Ketiga, terutamanya Chou En-Lai, Jawahar Lal Nehru, Sukarno dan lain-lain lagi yang tidak pernah berlaku dan tiada tolok bandingannya.

Saya masih mengingati kebolehan berpidato Sukarno yang memukau, yang mana saya mendengarnya secara rahsia pada awal tahun 60-an ketika Indonesia melancarkan ‘konfrontasia’ (konfrontasi) terhadapan Malaysia, digelar sebagai negara neo-kolonial. Tetapi kemudian saya mendapat tahu bahawa Sukarno, nasionalis sekular yang merosakkan perlembagaan demokrasi Indonesia yang telah mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas pada 1955 kerana bekerja sambil lewa.

Muhammad Ali Jinnah, pengasas Pakistan, pada masa itu, mungkin merupakan tokoh luar yang disayangi di kalangan Muslim di Asia Tenggara. Perasaan itu kena pada tempatnya. Apabila saya kemudiannya membaca komitmen Jinnah terhadap demokrasi, tindakannya yang menggerunkan terhadap rasuah dan amaran kerasnya : bahawa tentera tidak boleh meninggalkan berek. Musharraf perlu diperingatkan.

Malangnya, Jinnah tidak hidup lama untuk menyaksikan Pakistan sebagai sebuah negara yang bertamadun dan demokratik. Selepas kematiannya, secara hormat dan tanpa gagal merujuknya sebagai “Quaid-e-Azam” – Pemimpin Kebat. Tetapi ideanya yang baik tentang urus tadbir dan demokrasi belum lagi direalisasikan.

Demokrasi di Malaysia

Di negara saya, Malaysia, apabila kemerdekaan dicapai pada 1957, ia telah dinyatakan dalam Perisytiharan Kemerdekaan, bahawa negara makmur yang baru diasaskan berdasarkan prinsip keadilan dan kebebasan. Saya fikir ringkasannya adalah menyerupai prinsip Jefferson. Kami tidak pernah mendakwa ia benar.

Malangnya, prinsip keadilan dan kebebasan dilupakan dan peruntukan kebebasan asas yang termaktub dalam perlembagaan secara progresifnya dikompromikan dan dihakis oleh kumpulan memerintah. Jadi, apabila kita bercakap mengenai masa depan demokrasi dalam dunia Muslim, kita mesti maklum tentang puncanya secara berkelompok dalam masyarakat Muslim di mana pilihan raya yang adil dan bebas bukan merupakan sesuatu yang luar biasa. Ianya telah diamalkan pada masa yang lepas. Ia telah dirampas oleh pemimpin kuku besi, diktator, ahli parti Baath dan yang lain-lain.

Kita juga perlu mengakui bahawa perjuangan pejuang kebebasan kita, bapa pengasas atau pejuang pembebasan adalah demokrasi. Daripada Sun Yat-sen di China sehingga Sukarno Hatta di Indonesia, Ali Jinnah di India dan beratus-ratus lagi di Timur Tengah. Sumpah suci mereka untuk menubuhkan sebuah negara yang demokratik dan bebas.

Terdapat satu gerakan intelektual yang telah saya sentuh secara tidak langsung pada awal tadi yang berkaitan dengan kebangkitan dunia Muslim, meningkatnya penyimpanan idea yang mana akan memberikan inspirasi kepada perubahan pada masa sekarang dan masa akan datang.

Juga di kalangan Muslim, yang kononnya Islamik, kebebasan dianggap salah satu objektif tertinggi undang-undang pengadilan Tuhan, Maqaasid Shariah, menjadi sebutan masyarakat, menyediakan asas moral di mana institusi demokrasi dan masyarakat bertamadun dan keadilan yang perlu diwujudkan. Dan ini termasuk kebebasan hati nurani, kebebasan bersuara terhadap kezaliman, satu seruan untuk perubahan dan hak terhadap hartanah.

Hanya pemimpin kuku besi dan yang mempunyai kuasa penuh dilihat kelihatan cuba mewujudkan satu persepsi bahawa demokrasi merupakan sesuatu yang asing, satu agenda Barat, yang dikenankan oleh pentadbiran di Washington, dan dimainkan oleh NED.

Tetapi keinginan untuk bebas adalah universal. Ia bukan Timur, bukan Barat; Islam atau Kristian atau Yahudi, agama Yahudi. Ianya soal universal. Ianya bentuk moral yang amat penting.

Tradisi intelektual Islam penuh dilengkapi dengan insiden ulama atau cendekiawan agama mengkritik pemimpin yang tidak adil dan korup. Tradisi bertentangan pendapat seperti yang diperdebatkan secara meyakinkan oleh penerima anugerah Nobel Amartya Sen sebagai tradisi perdebatan, walaupun dia mengehadkannya sebagai perdebatan kaum India, ia sentiasa wujud dalam sejarah budaya Muslim.

Pembaharuan agama dan pembebasan wanita

Kelahiran demokrasi – di kalangan Muslim datang pada masa yang sama dengan ledakan gerakan untuk perubahan dan pembaharuan agama dan masyarakat lebih dari dua abad yang lalu.

Masa yang kita ada tidak membenarkan saya untuk bercakap dengan lengkap mengenai idea aliran silang-menyilang politik yang dipilih oleh cendekiawan agama, wartawan, reformis, lelaki, wanita pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang mana menyediakan Muslim hari ini dengan idea demokratik dan perubahan yang dilengah-lengahkan.

Sekarang, kritikan terhadap peranan kuku besi Abdul Rehman al-Kawakiwi dari Empayar Uthmaniah. Perasaan kagum Riffat Tatawi kepada institusi demokratik Perancis, baru-baru ini diterjemahkan di bawah tajuk, “An Imam in Paris”.

Ia mengingatkan saya dengan sebuah filem Hindi yang hebat, “An Evening in Paris”, atau mungkin lakonan Marlon Brando, “Last Tango in Paris”. Atau penerangan jelas Taha Hussein (tokoh Islam Liberal) dalam “The Future of Egyptian Culture” (Masa Depan Budaya Mesir). Dan surat Puteri Jawa, Raden Kartini pada abad ke-19, “From Darkness to Light” (Dari Gelap kepada Cahaya).

Beberapa lama sebelum kemunculan karya feminis,(perjuaangan wanita) ianya menyediakan satu gabungan idea dan menyemai motif, dan keinginan yang mana hanya boleh dipenuhi dengan mewujudkan masyarakat demokratik dan bebas.

Demokrasi hanya dicapai jika Muslim dan Amerika bersatu

Ianya keinginan manusia untuk bebas ; untuk memimpin kehidupan dengan rasa hormat, kebencian terhadap pemerintahan kuku besi dan kezaliman yang mana memotivasikan Muslim, yang mana mereka merupakan orang Arab, Melayu, Iran atau Afrika, sangat menginginkan demokrasi. Keinginan mereka telah dipelihara, dikumpulkan dan dikhianati, tetapi sekarang memperoleh satu momentum yang tidak pernah diperoleh dulu. Ia berdasarkan keinginan tersebut yang mana saya percaya bahawa Muslim dan rakyat Amerika adalah rakan kongsi secara semula jadi.

Ia merupakan satu perikatan (Muslim-Amerika) di mana dapat dan mesti dibentuk untuk menjadikan dunia sekali lagi selamat untuk demokrasi.

Ini tidak semestinya satu kenyataan yang popular untuk dibuat, untuk menganggap Muslim dan rakyat Amerika adalah rakan kongsi, sudah pasti bukan untuk kebelakangan ini. Tetapi jika anda lihat kepada perspektif sejarah dalam usaha pembebasan, rakyat Amerika berada di situ. Anda lihat kepada peranan yang dimainkan oleh orang Morocco, negara pertama yang mengiktiraf Amerika Syarikat selepas Perang Kemerdekaan. Dan sekali lagi, terlebih dahulu sebelum perang ke atas keganasan ini, perang menentang militan komunis, secara umumnya majoriti Muslim bersama orang Amerika.

Agenda Amerika, dari Komunisme kepada teroris Islam

Saya merupakan pelajar di Universiti Malaya pada kemuncak Perang Vietnam. Ya, kami menentang pengeboman Amerika di Vietnam, tetapi kami, pada masa yang sama, prihatin, bimbang, perasaan takut untuk mati, sekiranya komunis mampu meneruskan rancangan gila dan Teori Domino benar-benar berlaku.

Jadi, percanggahan dan dilema ini sentiasa dihadapi oleh kebanyakan antara kita. Hari ini, terdapat penentangan, penentangan terhadap pencerobohan Amerika tetapi sokongan penuh terhadap dasar Amerika terhadap komunis.

Dan saya fikir ini menjadi sebut-sebutan apabila mempertimbangkan isu Iraq. Terdapat tentangan yang kuat terhadap pemerintahan diktator, undang-undang yang menindas oleh Saddam Hussein dan yang lain, tetapi, pada masa yang sama, menentang sebarang rancangan pencerobohan dan perang yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau oleh Amerika terhadap negara-negara tersebut. Apa yang tinggal, oleh yang demikian, satu usaha perlu dimainkan untuk mempengaruhi arah dasar-dasar dalam masyarakat tersebut.

Kita lihat Mesir, sebagai contoh, yang merupakan penerima bantuan secara besar-besaran dari Amerika, yang kedua dari Israel. Tetapi tindakan terhadap isu urus tadbir, penindasan dan rasuah dengan bebas dari sebarang hukuman dan anda kemudiannya boleh menyedari sepenuhnya kejijikan ini, ungkapan yang membingungkan dirasai oleh ramai Muslim terhadap ‘kononnya’ percanggahan dan kepura-puraan dasar Amerika. Apabila Setiausaha Condoleezza Rice muncul dengan – kenyataan mutlak dalam keperluan demokrasi dan perubahan di Mesir, ianya dilaporkan secara meluas dan disokong oleh majoriti Muslim.

Sudah tentu ditolak oleh pemimpin kuku besi, tetapi apabila kita lihat hampir seribu ditahan dan ditindas oleh Mubarak dan secara kerasnya apa-apa yang dilaksanakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat selain daripada normal, kata-kata basi yang penuh dengan kepura-puraan dalam keperluan untuk perubahan dan sebagainya. Ini, sudah tentu, menyebabkan kebingungan di kalangan Muslim.

Sekarang biar saya kembali kepada isu perang menentang keganasan, dan menemui banyak kesulitan dalam cuba memberikan kefahaman kepada orang ramai yang memberikan alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, rasional mengapa keganasan ialah satu fasa, kenapa kita boleh menyedari sepenuhnya disebabkan oleh kemiskinan, dipinggirkan dan sebagainya.

Kita boleh berhadapan dengan mereka secara berasingan, tetapi kita perlu menghadkan isu keganasan sebagai satu masalah dan kita perlu menyokong langkah yang efektif dengan sepenuhnya untuk menewaskan pengganas.

Dengan berkata demikian, saya mesti katakan bahawa cara ianya dikendalikan sekurang-kurangnya dalam sesetengah aspek adalah secara terang-terangan tidak bijak. Jala telah dicampakkan dengan terlalu luas, kebebasan awam dikompromikan dan di sini, di Amerika Syarikat, terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa Muslim yang tidak bersalah secara berterusan diganggu.

Malaysia, negara saya, dengan jayanya melawan pengganas komunis. Apa yang dilakukan oleh kerajaan kemudiannya, sudah tentu dimulakan dengan tuan penjajah British dan kemudiannya diikuti dengan kerajaan yang merdeka di mana ia mengasingkan komunis dan memenangi hati dan minda lain-lain populasi. Kebanyakan komunis adalah rakyat Malaysia, atau rakyat Malaysia yang berasal dari China.

Saya ulang, kebanyakannya, pada hakikatnya, pengganas komunis dahulu adalah rakyat Malaysia yang berasal dari China. Tetapi kami tidak pernah memanggil mereka Cina komunis. Secara ringkasnya kami menamakan mereka pengganas komunis, kerana majoriti rakyat Malaysia yang berasal dari China bukan komunis, juga tidak menyokong aktiviti komunis dan tidak membiarkan pertambahan pengganas komunis.

Tetapi, di sini, dalam perang menentang keganasan, kami mempunyai persepsi bahawa perang tersebut telah dilancarkan bukan sahaja terhadap pengganas yang sebenar, tetapi kumpulan yang sewenang-wenangnya dinamakan sebagai jihad, wahhabi, salafis, madrasah – anda namakannya. Saya tidak bersetuju dengan kebanyakan idea dan pandangan wahhabi dan salafis.

Biar saya dengan secara mutlaknya menyatakan, seperti yang tidak dipersetujui dengan keras oleh penganut Kristian yang baik terhadap sesetengah pandangan pelampau Kristian di sini dan di lain-lain tempat. Tetapi ini adalah isu yang berasingan. Debat, polemik (perbahasan dgn rencana atau tulisan dlm surat khabar), perlu diteruskan.

Tetapi, dalam perang menentang keganasan, ianya tidak munasabah untuk melemparkan jala dengan secara lebar untuk menelan mereka yang bukan sahaja tidak melakukan jenayah malah memberikan maklumat jenayah yang melibatkan tindakan keganasan dan saya fikir kenapa ianya berkaitan dengan perbincangan kita pada hari ini, kerana ianya merumitkan isu ini, ia menyebabkan keseluruhan usaha untuk demokrasi dan perubahan dalam dunia Muslim menjadi semakin sulit.

Masa depan demokrasi Islam

Jadi, masa depan demokrasi Muslim, oleh yang demikian, adalah pada masa sekarang. Kemunculan demokrasi Muslim mengatasi satu pelaksanaan teori semata-mata seperti fakta dan realiti pada permukaan yang merupakan sesuatu yang penting dan berharga untuk perhatian kita.

Kita membuat peraturan seperti yang kita mahu dan seperti yang pernah ditulis oleh T.S. Elliott. “zaman sekarang dan zaman dahulu mungkin kedua-duanya, wujud pada zaman akan datang dan zaman hadapan terdapat dalam zaman yang lepas. Sekiranya keseluruhan zaman sentiasa wujud keseluruhan masa boleh ditebus.”

Sekarang, sudah tentu terdapat kebimbangan yang mana akan dibincangkan kerana sesetengah parti Islam atau parti Muslim yang menyertai proses demokratik sekarang dikenali dengan jelas sebagai penyokong kuat kepada teokrasi (sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara) dan kemudiannya mereka mengubahnya kepada teo-demokrasi, tidak kira apa maksudnya. Tetapi, mereka matang di dalam proses tersebut.

Pengalaman saya yang terhad di Malaysia, saya bergerak dalam pakatan yang kolot, yang liberal, parti Islam dan parti keadilan. Sekarang, sudah pasti, Carl (Gershman) merujuk kepada perhimpunan yang mana kami menghadapi banyak kekangan dan sekatan jalan raya, saya diberikan amaran yang jelas dan diancam sebelum ucapan. Kebimbangan kami bukan kami tidak mempunyai kebebasan bersuara. Semua negara ada. Di bawah Saddam, kami ada kebebasan bersuara. Di Malaysia, anda ada kebebasan bersuara, tetapi anda tidak ada kebebasan selepas bersuara. Ini masalahnya.

Jadi, paling penting, semestinya, penglibatan. Kita perlu ada keberanian, keyakinan, dan keberanian untuk terlibat. Ianya, pada fikiran saya, secara keseluruhannya tidak diterima oleh kami untuk terus meminggirkan kumpulan-kumpulan kerana mereka memberikan pandangan, sama ada menentang Barat atau pihak yang lain.

Demokrasi Islam vs Negara Islam

Pada fikiran saya, ianya perlu sekali lagi kerana, dalam pengalaman saya yang terhad, dengan Parti Islam (PAS), kami dikenali sebagai penyokong kuat undang-undang Islam, juga sebuah negara Islam. Sekarang, negara Islam bukan lagi agenda kami.

Sekarang, apa akan berlaku sekiranya seorang satu undi pada satu masa? Dan saya fikir kebimbangan tersebut nyata, bukan sahaja di kalangan bukan Islam, tetapi juga sesetengah Muslim di Malaysia. Mereka masih memberikan amaran kepada saya. “Anwar, lihat. Apa yang akan berlaku seterusnya ?”

Kemudian, kita perlu ada institusi, masyarakat bertamadun di tempatnya. Bukan sahaja pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang perhatikan di Mesir. Anda mesti ada kedaulatan undang-undang, institusi dalam masyarakat dan media yang bebas. Tanpa media yang bebas, pilihan raya yang diadakan tidak berkaitan. Dan kita tidak ada media yang bebas di Malaysia, untuk makluman anda, kerana merujuk kepada indeks kebebasan, kami berada pada kedudukan 151, hampir kepada Cuba dan Libya. Dan masih, kami mempunyai pilihan raya yang agak adil. Tetapi bagaimana ianya boleh menjadi adil, apabila anda tidak mempunyai media yang bebas? Dan ini perlu dilihat oleh Carl.

Sekarang, biar saya membuat kesimpulan dengan menyatakan bahawa pluralisme dan kepelbagaian mempunyai kewajarannya sendiri dalam Islam. Ianya satu sifat tradisi Nabi Muhammad, bahawa kepelbagaian pendapat di kalangan cendekiawan Islam merupakan satu rahmat ; satu kurniaan.

Pada hakikatnya, 4 sekolah undang undang-undang dalam Islam, Maliki, Hanafi, Shafii, Hanbali, kesemuanya merupakan pengasas juri yang hebat enggan melepaskan sekolah mereka untuk dijadikan oleh kerajaan pada masa mereka sebagai sekolah undang-undang rasmi. Akhirnya, ramai di antara mereka dipenjarakan.

Apa yang kurang diketahui oleh Barat, termasuk Amerika Syarikat, adalah di kalangan cendekiawan tradisional, tradisi bertanya secara bebas dan percanggahan pendapat masih berterusan. Mereka berterusan bekerja untuk meningkatkan simpanan idea, mereka menyokong demokrasi dan mereka menyokong kebebasan dan pasaran bebas, Mereka juga telah berjuang untuk kebebasan dam keadilan dan sesetengahnya sangat menderita.

Mereka juga sekutu dan rakan kongsi , bukan sahaja golongan elit yang liberal, dan ini sudah tentunya satu kesilapan pada fikiran saya, bahawa kebanyakan kita di sini di Amerika Syarikat, anda terlibat dengan hanya kononnya golongan elit yang liberal. Anda mengabaikan pemimpin yang menerima sokongan majoriti masyarakat Muslim awam.

Saya juga sudah tentu menyebut, seperti yang telah saya sebutkan, beberapa sesi dengan NED yang perlu anda libatkan diri tetapi nilai universal mungkin diterangkan dengan jelas. Tiada jalan untuk kita berkompromi dalam isu kebebasan, demokrasi dan ekonomi pasaran bebas. Ini merupakan isu asas dan jaminan perlembagaan mesti berada di tempatnya. Institusi masyarakat yang bertamadun perlu disokong.

Dan saya fikir cara ini, mekanisme, bagaimana kemudiannya kita berarak ke hadapan dalam agenda perubahan dan berarak ke arah demokrasi.

Terima kasih.

Anwar Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: