Seperti dijangka, pengaruh Soros ICG semakin berpengaruh semasa Presiden Obama

Gareth Evans (kanan), Presiden dan CEO International Crisis Group (ICG) dan Anwar Ibrahim (no 2 dari kanan), Executive Committee ICG Klik di sini.

Oleh: Ed Lasky

Blog American Thinker telah berulang kali memberitahu pembaca bahawa prospek George Soros mendapat kuasa lebih di Washington apabila Barack Obama memegang jawatan Presiden. Soros adalah penyokong terawal Barack Obama dan dia telah menggerakkan empayarnya yang mengandungi 527 kumpulan untuk memberikan sokongan mereka kepada Obama.

Pelaburannya (Soros) mungkin berjaya.

Persiapan telah dilakukan walaupun sebelum Pelantikan Rasmi dan sebuah yayasan telah ditubuhkan untuk perubahan dalam dasar luar A.S.

Kumpulan utama dalam rancangan George Soros mungkin International Crisis Group (ICG) : satu kumpulan pemikir dengan kuatnya disokong oleh Soros.

Dia menerima Founders Award (Anugerah Pengasas) daripada mereka, dan bercakap berapi-api tentang usaha-usaha untuk “rakyat Palestin.”

Tidak perlu dikatakan, usaha mereka terhadap “rakyat Palestin” telah mendapat kritikan keras terhadap Israel dan cadangan mereka mengenakan tekanan yang lebih berat kepada Israel.

ICG adalah pusat ‘pengkritik’ Israel, Robert Malley – di mana dia mengetuai ICG di bahagian Timur Tengah.

ICG juga mempunyai kaitan dengan Zbigniew Brezinski dan Samantha Power – pengembara yang setia dalam perhimpunan ‘anti’-Israel.

Ini daripada saluran media CNS :

Sesetengah penganalisis dasar menasihati masyarakat antarabangsa untuk mengambil pendekatan yang lebih fleksibel kepada Hamas dalam masa beberapa bulan akan datang, dengan mengemukakan alasan bahawa perdamaian di antara kumpulan- kumpulan Rakyat Palestin adalah penting sekiranya satu perjanjian damai dengan Israel ingin dirundingkan.

Dalam satu laporan terbaru, International Crisis Group (ICG) yang berpusat di Brussel menyatakan, A.S. dan European Union (EU) perlu memberikan isyarat mengenai kerajaan perpaduan Fatah-Hamas yang baru, dan mereka tidak perlu secara automatiknya menolaknya atau menyerangnya.

Mereka perlu jelas bahawa mereka akan menilai kerajaan perpaduan seperti itu “bukan berdasarkan komposisinya tetapi tindakannya,” dan A.S., tanpa perlu terlibat secara langsung dengan Hamas, “akan menilai pergerakan Pejuang Islam dengan asas yang lebih pragmatik.”

ICG juga mengatakan bahawa sekiranya Obama menggunakan kempennya untuk terlibat dengan kerajaan daripada negara-negara seperti Iran dan Syria, mungkin ia akan memberikan kesan kepada perdamaian Hamas-Fatah.

Seperti yang telah saya tulis berulang kali (“Kedai sehenti Obama untuk Penasihat Dasar Luar”), ICG boleh memainkan peranan penting dalam mempengaruhi dasar luar Amerika dalam tahun-tahun yang akan datang.

Ketika Barack Obama memilih individu yang agak disenangi untuk menganggotai keselamatan negara dan jawatan tertinggi dasar luar (kecuali Jim Jones sebagai penasihat keselamatan negara yang bekerja di White House dan bertemu Obama setiap hari, berbanding Hillary Clinton yang terdampar di Foggy Bottom), soalan yang masih belum dijawab adalah berapa banyak jawatan dasar luar lain yang belum diisi, tidak dinyatakan dengan jelas kecuali kepada mereka yang pakar tentang dasar luar.

Kesemua nasihat ini mungkin datang daripada ICG.

Kumpulan lain juga melobi Obama untuk mengenakan tekanan yang lebih berat kepada Israel. Sekali lagi, dari CNS :

Laporan terbaru oleh Council on Foreign Relations (CFR) dan Brookings Institution (Institut Brookings), menyatakan bahawa pentadbiran Obama yang akan datang perlu berhenti daripada mendesak Hamas mengikut kriteria Kuartet, selagi Hamas menghormati gencatan senjata dan menerima cadangan damai Arab 2002.

(22 ahli Liga Arab di dalam cadangan yang dimulakan oleh Saudi menawarkan untuk menormalkan hubungan dengan Israel dengan syarat Israel berundur ke sempadan yang didudukinya sebelum Israel menakluki Tebing Barat dan Gaza pada 1967, dan mencari penyelesaian yang adil kepada isu pelarian rakyat Palestin)

Strategi baru yang dicadangkan oleh A.S. untuk mengurangkan insentif kepada Hamas akan menggagalkan rundingan dengan Israel dan memaksa Hamas sama ada menerima satu perjanjian damai atau hilang sokongan rakyat awam Palestin, kata Steven Cook dan Shibley Telhami di dalam laporan CFR-Brookings.

Pada bahagian lain di dalam laporan CFR-Brooking oleh Richard Haass and Martin Indyk, mereka menggesa Obama untuk lebih agresif daripada presiden sebelum ini dalam menggalakkan sokongan rancangan Arab 2002dan menekan Israel untuk mengikuti rancangan Arab melalui komitmen Israel dalam perjanjian sebelum ini dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA)

Mereka mengatakan demikian kerana Hamas menguasai Gaza dan menikmati “sokongan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada rakyat Palestin,” bermakna sebarang proses perjanjian tanpa Hamas mungkin akan gagal.

Oleh yang demikian, pentadbiran Obama perlu memiliki dasar yang lebih longgar kepada organisasi pejuang Islam.

“Sekiranya gencatan senjata antara Israel dan Hamas berterusan dan perdamaian antara Hamas-PA berlaku, pentadbiran Obama mungkin perlu berbincang dengan kepimpinan Palestin dan memberikan kebenaran untuk hubungan peringkat bawahan di antara pegawai A.S. dan Hamas di Gaza,” tulis Haass and Indyk.

Martin Indyk, bekas duta Amerika ke Israel. Dia merupakan Pengarah Saban Center for Middle East Policy di bawah Institut Brookings (think tank Amerika) yang menganjurkan program US-Muslim World Forum di Doha baru-baru ini.

Martin Indyk merupakan penyokong kuat Obama semasa kempennya dan memberikan jaminan kepada penyokong Israel di Amerika bahawa Obama akan berdiri teguh di belakang Israel.

Dia terlibat dalam kempen ini (untuk mendapat sokongan bangsa Yahudi) sehinggalah minggu terakhir sebelum pilihan raya. Selepas pilihan raya, mesejnya berubah. Indyk menyatakan bahawa masa tamatnya “cek kosong” untuk Israel semakin hampir.

Dia dan Brookings Institute – di mana dia adalah Pengarah Saban Center for Middle East Policy (Pusat Saban untuk Dasar Timur Tengah) – menunggu sehingga selepas pilihan raya untuk menyokong tekanan yang lebih berat ke atas Israel dan perubahan dalam pendekatan dasar luar Amerika.

Secara jelasnya, tiada kebenaran dalam memperlihatkan undang-undang atau etika semasa kempen politik.

AIDC menterjemah American Thinker Blog, Ed Lasky . 2008. As predicted, Soros foreign policy influence growing. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim : International Crisis Group (ICG)

2. Hati-hati International Crisis Group (ICG) ada agenda tersembunyi di negara Islam.

3. Annapolis Summit : Anwar Ibrahim tandatangan cadangan Dua Negara kepada Presiden Bush

4. Israel-Palestin : Barack Obama gagal membaca pemikiran strategik badan pemikir Annapolis Summit

5. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

6. Bagaimana Soros, IMF & NED beroperasi gulingkan kerajaan

7. The Fenton Report : Siapakah George Soros?

8. Anwar dilantik diplomat jemputan (CFR) untuk rosakkan dunia Islam ?

9. Berapa banyak gaji Anwar di Amerika ?

10. Anwar Ibrahim dan sahabat-sahabat Zionis Amerika Syarikat

11. Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika ?

12. Video NED : Anwar Ibrahim pro – Israel ?

13. Anwar Ibrahim antara empat individu paling berkuasa

14. Ucapan Anwar di Doha 2009 sokong Israel ?

15. Surat terbuka Anwar Ibrahim, CSID, Sister In Islam kepada Presiden Obama tumpu demokrasi dunia Islam

16. Negara Islam mesti ikut polisi Presiden Obama kata Anwar Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: