MODUS OPERANDI GUS DUR = ANWAR IBRAHIM

By Greg Barton, November 1999

Nota : artikel ini diterjemah daripada laman AIJAC (Australia/Israel & Jewish Affairs Council) bertajuk “Who is Gus Dur” yang menceritakan latar belakang Gur Dur mengikut kaca mata mereka. Gur Dur dinamakan oleh orientalis barat John Esposito bersama Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderate di rantau ASEAN. Lebih menarik lagi, Kumpulan Jewish Amerika (AJC) turut menamakan Anwar & Gus Dur sebagai pendokong Islam sebenar. Sebab itu, ketika Anwar dirawat di Munich pada 2004, Paul Wolfowitz, salah seorang AJK Kumpulan Jewish Amerika telah berbincang selama tiga jam bersama Anwar & Gus Dur di hospital Jerman itu..catatan AIDC

Beberapa lama sebelum keputusan pilihanraya Presiden Indonesia yang mengejutkan pada 20 Oktober, Abdurrahman Wahid, dikenali ramai sebagai Gus Dur, merupakan seorang daripada intelektual Indonesia yang berprofil tinggi. Sesunggguhnya, sepanjang tempoh 15 tahun memegang jawatan Pengerusi Nahdlatul Ulama, sukar untuk melihat wajah seseorang yang seringkali diberi penghormatan oleh liputan berita setiap minggu, sekurang-kurangnya individu tersebut bukan merupakan tokoh kerajaan atau ketenteraan.

Paul Wolfowitz, AJK American Jewish Committee (AJC)yang ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar di Munich (2004). Turut sama dalam pertemuan bersejarah ini adalah Gus Dur. Wolfowitz anggap Anwar dan Gus Dur merupakan dua ‘singa Islam’ yang boleh membantu Amerika di nusantara ini.

Selama bertahun-tahun, popularitinya telah digilap dan juga merudum, biasanya bersama dengan pergerakan politiknya dan tahap dimana tindakan-tindakan ini difahami atau silap difahami. Beberapa tahun kebelakangan ini, Abdurrahman menjadi seorang tokoh yang semakin kontroversi dan telah diminta untuk berunding mengenai pengurangan keganasan dan bergerak mengatasi masalah yang ditinggalkan oleh era sebelum Suharto dan era selepas Suharto. Namun begitu, dia kekal sebagai seorang tokoh yang sangat popular dan berkarismatik dan pada masa yang sama, pengkritik dan dan kritikan yang terdahulu mempunyai tahap ancaman yang tinggi.

Mengapa Abdurrahman secara meluasnya salah difahami ? Secara jelasnya, terdapat beberapa sebab termasuk perangai anehnya dan personality, dan disebabkan perkara lain yang membataskan selepas kesab angin ahmar (stroke) serius yang dialaminya pada Januari 1998, yang menyebakannya bergelut dalam melawan penyakit itu yang pada akhirnya, matanya menjadi buta. Kebanyakan salah faham seringkali timbul daripada
kedudukan unik yang diisi oleh Abdurrahman dalam masyarakat Indonesia.


Gus Dur dengan Presiden Bill Clinton. Sikap Gus Dur pro Amerika dan Israel sudah diketahui ramai rakyat Indonesia. Sebab itu beliau ditolak menjadi Presiden Indonesia oleh rakyat sendiri.

Pada masa yang sama, dia merupakan ketua pertubuhan tradisional Muslim yang besar, Nahdatul Ulama, merupakan pengkritik tradisi regim Suharto dan berkempen untuk perubahan demokrasi. Akibatnya, sewaktu banyak pihak mengaitkannya dengan Nahdatul Ulama dan yang terbaru ada kaitan dengan parti politik PKB, ramai mengenalinya sebagai intelektual yang terkenal dalam berkempen mengenai pencabulan hak asasi manusia dan untuk demokrasi. Yang terbaru, sehingga ke hari ini, masih ramai mengaitkannya dengan PKB dan sekarang melihatnya sebagai seorang ahli politik yang bebas, sama seperti sebelum dan selepas dia menceburi politik.

Pelbagai kekeliruan yang menyelubungi Abdurrahman berpunca daripada pelbagai peranan yang dipegangnya dalam masyarakat Indonesia. Lebih tepat lagi, satu pihak melihatnya sebagai seorang tokoh agama dan satu pihak yang lain pula, khususnya di kota metropolitan dan di kalangan golongan yang berpendidikan menengah, dia dilihat sebagai seorang yang samada pada dasarnya seorang ahli politik secular, atau sebagai seorang yang intelektual.


Gus Dur berkawan rapat dengan Yahudi penyangak matawang Asia, George Soros

Bersama kumpulan kedua tadi, salah faham terhadap Abdurrahman selari dengan salah faham pihak Barat yang pada umumnya ; iaitu, bagaimana seseorang yang merupakan intelektual liberal pada masa yang sama dianggap sebagai seorang tokoh agama, sesungguhnya dianggap sebagai pemimpin alim yang berkarismatik? Sekiranya teka-teki ini tidak disiasat secara rapi dan hubungan diantara tuduhan kewarakan Abdurrahman dan identitinya serta pemahaman terhadap peranan sekularnya dalam maysarakat, maka adalah mustahil untuk memahami siapakah sebenarnya Abdurrahman.

Salah satu aspek yang difahami secara jelas mengenai Abdurrahman adalah dia menyokong pluralisma dan toleransi, yang dia juga merupakan pelindung kumpulan minority, khususnya Cina Indonesia, tetapi termasuk juga Kristian Indonesia dan kumpulan lain yang telah menjadi kambing hitam ketika zaman regim Suharto dan beberapa bulan kebelakangan ini. Dengan kata lain, dia terkenal dan secara benarnya difahami sebagai seorang intelektual Muslim yang bukan pelampau, dimana terdapat pihak yang bertikam lidah mengenai penerimaan dan perayaan wujudnya masyarakat social yang plural. Bagaimanapun, apa yang tidak dihargai secara meluas adalah Abdurrahman bangga menjadi seorang Muslim. Dia mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap budaya tradisional Islam dan mesej teras dalam Islam itu sendiri. Tambahan pula, dia sangat memahami secara mendalam terhadap mereka yang dapat berhubung dengan dunia spiritual di mana dunia tersebut dapat dilihat secara nyata sama seperti yang dilihat oleh manusia. Bukan sahaja dia selalu bercakap mengenai tuduhan tersebut, meskipun, untuk difahaminya bahawa ini adalah titik kekeliruan untuk Barat atau masyarakat ‘sekular’ Barat.

Bagaimana sesorang, yang sangat mencintai agamanya dan membesar dalam suasana agama tersebut, mampu untuk menjadi seorang yang tidak melampau dan pluralistic? Antara salah konsep yang seringkali berlaku dalam masyarakat Barat yang moden atau budaya adalah hanya dengan membiarkan dogmatisma yang mana seseorang itu boleh menjadi sangat toleran.

Walau bagaimanapun, sesetengah akan mempersoalkan, yang mungkin akan dilihat sebagai fesyen moden yang biasa, iaitu dengan membiarkan segala dakwaan terhadap metafizikal taua kebenaran yang nyata di mana seseorang itu boleh menjadi betul-betul toleran dan pluralistic. Kesimpulannya, ramai mengertahui bahawa adalah susah untuk memahami bagaimana seorang Muslim yang komited, atau seorang penganut yang komited dari mana-mana agama, boleh menjadi seorang tokoh yang benar-benar moden dan liberal.

Intipati utama yang jelas dalam pemikiran Abdurrahman adalah Islam merupakan satu kepercayaan yang mempunyai belas kasihan, pada dasarnya toleran dan menghormati perbezaan. Padanya, Islam sebuah agama yang yang mengandungi perasaan belas kasihan dan toleran terhadap keadilan dan kesaksamaan. Ini bermaksud intipatinya merupakan pegangan terhadap hak sama rata.

Pegangan yang secara asasnya tidak memuaskan hawa nafsu dan juga tidak berdasarkan kelas, etnik, kaum, jantina dan laina-lain kumpulan dalam masyarakat. Untuk Abdurrahman wahid, Islam adalah kepercayaan yang mengakui bahawa, di mata Tuhan, semua makhluk adalah sama. Kemudiannya, dia menolak hujahan yang ringkas bahawa ini disebabkan kerana Islam merupakan sumber peikiran yang asal dalam mengajar idea dan nilai tersebut, dan merujuk ini sebagai permohonan maaf yang ringkas. Walau bagaimanapun, dia sudah tentu mempersoalkan bahawa prinsip asas yang datang daripada pencerahan berada sama dengan mesej Islam yang utama.

Apa yang timbul secara jelas dalam pemikiran Abdurrahman adalah tuduhan yang mana dunia agama memberikan padangan terhadap pembentukan dan memberikan dokongan kepada pencerahan nilai Kristian dan Yahudi Eropah selari dengan visi teras mesej Islam. Dalam kata lain, Abdurrahman, seperti intelektual Islam yang progresif di Indonesia, tidak menjadikan hubunagn diantara Islam dan Barat bermasalah. Sewaktu tidak menafikan bahawa terdapat perbezaan yang penting, dia mempersoalkan secara berkesan bahawa keghairahan utama dan rasa ambil tahu tradisi Judeo-Kristian dan Islam secara rapatnya selari antara satu sama lain apabila merujuk kepada system nilai yang utama.

Perlu diingatkan bahawa, Abdurrahman, seperti intelektual progresif yang lain, mempersoalkan tentang perincian pembentukan negeri, pentadbiran dan juga undang-undang moden yang tidak diperincikan dalam Qur’an dan Hadith. Ini tidak bermaksud bahawa prinsip tersebut tidak diwahyukan di dalam kedua-dua kitab tersebut tetapi lebih kepada perincian tentang mekanisme negara moden yang tidak diaturkan. Jadi, bagunya adalah sesuatu yang mengarut untuk bercakap mengenai negara Islam atau melakukan perkara-perkara yang secara khususnya mengikut Islam sekiranya sebab utama kenyataan tersebut untuk mencetuskan perbezaan palsu dengan Barat.


Gus Dur dan Anwar, dua tokoh Islam ASEAN yang menjadi perhatian Amerika dan Kumpulan Jewish Amerika. Kedua watak ini dinamakan tokoh Muslim Moderate oleh John Esposito, sarjana orientalis yang juga penasihat kerajaan Amerika.

Sekiranya pemikiran Abdurrahman secara jelas liberal dan konsisten, dan meskipun secara mendalam, mengapa dalam tindakan politiknya kebelakangan ini dan tahun-tahun sebelumnya mengundang pelbagai kontroversi?

Ia adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan bahawa semasa Abdurrahman sering kali menjadi pemimpin yang kontroversional, tiada masa untuk menjelaskan tentang kebijaksanaan atau mungkin sekali-sekala, mengenai pendekatan politiknya. Sudah tentu, pergerakannya pada tahun-tahun terdahulu secara umumnya dilihat sekarang sebagai telah menaikkan kemarahan penaungnya yang berada dalam gerakan besar Nahdatul Ulaman dan juga Indonesia amnya. Dari permulaan, Abdurrahman mempunyai keinginan untuk mengelakkan konfrontasi diantara orangnya , tentera dan kerajaan Suharto dan juga mempunyai keinginan untuk mencari jalan untuk berkompromi atau jalan tengah bagi menyelesaikan situasi masalah politik

Ini ditunjukkan secara jelas pada 1997 dimana dia meminta pemulihan hubungan yang baik dengan Suharto selepas ditekan keras semenjak 1994. Secara jelasnya, pada kali ini di membuat keputusan bahawa tiada apa yang dapat diperolehi dengan menentang Suharto secara berdepan dan bahawa dia tidak mengambil tindakan yang mengelak, dia dan Nahdatul Ulama akan menagalami tekanan hingga ke tahap yang bahaya. Dan sekarang dilihat, ianya secara jelas bahawa pengadilan dalam perkara telah dilakukan secara baik.

Sesungguhnya, gerakan politik Abdurrahman yang boleh diramal hanya boleh difahami setelah sesuatu itu difikirkan kembali, dan kebanyakannya asas yang rasional untuk tindakannya yang tidak boleh diramal dan kelihatan tidak tetap mendedahkan tindakan dengan masa yang berlalu.

Bukan untuk tidak mempercayai kesilapan dan kelemahan semulajadi manusia, yang kebanyakannya pasti dikongsi bersama oleh kita, niat Abdurrahman yang baik boleh diharapkan. Sepanjang hidupnya, dia telah menunjukkan ketajaman akal dalam politik dan sentiasa menjadi ahli politi8k. Sekarang, sebagai seorang Presiden, dia berada di dalam sebuah pejabat politik yang tertinggi dalam hierarkinya. Tetapi dia bukan seorang ahli politik yang biasa.

Ketika seorang pengamal politik menyedari tentang reality politik yang sebenar bahawa ‘politik adalah suatu seni yang harus’, Abdurrahman kekal sebagai seorang yang idealis dengan dibantu oleh kematangan fikiran untuk menjayakan misi. Cabaran yang habit berada di hadapannya, ianya masih kekal untuk dilihat setakat mana dia boleh menukarkan idea politiknya menjadi reality dibawah situasi yang sukar. Berbaloi untuk menjadi realistic, dan, dalam harapan kita kepadanya. Optimisma dan keyakinan, walau bagaimanapun, juga tidak terkeluar dari tempat ini.

Dr Greg Barton adalah Pensyarah Kanan dalam Pengajian Agama di School of Social Inquiry, Deakin University. Pada masa sekarang dia sedang menulis mengenai biografi Abdurrahman Wahid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: