Konspirasi Wolfowitz-Shaha-Anwar : SAIS, SAIC dan CIA…

Paul Wolfowitz, Shaha Ali Riza dan Anwar Ibrahim

Konspirasi Wolfowitz-Shaha-Anwar : SAIS, SAIC dan CIA

Untuk bahagian ini , dipetik daripada satu turutan komen kami, memohon perhatian terhadap tindakan White House (Rumah Putih Amerika) yang menyembunyikan penyelewengan moral Paul Wolfowitz (menjelaskan kenapa Rumah Putih tidak mahu Lembaga Bank Dunia mengesahkan kebenaran Laporan Jawatankuasa Sementara Tatatertib ) dan kami ingin menarik perhatian kepada aspek lain terutamanya skandal World Bank (Bank Dunia) yang melibatkan Wolfowitz-Riza-Cleveland dan Anwar Ibrahim.

Fakta Pertama : Pada akhir tahun 2000, pentadbiran Johns Hopkins University telah memutuskan untuk mengambil tindakan penting terhadap Paul Wolfowitz, Dean of the School of Advanced International Studies (SAIS) di atas salah laku seksual yang tidak sepatutnya berlaku antara dekan (Wolfowitz) dengan seorang orang bawahan SAIS. Tindakan universiti terganggu apabila Wolfowitz memaklumkan kepada pentadbir universiti bahawa dia akan meninggalkan universiti itu untuk memegang jawatan (Timbalan Setiausaha Pertahanan) dalam pentadbiran Bush.

Paul Wolfowitz dan isterinya Clare Selgin

Fakta kedua : Pada awal 2001, pentadbiran Bush sedang bersedia untuk mencalonkan Wolfowitz sebagai Pengarah CIA. Isteri Wolfowitz, Clare Selgin , telah menulis kepada Presiden Bush dan memperincikan hubungan seks di luar perkahwinan suaminya di SAIS bersama dengan Shaha Ali Riza, yang berlaku ketika Wolfowitz (Dekan SAIS) dan Riza yang bertugas di NED – National Endowment for Democracy (sebelum dia menyertai Bank sebagai pekerja pada 1999).

Wolfowitz dituduh oleh isterinya seorang kaki perempuan

Clare menegaskan suaminya mengadakan hubungan seksual dengan bukan warganegara Amerika dan dia (Wolfowitz) berusaha mencari jalan agar hubungan tersebut “tiada didedahkan.” Scooter Libby (juga seorang neocon) menyembunyikan surat itu yang boleh menyekat pelantikan Wolfowitz sebagai Pengarah CIA tetapi Pentadbiran Bush kemudiannya mencalonkan Wolfowitz untuk DOD Dep Sec (Timbalan Setiausaha Pertahanan).

Sebagai membalas dendam, Wolfowitz menceraikan Clare sebagai isterinya melalui peguam dan memaksa isterinya menandatangani perjanjian tanpa pendedahan atau melepaskan bantuan kewangan (lihat juga rujukan bidasan Wolfowitz pada 3 Mei terhadap perjanjian tanpa pendedahan). Clare Wolfowitz telah menandatanganinya.

Pada peringkat ini, menyedari tabiat peribadi Wolfowitz, Clare memilih untuk menyembunyikannya. Dalam hal yang lain, orang perseorangan (Shaha Riza) dinafikan kebenaran keselamatan negara (national security clearance) bukan disebabkan oleh aktiviti hubungan seks di luar perkahwinan, tetapi disebabkan dari kemungkinan surat layang yang berpunca dari surat “tanpa pendedahan.” Dalam kes Wolfowitz, Riza dilihat menjadi temannya dalam majlis rasmi Pentadbiran Bush sedangkan ketika itu dia masih berkahwin.

Fakta Ketiga : 2003 – Shaha Riza dapat kontrak SAIC, 2005 “pelantikan jawatan”, bukan “dipinjamkan ” Riza kepada Jabatan Negara, 2006 Riza di Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan).

Dalam kes pelantikan Riza di Foundation for the Future, staf Bank Dunia perlu memfokuskan dengan lebih lebih terperinci dengan kontrak Bank Dunia $21,000 pada Mei 2006 dan kontrak secara lisan antara Anwar Ibrahim kepada Robin Cleveland pada Oktober 2006 bahawa Anwar sedang memilih Shaha Ali Riza sebagai Pengarah Foundation for the Future sedangkan dalam masa yang sama Riza masih mengekalkan pendapatan bebas cukainya berstatusG-4 di sebuah organisasi yang tidak sah (Foundation for the Future).

Surat Anwar Ibrahim kepada Robin Cleveland memohon Shaha Ali Riza dipindahkan dari Bank Dunia kepada Foundation For The Future

Anwar Ibrahim , rakan rapat Wolfowitz, menjadi Pengerusi Yayasan Masa Hadapan pada Julai 2006 apabila kontraknya sebagai Konsultan Bank Dunia (areas of governance & accountability) di Bank Dunia telah tamat.

AIDC menterjemah artikel dari laman web worldbankpresident.org bertajuk ” Wolfowitz, SAIS, CIA, SAIC “. Artikel asal klik di sini.

Artikel berkaitan :

1. Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future

2. Yayasan Hantu : Foundation For The Future

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: