Anwar Ibrahim, Israel dan Palestin dari kaca mata Gershon Baskin

Oleh: Gershon Baskin, Pengarah Israel/Palestin Center for Research and Information (IPCRI)

Perkara paling dramatik yang mana berlaku di Israel minggu ini, sudah tentu apa yang berlaku bersebelahan Israel dalam Pihak Berkuasa Palestin. Demokrasi mengatasi dan HAMAS memperoleh kemenangan. Presiden Bush, dengan wajah anak anjingnya, memuji keajaiban demokrasi dan persaingan idea. Kebanyakan ahli politik Israel tertanya-tanya sama ada Bush telah membenarkan Al Qaeda untuk menyertai pilihan raya yang demokratik di Washington dan sekiranya sebuah parti yang bersekutu dengan Al Qaeda telah menyertainya adakah Bush akan memuji persaingan idea yang telah dipersembahkan kepada rakyat Amerika.

Kebanyakan kritikan oleh kerajaan Israel berkenaan soalan sama ada Israel dapat menghalang Hamas daripada menyertai pilihan raya. Bekas menteri Luar Silvan Shalom menyatakan bahawa inilah apa yang dia mahu lakukan, tetapi Perdana Menteri, Ariel Sharon terlalu lambat untuk bertindak dan mungkin di bawah tekanan Washington.

Ternyata perkhidmatan keselamatan Israel juga bergerak di bawah andaian bahawa tidak mungkin untuk menghalang HAMAS daripada menyertai pilihan raya kerana pilihan raya pada ketika itu akan dibatalkan. Kebanyakan yang berkhidmat dengan keselamatan Israel percaya bahawa pilihan raya diperlukan untuk memberikan kuasa kepada Mahmoud Abbas dan untuk meningkatkan hak penguasaannya.

Sudah tentu, Israel hampir tidak melakukan apa-apa untuk memberikan kuasa kepada Abbas sebelum pilihan raya. Dengan keadaan sedemikian, seseorang mesti mempersoalkan pada hari ini di manakah hak pihak keselamatan? sekali lagi, jawatankuasa keselamatan mempunyai banyak jawapan untuk soalan tersebut. Bagaimana keadaannya, mereka salah dalam jangkaan mereka tentang keputusan pilihan raya?

Saya bertemu dengan beberapa pegawai perisikan kanan beberapa minggu lepas di Persidangan Herzliya. Saya bertanyakan mereka tentang penilaian mereka terhadap jangkaan keputusan pilihan raya. Mereka agak mahir dalam keupayaan mereka untuk mencurahkan fakta mengenai penilaian, analisis dan bilangan tinjauan pendapat masyarakat awam Palestin. Mereka menyatakan FATAH akan menang dengan majoriti tipis.

Mereka semua berfikir bahawa pandangan saya tidak berasas apabila saya mengatakan bahawa daripada analisis saya terhadap situasi di lapangan, terdapat kemungkinan HAMAS menang – Saya menyatakan bahawa 55% untuk HAMAS, saya memberitahu mereka bahawa daripada keputusan 4 pusingan pilihan raya majlis perbandaran yang lepas, ketidakupayaan FATAH untuk menguruskan diri sendiri, kepelbagaian calon bebas, disiplin dalaman HAMAS, bilangan bendera hijau dan poster HAMAS di sekitar Tebing Barat dan Gaza, kepercayaan yang amat besar di mana HAMAS akan membawa kepada pengunduran Israel daripada Gaza – kesemua ini dan banyak lagi, membawa saya percaya bahawa HAMAS akan menang.

Bagaimana komuniti perisikan Israel termasuk Shabak, perisikan IDF, Mossad dan yang lain-lain secara keseluruhannya gagal menjangkakan sesuatu yang telah dilihat ketara oleh saya?

Dalam menumpukan perhatian terhadap kegagalan perisikan, ia juga wajar untuk bertanya sekali lagi tentang soalan mengenai penyertaan HAMAS dalam pilihan raya.

Pandangan Anwar Ibrahim

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, aktivis demokrasi dan Muslim yang warak Dr. Anwar Ibrahim memberitahu saya bahawa pada pandangannya tiada parti yang menyokong keganasan, tidak menghormati hak asasi manusia, bersenjata dan menggunakan senjata dibenarkan untuk menyertai pilihan raya yang demokratik.

Saya bertanyakannya bagaimana mungkin untuk menghalang kumpulan seperti Hezbollah dan HAMAS daripada menyertai pilihan raya yang demokratik. Dia berkata kepada saya bahawa demokrasi mesti dibenarkan untuk melindungi diri mereka sendiri daripada kedaulatan undang-undang dan kedaulatan undang-undang tidak boleh membenarkan sesiapa yang mengancam demokrasi untuk mengeksploitasi keterbukaannya untuk meneruskan agendanya dan matlamat yang tidak demokratik.

Dia berkata bahawa Palestinian Authority (PA) atau Pihak Berkuasa Palestin, (diketuai Abbas) mempunyai undang-undang menghalang anggota keselamatan bukan PA (HAMAS) daripada memegang senjata.

Dia berkata PA perlu menguatkuasakan undang-undangnya sendiri. Sekiranya PA mahu menganjurkan pilihan raya, ia mesti memastikan kesemua parti yang menyertai pilihan raya mematuhi undang-undang ; jika tidak tiada kewajaran untuk PA dan kepada kedaulatan undang-undang.

Ini bukan percakapan Presiden Bush – ini adalah percakapan salah seorang tokoh (Anwar Ibrahim) yang menjadi teladan dalam salah sebuah negara Muslim terbesar di dunia.

Siapa yang boleh berhadapan dengan HAMAS?

Rabbi Menechem Froman daripada penempatan Tekoah di bahagian selatan Tebing barat telah terlibat dengan tokoh berpengaruh HAMAS di dalam dialog selama bertahun-tahun. Dia juga telah menganjurkan satu siri perbincangan dengan Sheikh Ahmad Yassin ketika Sheikh dipenjarakan di penjara Israel.

Froman percaya, kemungkinan untuk berdamai dengan HAMAS, boleh dilakukan tetapi perbincangan tersebut mesti dikendalikan oleh pemimpin agama. Froman merupakan seseorang yang banyak bercakap pada pandangan peribadi saya, tetapi dia membangkitkan isu yang mempunyai kepentingan besar.

Terdapat percubaan daripada kumpulan-kumpulan agama untuk mewujudkan jenis dialog yang berbeza di sini di antara penganut Yahudi, Kristian dan Islam di atas asas agama. Kebanyakan percubaan tidak berjaya.

Biasanya peserta yang mewakili dialog antara agama itu adalah mereka yang kurang penting dalam masyarakat – Rabbi Froman salah seorang daripadanya. Biasanya penganut Yahudi yang menyertainya adalah daripada Yahudi Perubahan atau Konservatif dari Amerika Syarikat, penganut Kristian adalah daripada penganut Kristian bahagian barat – juga kebiasaannya merupakan warga asing dan wakil Muslim pula, biasanya merupakan bilangan yang paling kecil iaitu ahli Sufi yang tidak mempunyai pengikut.

Satu percubaan yang benar-benar penting adalah mengadakan satu dialog antara agama dengan wakil yang boleh dipercayai daripada pihak berkuasa agama ketika mesyuarat Alexanderia yang terkenal di Mesir yang telah dianjurkan oleh Ketua Biskop Canterbury pada Oktober 2002. Klik di sini

Mesyuarat tersebut telah menghasilkan satu kenyataan yang positif tentang Jerusalem sebagai bandar untuk tiga agama. Kenyataan tersebut adalah :

Dengan nama Tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kami, yang telah berkumpul sebagai pemimpin agama daripada Muslim, masyarakat Kristian dan Yahudi, berdoa untuk keamanan yang benar di Jerusalem dan Tanah Suci, dan mengisytiharkan komitmen kami untuk menamatkan keganasan dan pertumpahan darah yang menafikan hak untuk hidup dan maruah.

Mengikut kepercayaan tradisi kami, membunuh mereka yang tidak bersalah di atas nama Tuhan adalah satu pengotoran kepada Nama Tuhan Yang Suci, dan memfitnah agama di dunia. Keganasan di Tanah Suci adalah satu kejahatan yang mesti ditentang oleh kesemua mereka yang mempunyai asas kepercayaan yang baik. Kami meminta untuk hidup bersama sebagai jiran yang menghormati integriti pewarisan sejarah dan agama antara satu sama lain. Kami menyeru kepada semua untuk menentang hasutan, kebencian dan gambaran yang salah antara satu sama lain.

1. Tanah Suci adalah suci kepada kesemua ketiga-tiga kepercayaan kami. Oleh yang demikian, pengikut agama samawi mestilah menghormati kesuciannya, dan pertumpahan darah tidak dibenarkan untuk mengotorinya. Menghormati kesucian dan integriti tempat-tempat suci mestilah dipelihara dan kebebasan sembahyang keagamaan mestilah dipastikan untuk semua.

2. Penduduk Palestin dan Israel mestilah menghormati matlamat perintah Pencipta yang melimpahkan kurnia untuk mereka hidup dalam tanah yang sama yang dipanggil suci.

3. Kami menyeru pemimpin politik daripada kedua-dua masyarakat untuk bekerja bagi keadilan, keselamatan dan penyelesaian yang berpanjangan dalam semangat perkataan Yang Maha Besar dan Nabi.

4. Sebagai langkah pertama sekarang, sekarang kami menyeru untuk persetujuan gencatan senjata secara keagamaan, dihormati dan dipantau oleh semua pihak, dan pelaksanaan cadangan Mitchell dan Tenet, termasuk menggugurkan larangan dan kembali kepada rundingan.

5. Kami mencari bantuan untuk mewujudkan satu keadaan untuk generasi sekarang dan akan datang wujud bersama dengan saling menghormati dan percaya antara satu sama lain. Kami menyeru kepada semua untuk menahan diri daripada menghasut dan melakukan kejahatan dan untuk mendidik generasi kami yang akan datang dengan sewajarnya.

6. Sebagai pemimpin agama, kami berjanji kepada diri kami untuk bersama-sama berusaha mencari satu keamanan yang adil yang membawa kepada perdamaian di Jerusalem dan Tanah Suci untuk kebaikan bersama kepada semua penduduk kami.

7. Kami mengumumkan untuk mewujudkan satu jawatankuasa tetap bersama untuk menjalankan cadangan deklarasi ini, dan untuk terlibat dengan pemimpin politik masing-masing dengan sewajarnya.

Hampir kesemua peserta diserang oleh masyarakat mereka apabila pulang ke negara masing-masing, dan sejak itu, mereka tidak lagi berjaya untuk mengulang kembali hasil positif daripada mesyuarat pertama itu. Ia mungkin bijak untuk melihat bagaimana sesetengah ahli agama yang boleh dipercayai mungkin mampu untuk mengadakan satu dialog dengan tokoh HAMAS yang moderat yang sanggup untuk mengiktiraf hak Israel untuk wujud dan mengutuk keganasan.

Salah seorang tokoh Israel yang mungkin merupakan satu pilihan terbaik untuk dipertimbangkan untuk dialog tersebut adalah Rabbi Aryeh Deri, bekas pemimpin Shas. Nama Deri muncul beberapa kali minggu ini dan dia telah ditemu ramah dalam banyak akhbar dan media elektronik yang tidak berkaitan dengan HAMAS dan pilihan raya yang akan datang.

Deri mendakwa bahawa sekiranya dia mengetuai Shas atau untuk mewujudkan satu parti politik yang baru, dengan merujuk kepada undi di tangannya, dia akan mendapat 15 kerusi – ini penting dalam menumpukan 9-10 kerusi yang Shas telah memperolehinya dalam kesemua undian.

Deri merupakan seorang ahli politik yang pintar dan sangat berpotensi sehinggalah dia ditangkap secara haram kerana memindahkan bantuan kewangan kepada institusi agama daripada Kementerian Dalaman yang dia mengetuainya. Tetapi Deri membayar semula hutangnya kepada masyarakat dan telah berada di luar gelanggang politik semenjak dibebaskan dari penjara.

Semasa memegang jawatan dalam politik, dia telah mengaturkan beberapa pertemuan di antara Rabbi Ovadia Yosef – ketua keagamaan Shas dan pemimpin Palestin termasuk Arafat. Dipercayai Deri memainkan peranan yang penting dalam perisytiharan formal Rabbi Yosef berhubung dengan kesanggupan untuk menyerahkan wilayah dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia. Deri mungkin akan memainkan peranan positif dalam era baru ini. Bagaimanapun ia perlu difikirkan secara lebih terperinci.

Herzliya D.C.

Acara politik yang utama pada tahun ini adalah persidangan Herzliya yang terkenal. Diketuai oleh Dr. Uzi Arad, bekas ketua Jabatan Penyelidikan Mossad dan bekas penasihat keselamatan politik kepada PM Netanyahu.

Arad selama 6 tahun telah berusaha membawa keseluruhan elit politik dan keselamatan negara untuk ceramah intensif dan syarahan selama 3 hari setengah. Aspek yang paling penting dalam persidangan ini, selain daripada senarai peserta dan penceramah, adalah disiplin untuk mematuhi jadual.

Pada tahun ini satu elemen baru ditambah – satu jam elektronik yang berdetik pada skrin plasma besar yang menghadap pendengar dan penceramah supaya mereka mengetahui berapa saat untuk berceramah.

Persidangan ini dikenali sebagai satu platform untuk apa yang secara mudahnya digambarkan sebagai satu agenda neo-con Israel. Salah satu daripada isu neo-con yang dibawa ke Herzliya tahun ini untuk pertama kalinya adalah Barometer Patriotisme Arad.

Penulis Israel A.B. Yehoshua secara zahirnya diganggu dengan apa yang diterjemahkan oleh Arad sebagai percubaan Arad untuk menggredkan masyarakat awam Israel dan pelbagai kumpulan lagi di dalam masyarakat dengan tahap Israel mereka.

Yehoshua berkata bahawa perasaan patriotisme padanya berubah-ubah berdasarkan bagaimanapun kelakuan Israel. Dia berkata bahawa apabila Israel menghantar kumpulan tentera ke Nairobi untuk membantu pelombong yang terperangkap, dia berasa bangga menjadi seorang rakyat Israel dan apabila Israel memusnahkan rumah penduduk Palestin dia berasa malu dengan tahap Israelnya.

Arad, pada masa yang sama diganggu oleh nasionalisme Yehoshua yang hilang kesabarannya dan secara terbuka menghina Yehoshua. Yehoshua sedia untuk menunjukkan kemarahannya, tetapi tetap bertenang. Saya yakin bahawa ini adalah kali terakhir, seorang penulis Israel yang disanjung dan terkenal akan menghadiri persidangan Herzliya.

Herzliya akan membawa kesemua ahli politik Israel dan sesiapa yang mahu dilihat di sana, Ianya merupakan satu tempat dimana pemimpin Israel akan mengadakan ceramah politik utama yang biasanya diadakan di Parlimen negara.

Calon Buruh Shelly Yichimovitch menamakan Herzliya : Penswastaan syarahan awam di Israel. Dia mungkin betul kerana sesetengah penceramah di Herzliya membiayainya dengan menaja sesi-sesi. Walau bagaimanapun, Yichimovitch berada di sana dan mendapat tajuk berita utama akhbar.

Saya juga berada di sana. Dalam sesetengah perasaan yang pelik, saya mempunyai perasaan yang sama di Herzliya yang saya rasakan apabila saya mengunjungi Washington, D.C. Terdapat perasaan yang jelas bahawa kuasa negara dan pembuat keputusan berada di sana dan sekiranya seseorang ingin mempunyai pengaruh, ianya penting berada dalam rangkaian di sana. Inilah yang saya lakukan di Herzliya.

Pada saya ianya juga satu peluang pembelajaran di mana saya dapat bertukar-tukar dengan ramai orang yang saya tidak mudah untuk mendapatnya. Jadi saya jangkakan bahawa Januari depan saya akan kembali ke Herzliya DC.

AIDC menterjemah tulisan Gershon Baskin bertajuk, “This week in Israel….. Behind the news with Gershon Baskin”. Artikel asal klik di sini. Gershon Baskin, warganegara Israel, pengasas IPCRI (Israel/Palestine Center for Research and Information). Dalam artikel sebelum ini pernah memuji Anwar Ibrahim dalam isu Irael-Palestin. Kata Baskin, “sekiranya Anwar Ibrahim merupakan rakyat Palestin, kemungkinan besar krisis Israel-Palestin telah lama selesai dan Anwar boleh menjadi rakan perbincangan dengan Ariel Sharon, Presiden Israel. Klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007

2. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? – The Jerusalem Post

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: