George Soros ‘individu paling jahat’, bantu kumpulan dadah, pelacur & gay

Daripada Accuracy in Media

Bercakap dalam satu simposium Washington berkenaan ancaman berterusan yang dikenakan oleh kumpulan dadah haram terhadap masyarakat Amerika, Calvina Fay dari Drug Free America Foundation (Yayasan Bebas Dadah Amerika) mengisytiharkan jutawan George Soros sebagai “individu yang paling jahat” kerana mahu kebenaran undang-undang secara sah diluluskan kepada masyarakat untuk dadah berbahaya.

Fay berkata Soros adalah seorang ateis, merupakan penaja utama Democratic Party (Parti Demokratik), penyebab kemunculan puak berhaluan kiri, “musuh umum kami”, dan dia juga bertanggungjawab memusnahkan nilai tradisi yang melemahkan keluarga Amerika.

Soros, disabitkan kesalahan kerana menjalankan perniagaan secara rahsia di Perancis, merupakan spekulator kewangan dan operator melindungi nilai yang memanipulasi mata wang negara-negara di dunia untuk menjadikan dirinya kaya.

Sebahagian daripada kekayaannya, dianggarkan berjumlah $7 bilion, telah disalurkan kepada kumpulan pejuang hak pengguguran bayi, hak gay (lelaki homoseksual), menggunakan dadah haram secara sah di sisi undang-undang, hak mengundi untuk penjenayah, euthanasia (perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yangg tidak dapat disembuhkan lagi), dan hak untuk imigran serta pelacur.

Open Society Institute (OSI) miliknya juga telah membantu menjamin untuk menanggung kerugian Lynne Stewart, kerana dia disabitkan kesalahan membantu pengganas.

Pada 2004, dia membelanjakan lebih kurang $25juta untuk menewaskan Presiden Bush bagi pilihan raya tetapi usaha itu gagal.

Dalam pusingan pilihan raya ini, menurut akhbar Roll Call, Soros telah memberikan bantuan “kepada organisasi yang dijangka akan melancarkan serangan terhadap GOP House (Rumah GOP) dan calon Senat pada saat- saat akhir menjelangnya pilihan raya 7 November.

” Wang tersebut disalurkan kepada satu kumpulan liberal yang dipanggil Majority Action, “yang mensasarkan calon-calon GOP….”

Dalam satu acara majlis anti-dadah yang sama, Marc Wheat, pengarah staf dan ketua penasihat House Subcommittee on Criminal Justice, Drug Policy and Human Resources (Jawatankuasa Kecil Dewan Mengenai Keadilan Jenayah, Dasar Dadah dan Sumber Manusia), merumuskan Soros sebagai seseorang yang tidak bertanggungjawab terhadap tindakannya.

Dia menyatakan, pada 20 Disember 1998, dalam rancangan temu bual 60 Minutes, Soros mengakui bahawa dia sebagai seorang remaja lelaki Yahudi dari Hungary, identitinya dilindungi dan dia sebenarnya membantu merampas harta benda daripada bangsa Yahudi yang dihantar ke kem maut.

Apabila ditanya oleh penemu ramah, Steve Kroft, sama ada dia mempunyai rasa bersalah terhadap apa yang dilakukannya, Soros menjawab, “Tidak.”

Dalam temu bual tersebut, Soros membandingkan tindakan yang telah dilakukannya dengan operasi pasaran ekonomi, dengan menyatakan, “…sekiranya saya tidak berada di situ, sudah tentu, saya tidak melakukannya, tetapi seseorang akan melakukannya – menggunakan apa-apa cara sekalipun.”

Soros menegaskan, dia hanyalah “pemerhati” dan “tidak berperanan dalam mengambil harta benda tersebut.” Itulah sebabnya, dia mengatakan, “Saya tidak mempunyai rasa bersalah.”

Berkenaan “Rekod Tanpa Rasa Bersalah Soros” Wheat menyatakan bahawa Soros pernah mengulas berkaitan dengan manipulasinya ke atas pasaran mata wang;

“Pada dasarnya, saya ke sana – untuk mendapatkan wang. Saya tidak dapat dan tidak melihat kesan sosial – ke atas apa yang saya lakukan,” dan “Saya tidak berasa bersalah. Kerana saya terlibat dalam aktiviti bermoral”.

Di mendapatkan wang dengan mengeksploitasi penderitaan manusia.

Sasaran Amerika

Wheat menyatakan, mengikut kepercayaannya, Soros telah menjadikan Amerika sebagai “kacang keras yang sukar dipecahkan” , maksudnya Soros melemahkan institusi dan nilai kebudayaan tradisional Amerika, dan menghabiskan masa dan wang di dalam aktivitinya di Eropah, dalam usaha untuk menyemarakkan fahaman anti-Amerika.

Namun, Wheat masih menganggap Soros sebagai orang nombor satu paling bahaya kepada nilai tradisional kepada A.S. buat masa ini.

Awal tahun ini, ketua Wheat, Ahli Republikan, Mark Sounder, bertindak lebih berhati-hati berikutan satu artikel di dalam AIM melapor kumpulan pro-dadah yang ditaja Soros telah menyusup masuk ke dalam Conservative Political Action Conference (CPAC) di Washington dan mereka juga ditonjol sebagai penceramah oleh penganjur CPAC.

Mark Sounder telah membuat kenyataan yang menunjukkan kebimbangannya di dalam Rekod Kongres dan bertanya, “Apakah yang difikirkan oleh penganjur CPAC?” Dia menyalahkan Soros kerana cuba memanipulasi golongan konservatif, dan dengan cara yang sama dia menyalahkan tindakan yang telah dilakukan oleh pelobi, Jack Abramoff.

Seorang pegawai CPAC telah tampil ke hadapan dan menyatakan bahawa kumpulan yang ditaja Soros tidak akan dibenarkan untuk menyertai CPAC pada tahun hadapan.

Sekiranya CPAC menyingkirkan pengaruh Soros di dalam persidangan tersebut, perkara yang sama tidak dapat dilakukan kepada National Democratic Party (Parti Demokratik Kebangsaan).

Seperti yang ditegaskan oleh David Horowitz dan Richard Poe di dalam buku terbaru mereka, “The Shadow Party”, Soros bersepakat dengan Senator Hillary Clinton bukan sahaja untuk mengawal Democratic Party tetapi juga berusaha mengambil alih Kongres pada 2006 dan Presiden pada 2008.

Hak untuk Pelacur

Salah satu bidang pelik Soros adalah simpatisme kepada aktiviti pelacuran. Dengan menggunakan alasan untuk menyelesaikan masalah AIDS, pelacur yang disokong Soros mendesak “hak” mereka.

Topik tersebut dilihat agak asing kepada mereka yang tidak biasa dengan agenda Soros. Daripada menentang kelakuan yang membahayakan, seperti penggunaan dadah haram, pendekatan Soros adalah untuk menjadikan aktiviti tersebut sah di sisi undang-undang dan “mengurangkan kemudaratan” yang berkaitan dengannya, seperti membekalkan jarum suntikan percuma kepada penagih.

Pendekatan ini, sebenarnya menggalakkan kelakuan yang berbahaya dan meletakkan risiko penyakit berjangkit dan juga kematian ke atas ramai orang, sekarang dipraktikkan pula kepada pelacuran.

Rancangan Soros untuk meletakkan pelacuran sebagai sah di sisi undang- undang dan kemudiannya membekalkan kondom secara percuma.

Dalam kes dadah haram dan pelacuran, kelakuan tersebut bukan sahaja akan disahkan di sisi undang- undang, tetapi juga akan membebankan, dikawal serta diluluskan oleh undang- undang.

Perkara tersebut tidak mendapat perhatian media utama, tetapi punca wujudnya “pekerja seks” telah menjadi topik utama dalam Persidangan AIDS Antarabangsa ke -16 yang baru sahaja berakhir.

Dan salah satu yang menjadi kuasa utama di sebalik pergerakan ini adalah “Sexual Health and Rights Project,” atau Projek Kesihatan dan Hak-hak Seks yang dianjurkan oleh Open Society Institute (OSI) yang mendesak “hak-hak” istimewa untuk pelacur.

OSI dengan sombong berkata bahawa stafnya dan penerima geran daripadanya telah menyertai lebih daripada 25 pembentangan persidangan, sesi satelit dan sidang media dalam acara-cara yang berkaitan dengan AIDS.

Akhbar rasmi persidangan memfokuskan satu bengkel di persidangan itu berkenaan pekerja seks, HIV dan hak asasi.

Moderator, Melissa Hope Ditmore, merupakan salah seorang yang dirujuk oleh OSI dalam kajian OSI pada Jun 2006 bertajuk, “Hak-hak dan Kesihatan Pekerja Seks : Di manakah pembiayaannya?” .

Laporan tersebut memfokuskan peranan OSI dan pelbagai yayasan Soros, seperti Ford Foundation (Yayasan Ford), dalam memberikan subsidi kepada “banyak organisasi pekerja seks,” serta menyerang dasar Pentadbiran Bush yang didakwa enggan membiayai kumpulan tersebut.

Kolumnis Newsday, James Pinkerton, telah berjumpa dengan beberapa organisasi tersebut dalam persidangan AIDS di Kanada, dengan rasa terkejut menyatakan;

“Usaha untuk menjadikan pelacuran sebagai ‘trend yang dominan’ bukan isu yang dipinggirkan di sini. Ia telah dilancarkan oleh mereka yang berada di dalam institut AIDS yang terkemuka – sebagai contoh, Melinda Gates, yang telah menyampaikan ucap utama di sini pada hari Ahad lepas, di samping suaminya, Bill gates.”

Dia telah mengasaskan sebuah kumpulan, dinamakan “Stella,” yang “mendapat penajaan daripada OSI milik George Soros.”

Pinkerton berkata aktivis melihat AIDS dan pelacuran sebagai “satu peluang untuk menterbalikkan tragedi kepada peluang bagi mengaturkan semula masyarakat di seluruh dunia….”

Memusnahkan Tradisi Amerika

Agenda Soros adalah untuk mengubah masyarakat Amerika supaya menerima penggunaan dadah dan amalan pelacuran, dilindungi oleh kerajaan.

Ini sudah tentu bernilai sebagai berita. Seorang jutawan cuba membantu Democratic Party mengambil alih kedua-dua Dewan Kongres, mempunyai agenda termasuk membenarkan penggunaan dadah dan pelacuran yang sah di sisi undang- undang.

Tetapi, diketuai oleh Washington Post, akbar kebangsaan nampaknya lebih sibuk dengan perkara lain, seperti komen “ yang tidak sensitif terhadap perkauman” yang dilafazkan oleh Senator Virginia, George Allen apabila dia menyebut pekerja kempen Jim Webb sebagai “macaca” pada satu perhimpunan kempennya.

Istilah tersebut dianggap menghina oleh Washington Post dan media lain. Inilah namanya permainan media – memfokus ahli Parti Republikan dan membiarkan Soros melakukan kerja kotornya.

Sementara itu, Thomas Edsall, yang merupakan wartawan politik kanan untuk Washington Post, ketika menjadi tetamu terbaru rancangan radio Hugh Hewitt, mengakui bahawa nisbah penyokong Parti Demokrat berbanding Parti Republikan di dalam akhbar nasional dalam julat 15 atau 25 kepada 1.

Edsall, yang baru sahaja meninggalkan Washington Post berpindah kerja dengan akhbar New Republic , berkata, “terdapat bahagian yang benar- benar sukar dalam akhbar arus perdana untuk bersimpati, atau empati (meletakkan diri di tempat orang lain), atau apa-apa sahaja perkataan yang digunakan, bagi jenis pemikiran yang mengambil pendekatan konservatif.. ”

Inilah sebab kenapa George Allen menjadi ganas sementara Soros tidak diberi perhatian.

Kecuali pada 17 September ketika Soros ditemu bual oleh Wolf Blitzer di Cable News Network (CNN), jutawan tersebut ditanya mengenai perbandingannya di antara Pentadbiran Bush dengan Nazi.

Dalam bukunya, The Age of Fallibility: Consequences of the War on Terror (Zaman Kesilapan : Kesan Perang ke atas Keganasan), Soros mendakwa, “Pentadbiran Bush, Nazi dan rejim Komunis, semuanya terlibat dalam politik ketakutan. Sudah tentu, Pentadbiran Bush telah mampu memperbaiki teknik yang digunakan oleh jentera propaganda Nazi dan Komunis dengan menggunakan inovasi daripada industri pemasaran dan pengiklanan.”

Dalam soalan yang sama, Soros akhirnya mengalah, “….mungkin saya melampaui batas, tetapi secara keseluruhannya, saya berfikir, penilaian saya adalah seimbang. Dan hakikatnya, secara terus-terang, apabila Presiden Bush menyatakan, sama ada anda bersama kami atau anda bersama pengganas, itulah ketika saya diperingatkan, tetapi saya mungkin perlu untuk menyimpannya sendiri.”

Dia meneruskan dengan berkata bahawa dia tidak akan membelanjakan banyak wang untuk persaingan politik pada tahun ini seperti yang dilakukannya pada 2004.

“Saya fikir ianya amat sihat untuk demokrasi kita sekiranya Dewan sekurang-kurangnya berada di dalam genggaman (Parti) Demokratik.”

AIDC menterjemah artikel Left Wing = Hate. 2006. GEORGE SOROS TRIES TO BUY CONGRESS. Artikel asal klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: