Kes liwat : Aduan Anwar kepada Amerika Syarikat

Artikel terjemahan : AIDC Translater

KUNJUNGAN ANWAR IBRAHIM KE WASHINGTON DC UNTUK UCAPAN DALAM KERJASAMA PERNIAGAAN DUNIA ISLAM AMERIKA DIHALANG OLEH MAHKAMAH MALAYSIA

Tindakan yang dahulunya tidak pernah berlaku telah diambil oleh Mahkamah Malaysia iaitu mencepatkan bermulanya perbicaraan ke atas Anwar Ibrahim telah memaksa beliau untuk membatalkan rancangannya ke Washington DC bulan ini. Beliau akan menyampaikan ucapan yang telah dijadualkan bertajuk ‘Peluang Perniagaan dalam Dunia Islam’ dalam seminar di Washington DC pada 26 Jun, jam 12 tengah hari EST melalui sidang video dari Kuala Lumpur.

Tiada kerjasama dari Pejabat Pendakwaan, telah menghalang persediaan pembelaan terbaik kepada Anwar yang sepatutnya diterima, dan desakan mahkamah Malaysia untuk memulakan perbicaraan awal Julai, walaupun permintaan dibuat berulang kali oleh peguam belanya berkenaan mendapatkan dokumen-dokumen penemuan asas, Anwar diwajibkan hadir ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur untuk menghadiri pelbagai permohonannya termasuk pembatalan tuduhan ke atasnya.

Tindakan keji pihak pendakwaan telah disahkan sendiri oleh peguam Anwar, S N Nair di dalam kenyataannya yang dikeluarkan oleh pejabat beliau pada 10 Jun 2009 di mana antara lain, mengesahkan Anwar tidak akan mendapat perbicaraan adil di mahkamah Malaysia.

Tindakan mahkamah untuk mencepatkan perbicaraan pelbagai usul – usul awal Anwar, termasuk menangguhkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Permohonan – permohonan ini, termasuk permintaan dokumen – dokumen hak milik pendakwaan kepada Anwar serta satu permohonan untuk membatalkan pertuduhan tersebut, telah mengambil masa untuk mahkamah menimbangkannya.

Kami ulang sekali lagi, desakan mahkamah ke atas tuduhan liwat berlawanan dengan laporan perubatan yang menunjukkan niat jahat, pertuduhan bermotifkan politik dan perbicaraan ini adalah sama seperti perbicaraan yang pernah dihadapati oleh Anwar Ibrahim pada 1998 – 1999.

PEJABAT ANWAR IBRAHIM

AIDC menterjemah kenyataan media dari pejabat Anwar Ibrahim. Artikel asal: klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: