Zahrain dakwa Anwar cuba hentikan forum Washington

Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR – 18 March – Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini teruskan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa terkini telah berusaha untuk hentikan forum Malaysia di Washington.

“Saya terkejut apabila penganjur, CSIS (Center for Strategic & International Studies) beritahu kami bahawa mereka telah terima panggilan telefon dari pembantu Amerika Datuk Seri Anwar Ibrahim, Aasil Kazi Ahmad, minta program harus dibatalkan, ” kata Zahrain di Parlimen.

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang telah hadiri forum di Washington DC bulan lepas, di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bercakap isu kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Rakyat Malaysia lain yang bercakap di forum tersebut ialah Ketua Pesuruhjaya MACC Datuk Abu Kassim Mohamed dan bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad.

Zahrain juga mendesak Kementerian Dalam Negeri menyiasat latar belakang Aasil dan mengelarnya sebagai ‘Anwar’s spin doctor’ (pakar pengalih/pembuat isu untuk Anwar).

“Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk siasat Aasil….Adakah beliau punyai permit kerja. Malaysia tidak perlu pembelot asing seperti ini,” kata Zahrain, yang mendakwa Aasil bekerja untuk Anwar di Ibu Pejabat PKR.

“Saya tuntut Kementerian Dalam Negeri ambil tindakan tegas dengan mengusir pengkhianat, ” tambah beliau.

Zahrain berkata beliau tidak punya pilihan selain dedahkan semua masalah dalaman PKR dalam rangka untuk bersihkan nama beliau.

“Saya harus lakukan ini kerana mereka telah memilih untuk malukan saya dan keluarga saya,” kata beliau.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dakwa Zahrain tidak gembira dengan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP, selepas syarikat berkaitan beliau gagal untuk dapatkan kontrak untuk memulihara lapangan golf milik kerajaan negeri.

“Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali buat kenyataan bahawa proses pembersihan telah selesai, tetapi hakikatnya siapa yang bersih telah tinggalkan PKR,”  kata Zahrain, yang keluar parti untuk jadi bebas pada 12 Feb.

Permintaan supaya beliau mengosongkan kerusi, Zahrain berkata itu merupakan pengkhianatan terhadap pengundi beliau, kerana hanya minoriti menandatangani petisyen minta beliau undur diri.

“Jika saya undur diri kerana 1500 pengundi minta saya buat demikian, ia seperti khianati pengundi saya,” beliau berkata menjawab soalan dari Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof, yang bertanya Zahrain jika beliau menimbang untuk sertai UMNO.

Semalam, Zahrain menghentam Anwar dengan mendakwa bahawa ketua pembangkang telah berbohong kepada ahli parlimen PR terhadap pelan untuk ambil alih kerajaan persekutuan melalui pembelotan ahli parlimen BN pada 16 Sept 2008.

Sumber: The Malaysian Insider

Leave a comment